Thursday, 29 January 2015

aku cikgu yang serba tak sempurna..!!

Cerita 1
Lokasi : Kelas paling hujung untuk tingkatan 1
Masa : 8.10 - 9.30 Pagi
Subjek : Bahasa inggeris

Tengok ja jadual untuk hari ni dah buat aku menggelabah + meroyan tahap paling kronik sekali. Dalam kelas tuh ada makhluk Allah yang memang femes dengan jeritan, pekikan, pemberontakan, dan keaktifan yang buat ramai cikgu berpeluh-peluh. Minggu lepas aku siap kesat2 ayaq mata dalam toilet sebab gagal handle dia. Natijahnya kelas tuh tunggang langgang. Siap ada budak perempuan terluka sebab kena tolak dengan makhluk Allah tuh.

Sebelum masuk kelas tuh, baca al-mathurat dulu. Tarik nafas dalam2. Senyum2. Kemudian menapak pi kantin untuk bekpes dulu. Perut perlu terisi sebab dalam kelas nanti mudah untuk aku bersilat atau mengeluarkan jurus2 yang wajar bagi mengawal keadaan kelas.

Masuk jer kelas suasana lebih dasat dari minggu lepas. Aku kawal sabar. Pujuk2 hati. Senyum2. Teruskan pengajaran dan bagi latihan kat whiteboard.

Ehhhhh, makhluk Allah tuh sedang panjat tingkap. Nih tingkat 2 kot. Kalau jatuh mau arwah. 

Aku pegang tangan dia dan pimpin dia duduk di kerusinya. Aku duduk sebelah dia. Pujuk2 dia untuk cuba selesaikan latihan yang aku bagi. Sambil2 tuh aku sembang2 dengan dia. Aku panggil dia 'Syurga'. Dia senyum. 

Allah, tulusnya senyuman dia.

Aku melihat 'Syurga' dengan pandangan cinta. Cinta yang cukup2 mahal takrifnya. Memandang wajah tulusnya membuatkan aku makin nekad untuk memanusiakan mereka2 yang sebenarnya memerlukan perhatian dan cinta. Anak itu menagih perhatian dan cinta.

Tuhan, moga aku kuat, tabah dan tak mudah rebah!!

Dan 'Syurga' menitipkan kata2 yang tak mungkin aku lupa sampai bila2.

"Cikgu, saya sayang cikgu sangat2. Saya nak ke syurga macam cikgu kata. Syurga tuh indah kan cikgu..?"

Dan aku cuba mengangguk sambil tahan ayaq mata yang bergenang di tubir mata. 

'Syurga', terima kasih untuk cinta!


Cerita 2
Lokasi : Kelas pertama untuk tingkatan 1
Masa : 1.10 - 2.30 Petang
Subjek : Bahasa Inggeris

Masuk jer kelas tadi aku terus cakap nak buat public speaking. Ramai yang teruja + gembira tak hingat dunia. Tak perlu la depa nak salin2 nota dan buat latihan yang berlonggok-longgok kan. Pakat2 bercahaya mata. Perhhhhhh.

Dalam setengah jam ja, lebih dari separuh dah setel bercakap kat depan kelas. Dalam dok sibuk gelak2 + bertepuk tangan atas sikap depa yang sporting tuh aku perasan ada raut wajah yang nampak sangat2 cemas di belakang kelas.

Aku panggil dia untuk bercakap di depan kelas.

Dia mengelak.

Setiap kali aku panggil dia mengelak. Sungguh2 mengelak. Mungkin takut kawan2 gelak bila guna broken english. Aku yakinkan dia untuk mencuba. Dan dia masih mengelak.

Dan selepas semua sudah ke hadapan kelas, dia nampak makin gelisah. Dia tak akan berpeluang untuk mengelak lagi. Aku pimpin dia ke hadapan kelas. 

Wajahnya ditundukkan. Tangannya menggeletar. Ada airmata bergenang. Bibirnya diketap.

Aku terkesima. Apa mahunya?

Dan ayat pertamanya menyentak hati nuraniku. Seisi kelas terdiam. Dan dia turut berhenti berbicara.

