Thursday, 27 October 2016

Adik, tahniah!!


Alhamdulillah, adik dah konvo. Adik bongsu yang semua2 sayang dah selamat bergraduasi pada 24 Oktober 2016.

Bagi kami sekeluarga, adik masih lagi kanak2 berusia 7 tahun yang perlu kami bimbangkan bila lewat pulang. Masih lagi kami risaukan bila berdiam. Masih lagi kami gusarkan walau apa jua keadaan. 

Kami masih sayangkan adik seperti hari2 semalam. Adik yang manis senyumnya. Adik yang jarang membantah setiap apa yang dikatakan padanya. Adik yang lembut hatinya. Adik yang mudah faham isi hati manusia2 di sekelilingnya. Adik yang ringan tulangnya. Adik yang hebat. Terlalu hebat.

Adik;
Tahniah kerna berusaha keras demi segulung ijazah. Kina bangga, wawe bangga, kakak bangga, abang bangga, Ma bangga, dan semua bangga dengan adik. Hariz yang selalunya tak faham akan apa2 pun bangga dengan paksunya. 

Adik, selamat datang ke dunia sebenar. Walau bagaimana sukarnya alam pekerjaan nanti, ingatlah betapa hebatnya Ma membesarkan kita berlapan. Insyaallah, semuanya akan mudah dengan hanya mengingati Ma.!

No comments: