Tuesday, 23 February 2016

Kisah hantu paling win

Sejak zaman aku kecik2 lagi, aku sedar ada something yang tak kena dengan diri aku. Seyes, banyak kisah2 mistik yang terjadi kat aku. Hari nih aku nak share kisah2 hantu yang paling win yang pernah aku alami.

Hahahahahaha. Hihihihihihihi.. Hohohohohoho. Okey, gelak2 macam pontianak sat.


Kisah pertama ialah waktu aku budak2 lagi. Masa tuh aku ikut Puan Mama  melawat saudara yang meninggal dunia akibat sakit tua. Sejak sampai kat rumah saudara aku tuh, aku pelik sebab ternampak seorang nenek tua yang menangis tersedu sedan di sebalik kumpulan2 manusia yang sedang mengaji.

Kemudian Puan Mama selak kain nipis yang menutup muka mayat. Aku tengok dan diam. Bila Puan Mama mula duduk untuk membacakan surah yassin, aku cepat2 bertanya.


"Ma, kenapa ada dua nenek muka yang sama kat sana. Satu sedang tidoq, sorang lagi sedang menangis kat tepi tuh."


Puan Mama terdiam. Yang lagi win, orang2 kat sekeliling aku pun tiba2 berhenti baca yasin dan diam.

Malam tuh aku tak boleh tidoq. Bayangan nenek tuh muncul depan kelambu. (Zaman dulu2 kan tidoq dalam kelambu.) Dia melutut dan memandang aku betul2 dengan biji mata yang sangat2 mengerikan.

Dan aku mula menjerit dan menangis hingga semua orang terjaga.

Sejak hari tuh, aku selalu kena kacau. Aku pernah nampak pocong sewaktu main kejar2 dengan kawan2 aku di waktu malam. Aku pernah nampak bayangan harimau dan ular hampir setiap malam di luar kelambu. Dan yang paling ngeri ialah aku selalu  tersedar di tengah malam sebab ada benda yang cuba menggenggam jari jemari aku. Okey, tuh buat aku menjerit separuh mati!

Bila semakin meningkat dewasa, aku belajar sesuatu yang penting. Sesuatu yang dapat membantu aku mengatasi semua benda yang mengganggu aku. Aku amalkan surah2 yang mampu menjadi pendinding buat aku. Supaya aku tak takut lagi. Supaya aku tak lagi menjerit. Supaya aku tak lagi melihat bayangan demi bayangan yang menakutkan itu.

Alhamdulillah, walau sedikit ianya membantu.

Pernah sekali semasa aku di tingkatan 3, ramai kawan2 di asrama mengalami histeria. Malam tuh, jeritan demi jeritan kedengaran di setiap dorm. Sepertinya jeritan mereka saling bersahut sahutan. Aku terkaku. Warden mengarahkan pelajar2 perempuan berkumpul di dorm2 aras. Dorm bawah akan dikosongkan. Pelajar yang masih baik dan sedar diarahkan untuk membaca yassin di dalam bulatan secara berterusan. Pelajar yang histeria diletakkan di tengah2 bulatan.

Setelah hampir dua jam, keadaan agak reda. Bacaan yassin mula perlahan. Aku rasa mengantuk dan menyandarkan kepala di kaki katil. Tiba2 dalam keadaan separuh sedar, aku dengar ada yang memanggil-manggil nama aku. Aku sedar ada sesuatu yang sedang cuba mendekati aku.

Aku menangis. Dan tangisan aku mengejutkan semua yang masih mamai dan letih. Serentak dengan itu jeritan kembali bergema. Bacaan yassin kembali rancak. Aku  bertahan dengan ayat2 suci al quran. Dan syukur kepada Tuhan sebab aku mampu melawan.

Esoknya, semuanya seperti takut2 memandang aku di asrama. Bila diselidik, rupa-rupanya mereka melihat aku tersenyum sewaktu jeritan histeria bergema untuk kali kedua. Sungguh, aku tak sedar bila dan bagaimana aku boleh tersenyum dalam situasi genting itu.

Sepanjang minggu tersebut, isu histeria semakin menjadi jadi. Pernah sewaktu solat maghrib berjemaah di surau aku terpandang ke luar tingkap. Aku nampak ada lembaga yang berlegar legar dan cuba2 untuk masuk ke kawasan surau. Aku kaget. Bacaan di dalam solat aku mula menjadi carca merba. Selepas imam memberikan salam aku cepat2 menyudahkan solatku dan bergegas ke tengah saf tanpa menunggu imam membacakan doa.