Suaranya... Suaranya adalah punca dia menyepi dan mengasingkan diri. Mungkin kerna dia pernah sumbing. Suaranya tak jelas dan sengau pada pendengaran aku.

Allah, pasti tercalar hati anak itu. Pasti.!!

Aku perlu berbuat sesuatu. Perlu!!!

Aku berdiri bersebelahan anak itu. Aku raih jemarinya. Aku genggam erat2. Aku harap dia kuat. Aku harap dia punya kekuatan. Aku pandang wajah manis anak itu dan aku tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala.

Dan anak itu tiba2 meneruskan bicara yang tertunda. Wajahnya tidak lagi ditundukkan. Bibirnya terukir senyum. Dan jemarinya membalas genggaman. Kejap dan kemas.

Dan anak yang manis itu menitipkan kata2 yang buat aku menangis tanpa dapat aku tahan.

"Saya tak berani nak cakap kat depan. Saya malu. Saya rasa rendah diri. Tapi cikgu buat saya rasa istimewa. Cikgu buat saya rasa saya normal. Cikgu, saya sayang cikgu."

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Lihat, betapa Tuhan sedang mendidik aku. Dia titipkan2 anak2 yang manis itu untuk mengajarkan aku. Dia kirimkan anak2 yang manis itu untuk mencuri hati dan cinta aku. Mudah-mudahan dengan hati dan cinta itu aku dapat menampal lompang2 luka yang bernanah di jiwa. 

Aku tak sempurna dan tak mampu menjadi sempurna di mata manusia2 lain. Tapi dengan anak2 yang manis itu aku seperti menjadi sempurna.



Tuesday, 20 January 2015

yuppp, aku memang teramat marah


Aku manusia yang tak pernah menunjukkan marah kat sapa2. Bukan sebab aku nak pura2 jadi wanita sopan santun atau bidadari yang lemah gemalai tingkah lakunya. Sungguh, tak pernah terfikir langsung. Tak pernah..!!

Aku kenal benar akan diri aku. Kalau aku marah, aku akan menangis teresak-esak dan aku tak akan mampu bercakap walau sepatah perkataan pun. Semakin aku cuba nak bercakap atau meluahkan apa yang terbuku kat hati aku, tangisan aku akan bertukar menjadi ngongoian yang nampak sangat2 bodoh pada pandangan manusia2 lain.

Dan tadi aku memang marah. Marah sangat2 sampai aku rasa muka aku panas dan menjadi merah. Aku ketap gigi sekuat hati. Aku gigit bibir kejap2. Aku genggam jemari aku erat2.

Aku tak faham akan mentaliti manusia2 yang sewenang-wenangnya menghina aku dengan rakus. Dan manusia2 itu memegang tanggungjawab untuk mendidik anak2 bangsa. Mereka manusia2 yang aku kagum. Manusia2 yang membuatkan aku bersemangat untuk mendidik anak2 bangsa seperti mereka2.

Sejak dari pagi aku tahan marah aku. Aku cuba mengajar tanpa terkesan dengan cacian dan hinaan yang tiba2 menjadi melodi di telinga. Kata2 yang membuatkan aku marah. Sangat2 marah..!!!

Dan teguran dari pelajar yang duduk di penjuru kelas menyentakkan hati aku.

"Cikgu, hari nih senyuman cikgu kurang gula."

Marah aku berjaya menguasai keadaan. Aku kalah dengan perasaan ini. 

Balik dari sekolah aku terus menapak ke bilik mandi tanpa menukar pakaian. Aku jirus air sebanyak mungkin. Aku siram air tanpa henti supaya hati aku sejuk dan tidak lagi membahang. Aku sapu air pada ubun2, telinga, leher, muka, tangan dan kaki berkali-kali. Tujuan aku cuma satu, aku nak hilangkan panas yang membakar.

Dan akhirnya aku biarkan airmata yang aku tahan sejak pagi tadi merembes tanpa sekatan. Ini bukan airmata kekalahan. Ini bukan airmata kekecewaan. Ini bukan airmata kemarahan.

Aku menangis bersebab. 

Ini adalah peringatan untuk aku.

Pabila aku berada di atas kelak, aku akan ingat bagaimana peritnya pabila berada di bawah.

