Monday, 16 February 2015

dengan bersendiri aku belajar mengenal diri



Selama ini aku pegang teguh prinsip memendam, menghadam, mengunyah dan menelan apa jua yang aku rasa. Hatta dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar hal yang aku teroka. Aku tak pernah kongsikan kepada sesiapa. Kalau ada pun, cuma 5% yang aku kongsikan. Cukuplah. Cukuplah.!!

Semenjak aku dah pandai membina tembok yang menjulang tinggi, aku makin menyepi. Aku makin menjauh. Aku lebih selesa menyendiri. Dan aku makin teguh mengorak langkah.

Dengan bersendiri, aku tak perlu takut dengan apa2 bicara yang mungkin mengguris dada.

Dengan bersendiri, aku bebas menghayun kaki dan melangkah ke mana sahaja yang aku ingin terokai.

Dengan bersendiri, aku belajar menjadi cekal dan tabah. Lantas aku bebas mencorak diri tanpa terpengaruh dengan apa jua yang merintangi.

Aku memang lebih selesa begini..!!

Ramai yang suarakan komen2 peribadi. Aku sombong. Aku berlagak. Aku lupa diri. Aku ketepikan individu2 yang pernah ketawa dan menangis bersama-sama. Aku begitu. Aku begini. 

Dan aku memilih untuk membisu seribu bahasa. Aku cuma mampu berdiam diri dan menelan kata2 yang penuh bisa. Tak apa, aku sudah terbiasa.

Menjadi manusia yang terlalu peduli sebenar-benarnya memilih untuk tersakiti. Aku bukan sang bidadari yang sedia menerima tujahan demi tujahan dengan penuh senyuman. Tidak, aku bukan sang bidadari..!!

Bukan aku tak rindu pada mereka2 yang aku tinggalkan di luar tembok yang menjulang tinggi itu. Rindu, cukup2 rindu. Hanya Tuhan yang tahu betapa saban waktu aku memujuk hati yang sarat dengan rindu. 

Namun aku percaya, Dia akan menjaga insan2 yang aku rindu itu dengan sebaik-baik penjagaan. Aku serahkan kepada Dia, pemilik hati dan pemilik cinta. Aku percaya dengan seteguh kepercayaan di jiwa, Dia akan ada di setiap langkah yang diatur oleh insan2 yang aku cinta.

Insyaallah, pasti akan baik2 sahaja.

Monday, 9 February 2015

kau tak akan selamanya menjadi manusia hitam


Kadang2 aku rasa penat sangat2 dengan kehidupan nih. Penat yang aku tak mampu nak jelaskan. Sampaikan aku tak tau nak karang ayat yang macam mana untuk tunjukkan betapa aku penat.

Saban waktu aku pujuk hati. Bagi kata2 semangat sikit kat hati supaya jangan lembik sangat. Brain wash sikit2 supaya anasir2 negatif tuh tak terus menerus berhidup dengan subur.

Dan aku pernah keluarkan satu statement kat Cik Adik.

"Aku rasa dah lama aku tak senyum sebab aku betul2 gembira. Senyum yang betul2 senyum. Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku senyum dengan seikhlas hati."

Bila aku down dan lost tahap loser aku akan salahkan diri aku untuk dosa2 semalam. Untuk kekhilafan yang aku sepatutnya mampu elak. Untuk tindakan2 bodoh yang aku ambil dan untuk segala jenis perbuatan yang aku rasa salah.!!

Aku sedar, aku jua manusia hitam. Manusia yang pernah memalitkan noda di hati. Manusia yang pernah lupa bahawa hidup ini bukan kekal abadi. Manusia yang pernah alpa dan bertindak membuta tuli. 


Bukan aku tak cuba untuk padamkan cerita2 ngeri semalam, tapi makin aku cuba menidakkannya, bab demi bab dari cerita2 itu tiba2 ditayangkan pada ruang mata aku. Ia mula menyentakkan tenang. Mengundang ketakutan yang amat. Amat!! Dan sedikit demi sedikit aku benci pada apa adanya. 

Setiap orang ada kisah hitam. Setiap orang ada hari2 semalam yang seboleh-bolehnya nak kita tong sampahkan dan buang ia dari melekat di fikiran. 

Ada manusia yang hitam pekat silamnya.

Ada manusia yang samar2 warna hidupnya.

Ada manusia yang penuh dengan warna2 yang tak mampu dijelaskan keadaannya.

Dan cerita aku mungkin hitamnya tak sepekat manusia2 lain, namun saban hari aku bergelut dengan kisah2 hitam akibat cerita2 semalam.

Keliru????