Tahu tak apa yang jadik????

Semua kawan2 yang bersama sama aku dan berada di saf tepi dinding bagi setiap barisan rebah dan mula menjerit. Aku terkaku dan terdiam tanpa bicara.

Pernah juga aku mendengar dan melihat bayang2 rakan2 aku ketawa dan berbual bual dengan gembira sewaktu menghias kelas pada waktu petang. Dalam hati aku membebel geram kerana mereka naik ke kelas tanpa menunggu aku. Waktu itu kelas aku di tingkat empat dan terletak di bangunan paling belakang.

Apabila aku sampai dikelas, tiada sesiapa yang kelihatan. Angin tiba2 menderu dan membawa pergi suara2 ketawa riang yang aku dengar semasa mendaki tangga ke kelas tadi. Aku cepat2 turun. Dari kejauhan aku melihat rakan2 aku sedang berbual bual di bawah pokok yang terletak bersebelahan tapak perhimpunan.

Aku cuba sembunyikan perasaan yang membuak buak di dada. Dan teguran dari seorang sahabat mengejutkan aku.


" Hang pi mana Merah? Dari tadi kami tunggu hang. Awat muka hang pucat ni. Hang sakit ka? Hang ok tak ni?"

Aku cuma membisu seribu bahasa. Petang tu aku mencadangkan agar projek menghias kelas dibatalkan.

Sebenarnya sejak aku semakin dewasa nih aku tak lagi dapat melihat makhluk2 ini secara bersemuka seperti zaman kanak2 aku. Aku cuma dapat melihat bayangan, lintasan, mendengar suara2 mereka atau merasakan kehadiran mereka. 

Cukup. Itu sudah cukup menggalaukan hati aku!

Aku pernah terkunci di dalam toilet pada pukul 2 pagi semasa di universiti. Semasa di universiti juga aku pernah mendengar nyanyian2 merdu dan mendayu dayu di luar bilik aku. Bila aku bukakan tingkap, seekor anjing menyalak nyalak sambil melihat aku. Roomate aku juga pernah melihat sesuatu berdiri di hujung kaki aku sewaktu aku sedang tidur.

Walau berkali kali di uji begini, aku makin lali. Aku abaikan sahaja semua kisah2 ngeri ini tanpa meneliti lebih dalam lagi. Bukan sebab aku berani, tapi aku percaya ada yang lebih patut aku takutkan berbanding semua ini.

Sekarang situasinya masih sama. Tapi aku tetap tak tercuit dek apa2. Saban waktu aku bisikkan pada diri, Allah ada. Allah ada. Insyaallah, semuanya tak akan apa2.

Mungkin ini kelebihan. Mungkin juga kekurangan. Namun aku percaya, setiap sesuatu yang Allah jadikan pasti punya sesuatu yang Dia rencanakan. Pasti!


Saturday, 13 February 2016

Cuit2 puan mama


Puan Mama adalah manusia paling slumber dan yakin bila berbicara. Ayat2 yang keluar dari mulut Puan Mama selalunya buat kami adik beradik bergolek-golek ketawa. Seyes, Puan Mama memang lawak tahap giga.

Situasi 1
P. Mama : Adik, nah duit ni. Semalam cakap nak duit beli bakso.
Adik : Eh, bila plak adik cakap nak beli bakso. Adik cakap nak beli boxer.
P. Mama : Lebih kurang ja bunyi dia.
Kami : **********

Situasi 2
Merah : Ma, adik pi mana? Tak dak pun dalam bilik
P. Mama : Adik pi main busar
Merah : haaaa?
Sis in law : Adik pi main futsal la
Kami : **********

Situasi 3
Merah : Ehhhh, cepat2 mai tengok sini. Banyaknya firefly  kt laman rumah.
Hanna : Ummi, firefly tuh apa?
Merah : Ala, binatang yang bercahaya tu. Apa ek. Ala... Lupa plak firefly tuh apa dalam bahasa melayu. Acik, firefly tu apa ek.

Dan Puan Mama yang kebetulan lalu di situ slumber jer jawab.

P. Mama : firefly tu kelip2!
Kami : Perhhhhhhh.

Semua pakat2 kagum dari kejauhan.


Saturday, 6 February 2016

Sanah helwah Merah

Selamat ulangtahun kelahiran duhai si tenang!
Pintaku cuma satu.
Diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke rumahNya.
Cukuplah.
Cuma itu yang aku inginkan.
Biarlah terus terpejam.
Kerna cuma itu yang aku impikan.