Tuesday, 27 May 2014

Saya seorang cikgu!!

Lama dah tak menulis kat sini kan? Bulan Mei adalah bulan yang gila2 busy. 24 jam yang Tuhan bagi rasa macam tak cukup. Semua benda nak kena buat. Giler2 busy. Giler2 banyak kerja. Giler2 penat sampai nak pengsan rasanya. Huhuhuhuhu.

Nah, nih entry untuk bulan mei! kiranya macam penggulungan hujah gitu. Heheheheh

Sekarang dah masuk 3 minggu bergelar seorang pendidik, Cikgu.!!

Alhamdulillah, Merah berjaya interview di PPD hari tuh! Masa mula2 pihak PPD kol hari tuh, rasa macam tak percaya. Rasa macam nak menangis2 dengan syahdunya sebab berjaya menjadi seorang pendidik. Dan ayat2 terakhir yang keluar dari mulut Encik PPD buat Merah rasa nak hentak kepala kat dinding.

“Ermmmm, Cik Merah akan ditempatkan kat sekolah menengah dan subjek yang perlu Cik Merah ajaq ialah Bahasa Melayu dan Ekonomi.”

Okep, mula2 macam angguk2 dan paham. Lepas tuh Merah sedar something.

Sekolah menengah???? Perhhhhhh, dasat tuh!

Ekonomi??????? Biaq benor, Ekonomi tuh!!!!!

Mau tergolek-golek Merah dalam kelas nanti. Mampu ker Merah nak menjadi sifu dalam subjek yang paling Merah anti masa form 6 dulu. Adoiiii. Dalam hati dah ada rasa berbolak-balik. Sangat2 tak yakin pada diri sendiri. Sangat2 takut nak berdepan dengan pelajar2 yang malang kerna bakal bergurukan Merah tuh. Huhuhuhuhu.

Dan minggu depannya Merah melangkah ke sekolah dengan 1001 perasaan yang berkecamuk di dalam diri. Takut nak berhadapan dengan realiti. Tapi semuanya baik2 belaka. Walaupun murid2 di sini dikenali kerna mempunyai aras kesopanan dan kesusilan yang rendah, cikgu2 kat sini banyak yang ohsemmm dan ramah tamah. Insyaallah, mereka2 akan membantu Merah untuk mengendalikan kelas dengan lebih aman dan damai nanti.


Sejujurnya, Merah mengharapkan agar Merah ditempatkan di sekolah rendah. Merah takut untuk berada di sekolah menengah kerna Merah tahu situasinya kan menjadi tunggang langgang nanti. Merah faham benar akan karenah2 pelajar sekolah menengah  yang berbagai ragam itu. Bukan menilai, sebaliknya Merah sedar akan kemampuan diri Merah.

Tapi dah rezeki ditempatkan di sekolah menengah, Merah belajar untuk tabah dan cekal menempuh dunia yang sangat2 Merah impikan sejak kecil lagi. Selepas diberi taklimat, Merah rasa semakin nak pitam dan mungkin akan terpengsan di mana2.

Merah akan mengendalikan kelas tingkatan 5 untuk subjek Ekonomi dan subjek Bahasa Melayu untuk tingkatan 2 dan 3. Rasa macam nak jerit2 bagi tau kat cikgu Penolong kanan yang Merah tak yakin dapat mengendalikan kelas yang bakal mengambil peperiksaan besar. Namun, Merah tiada pilihan. Merah bukan menggantikan tempat cikgu yang bersalin atau bercuti seperti rakan2 gstt yang lain, sebaliknya Merah mengisi kekosongan guru subjek Bahasa Melayu dan Ekonomi. Okey, kepala makin rasa berpinar-pinar.

Dengan muka pasrah dan redha, Merah tengok jadual dan terus menuju ke kelas tingkatan 2 untuk sesi pertama pembelajaran. Alhamdulillah, semuanya okey2 belaka untuk hari pertama nih. Merah juga mengambilalih banyak jawatan2 yang disandang oleh cikgu yang terdahulu. Antaranya ialah guru tingkatan, penyelaras untuk kelas peralihan, guru kelab rekreasi dan setiausaha untuk panitia Bahasa. Dan yang lagi ohsemmnya, Merah mula terdedah dengan elemen2 yang bersangkut-paut dengan dunia pendidikan seperti APDM, PBS , ULBS dan ntah apa2 yang sangat2 janggal pada pendengaran Merah.

