Saturday, 27 December 2014

untuk sahabat yang sedang diuji



Buat Sahabat yang Merah sayang seluruh jiwa dan raga:
Bertabahlah.
Cekalkan hati.
Syukuri nikmat ujian dari ilahi.

Ingatlah,
Dugaan demi dugaan ini adalah bingkisan dari Dia Yang Maha Mengasihi.

Bukankah ujian itu tanda Dia peduli.
Bukankah ujian itu mengikat hatimu untuk mencintaiNya dengan sepenuh hati.

Sahabat yang manis,
Allah tak akan menguji seseorang hambanya dengan ujian yang tak mampu tergalas oleh mereka. Kamu kuat, kamu tabah dan kamu pasti boleh menempuh ujian ini.

Sahabat, jaga ummi baik2. Genggam erat jemari beliau kerna beliau insan yang Merah sayang sangat2. 

Jaga diri. Merah sentiasa mendoakan kamu dari kejauhan ini.


Wednesday, 17 December 2014

Malaikat2 kecil di hati Ummi


Aku sangat2 suka dengan budak2. Paling buat aku excited bila budak tuh berumur 1-5 tahun. Masa tuh depa memang comei tahap gaban. Peribadi depa pun masih sesuci lebaran dan giler lurus akhlak depa. 

Waktu tuh jugak depa cepat menyerap apa2 yang orang2 sekeliling depa berkelakuan, bercakap, bertindak atau berinteraksi. Macam span. Serap ja semua benda. Jadi, sebagai orang dewasa aku selalu mengamalkan perangai2 diva atau princess bila anak2 saudara aku ada kat rumah. Kihkihkih.

Ok, tuh macam menipu ja bunyinya. !!

Selalunya anak2 saudara aku memang akan melekat macam gam dengan aku. Nak makan dengan aku, tidur dengan aku, main dengan aku dan mandi pun dengan aku. Time tuh memang mak ayah depa boleh rileks sebab anak depa memang tak akan kacau2 depa dah sebab depa akan kacau aku.

Aku ada 5 orang anak saudara dan dalam seminggu dua lagi akan masuk 6 orang. Insyaallah. Semua anak2 saudara aku panggil kat aku 'ummi'. Dan setiap seorang dari depa punya keistimewaan yang tersendiri.

Farish Haikal (7 tahun) sangat2 outspoken dan jujur. Dia suka bertanya untuk setiap sesuatu yang dia tak faham. Haikal jugak sangat2 lincah, aktif dan bertenaga. Berlainan pulak dengan adiknya Haziq Irfan (4 tahun) yang sangat2 sopan, pendiam dan manja. Haziq sukakan binatang. Kalau balik ke rumah kat kampung, reban ayam dan rumah burung adalah tempat febretnya. Tuh belum lagi kes nak dukung kucing yang ntah dari mana dia jumpa.

Hanna Safiyya (5 tahun) sangat2 behave akhlaknya. Hanna susah sikit nak senyum2 dan bercakap-cakap dengan orang yang dia tak kenal dan jarang jumpak. Dia sukakan baby dan insyaallah adiknya akan lahir tak lama lagi. Aku yakin, Hanna akan jadik kakak yang baik untuk adiknya nanti. Dan insyaallah, adiknya nanti adalah baby girl.

Hariz Afzan(2 1/2 tahun) adalah anak saudara aku yang masuk dalam kategori zaman kegemilangannya sekarang nih. Dia comel, aktif, manja dan sangat2 pandai amik hati orang2 sekeliling dia. Hariz sangat2 murah dengan senyuman dan suka menegur sesiapa sahaja yang dia nampak walau tak kenal. Adiknya Amanda Azzahra (6 bulan) pulak memang sebijik perangai abangnya. Mudah dijaga, mesra, aktif dan suka tersenyum. Walaupun masih kecil Amanda nih faham akan keadaan sekeliling dia. Kalau kita buat muka marah, dia dah nangis siap2 sebab dia ingat kita marah kat dia. Hihihi, comei.

Sungguh, aku sayang sangat kat depa. Walau aku bukan ibu kandung depa, aku sayang depa macam anak2 aku sendiri. 

Baru2 nih Hariz demam seminggu. Tiap kali malam, badan Hariz akan panas melampau-lampau. Dan kebetulan Amanda dan mamanya jugak demam. Aku ambil alih jaga Hariz. Semalaman aku tak lena. Aku riba dan jelum Hariz sepanjang malam. Bila Hariz merengek aku peluk dia kuat2 dan bila dia meronta-ronta  aku tepuk2 dia. 