Maaf sebab membebankan ruang di kepala kamu, kamu, kamu dan kamu.

Aku cuma terlalu penat. Penat. Fullstop!!!

Aku selalu membayangkan bahawa aku seorang saintis yang berjaya mencipta mesin masa (^_^). Aku benar2 mengharapkan angan2 itu menjadi kenyataan. Aku ingin kembali pada hari2 silam dan betulkan segala yang aku kesalkan. Aku ingin padamkan mimpi2 ngeri yang acapkali menyentakkan tenang. Aku ingin pastikan tiada apa yang terjadi. Tiada apa yang menyakiti. Tiada apa yang melukai. Tiada apa!!!!!

Aku cuma ingin melupakan. Biar aku hilang segala ingatan2 yang menakutkan. Sampai bila aku mahu menggalas beban di bahu? Sampai bila???

Dan penghujung 2014 menjadi saksi. Aku lepaskan semua. Semua. Ya, aku lepaskan semua.!!

Pergilah.
Terbanglah.
Lenyaplah.

Aku ingin menjadi wanita yang berbahagia. 

Aku tak akan menjadi lemah. Tak akan. Aku tak perlukan mana2 bahu untuk berkongsi cerita hati. Aku tak perlu mana2 tangan untuk dihulur saat aku rebah, tersungkur atau jatuh. Aku tak perlukan apa jua simpati atau ruang untuk dipeduli kerna mereka2 tak selamanya berada di sisi.

Ikhlas, ikhlas dan ikhlas.

Aku belajar untuk menerima. Aku belajar untuk bertahan. Aku belajar untuk melawan ketakutan2 semalam. Aku belajar untuk melihat kehidupan dari sudut yang berbeda dari kebiasaannya.

Dan yang paling utama, aku belajar meluahkan pada Yang Maha Kuasa. Dia adalah Pengharapan yang sebenar benarnya. Dia Maha Penyembuh. Dia Pemilik Hati dan Dia akan menyembuhkan hati2 yang terluka dan terbeban dek mehnah dunia.

Aku tak rasa aku kuat sebab selama aku mampu berdiri ini aku cuma bertahan. Bertahan agar tak jatuh. Bertahan dari apa jua yang merempuh. Bertahan dari membiarkan semangat dan azam menjadi rapuh.

Aku masih dalam proses untuk benar2 menjadi ikhlas. Ikhlas melupakan silam yang menyeksakan. Ikhlas memadamkan igauan demi igauan yang mengocak tenang. Ikhlas. 

Aku percaya, ada satu ketika nanti aku akan tersenyum walau dihadapkan dengan cerita2 silam yang maha menyakitkan. Aku akan menjadi manusia kuat. Manusia tabah. Manusia cekal. Manusia teguh.!!

Cik Merah yang Manis,

"..Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan, jangan berdukacita jika hidup ini meletihkan kerana demikianlah hidup ini diciptakan.."

Friday, 6 February 2015

Hari nih hari istimewa Merah.❤❤❤❤❤


Assalamualaikum wbt.

Salam hari jumaat yang penuh berkah untuk korang2 yang tersesat kat tanah jajahan Merah yang terchenta nih. Jap.. Japp!!! Hari jumaat kan?

Dah baca surah al kahfi untuk hari ni?
Dah potong2 kuku yang panjang jela2 tuh?
Dah baca yassin?
Al mathurat?
Dah sunat dhuha pagi tadi?

Yang belum buat tuh, try la aplikasikan ek.kita rebut pahala banyak2 tau.

Nampak sangat2 berilmiah, matang, berwawasan dan penuh sifat2 kemuliaan untuk intro hari nih kan. Tak dak isu2 berbangkit yang nak dibebelkan kat sini kan. Ajaib giler..!!

Betul ker Merah yang menulis kat sini? Macam tak percaya kot..❤❤❤❤❤

Sebenarnya hari ni hari paling istimewa buat Merah. Hari yang Allah takdirkan untuk Merah menghirup udara di bumi ini 26 tahun yang lalu. 

Merah, selamat ulangtahun kelahiran!

Ma, terima kasih sebab lahirkan Merah kat dunia nih.!!

Nah, belanja sekeping gambaq seorang wanita yang dah cukup umur 26 tahun. Cehhhhh..



Sunday, 1 February 2015

Tuhan, temukan daku dengan Cinta


Aku tak memandang pada harta yang berjuta-juta.
Aku tak melihat pada paras rupa yang cuma sementara.
Aku cuma akan cintai dia.
Dia yang meletakkan Allah dan Rasul pada tempat yang paling istimewa.
Dan kerana itu,
Aku akan cintai dia apa adanya..