Aku tak akan berhenti atau mengalah semudah itu. Esok dan hari2 seterusnya aku akan kekal untuk mendidik anak2 itu walau apa jua yang manusia2 itu lontarkan pada aku.

Walau2 engkau2 berjaya membuat aku marah, engkau2 tetap gagal untuk membuatkan aku hilang pertimbangan dan bertindak di luar jangkaan. Aku masih mampu mengawal amarah.

Saturday, 17 January 2015

cerita tentang korea : isu Kpop dan resepi kimchi yang sangat vavavoom

Wehhhh, menggelabah giler tajuk entry di malam yang indah permai nih. Macam buat karangan jenis situasi masa form 5 dulu plak. Terlebih sudah.!!

Eh, mesti kamu2 dah tau pasai isu Kpop yang tengah hot gila2 khinzir sekarang nih kan. Ala, pasai kes pelok2 cium tuh la. Mesti tau kan. Kan. Kan. Actually Merah bukan nak ulas pasai isu tuh pun. Sajer nak citer sikit2 tentang minat Merah kat retis2 korea nih. Dah alang2 tengah hot, baik citer sekarang nih kan.

Merah minat sangat kat G Dragon. Seyes, minat tahap letak dp henpon gambar GD dan ringtone lagu Monster. Tapi alhamdulillah, minat nih tak merebak jadik wabak yang membahayakan maruah Merah. Merah cuma minat dan ia akan kekal sebagai minat jer.

Lagi satu, Merah peminat Joo Won. Tak tau sapa Joo Won ek? Nah, belanja dua keping gambaq dia yang cute miut nih.



Merah minat JW nih lepas tengok program 2 Day 1 Night yang ala2 Running Man tuh. JW ni memang aktif dan bertenaga giler. Kalau dia lari, memang mengah tahap dewa la jurukamera nak kejar. Lepas tuh Merah start tengok drama2 dan filem2 lakonan dia. Antaranya ialah Bridal Mask, Good Doctor, Catch Me, Okjakgyo Family, Nodame Cantabile dan banyak lagi lah.

Seyes, JW nih memang berbakat. Personaliti dia jugak sangat2 baik. Kata orang calon menantu pilihan. Kihkihkih.

Sebab dok tengok cerita2 korea nih, Merah terpengaruh giler dengan makanan2 depa yang super duper slurppppp tuh. 

Meleleh ayaq lioq sampai semangkuk bila dok tengok depa makan. Perhhhhhh, hati tak cukup kental nak pura2 tak tergoda.

Last sekali Merah godek2 Pakcik Google sebab nak menuntut ilmu buat kimchi yang nampak sedap tahap giga tuh. Sambil scroll2 tengok resepi sambil teguk2 ayaq lioq yang melimpah-limpah kat tekak nih.

Dan akhirnya lepas menuntut ilmu dari pelbagai sumber, Merah buat la menu kimchi minggu lepas dengan penuh rasa yakin dan tekad yang membara di jiwa.

RESEPI KIMCHI

Ada beberapa steps kat sini, penyediaan kobis, 'bubur', pes kimchi, sayur-sayuran dan akhir sekali proses gaul semua bahan.

A) PENYEDIAAN KOBIS

Bahan-bahan :

Sebijik kobis panjang (1.2 kg)
1/2 cawan garam

Cara2 :

Belah kobis secara memanjang. Kemudian belah 2 lagi.
Potong dan buang bahagian keras kobis. Tarik kobis tuh selapis demi selapis dan rendam semua kobis dalam satu besen besar. Paras air hanya ngam2 paras kobis je.
Taburkan garam ke atas kobis.
Setiap 30 minit, gaulkan kobis supaya semua dapat 'merasa' garam.
Selepas 3 jam, bilas kobis 3 kali sambil perah sikit.
Letak semua kobis dalam tapis besar untuk bagi baki-baki air menitis keluar dan ketepikan.

B) PENYEDIAAN BUBUR

Bahan-bahan :

1½ cawan air
1/4 cawan tepung pulut
1/8 cawan gula

Campurkan air dan tepung dalam periuk dan kacau sehingga larut.
Didihkan campuran air dan tepung tadi sambil dikacau selama 5minit.
Masukkan gula. Kacau dan masak lagi beberapa minit sehingga nampak berkilat.Matikan api dan sejukkan.

