Friday, 11 March 2016

Resepi kimchi yang sangat2 simple

Assalamualaikum.
Sejak pertama kali buat kimchi yang rasanya sangat hell dulu2, aku ingat aku dah berputus asa. Rupa-rupanya aku tersilap dalam menilai keupayaan diri. Aku nih ada semangat juang aka semangat serikandi yang menebal dalam diri. 

Aku godek sana sini. Last sekali aku jumpa resepi kimchi yang mudah tahap budak tadika. Seyes, mudah benor!

Sejak guna resepi tuh, ada la dekat sepuluh kali dah aku buat kimchi. Cik Adik yang dulu2 perli aku masa mula2 buat kimchi pun tiba2 dah jatuh cinta dengan kimchi aku sekarang ni. Nampak tak, tak kenal maka tak cinta. Cewahhh!!!

Okep, kembali dengan resepi kimchi ni. Mula2 aku nak warning siap2. Resepi aku memang sungguh2 melayu. Aku olah bagi sesuai dengan tekak melayu aku. So aku akan ajar langkah demi langkah ye. 


1.
a) kobis panjang 2kg
b) Garam kasar 2 cawan
c) Air

Potong kobis kepada 4 bahagian. Buang hujung kobis tu ye. Kemudian carik2 helaian kobis tu dan rendam dalam besen yang ada air + garam.

Pastikan kobis tuh tenggelam. Rendam selama 4-5 jam. Nak bagi lebih efisyen, tindih besen dengan lesung batu.




Lepas 4-5 jam, bilas kobis sebanyak 3x. Sila perah kobis sungguh2 untuk bilasan terakhir supaya air yang ada adalah seminima mungkin. Sejat. Ketepikan.



2. Bubur
a) 1 cawan tepung pulut
b) 2 cawan air
C) 1 cawan gula

Tepung pulut dan air dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak menggunakan api perlahan. Sila gigihkan diri ye untuk kacau sentiasa bagi mengelakkan bubur bergentel atau hangit.

Apabila bubur nampak sebati + jernih + licin, masukkan gula dan kacau seketika hingga gula hancur. Ketepikan dan biar bubur sejuk.



Nota kaki kiri Merah ;

* Air yang digunakan perlulah air yang dah dimasak @ ditapis bagi menjaga kebersihan.
* Kalau google2 kat internet ada resepi yang tak letak bubur. Seyes, tak letak pun tak dak masalah. Tapi kalau tak letak, kimchi korang akan berair + tak pekat + tak nampak bersalut. Proses pemeraman yang berlaku jugak tak berapa ummmphhh.

3. Kimchi paste
a) 2 biji bawang holland
b) 8 ulas bawang putih
c) 2 batang lobak merah
d) Daun bawang
e) 1/2 cawan fish sauce
f) 1 cawan cili
g) 2 sudu besar cuka

Kisar bawang holland + bawang putih. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam besen yang besar untuk mudah menggaul. 

Campurkan bahan (2) iaitu bubur ke dalam besen. Masukkan juga lobak merah, daun bawang, fish sauce, cili dan cuka.

Perasakan paste tersebut. Cuba rasa paste tersebut dan tambah mana2 yang terkurang mengikut citarasa sendiri. Jangan masin sangat sebab kobis agak masin. 



Nota kaki kiri dan kanan Merah ;

* Merah galakkan guna bawang holland sebab bawang ni manis.
* Merah tak gunakan serbuk cili macam dalam resepi2 bila korang google kat internet. Sebaliknya Merah guna cili kering yang Merah gunting, rebus, dan masak untuk paste segera yang diletak dalam peti sejuk.
* cili yang sudah dimasak ni lebih sedap sebab tak der bau pedaq bak kata orang utara. Pedaq ni maksudnya pijar atau tengik.
* Bagi yang tak makan pedas dan ada masalah perut, kaedah ni sangat2 digalakkan. Bagi yang suka rasa pedas, korang boleh guna kaedah ini jugak. Tambah jer berapa banyak cili yang korang suka.
* Kalau letak serbuk cili pun ok, tapi nanti korang akan hidu bau pedaq yang Merah cakap tadi. 


Ini cili paste yang sentiasa ada dalam peti sejuk!
4) Proses menggaul

Masukkan kobis sedikit demi sedikit ke dalam besen yang mengandungi kimchi paste bagi memudahkan proses menggaul.



Salut kobis dengan kimchi paste dan masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ulang proses tersebut hingga habis. Siap!

Nota hati Merah ;

* Bekas kimchi tersebut boleh dimasukkan terus ke dalam peti sejuk.
* Korang boleh jugak biarkan dulu kimchi tersebut pada suhu bilik. Bila dah nampak buih2 dalam bekas kimchi tu, baru masukkan ke dalam peti sejuk.
* Kimchi tersebut boleh dimakan serta merta. Nak lagi ummmphh, biar semalaman di dalam peti sejuk sebelum dimakan.


Tada. Kimchi kita dah siap. Makan dengan meggi sedap. Kadang2 makan nasik + telur goreng + kimchi. Makan mee, koew tiau atau bihun goreng dengan kimchi pun sedap. Makan kimchi saja pun sedap.

Kimchi ni macam pembuka selera. Kalau demam dan tak selera nak makan, Merah buat bubur nasi dan makan dengan kimchi. Potong kimchi kecil2 dan makan dengan bubur nasi. Terbaik!

Komen Merah;

* Bagi kimchi timun atau lobak putih, Merah tak gunakan bubur sebab struktur bahan tersebut berbeza dengan kobis.




Sambil makan kimchi sambil senyum sorang2. Semalam kita mimpi GD ajak couple. Hahahahah.



No comments: