Wednesday, 24 August 2016

Tempek nyoq belaian jiwa raga

Kalau kau sedang lepak2 dan mengadap tv petang2 macam ni, mesti perut menyanyi lagu2 pelbagai irama kan. Nak nampak lagi syahdu, hujan pulak renyai2 kat luar. Berdangdut sakan perut kau kan?

Merah manusia yang memang nak mudah jer kerja. Bila rasa lapar petang2 macam ni, mula la selongkar dapur untuk cari makanan paling sedap tapi tak payah peluh2. Jom kita intai cara buat tempek nyoq aka lempeng kelapa belaian jiwa raga nih.

Bahan-bahan;

1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa
1 sdb gula
Secubit garam
Air suam

1- Campak semua bahan2 dalam bekas. Agak2 jer kuantiti air tu yer. Kacau sampai adunan sebati.

2- Panaskan kuali, letak minyak manja2 jer tau sebab tak nak tempek nih melekat masa korang masak.

3- Cedok sesenduk adunan. Ratakan macam korang buat penkek. Bila dah garing dua2 bahagian, angkat.


Tadaaaaa, sedia dihidangkan!!!

Merah suka tempek nyoq yang manis. Jadi Merah makan macam tu jer tanpa cicah dengan apa2. Sambil mengadap tv nih, laju jer mulut mengunyah. Sedar2 dah habis 2 keping. Alhamdulillah.

Eh, takkan baca jer kot! Cer buat tempek nyoq ni tengok. Sedappp oooo.






I wonder what in love feels like ;

I guess i'll never know ;

Because I love you without knowing how or when, or from where ;

I love my life bacause of you. .





Monday, 22 August 2016

Dear LOVE;


Hello, handsome ;
Hey there, gorgeous ;

I loved you yesterday
I love you still
I always have
I always will.

I HEART YOU..❤❤❤

Sunday, 21 August 2016

Entry ini untuk kamu, kamu, kamu dan kamu2

Assalamualaikum wbt

Makin berganjak usia nih, hati dah jadik lebih nipis dari tisu. Setiap benda yang terjadi, walaupun tak ada sezarah pun sangkut paut dengan diri, hati mudah jer terusik. Bukan sensitif melulu, bukan simptom pms yang menjengah tiap bulan, bukan emosi tak tentu pasal. Bukan. Bukan!! Nih lain. Nih lebih kepada perasaan diri yang terlebih penyayang. Terlebih simpati. Terlebih peduli. Terlebih gula kot! Cehhhhh.!

Okep, tu mukadimah jer. Sebenarnya nak citer pasal lain. 

Sejak dalam fasa sungguh2 terapi, sungguh2 nak sihat dan sungguh2 keluar dari zon hitam pekat gelap gelita duka lara nan derita berjurai jurai airmata, aku macam senyap. Senyap sungguh2. Aku abaikan jer facebook sampai bersarang, berpenunggu dan berhantu. Cuma sekali jer tukar profile picture dalam setahun setengah ni sebab tak nak orang ingat aku dah hilang ntah ke mana. (*_*)

Call, wassup, mesej atau apa2 jer memang aku tak angkat atau balas. Aku nak belajar untuk bangun sendiri kali nih. Bukan ego atau apa, aku cuma nak tengok tabah aku tuh banyak mana. Kuat aku tuh sampai takat mana. Semangat juang aku tuh hanya hangat2 tahi ayam atau sebaliknya. Bila kena asak atau gempur dengan perasaan yang berkecamuk dalam diri tuh, aku nak tengok aku mampu lawan atau tak.

Dan bila dah lama aku bereksperimen dengan diri, aku makin hilang rasa hati. Aku makin tak kisah untuk bersendiri. Aku jadi serasi dengan sunyi dan sepi. Aku lupa dengan perasaan sendiri!!

Okep, itu bukan tanda yang baik. Itu masalah namanya. Itu masalah yang besar, sangat2 besar.

Aku tahu jalan cerita yang bagaimana akan aku tempuh kalau terus begini. Lama kelamaan aku akan ditarik jatuh ke satu lembah hitam pekat yang cukup2 payah untuk aku lari. Aku akan hilang rasa percaya diri. Aku akan menidakkan setiap harapan yang berputik di hati. Aku akan pandang sepi pada setiap bicara manusia2 yang ingin menggenggam erat tangan ini dan membantu aku lari dari lembah ini. 

Aku akan tersakiti kerna aku yang memilih untuk menyakiti.!!


Aku cuba muhasabah diri.

Aku sepatutnya tak perlu lari. Aku tak sepatutnya mementingkan diri. Aku sepatutnya bersyukur akan nikmat2 peduli dari insan2 yang menyayangi tanpa mengharapkan secebis duniawi. 

Mungkin aku dah sakitkan hati2 manusia yang peduli. Mungkin aku dah buat mereka2 merasakan aku tak perlukan mereka lagi. Betapa aku sedang mementingkan diri. Aku manusia yang tak punya hati!!!

Sungguh, walau bagaimana aku buang, walau segigih mana aku campak, walau sedalam mana aku benam, aku tak dapat menipu diri sendiri. Allah, aku sayangkan manusia2 itu. Aku sayangkan manusia2 itu. Maaf kerna pentingkan diri. Maaf kerna terlalu jauh berlari. Maaf kerna menjadi manusia asing dan lupa diri. Maaf!!

Kerna sahabat yang baik tak akan pernah pergi dalam apa jua situasi. 
I heart kamu, kamu, kamu dan kamu2 yang tak pernah jemu menanti!