Aku pandang mata Hariz dan tiba2 aku menangis. Aku tahu dia sedang sakit. Aku tahu dia sedang berada dalam keadaan yang amat tak selesa. Aku tahu semuanya. Aku cuma mampu mengusap kepalanya sambil berulang kali mengungkapkan perkataan 'ummi sayang Hariz'.




Dan aku benar2 faham isi hati seorang ibu. Allah. Indahnya perasaan itu..

Monday, 15 December 2014

Coret2 pasal Cik Merah..

Banyak benda tentang diri aku yang orang2 kat keliling aku tak paham atau tak tahu. Untuk entry kali nih, meh nak share sikit beberapa fakta tentang diri aku. Ehemmmm, ehemmmm....

1) Suka makan apa2 sahaja makanan yang ada unsur2 jagung atau laici. Perhhhh, bila fikir tentang jagung dan laici pun dah buat aku meleleh ayaq lioq.

2) Takut dengan banyak benda. Contohnya gelap, tempat yang tinggi, menaiki kenderaan, binatang yang tak dak kaki, binatang yang banyak kaki, binatang yang spesis merayap-rayap dan doktor gigi.

3) Selalu berangan-angan nak ada sebijik rumah kat Cameron Highland. Rumah tuh pulak mesti design ala2 Inggeris dan lengkap dengan taman dan buaian sebijik untuk aku berbuai-buai sambil menyanyi. Hihihihi.

4) Selalu bercakap dengan dinding atau teddy bear yang bernama Motep bila2 aku rasa sedih, down atau tension tahap giga. Actually aku start bercakap dengan dinding lepas tengok drama Dr House. Seyes, ianya berkesan untuk menghilangkan tekanan.

5) Ramai yang cakap muka aku nampak garang kalau aku tak senyum.

6) Manusia yang susah nak jatuh sayang. Tapi kalau sekali dah sayang, memang selama-lamanya akan sayang. 

7) Mudah menangis. Sensitip. Aku pernah menangis tengok citer Transformer, Chibi Maruko Chan, Sin Chan, Anne of The Green Gable, Frozen dan banyak la lagi. Aku jugak tak suka tengok National Greografi sebab aku sedih kalau tengok binatang2 tuh kebuluran atau mati. Dan aku boleh menangis 48 jam tanpa henti sebab tengok citer One Liter Of Tears. 

8) Suka tahap dewa dengan budak2. 

9) Sangat2 suka dengan hujan. Hujan selalu membuatkan mood aku tiba2 berubah jadik giler2 baik.

10) Suka memasak. Aku jenis yang suka mencabar diri untuk memasak resepi2 baru. Tapi kan, walau ramai yang cakap aku masak sedap, aku tetap tak berapa suka dengan masakan sendiri. Rasa macam tak sedap pon..!

11) Kalau ada anak lelaki, aku dah pilih dua nama yang aku nak letak iaitu Ammar Mustaqeem atau Ammar Siddiq.

12) Aku suka kucing. Suka sangat2.

13) Sangat2 alergik dengan cahaya matahari atau panas. 

14) Pernah belajar ilmu2 psikologi dan agak mahir membuat kesimpulan awal berdasarkan perwatakan dan pembawaan diri seseorang itu.

15) Suka terperuk dalam rumah, rimas dengan suasana yang hingar atau bising dan tak selesa bila berada di tempat yang sesak dan ramai orang.

16) Paling lemah bab2 menyanyi. Suara aku memang tak sedap kalau nak menyanyi-nyanyi bagai.

17) Dagu, mulut dan mata akan berkelip-kelip atau bergerak-gerak bila sedang berbohong. Aku memang selalu tertangkap kalau cuba nak menipu-nipu. Satu family dah tau simptom2 tuh.

18) Minat kat G-Dragon dari kumpulan Big Bang dengan sepenuh hati.

19) Tak suka makan buah pala, tak suka dengaq muzik yang memekakkan telinga, tak suka apa sahaja yang melibatkan nombor atau pengiraan dan suka dengaq lagu Arjuna Beta.

20) Masa kecik2 dulu, aku boleh nampak makhluk2 lain yang kebanyakan orang tak boleh nampak. Aku ingat lagi betapa terkejut beruknya bila nampak ruh si mati yang duduk di sebelah mayat yang sedang dikafankan. Sampai sekarang aku selalu jugak nampak menda2 halus nih tapi tak sekerap zaman kecik2 dulu.

