Friday, 23 September 2016

my beloved oppa : G Dragon


i miss you
more today than i did yesterday.
but i'll miss you 
more tomorrow than i did today.



❤seni seviyorum❤



i just keep on trying but i dont know what for
cause trying not to love you
only make me love you more.



❤wo ai ni❤



i choose you.
and i'll choose you, 
over and over and over.
without pause, without doubt
in a heartbeat.
i'll keep choosing you.

and suddenly,
all the love songs were about you. dammit..



❤je t'aime❤



to my beloved dear ;
my handsome Prince ;

i lay in bed at night
unable to sleep 
thinking about you. 
and wonder if maybe
you're lying in your bed
unable to sleep
thinking about me..😄😄😄



❤ti amo❤



hey LOVE;

i will always be there for you
i will always be here with you
i will always love you.



❤ti quiero❤



"let it hurt. let it bleed. let it heal. and let it go."

if you fall.. I'll always be there for you!!



❤i love you❤



i have completely fallen for you,
everything you do,
everything you say,
everything you are.
i heart you.

yes, i heart you!



❤eu te amo❤



him.
his smile.
his eyes.
his voice.
his laugh.
his warmth.
his existence.
him.



❤saya cinta kamu❤



when it hurts to look back,
and you're scared to look ahead
you can look beside you
and i'll be there.



❤aishiteru❤



when people say " i love you"
i always say " i love you more"
because life is a competition and
i must win!! 



❤ich liebe dich❤



and even though
i'm unsure about most thing in life,
i am certain that I LOVE YOU and will continue to love you.



❤ana behibek❤



things i want;
1. You
2. you
3. and you

cause i love being in love with you!



❤saranghae❤







hey hackers;
you're too much : messing up his life,
his privacy,
his love story,
and his sweeeeet smile
that literally the cutest thing
i have ever seen in my life.

Dear my lovely Oppa;
i know you' re feeling sad,
i know you're tired,
i know you' re in pain,
i know you're hurting,
yes, i know that.
because i'm hurt too.

it's ok. it's ok.
we have each other.
we can face anything!!


Wednesday, 21 September 2016

Takut


Encik Adek + Ma

Assalamualaikum wbt.

Dalam entry2 sebelum nih, aku ada cakap yang aku takut banyak sangat benda. Kira macam fobia la. Tapi seiring dengan waktu, aku belajar atasi setiap ketakutan yang selalu buat aku gundah gulana bila berdepan dengannya. Aku tak nak terus menerus rasa takut. Tak nak!!

Contohnya aku sengaja naik escalator sambil pandang ke bawah bila aku jejak kaki ke pusat beli belah. Tak pun bila aku berada kat tempat tinggi, aku paksa diri aku untuk pergi dekat dengan balkoni, dinding atau tingkap supaya aku dapat pandang ke bawah. Aku tak nak terus menerus takut dengan ketinggian. Aku kena lawan.

Aku jugak memang dah pulih dari rasa takut pada tempat gelap. Serius, kenapa aku boleh takut dengan gelap pun aku tak pasti. Mungkin tuh hasil momokan orang2 kat sekeliling aku masa kecik2 dulu. Konon2 tempat gelap ada hantu la, langsuir la, jin bertandang la, pontianak harum pakai perfume la, hantu kak limah lari dari rumah la dan ntah apa2 lagi lah. Cehhh, dusta semata mata.

Tapi kan, ada satu benda yang aku sangat2 takut. Walaupun aku pura2 cool dan amik sikap endah tak endah, aku memang takut. Takut yang aku tak mampu nak explain macam mana. Takut sungguh2.

Sejak dari dulu lagi, aku cukup2 takut kalau tahu Ma aku sakit. Aku risau tahap boleh kena panic attack. Aku ingat lagi aku pernah cakap kat Ma yang aku selalu doa kat Tuhan supaya ambil nyawa aku dulu sebab aku tak sanggup kehilangan Ma. Dan korang tahu tak Ma menangis sungguh2 dengar statement aku. Last skali Ma cakap Ma pun tak sanggup kehilangan aku dan Ma cadangkan kami 'pergi' sama2.

Petang semalam Ma demam teruk sebab kena hujan masa balik mengaji orang meninggal kat kampung. Pagi tadi pulak Ma memang tak mampu bangun langsung sebab demam makin teruk. Aku suruh Encik Adek balik tengok Ma kat kampung sebab aku pun tak sihat. Aku tak nak Ma tengok aku sakit dan risau pulak.

Sungguh, sepanjang hari ni aku gelisah sangat. Semua benda tak kena. Aku harap Ma cepat sembuh. Aku doa yang baik2 untuk Ma sebab Ma manusia paling baik yang pernah aku jumpa kat bumi nih. Aku sayang Ma. 

Eh korang, doakan Ma kita cepat sembuh dan baik2 jer ek. Terima kasih!


Saturday, 10 September 2016

Kepada wanita yang paling aku cinta

9 September 2016

Aku belajar setiap inci hidup ini berdasarkan apa yang dipaparkan secara nyata atau tidak oleh wanita itu. Aku melihat setiap perkara berdasarkan apa yang wanita itu perlihatkan pada aku. Aku merencana setiap ruang dalam keputusan berdasarkan apa yang wanita itu nilaikan dalam setiap tindakan. Aku seboleh-bolehnya ingin menyelusuri jalan2 yang dipilih oleh wanita itu tanpa tersasar atau terbabas dari laluan.

Aku sememangkan manusia yang mudah merasa kagum. Setiap apa yang ada pada wanita itu menerbitkan benih2 kekaguman yang tak dapat nak aku jelaskan dengan kata2. Pada perit kehidupannya, pada liku2 hidup yang menitiskan airmatanya, pada berbagai rasa yang disimpan jauh dari pengetahuan sesiapa dan pada apa jua yang terdetik dihatinya. Aku mengaguminya!!

Tak pernah walau sekali aku mampu membayangkan kehidupan tanpa wanita hebat itu. Tak pernah langsung! Tak pernah!! 

Aku sentiasa ingin dipimpin wanita itu. Andai dihambat waktu, aku tega memimpin wanita itu. Meraih tangannya yang kedut seribu, memeluknya dengan segunung rindu, mengusap pipi yang selalu aku kucup tanpa rasa jemu dan membelai rambutnya sambil menggumam lagu2 yang bernada syahdu.

Allah, begini rupanya cinta yang setitis itu. Cintanya memenuhi ruang kalbu. Berlegar-legar dengan untaian rindu. Ini cinta pertama. Cinta pertama yang tetap kekal walau jasad dimamah waktu.

SANAH HELWAH MA!!

. . . . . . . . . . . . . . . . . 

Ma,

Menjadi salah seorang anak Ma merupakan anugerah yang paling indah, paling manis, dan paling mengujakan bagi kina. Kina sayang Ma. Kina doakan yang baik2 untuk Ma. Ma, terima kasih untuk segalanya. Selamat ulangtahun kelahiran Ma!