Thursday, 24 April 2014

Tips2 Interview untuk guru ganti di PPD

Assalamualaikum wbt..

Merah pernah bagi tau bahawa Merah bercita-cita untuk meletakkan title cikgu di depan nama Merah kan?  Dan Merah pernah bagi tau yang Merah sangat2 menyintai dunia pendidikan dan insan2 yang bergelar pendidik kan?


Sebenarnya, borang permohonan guru ganti yang Merah hantar sekadar suka2 pada minggu lepas telah mendapat perhatian pihak PPD daerah Merah. Opppps, lupa nak bagi tau, PPD tuh ialah Pejabat Pendidikan Daerah. Sajer jer nak bagi tau kot2 ada yang tak dapat mencernakan maksud PPD tuh.

Yang ohsemmmnya, petang selasa lepas pihak sana tuh call untuk interview pada hari khamis. Menggelabah wehhh. Mau bergolek-golek nak buat persediaan untuk interview tuh. Dalam hati dah rasa berbolak-balik, sempat ker nak buat persediaan sebelum interview tuh. Tuh jawatan yang giler2 tough kot sebab ia melibatkan masa depan anak2 orang. Takkan pihak PPD nak tanya soalan ala2 melepaskan batuk di tepi tangga kot. Serius, nebes giler!!!

Dan bila memikirkan ini adalah minat dan keinginan Merah, Merah gigih menguruskan segala sijil untuk interview walaupun Merah super2 busy kat opis nih dengan macam2 benda. Dan yang lagi kroniknya, hari rabu demam pulak dan sakit kepala tahap nak hentuk kepala ke dinding. Dugaan!

Pagi tadi Merah datang opis awal 15 minit dengan harapan nak study sikit2 pasal dunia pendidikan nih. Interview pukul 10.00 pagi, jadi Merah ada masa dalam 1 jam 30 minit untuk study bila dah tolak masa perjalanan ke sana nanti. Punya la gigih Merah cari2 kat google tip2 interview dan contoh2 soalan yang selalu ditanya sewaktu interview untuk jawatan guru ganti. Last2 rasa nak marah. Tahu tak kenapa? Antara contoh yang Merah jumpak dalam Encik Google ialah soalan berkaitan:

NKRA
PIPP
falsafah pendidikan
MISI & VISI
Modal Insan
Sekolah Wawasan
Sekolah Integriti
Alat Bantu Mengajar
Nama2 Menteri

Sebagai seorang insan biasa yang punya masa tak sampai 2 jam untuk study, perlulah untuk Merah menggelabah, melolong dan hilang kerasionalan seketika. Dan bila dah rasional balik, Merah pergi beli nasi lemak + tea ais, dan mula bersarapan sambil cuba untuk menenangkan diri yang dah tak mampu nak berpura-pura ok.

Sepertinya susasana pagi khamis ini seolah-olah cuba meremuk-redamkan perasaan Merah. Time2 Merah memerlukan masa lapanglah keadaan di opis nak menjadi busy tahap pejabat wakil rakyat. Merah dah tak bolah nak menumpukan dalam apa2 isu berkaitan pendidikan. Last sekali Merah siapkan kerja2 yang urgent dan terus bertolak ke PPD.

Dan Merah bersyukur sebab tak menjadikan pengalaman2 orang lain sebagai ikutan dan menghafal perkara2 yang begitu asing bagi diri Merah. Walaupun pengalaman2 orang lain sedikit membantu, Merah sudah terlalu terdesak untuk mencari penyelesaian sendiri. Dengan menjadi diri sendiri, keadaan interview menjadi lebih mudah. Antara soalan2 yang ditanya ialah:

1) Sila kenalkan diri anda.
2) Senaraikan kekuatan anda yang dapat membantu anda menyelesaikan sebarang konflik dari pelbagai pihak iaitu pelajar, rakan sekerja atau pihak atasan anda.
3) Kenapa nak jadi guru?
4) Ramai yang tak minat dengan subjek sejarah, bagaimana anda ingin menarik minat pelajar2 untuk memberi tumpuan dalam subjek ini.

Selebihnya ialah soalan2 luar dari alam pendidikan.

1) Kenapa semua golongan wanita yang datang interview hari pakai baju warna pink? Boleh tak awak bagi pendapat awak?
2) Dah kahwin atau belum?
3) Kalau ada sesiapa yang berminat nak menjadikan awak isteri, nak kena telefon awak atau mak ayah awak dulu?
4) Awak pandai masak tak?

