Wednesday, 13 January 2016

Apa yang paling2 engkau takutkan??


Suatu hari yang panas dan kering, aku tiba2 ditanya dengan satu soalan yang aku sendiri susah nak jawab.


Apa yang paling2 aku takutkan?



Hantu?

Tempat tinggi?
Mati?
Hilang orang2 yang aku sayang?
Gelap?


Jujur, banyak lagi benda yang aku fikir dalam kepala nih. Aku sampai tak boleh nak tetapkan apa yang paling aku takutkan. Last sekali aku cuma senyum dan minta masa untuk fikir jawapan yang terbaik untuk soalan tuh.



Berminggu jugak la aku fikir untuk bagi jawapan. Tap i tak der la sampai aku tak makan, tak minum, tak mandi atau tak buat apa2 kerja. Aku kan bizi, mana sempat nak fikir2 sangat soalan2 luar silibus nih.



Yang nyata, sebelum aku tidur soalan nih akan automatik keluar. Cehhhh, kacau daun sungguh!



Ada suatu hari tuh aku memang terkejut beruk sebab kawan masa aku kat usm bunuh diri. Menggeletar tangan dan kaki bila dapat berita tuh. Walau dia bukan islam, tapi dia manusia yang baik. Sangat2 baik.



Aku selalu sembang dengan kawan aku pasal dia. Siap doa2 lagi agar dia dapat hidayah sebab dia manusia yang baik. Manusia yang tak pernah lokek akan apa2. Manusia yang kau boleh sandarkan apa jua pertolongan. Manusia paling positif dalam apa jua.



Seharian aku moody. Bukan sebab apa2, cuma sebab aku  tak boleh terima cara dia menyelesaikan masalah. Kenapa perlu bunuh diri?



Aku menangis. Roomate aku masa kat usm pun menangis. Dan kami sama2 terdiam. Aku rasa tuh perbualan paling sunyi yang pernah kami bualkan.



Esoknya masa tengah2 sedap sarapan aku terfikir seperkara. Aku tahu apa paling2 aku takutkan. Cepat2 aku wassap jawapan aku kat dia.



Puan, maaf sebab lambat respon. Saya dah tahu apa yang paling saya takutkan dalam hidup ni. Saya paling takut kalau hilang rasa BERTUHAN. Tanpa rasa bertuhan, saya akan hilang rasa percaya. Saya akan berputus asa. Saya tak kan mampu untuk berjuang untuk diri sendiri lagi. 



Walau bagaimana positif dan bersemangatnya kita, tanpa iman kita akan goyah. Saya sedar seperkara, perasaan bertuhan dapat mengimbangi kita dalam setiap tindakan. 




Dan mesej tuh aku hantar dengan perasaan yang tenang. 



***********


2016 : be nice ek!