C) PENYEDIAAN PES KIMCH

Bahan-bahan:

'bubur'
1 1/4 cawan serbuk cili (kalau nak kurang pedas, kurangkan serbuk cili)
½ cawan sos ikan
½ cawan bawang putih cincang
1 tbsp halia cincang
½ cawan bawang besar holland yang didadu

*Kalau nak mudah, kisar je semua bahan di atas, kecuali bubur & serbuk cili

Campurkan semua bahan pes kimchi dalam mangkuk saiz sederhana

D) PENYEDIAAN SAYUR-SAYURAN

1-2 pokok Daun bawang - hiris kasar serong
1 cawan Lobak putih - disagat
1/4 cawan Lobak merah - disagat

Gaulkan pes kimchi.
Campurkan semua sayur-sayuran ke dalam pes kimchi dan gaul sebati.

Step terakhir!!

E) GAULKAN SEMUA

Masa untuk campurkan kobis dan pes kimchi!!

Sediakan 1 besen besar. 
Campurkan pes kimchi dan semua kobis Ke dalam besen dan gaulkan sebati.
Simpan kimchi dalam bekas kedap udara semalaman. siap!

Okep, nih kimchi yang kita buat tuh.



Esoknya pagi2 dah excited nak rasa keenakan dan kerangupan kimchi nih. Sambil bukak peti ais, sambil lap2 ayaq liuq yang menitik kat lantai. Cehhhh, tuh tipu. Hehe.

Bila masukkan jer kimchi tu dalam mulut, perasaan jadik sangat2 tak tentu arah. Jiwa rasa seperti dibawa terbang ke langit. Hati seperti diragut.

Uwekkkkkk, muntah.
Uhuk.. Uhukkkk... Penangan batuk dan tersedak.

Memang rasa nak tikam diri sendiri sebab makan kimchi tuh. Waaaaaa, menangis dalam hati. Tak sedap giler!!!!

Mungkin Merah tak pandai buat. Atau mungkin tak kena dengan selera Merah.

Sebab nak tutup jejak, Merah cakap tuh projek sains sekolah bila family pakat2 tanya bekas isi apa dalam peti ais tuh. Puan Mama dah gelak2 sinis dah. 

Mula2 nak buang jer, tapi Puan Mama cakap Puan Mama boleh jer makan. Merah siap mengongoi-ngongoi kat Puan Mama.

"Ma, tak payah la paksa2 diri makan jugak menda tuh. Merah pun tak lalu makan, camna Ma boleh telan. Huhuhuhu."

 Dan Cik Adek tetiber sound setepek.

"Kimchi kat Seoul Garden pun hang tak makan sebab tak kena dengan selera hang. Gamak hang buat kimchi sampai sebekas besaq tuh."

Ok, sentap..!!!

Sunday, 11 January 2015

bicara pada malam yang gelap





Malam yang gelap:

Langit malam ni sangat2 gelap..

Hitam.

Pekat.

Tapi saya tetap suka dengan langit malam

Kerna padanya ada

Berjuta-juta TENANG..




Friday, 9 January 2015

hati aku hati batu


Hati aku hati batu
Walau engkau2 cuba calar
Walau engkau2 cuba kelar
Hati aku tetap utuh dan padu
Ia tak akan rapuh seperti dulu
Ia tak akan tunduk seperti selalu.

Hati aku hati batu
Dindingnya kebal
Dalamannya anjal
Aku konkrit dengan simen dan batu
Aku pasak seperti sebuah kubu
Aku bina tembok nun jauh ke langit biru
Kerna aku tahu
Dengan sebegini aku tak akan lesu

Hati aku hati batu
Aku tak akan menangis
Tak akan
Tak akan
Tak akan
Aku tak akan biarkan aku menangis
Aku tak akan benarkan
Tak akan
Tak akan!!!

Hati aku hati batu
Aku tempa dengan acuan paling jitu
Biar ia keras seperti batu
Kerna aku sendiri tahu
Peritnya sebuah rindu
Seksanya membilang waktu
Sukarnya menahan amarah itu
Kerna lukanya akan berdarah hingga terkadang membeku.