Dan soalan2 luar alam itu memang berjaya membuatkan Merah mengerutkan muka dan terasa bercelaru emosi. Tapi kan, walau dihadapkan dengan soalan2 yang luar silibus Merah tetap cuba juga untuk menjawab dengan jujur. Tak nak terlalu over dan tak nak terlalu merendah-rendahkan diri sendiri. Kira okep ler kan!

Contohnya, kalau memang dah sah2 tak tahu jawapan sesuatu soalan tuh, jangan nak pandai2 tunjuk ketertinggian level keyakinan diri kamu. jawab jer tak tahu, tahu cuba yakinkan penemuduga itu bahawa kamu akan belajar dan ambil tahu akan semua itu bila diberi peluang menyandang jawatan tuh.

Prepair sebijik dua lagu yang mudah untuk kamu nyanyi dan mudah untuk semua orang paham lirik dia. Jangan kamu yakin2 diri nyanyi lagu Jacklyn Victor yang memerlukan kamu menonjolkan bakat nyanyian yang melampau-lampau. Itu bukan waktu uji bakat nyanyian, tapi temuduga untuk menjadi guru ganti okep!

Merah kena nyanyi jugak tadi. Dan Merah dengan yakinnya nyanyi lagu sailormoon yang dialih ke bahasa melayu. Lantak la kalau penemuduga tuh nak muntah ker, migrain ker atau bernanah telinga dengan nyanyian Merah. Yang penting nyanyi!

Dan akhir sekali penemuduga tuh memberikan alasan2 yang kukuh akan segala soalan serta arahan yang mereka utarakan pada Merah. Antara ayat2 yang Merah ingat,

"Kalau nak jadik cikgu nih, luar dalam kena kuat. Pelajar2 nih bukan sama sikap mereka. Macam2 ragam, macam2 karenah, macam2 kelakuan! Bila pegang jer title guru tuh, awak kena jadi berani, awak kena jadi amanah dengan tugas dan awak perlu kreatif untuk tarik minat mereka. Setiap hari awak akan belajar perkara2 baru. Bagi pelajar, guru nih hebat! Sebab tuh awak perlu jadi hebat. Tak pandai menyanyi, belajar. Tak yakin nak berdepan dengan orang ramai, belajar. Tak pandai main bola jaring, belajar! Yang penting awak kena betul2 minat sebab dengan minat jer awak dapat terus mengajar dengan penuh dedikasi dan berkualiti."


Terkedu, tersentak dan tersedar dari mimpi2 indah. Itu realiti!

Insyaallah, kalau diberi peluang, Merah akan mengajar dengan bersungguh-sungguh. Merah tak akan putus asa untuk memastikan ada perkataan 'CIKGU' di depan nama Merah. 

Awak2 semua, doakan saya berjaya untuk temuduga nih ek!

100 comments:

TS said...

Hihi. Seronok baca pengalaman awak. :)

Saya respect kawan-kawan yang bercita-cita menjadi pendidik dengan sebab utama untuk mendidik anak bangsa. Sadly, ramai yang nak jadi cikgu sebab memikirkan gaji semata-mata - that's why kadang-kadang kebajikan pendidikan anak murid agak kurang diberi perhatian.

I just finished my MA degree dan terfikir juga nak jadi guru ganti. Mudah-mudahan ada rezekinya. :)

Anonymous said...

Mcm mana nk mohon.x blh on9 ke.. ke kena amik borang kt ppd.

cik merah said...

Kena mohon gna brg kt ppd. Xdak melalui on9.

Anonymous said...

Oh ye ke..masa nk amik brg tu nk ckp mcm mana? Dia ada tnya apa2 x nti?
Kalau mohon guna sijil spm blh ke?

cik merah said...

Msa amik borang, merah x ditanya apa2, tp msa tebiu jer kna tny mcm2. Blh jer gna sjil spm. Byrn gji brgntung dgn taraf pendidikn. Xdak mslh pn.

mimi said...

Assalam, saya nk tye, kamu dr negeri mana ye? Trimas..

cik merah said...

Wassalam. Sy dr penang

She said...

Assalamualaikum, boleh saya tahu syarat minimum menjadi guru ganti ni? Kalau ada sijil spm sahaja boleh tak? Adakah sijil A Level diiktiraf? Jika tempoh maksimum yg saya boleh kerja hanyalah 3 bulan, adakah saya akan dipertimbangkan? Bolehkah jika saya memohon walaupun saya masih belajar? (Utk memenuhi waktu cuti)

cik merah said...

