Friday, 24 June 2016

Mak



Ya Allah,
 Engkau rahmatilah ibu ku.  
Aku pohonkan rahmat Mu dan keampunan Mu untuknya.

Ya Allah, 
Engkau anugerahkan lah kepada dia kesihatan yang berpanjangan kerana dia telah mengandungkan aku 
dengan susah payah.

Ya Allah, 
Engkau anugerahkan sebesar-besar ganjaran kepadanya kerana telah melahirkan aku.

Ya Allah, 
naungilah dia dengan kasih sayang Mu kerana dia telah menyusukan aku dengan penuh kasih sayang.

Ya Allah, 
anugerahkan ganjaran Mu diatas kesabarannya yang telah membesarkan aku.

Ya Allah, 
Engkau kurniakan kepadanya darjat yang tinggi di sisi Mu diatas ketabahannya menanggung kesedihan dan kekecewaan  dengan perangai aku yang menyakit kan hatinya, mengaibkannya dan berbagai-bagai perbuatan ku.

Ya Allah, 
anugerahkan kepada semulia-mulia tempat di sisi Mu kerana dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan diatas setiap pengorbanannya dari ku.

Ya Allah, 
kurniakan kepadanya iman yang sempurna. Kesihatan tubuh badan yang berterusan. Mendapat Ilmu yang bermanafaat. Di murahkan rezeki yang halal. Engkau masukkn lah dia kedalam golongan orang-orang yang dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat Mu ketika mati dan mendapat keampunan Mu sesudah mati.

Ya Allah, 
permudahkan lah dia  ketika menghadapi sakartul maut dan lepaskan dia dari  di hisab.

Ya Allah, 
jangan lah Engkau biarkan dosa-dosanya melainkan Engkau ampunkan jua.

Ya Allah, 
janganlah Engkau biarkan dia bersedih melainkan Engkau hiburkan mereka dengan kurnia dan nikmat Mu.


Ya Allah, 
janganlah Engkau biarkan dia kesunyian melainkan Engkau temani dia dengan hidayah dan petunjuk Mu.



*ma, cepat2 sihat ek!!

Friday, 3 June 2016

Exam penolong pegawai tadbir n27

Okep, beberapa hari lepas Merah telah menjalani peperiksaan untuk jawatan penolong pegawai tadbir n27, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Kiranya tuh fasa pertama sebab kalau lepas exam nih baru akan dipanggil untuk temuduga. Fuhhhh, doakan Merah berjaya tau!!

Masa mula2 sampai memang cuak dan nebes tahap tak boleh nak fikir apa2. Punya la ramai manusia yang ambil exam ni. Tak tahu la banyak mana kekosongan yang ada. Yang lagi dup dap jantung ni bila tengok semua pakat2 pegang nota2 yang berkajang-kajang sementara nak tunggu masuk dewan exam. Wehhh, nih boleh buat Merah makin panik. Sabaq sat Merah oiii!

Sebenarnya Merah ada jugak google2 untuk tahu lebih lanjut contoh2 soalan yang mungkin akan keluar exam. Tapi kan, memang hampeh. Merah terjah dari satu belog ke satu belog, tapi kan memang tak berapa nak dapat pencerahan di situ. Kecewa sungguh2. Yang ada cuma koleksi2 contoh soalan yang dijual. Okep, tak nak komen banyak2.

Sebab Merah kesian kat manusia2 lain yang mungkin berada dalam situasi Merah, meh Merah nak citer serba sedikit tentang soalan2 exam hari tu ek.

1- Mula2 memang ada soalan matematik yang mudah, tapi ada unsur2 berjela-jela di situ. Contohnya dia punya soalan panjang sungguh2. Macam karang nak buat novel. Kena cepat2 fikir ek. Jangan buang masa sebab masa 30 minit, soalan ada 50.

2- Ada soalan tentang pilihanraya. 

3- Banyak giler soalan tentang dasar kerajaan, badan eksekutif, kuasa kerajaan tempatan dan kerajaan negeri, perlembagaan, kuasa sultan, dasar pendidikan negara dan ada masuk sikit tentang undang2 serta mahkamah.

4- Sebab nih exam untuk jawatan di mpsp, ada la 2-3 soalan tentang mpsp. Contohnya soalan tentang penghargaan atau pengiktirafan yang mpsp dapat.

5- Ada jugak soalan pengetahuan am. Contoh : Negeri2 yang ada raja, tapak warisan yang diiktiraf oleh unesco.

6- Ada jugak soalan yang korang kena jawab ya atau tidak. Nih memang soalan yang nak bantu korang sebab ia berkaitan pendapat korang sendiri. Contoh soalan : Saya akan mengambil risiko bagi setiap keputusan yang diambil tanpa meminta pendapat orang lain. 

7- Nih soalan paling sweet. Segitiga ada 3 sisi, oktagon pula ada berapa sisi? Hahahaha, terlebih gula kan soalan nih. Seyes, ramai jugak yang silap jawab soalan ni. 
Jawapan : 8 sisi okep!

Masa menjawab hari tuh, soalan2 lain memang Merah agak yakin. Tapi kan soalan yang bertanda 3 tuh, yang berkaitan dasar2 segala bagai tu memang azab rasa. Ingat2 lupa. Semuanya Merah agak2 jer berdasarkan apa yang Merah belajar pengajian am masa form 6 dulu. Sadis kan.

Sejujurnya Merah harap entry nih dapat bantu korang2 yang tengah meraba-raba dalam gelap sebab tak tahu soalan jenis apa yang korang akan dapat. Yang best tentang exam ni, semuanya soalan objektif. Kalau dah tepu sangat otak tuh, hentam saja la labu!!! Kalau bukan A, mesti B, takpun C atau D.

Okep la. Moga bermanfaat ek. Tata..




Dear you,
I may be thousands of miles away but you're the first thing on my mind.

Hey you,
Your smile is the cutest thing ever!! I'm so, so so, in love with you.