21) Selalu menjadi tempat untuk mendengar masalah, memberi pendapat, berkongsi rahsia dan bercerita tentang apa2 perkara.

22) Pernah jatuh suka kat cikgu penolong kanan hal ehwal murid masa sekolah menengah.

23) Cepat lupa nama2 orang, tapi ingat rupa jer. Kalau aku sembang sungguh2 dengan seseorang tapi aku bahasakan orang tuh dengan ganti nama kamu, itu bermakna aku tak ingat nama dia.

24) Manja. Wekkkkkk

25) Perkara yang terakhir dan paling2 utama, sangat2 sayang kat Puan Mama dan bercita-cita nak jadik baik, sabar, dan 100% sama macam Puan Mama.




Sekian dulu dari saya ek..

Saturday, 13 December 2014

kau pembunuh..!!!!


Kata kau aku ini tak mengenang budi.
Aku ini sial.
Aku ini tak berguna.
Aku ini tak punya nilai di mata sesiapa.
Aku ini sampah.
Aku ini durjana.
Aku ini manusia yang sejijik-jijiknya yang pernah lahir ke dunia.

Dan pabila terpisahnya ruh dari jasad ini, nerakalah tempatku.

Pada tangan kau ada syurga dan neraka.
Pada diri kau ada segenggam kuasa untuk menjadi neraca timbangan dosa dan pahala.
Pada kau, aku manusia hina.

Kau calar2 hati aku dengan makian, cacian, hinaan, sumpah saranah dan pekikan2 yang membunuh tiap impian dan angan2 yang aku rencanakan.

Kau henyak2 jiwa aku hingga aku pernah terfikir untuk mengakhiri semua ini. Kalau tak punya secarik iman yang memujuk diri, aku tak akan bernafas di sini lagi.

Kau bunuh senyum dan tawaku. Kau bunuh apa adanya yang aku punyai. Kau pembunuh... Kau pembunuh..!!

Sungguh, sampai mati aku tak akan memaafkanmu.

Pada deraian2 airmata sepanjang usia.
Pada mimpi2 yang hitam dan kelam pabila malam.
Pada calar2 di hati yang memuntahkan darah dan nanah.
Pada seksaan emosi dan penderaan mental yang engkau berikan.

Benar, tak akan ada walau secebis maaf yang akan aku hulurkan. Biar mati, biar ianya pergi dan biar ia terkubur tanpa perlu aku ingati lagi.

Tak perlu nak aku berbicara soal tanggungjawab pada manusia egois itu. Hak aku telah lama dinafikan sejak berbelas tahun dahulu. Apa lagi yang aku cari pada manusia yang tak tahu akan hati nurani?

kisah rindu yang teramat..!!!


Sangat2 berharap doremon tuh memang wujud.
Nanti kita boleh mintak doremon pinjamkan pintu ajaib dia.

Bukan nak ke Paris.
Bukan nak ke Itali.
Bukan nak ke London.
Dan bukan nak Korea yang dah lama kita dok mengidam nak jejak kaki kat sana.

Sungguh, tak terlintas pun kat fikiran nak meneroka jauh2 dengan pintu ajaib doremon tuh.

Kita cuma nak pinjam sekejap je.!!!!

Bila bukak je pintu tuh, kita harap kita nampak dia.
Kita harap kita nampak senyum dia.
Kita harap kita nampak mata dia yang redup dan bercahaya tuh.
Kita harap kita nampak wajah tenang dia.

Kemudian, 
Kita akan pulangkan balik pintu ajaib tuh kat doremon.

Kita cuma nak tengok dia sebab kita rindu dia....

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Wednesday, 10 December 2014

Untuk mereka2 yang terluka dan kecewa karena CINTA



Jika ALLAH tak memberimu seseorang yang kamu impikan,
Semoga DIA menghadirkan seseorang
yang memimpikanmu.

Jika ALLAH tak memberimu seseorang yang kamu rindukan,
Semoga DIA menghadirkan
seseorang yang merindukanmu...

Bila ALLAH tak memberimu seseorang
yang kamu dambakan,
Semoga DIA memberimu seseorang
yang selalu mendambakanmu.

Bila ALLAH tak menyatukanmu
dengan seseorang yang kamu cintai,
Semoga DIA menghadirkan
seseorang yang mencintaimu.