Wassalam. Utk yg ada spm, stpm, a level, dploma @ degree smuanya diterima. Bezanya adlh pmbyaran gji mngikut kelulusan. Mcm ppd tmpt sy, kontrak akan diberi 2 bln. Plng lma 3 bln. Lps tempoh tuh kontrak akn dismbng kalo kta msh brminat nk smbng. Smuanya trpulang dgn budi bicara phk ppd. Insyaallah, klau byk kekosongan awk akn diambil mnjdi guru gnti.

Nurul Salma said...

Salam, cik merah, borang dan salinan sijil kita tu interviewer ambik terus ke dia bagi balik?

Terima kasih ya tulis pasal guru ganti. Saya baru nak mohon ni :)

cik merah said...

Wassalam. Sijil2 tuh phk ppd akan amik. Sy hrap urusan awk dipermudahkn ek. Insyaallah all is well.

Anonymous said...

salam..just nak tanya..ada had umur ke utk jadi guru ganti ? 30an ke bawah ke? 40an ke bawah ke?

cik merah said...

Wassalam. Setakat yg Merah tau, xdak had umur. Tp kt ppd area sini, cikgu ganti plng senior umur 35 tahun.

taufiq said...

Assalam.maaf ganggu.just nk tanya ada tarikh tutup ke nak ambik borang? Kalau sy nk g ambik borang dlm waktu yg terdekat ni blh ke?kena bawak salinan sijil x?sy betul2 minat nk mohon.

cik merah said...

Wassalam. Xdak tarikh ttup pn. Blh mohon bila2 masa ja pn. Nk lbh mudah awk bwk siap2 salinan sijil2 yg dh disahkn. Kmudian amik borang n isi kt ppd. Dh siap isi blh hntar trus borng.

Salinan yg kna bwk ialah salinan kad pngenalan, slnan srt branak, slnan spm, slnan stpm, slnan dplpma, slnan dgree, n slnan sjil2 yg awk rsa ok. Awk blh plh mn2 sjil yg awk ada ek

Wilfred Latit said...

hi merah..
sya nak minta garu ganti..tapi baru habis diploma.result tak keluar lagi..sijil mana yang harus saya guna??spm atau result sem akhir?

cik merah said...

Hi awk.
Slalunya kalo xdpt sjil lg, gna sjil spm ja. Cthnya kwn2 merah yg stdy kt uum lmbt grad. Wlupn dh hbs blajaq, depa kna mohon gna spm @ stpm sbb xgrad lg.

DR PELIK said...

Salam, kak .. kalau saya lepasan spm 14' boleh mohon ke Utk gstt ni?

DR PELIK said...

Salam, kak .. kalau saya lepasan spm 14' boleh mohon ke Utk gstt ni?

cik merah said...

Wassalam. Blh jer. Result dh dpt kn? Xder mslh nk mohon. Try la. Insyaallah.

DR PELIK said...

Selalunya pihak PPD ambil tak / pandang tak pljr lpsn spm yg results dia biasa2 je .. xgempak pun?

cik merah said...

Slalunya brgntung dgn keadaan smasa. Kalo byk kekosongn, depa akn amik. Lg satu, ms tebiu kamu gtau yg kmu student dploma. Cma tgh tggu konvo. Tu membezakn kmu ngn clon spm yg len

Anonymous said...

Salam sis, penang dkt mana? Sy pun dkt penang juga.. esok bru nk hntr borang prmhnan..

a.n.jell manteel said...

Salam, yang interview awak pihk ppd ke pihak sek?

Archer queen said...

Salam, yang interview awak pihk ppd ke pihak sek?

cik merah said...

Wassalam. Phk ppd yg akn intrview.

Anonymous said...

salam cik merah, nak tanya.berapa had minimum untuk jadi cikgu ganti? kalau umur 19 boleh apply ke? sebab saya baru habis study untuk sijil so ingat nak cari experience sikit dalam bidang pendidikan ni

cik merah said...

Wassalam. Boleh jer kalo umur 19. Nnt gji akn dikira utk spm.

Khalida Sulikin said...
This comment has been removed by the author.
Khalida Sulikin said...

Assalamualaikum cik merah. Saya nak tanya, resume yang nak disahkan tu perlu minta siapa yang sah kan ye? Adakah ketua kampung/penghulu atau guru sekolah lama? Saya nak gunakan stpm saja, blh kan? Thank you :)

cik merah said...