Hati aku hati batu
Hati aku hati batu
Hati aku hati batu

Dan engkau apa tahu..

Thursday, 8 January 2015

jatuh cinta dengan Laksamana Sunan aka Saifudin..


Kalau hampa2 semua adalah peminat novel Ramlee Awang Murshid, mesti hampa kenal dengan watak Laksamana Sunan aka Saifudin. Merah kenal watak ni melalui novel Bagaikan Puteri. Masa mula2 baca novel tuh, memang macam2 perasaan yang menghantui diri Merah. Memang tinggi la imaginasi Encik RAM ni, tak terjangkau dek fikiran manusia yang malas berfikir macam Merah ni.

Hampa mampu tulis novel dengan masukkan watak2 dalam sejarah Tanah Melayu dengan begitu logik dan penuh realiti gitu. Siap ada Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah dan geng2 beliau, Sultan Melaka dan ramai lah lagi. Gilerrrrr ahhhh...!!!!!!

Masa mula2 baca novel tuh kan, Merah siap perah2 otak untuk berfikir kot. Nak satukan cerita2 dalam novel tuh dengan subjek sejarah yang Merah belajaq kat sekolah. Tak ker nampak sangat membina potensi diri kat situ. Erkkkkkkk...

Bila Merah makin mendalami bacaan Merah, Merah makin cair dengan watak Laksamana Sunan tuh. Bahasa mudahnya, Merah telah jatuh cinta. Perwatakan Sunan nih sangat indah dari aspek rohani dan jasmani. Bermula dengan perasaan memberontak disebabkan fitnah yang disebarkan, Laksamana Sunan nih melarikan diri dari kampungnya. Sejak itu macam2 ujian yang datang dan menggugat diri Sunan nih.

Tapi kan, pelarian Laksamana Sunan nih membawa beliau lebih dekat dengan ilahi. Encik RAM menggambarkan watak Sunan nih dengan indah sekali. Peribadinya, tutur katanya, lontaran ideanya, sifat rendah dirinya, akhlaknya, ibadatnya, kebergantungan pada ilahinya dan segala-galanya tentang Sunan sememangnya membuatkan Merah terpegun. 

Dan betapanya ceteknya akal Merah nih sampai berharap Laksamana Sunan nih benar2 wujud kat dunia nyata. Dengan pakej yang ada, memang buat Merah jatuh chenta dengan Laksamana Sunan nih.

Motif?

Nak mintak menjadi yang halal untuk dia. 

Perhhhhh, nampak sangat poyo dan sengal kat situ!!!

Sejak novel Bagaikan Puteri, banyak pulak Encik RAM ni tulis sambungan2 berkenaan Laksamana Sunan tuh. Antaranya ialah Hijab Sang Pencinta, Sutera Bidadari, Sunan Musafir, Cinta Sufi dan yang latest Sunan-Nanggroe Sang kembara. Bila fikir2 balik, dah macam telenovela pulak. Mulut dok ngomel2 jugak sebab banyak sangat siri, tapi beli jugak bila keluar siri baru. Betul la orang cakap, cinta itu buta. Krikkkk, krikkkk, krikkkk, krikkkkk. 

Setakat usia 26 tahun nih, Merah dah rasa geli2 tekak, loya, alergik dan hampir muntah hijau dengan jalan citer penulis2 novel sekarang. Memang la ada penulis2 yang berkualiti, tapi banyak sangat penulis yang overdos bermimpi. Tak caya?? Pi Popular dan baca la novel2 yang ntah apa2 kat sana.

Kalau tak citer pasal kahwin kontrak, mesti citer pasal kahwin paksa. Kalau tak selit citer2 tengku, syed, syarifah, datin, dato atau manusia2 berpangkat dan berharta memang tak sah. Kalau tak gambarkan watak lelaki/wanita super duper hensem, berkarisma dan perfect/ cantik, bergaya dan perfect memang tak mungkin la kan. Yang paling menjengkelkan bila ada watak 5-6 orang yang berebut-rebut nak berkapel dengan watak lelaki/perempuan yang perfect tadi. Wehhhh, tolong la kreatif sikit.