Yang bukan hanya karena apa yang
ada padamu,
Tetapi apa adanya dirimu...

Sujudkan HATI dan Jiwamu...

Semoga ALLAH memberi kita yang
terbaik.

Dengan segala keindahan hati dan
ketaqwaannya.

Karena JODOH mu takkan jauh SIFAT
PERIBADINYA SEPERTIMU..


"..aku diam, aku memerhati.
aku diam, hati aku sakit.
aku diam, aku pendam.
sampai saat meletup,
aku tak marah, 
tapi aku cuma menangis.."

Sunday, 7 December 2014

pergilah duhai belahan jiwa

Selama ini aku anggap sahabat2 yang aku sayang sepenuh hatiku ini akan sentiasa ada. Aku merasakan mereka tak akan pernah jauh dari aku. Aku merasakan mereka akan sentiasa di sisi. Aku merasakan mereka akan dekat. Sungguh, aku tak pernah terfikir mereka akan menjauh.

Dan antara semua sahabat2 yang aku sayang, ada seseorang yang membatasi segala ruang. Seseorang yang benar2 aku sayang. Seseorang yang aku sangat2 peduli. Seseorang yang aku tak mungkin lupakan atau padamkan ingatan hingga aku pergi dari dunia ini. Seseorang yang berkongsi hati, jiwa, rasa, perasaan, suka, duka dan segala-galanya. Seseorang yang membuatkan aku merasai tiap apa yang terdetik di hatinya kerna sebahagian dari diriku ada padanya. Dan seseorang yang aku sayang lebih dari apanya.

Mendengar perkhabaran akan hijrahnya membuatkan aku tersentak, menangis dan sepertinya bumi seakan terhenti. Dia akan menjauh. Dia akan mula terbang dan menebarkan sayapnya ke angkasaraya. Dia telah memilih jalannya sendiri. Dia akan melalui hari2 yang mendatang tanpa pimpinan mana2 tangan kerna dia manusia hebat. Insyaallah, dia akan berjaya mengharungi apa jua yang merintangi perjalanannya kerna dia punya potensi diri. Dan dia akan berjaya, cukup2 berjaya sehinggakan semua manusia2 yang memandangnya akan merasakan apa yang pernah aku rasa sewaktu memandangnya.

Aku cukup2 takut andai ada mana2 pihak yang mencalarkan hatinya yang indah itu. Tangisannya adalah tangisanku. Lukanya adalah lukaku. Airmatanya dan airmataku adalah satu. Dan jeritan hatinya adalah jeritan hatiku. Aku dan dia adalah satu.

Sahabat, aku tahu apa yang tersimpan dikalbumu, aku mengerti akan apa yang terdetik dihatimu dan aku jua memahami bicara yang kau lontarkan melalui pandangan matamu itu. Mana mungkin aku menidakkannya kerna sebahagian dari diriku ada pada kamu sahabat. Aku mengerti, aku memahami dan aku turut merasai.

Aku pasti, ada rencanaNya di sebalik hijrah dan pemergianmu ini. 

Mungkin perpisahan ini mengajar kau dan aku menjadi lebih teguh hatinya. Mungkin juga ia proses penyembuhan yang memulihkan kembali semangat juang yang telah hilang ditelan zaman. Mungkin juga ia satu peluang untuk kita menyebarkan bahagia pada insan2 lain yang terjatuh dan mengharapkan ada tangan yang dihulurkan. Dan mungkin juga ia satu kesempatan untuk kita menapak berpaksikan kaki kita sendiri kan.


Ya Allah, aku lepaskan dia pergi dengan seteguh kepercayaan di hati bahawa Engkau akan merahmati langkah sahabatku ini. Engkau akan pegang hatinya untuk kekal di landasanMu. Engkau akan menjaga sahabatku ini dalam apa jua ruang waktu. Engkau adalah sebaik-baik pengharapan dan pergantungan. Hanya padaMu tempat aku memohon dan menadah doaku.

Aduhai belahan jiwa, 
pergilah, terbanglah, berlarilah, dan nikmatilah hijrah ini sebagai satu wadah dalam kehidupan. 

Pergilah duhai belahan jiwa,
Dan pabila kau terjatuh atau terlukalah ingatlah akan sebahagian dari diriku yang ada pada dirimu. Sahabat, engkau insan hebat. Insyaallah, segala galanya akan baik2 sahaja.