Wassalam. Mcm sy, sijil2 tuh pngetua skolah lma sy yg sahkn. Ada jgk kwn2 sy yg gna sjil yg disahkn olh ktua kg.

aisy humaira said...

Salam 'alayk awak.

Jzkk untuk post ini. Moga post ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada orang-orang di luar sana termasuk diri ini. Jzkk again! :)

Rabbuna yusahhil.

cik merah said...

Wassalam. Sy cma brkongsi sbb sy tahu ada rmai org lain yg ada minat yg sma dgn sy, tp xdak pluang . harap2 apa yg sy kongsikn mmberi manfaat. Syukran ats smgt.

fiza said...

sekadar berkongsi pengalaman
saya pernah menjadi guru ganti selama 5 tahun. tak kisah lah sekolah rendah, sekolah menengah, semua saya sebat je. yg untungnya, saya tak pernah di interview sbb katanya saya dh bnyk pengalaman mengajar. apa2 subjek yg di suruh ajar, semua sy tak kisah. yg paling bnyak ajar ofcourse la english. pernah jadi teacher, jadi ustazah bhsa arab, guru subjek lain pun pernah. yg tak pernah belajar tu, tak kan di suruh ajar la sbb dia akan tengok pd SPM dan skrol kita. tips untuk berjaya mase interview tu, jgn sesekali menolak sbb nama akan di blacklist. nak gi ambil borang atau jmpe pegawai bhgian KGSK ni, kamu mesti pkai pakaian seperti seorang guru dan start awal tahun 2015, dah takde borang disediakan. download di portal PPD daerah masing2. isi dan hantar ke PPD. bawak sekali salinan SPM, salinan IC, salinan Ijazah/Diploma/STPM (bawak je semua yg ada), resume, surat permohonan. surat tu ringkas je. sehelai je. surat rasmi. maybe tmpt lain nk sijil2 lain skali tp sy tak pernah bagi pun. tu je kot nk kongsi. dan bila dah jadi guru ni, kamu mesti lah ready sebab pelbagai kerenah pelajar dan guru yg mesti kamu terima. terutama pelajar nakal, tak nak buat krja, pljr suke buat fitnah, dan mcm2 lagi. tu realiti seorg guru. kreatif adalah wajib bg seorang guru. dan mase dlm kelas, jgn ssekali kamu duduk, jgn sskali biar pelajar bising, dan paling penting jauh sekali memegang phone. nanti borang prestasi kamu teruk. wallahualam

Anonymous said...

kalau kita nak jadi guru ganti masa cuti semester boleh ke?? cuti sem tu sebulan ja..boleh ke?? kalau boleh, boleh ka kita apply utk jadi guru ganti sebelum cuti semester

cik merah said...

Slalunya ppd akn amik yg blh keja lma skit. Sbb kontrak slalunya 3 bln sbb gnti ckgu brsalin. Tp kalo ppd tuh mmg perlukan ckgu gnti sgt2, mgkn dia akn amik.

Shira Jalil said...

Akak saya nak Tanya.. Kalau saya nak mohon sekarang tak payah ambik borang permohonan dekat PPD lagi lh kiranya.. Download dkt PPD je ke??

cik merah said...

Slalunya borang amik kt ppd. Tp kalo ada yg blh donlod, blh jgk. Akak dlu amik kt ppd. Msa hntaq borang pn akak hntaq sndri jgk.

cik merah said...

Slalunya borang amik kt ppd. Tp kalo ada yg blh donlod, blh jgk. Akak dlu amik kt ppd. Msa hntaq borang pn akak hntaq sndri jgk.

Shira Jalil said...

Oo cmtu.. Mase akk ambik borang dulu akk cakap nak ambik borang ape yee?? Nak Tanya ape dkt kaunter pertanyaan tu nanti??

cik merah said...

Ckp jer nk amik borang prmohonan utk jdk guru ganti. Nnt org kt kaunter akn jelaskn mcm mn nk isi

nadea kamarul said...

Assalamualaikum awak , saya ni bru hbis degree , tapi konvonya bulan 10 , kalau apply skarang boleh guna degree punya atau spm ja ea ? terimakaish :)

cik merah said...

Wassalam awak.😊
Kalo apply skng, awk kna guna spm. Sbb kalo nk apply dgree kna ada sijil degree. Kalo ada rzeki diterima jdk guru ganti, mngajaq dlu gna sjil spm. Lps dpt dgree, pergi ppd dan ckp dgn pgawai kt sna awk dpt dgree dh. Bwk skali salinan sjil dgree tu ye.

nurul farhana said...