Namun, Merah gigih belajar satu demi satu. Tujuannya Cuma satu. Merah ingin menjadi guru yang tidak hanya bekerja secara sambil lewa, sebaliknya guru yang bertanggungjawab dan komited dengan tugasnya. Doakan Merah terus istiqamah ek.!
Setiap hari Merah cuba untuk menyampaikan seberapa banyak ilmu yang boleh kepada pelajar2 Merah. Walaupun dalam minggu2 exam, Merah tetap cuba mencuri masa untuk memastikan pelajar2  Merah dapat memahami konsep2 yang penting bagi memudahkan mereka faham akan mana2 topik yang penting.

Terkadang hati kecil Merah ini terguris juga akan sikap dan perbuatan yang ditonjolkan oleh pelajar2 Merah. Masyaallah, penglibatan Merah ini bukan hanya sebagai guru subjek semata-mata sebaliknya ialah mendidik mereka2 ini agar terdidik jiwa2 yangs sedang meronta-ronta itu. Proses memanusiakan mereka2 ini menyedarkan Merah akan sesuatu.

Memandang mata2 mereka yang penuh semangat itu mengingatkan Merah akan diri Merah yang dahulu. Pelajar yang penuh semangat, cepat memberontak, cepat melenting, mudah menangis dan pantang dicabar. Itu adalah gambaran dan cerminan diri Merah dahulu. Masakan Merah ingin mengherdik, menjerit atau melontarkan kata2 yang penuh cacian pada mereka2 itu. Bukan itu penawarnya untuk mencorakkan mereka. Cukuplah dengan hanya secarik peduli, segenggam kasih dan secubit perhatian yang tak seberapa. Itu sudah cukup!! Benar2 cukup untuk mendidik jiwa2 mereka.

Pernah sekali Merah diherdik oleh seorang pelajar yang terkenal dengan rekod2 merit dan masalah2 disiplin yang memeningkan kepala. Merah terdiam. Marah memang bermaharajalela. Carutan, makian dan kata2 kesat yang dilontarkan dalam bahasa yang tidak Merah fahami itu sememangnya menggongcang iman Merah. Tangan terasa panas. Kolam mata juga terasa ingin pecah .Air liur yang ditelan rasa berpasir. Akhirnya Merah Cuma mampu melangkah longlai selepas locong berbunyi.

Merah menghalakan langkah ke surau sekolah. Merah basuh muka sepuas-puasnya dan terus berwudhuk. Kemudian Merah bertelaku di atas sejadah sementara menunggu waktu zohor. Pelik, kolam mata yang ditahan-tahan sejak tadi menjadi rapuh dengan tiba2. Mata ini juga berdegil untuk memuntahkan jua titis2 jernih yang Merah tahan itu. Dan akhirnya, tangisan yang tertahan-tahan itu terluah juga.

Merah mula mempertimbangkan pelbagai perkara. Rasa seperti tidak layak untuk terus bergelar guru. Gelaran ‘cikgu’ yang Merah impikan itu sepertinya tidak serasi buat Merah. Merah telah gagal. Merah telah kalah dalam melaksanakan tanggungjawab Merah. Merah benar2 telah gagal!!

Entah kenapa, kata2 dari seseorang yang Merah kenal sewaktu silam dahulu mula bermain-main di kepala. Merah terlalu lembut. Merah tak punya sikap yang tegas dan teguh. Merah terlalu longlai dan lembik. Sungguh, segala karektor2 yang  ada pada Merah sekarang ini terlalu songsang dari hari2 hitam Merah dahulu. Semuanya telah lenyap. Membuang dan mencampakkan segala kenangan hitam itu di dalam tong sampah benar2 menjentik hati Merah.

Namun, andai hijrah ini lebih baik dan menemukan Merah dengan jalan yang diredhaiNya, Merah tak menyesal menghadapi cabaran2 ini. Silam itu telah lama Merah campakkan ntah ke mana.!!

Esoknya Merah melangkah ke kelas dengan senyum yang lebih manis. Merah jalankan tugas untuk mengajar dengan lebih bersemangat. Biarlah cerita tentang semalam Merah lupakan dari kotak ingatan. Dan pelajar yang begitu agresif semalam tampak lebih santai. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.

Menjelang hari guru, pelajar2 mula berebut-rebut untuk memberikan hadiah pada guru kesayangan masing2. Dan pelajar itu adalah pelajar pertama yang memberikan ucapan hari guru pada Merah. Allah, indahnya perasaan ini. Terima kasih Allah atas kesempatan ini.



Buat semua guru2, SELAMAT HARI GURU!