Bila Merah bagi pandangan camni mesti ramai nak cakap Merah pun 2x5 ja. Seyes, ini realiti. Gigit, kunyah, telan dan hadam la komen2 Merah nih ek. Bukan apa, Merah kagum dengan penulis yang mampu buat pembaca seperti Merah ni mengambil ikhtibar dari penulisan mereka. Bukannya melambakkan angan2 yang bukan2 kepada pembaca. Tak pun, cer baca novel2 penulisan Hlovate. Giler ohhhsemmmn kot.

Ehhhhhh, nih macam dah lari topik la pulak. Huhuhu, sorry.

Pucuk pangkalnya Merah nak cakap yang Merah jatuh cinta dengan Laksamana Sunan. Tu jer, tak dak niat lain pun. Huhuhuhuhu.

Monday, 5 January 2015

warna2 di dinding


Selalunya masa Merah turun tangga untuk ke ruang tamu dapur, Merah tak akan pandang kiri kanan dah. Mata selalunya fokus kat anak tangga sebab nak elak dari jatuh tangga. Seyes, walau cuma ada tiga anak tangga, Merah akan jatuh kalau tak fokus. Cemerkap giler....!!!

Tadi tiba2 terpandang kat dinding masa nak turun tangga. Ada banyak kad2 hari lahir dan hari ibu yang ditampal kat situ. Semuanya Merah buat sendiri untuk Puan Mama. Dan tiba2 tergerak hati nak baca kad2 yang dah lama melekat kat dinding tuh.

Mula2 gelak sorang2 sebab penulisan Merah yang sangat2 tak matang dalam setiap kad. Kihkihkih. Memalukan sungguh. Tapi last2 mata macam masuk habuk. Giler touching ayat2 dalam kad2 yang 3-4 tahun kebelakangan nih. Ayat budak dah matured. Wekkkkkk....

Insyaallah, moga tahun ni dapat buat kad dengan penuh kasih sayang untuk Puan Mama.

Nah, belanja sekeping gambaq yang ada sebahagian kad2 yang dilekat kat dinding rumah Merah.


Thursday, 1 January 2015

Selamat bertemu, 2015..!!!

Assalamualaikum wbt.

Ini entry pertama untuk tahun 2015. Moga yang baik2 mengiringi langkah Merah sepanjang kehidupan ini.


Buat diri sendiri,
Berhiduplah dengan sepenuh hati. Redha dan ikhlas di atas setiap ujian dari ilahi. Jangan pernah merasakan tiada yang peduli. Jangan pernah menganggap bahawa kamu bersendiri dalam setiap langkah sepanjang perjalanan ini. Jangan pernah kau tangisi tiap onak dan duri. Bangun, berdiri dan cekalkan jatidiri. Insyaallah perjalanan yang kau lalui itu pasti memberikan hikmah yang kau tak ketahui..!!

Aduhai hati yang sarat dengan pelbagai,
Lupakan tentang kisah2 cinta silam yang membadai pantai akli. Ini yang terakhir kali. Ini yang kesekian kali. Usah kau tangisi apa yang terjadi. Selepas hari ini, kau adalah hati yang lebih kebal dan kaku. Kau tak akan sesekali menangis atau mengingati apa jua yang terjadi sewaktu silam lagi.

Kau hati yang kuat. Kau hati yang tabah walau acapkali di agah. Dan kau adalah hati yang kebal dek apa jua tujahan yang menghentam. 

Buat jiwa yang tenang,
Kembalilah kepada kehidupan bertuhan. Kau jiwa yang halus. Kau jiwa yang tenteram. Kau jiwa yang membangkitkan semangat kecintaan kepada Sang Pemilik hati. Sesungguhnya kau jiwa yang hebat.

Selamat tinggal 2014 dan selamat datang 2015. 

Dan selamat tinggal kisah 8 tahun yang mengguriskan jiwa. Insyaallah, tiada lagi tempat yang ada untuk kisah itu bagi tahun ini. 

Kepada semua2,
Merah sayang kamu2 yang sentiasa menyokong Merah walau apa jua situasinya. 2015, selamat bertemu!!