Salam..sy pun sama mcm Merah..minat sgt nk jadi ckgu..tapi takde peluang..seorang introvert but suka memandang anak anak pelajar sebagai golongan yang mulia. First degree amek business, belajar 3thun xblh nak adapt sgt. Tapi banyak pengalaman yang meluaskan mata saya. Wlupun prnah bekerja dlm bidang pengurusan, dah dapat rasa saya lebih layak dl. Bidang pendidikan. Instinct kuat kat situ..semoga dipermudahkan.

cik merah said...

Wassalam.
Sy pn mula2 cma brcita cita nk jdk guru sbb sy rsa xmgkn sy dpt jdk guru. Sy bkn dr jurusan pndidikn. Tp Allah permudahkn. Skng dh 2 thn jdk ckgu gnti. Wlaupn byk cabarannya, sy tekadkn hti sy. Memandang wajah2 polos ank2 di skolah buat sy mkn smgt. Smoga kita sm2 dipermudahkn.

Terima kasih ats prkongsian.

Hafiz Adham said...

Assalam merah, saya nak tanya awak antar resume PPD mana. Masa pergi pejabat dia nak tanya apa ehh?.

cik merah said...

Wassalam encik hafiz adham.
Mula2 sy pergi ppd yg plng dekat dengan umh sy. Kmudian sy mntk borang cikgu ganti kt kaunter. Lps isi n sertakan sijil2 yg diperlukan, sy hantar blk kt kaunter yg sm.

Hafiz Adham said...
This comment has been removed by the author.
Hafiz Adham said...

merah skrg boleh cuba isi borang permohonan guru gnti kan dah bulan 11 dkat cuti sekolah. Agak klo hntar resume hari khamis ke jumaat ni boleh lagi ke. hehehe

cik merah said...

Boleh. Apa slahnya. Mcm ppd kt tempat sy, prmohonan blh dibuat spnjng tahun. Kalo nk lbh mudah, msa mntk borang gru gnti kt kaunter, sembng2 dgn cik/encik yg jga kaunter. Cer tny2 ckit kt diorng. Guru subjek apa yg plng diperlukn. Nnt blh isi subjek2 yg diorng ckp kt form awk. 😁

Harap idea ni membntu ek.

Unknown said...

Assalamualaikum. Merah sy nak mintak pendpt. Skrg ni ckgu subjek pe yg sgt diperlukan?

Alia Rai said...

Assalamualaikum. Merah sy nak mintak pendpt. Skrg ni ckgu subjek pe yg sgt diperlukan?

Alia Rai said...
This comment has been removed by the author.
cik merah said...

Wassalam. Selalunya brgntung dgn ppd tuh sndri. Mcm ppd tmpt sy, subjek bm dan bi adlh subjek yg plng kurang ckgu. Tp subjek2 matematik, fizik , kimia, bio dan sains plng byk org mohon wlupn xbyk kekosongn.

Satu tips dr sy. Msa p amik borang prmohonan guru gnti, sembng2 dgn kerani kt kaunter. Tny subjek apa plng byk kekurangn ckgu. Lps tuh blh isi. (^^)

Hairilhaffiz 97 said...

Assalamualaikum kak. . Nak tanya , sekolah yang diberi untuk kita mengajar tu dia main bagi je ke ?

cik merah said...

Wassalam dik. Mmg ppd akn ltk jer kt mn2 skolah yg ada kekosongn.lg satu, kalo dh mngajaq setahun dua slalunya blh mntk nk mngajq skolh mn. Tp ikut kekosongn jgk.

ai_arunia said...

assalamualaikum cik merah, pukul berapa ye waktu bekerja? aktiviti koko dsb perlu turut serta ke? sbb pada hari rabu, khamis dan jumaat saya ada kelas yg tidak dpt dielakkan pada pukul 2 hingga 5. terima kasih sudi berkongsi c:

cik merah said...

Wassalam.
Waktu bekerja di skolah sy ialh dr pg smpai 2.30. Hari rabu smpai 3.10 sbb koko. Jumaat cm biasa awai. Sy jgk trlibat utk klas tmbahan. Aktiviti sukan. Latihan choral speaking atau debat. So, ptg2 mmg sy peruntukn utk ank2 kt skolah.
Kt skolah sy, sgala aktiviti mmg sy join wlaupn hari cuti. Mmg xdak gji sbb guru gnti ni gaji hari kn. Bg sy dh galas tnggjwb sbgai guru sy kna trus bg komitmen. Kalo awk rsa trtekan, bncng dgn ktua panitia. Insyaallah, ada tolak ansur. Harap jwpn sy dpt mmbntu ek

Farah Izzati said...

Cik merah.. kalau kita ad diploma je,biasa gaji dibagi berapa ye. Teringn sgt nk jd cikgu,walau dh tsalah ambik kos jururawat. Hurm. Sgala salinan perlu disahkan oleh siapa? Ad x link untk isi online jwtn guru ni

Farah Izzati said...

Cik merah.. kalau kita ad diploma je,biasa gaji dibagi berapa ye. Teringn sgt nk jd cikgu,walau dh tsalah ambik kos jururawat. Hurm. Sgala salinan perlu disahkan oleh siapa? Ad x link untk isi online jwtn guru ni

cik merah said...

Farah izzati😁
Slalunya utk diploma gji rm72 sehari. Salinan blh disahkn kt guru besar/pengetua skolah, ketua kg, pgwai krajaan gred 41 n mn2 yg lain. Kalo mn2 link sy xpsti la. Sbb sy rsa prmohonan lbh mdh melalui ppd.

Sy hrp dpt mmbntu mlalui jwpn2 sy ek. Insyaallah, moga dipermudahkn.

Penyelia Pentadbiran said...


Jawatan Kosong Sambilan - Cikgu Tuisyen SPM / PT3 / UPSR (RM3200)



1HomeTuisyen menawarkan Jawatan Kosong Sambilan atau Part Time sebagai Guru Home Tuisyen untuk mengajar subjek-subjek UPSR / PT3 / SPM / STPM / A Level di sekitar -

1. Kelantan - Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat,...
2. Selangor - Puchong, S.Alam, Gombak, Sepang,...
3. Terenganu - Besut, Dungun, Kemaman, Marang,,...
4. N.Sembilan - Nilai,Tampin, Seremban, Tampin,...
5. Penang - Bayan Lepas, Butterworth,...
6. Pahang - Kuantan, Raub, Rompin, Temerloh,...
7. Sarawak - Kuching, Sibu,Bintulu, Miri,...
8. Perak - Taiping,Ipoh,Kerian, Kampar,...
9. Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
10. Kedah - Baling, Kodiang, Sintok, Yan,...
11. Johor - Segamat, Muar, Mersing, Kluang,...
12. Perlis - Kangar,Arau,Padang Besar,...
13. Sabah - Kudat, Sandakan, Tawau,...

Cara memohon: Isi borang permohonan di >> http://1hometuisyen.blogspot.com/p/kadar-bayaran-tuisyen-di-rumah.html


*****Share INFO ini di Wall Facebook Anda !

Nur Amni said...

Salam..cik merah sy nk tanya,apa je lampiran yg perlu d sertakan dgn borang guru ganti masa hantar kt ppd?pastu brapa lama ppd akan panggil utk iv?

cik merah said...

Wassalam Nur Amni.
Lampiran yg diperlukn akn dnyatakn dlm borang prmohonan. Cthnya sijil spm, sjil brhnti skolah, dploma, dgree, salinan kad pngenalan, slnan surat branak n sijil2 pnglibatan kokurikulum. Slalunya brgntung dgn kekosongn. Ppd pggl sy iv slps 3 hari hntaq permohonan

Anonymous said...

Slm.sy lpsn spm 2015 baru2 ni.Rsenye blh ke x sy mintak untk jadi guru ganti ni smtara tunggu upu.huhu.mohon pencerahan.tq

cik merah said...

Wassalam. Boleh jer mohon. Insyaallah kalo ada kekosongan blh mngajaq smentara nk msk u. Dpt jgk duit poket

Anonymous said...

Ohh ok.trimas sbb reply huhu.jd sy pgi dkat ppd nnti mintak borang cg ganti jlh kn.n then kne isi kat sne or blh bwk balik borang tu.biasanya brp hari bru dia pnggil utk interview n pnempatan tu mcm mne diorang ye tntukn ke cmne.

cik merah said...

Sama2..
Yup, just p ppd yg plng dkt dgn umh. Mntk brg guru ganti. Blh jer nak bwk blk brg tu. Sbb nnt nk kna sediakn sijil2 yg brkaitan. Kepilkn skali brg ngn sjil n hantaq blk kt ppd.
Ppd pggl intvw ikt kekosongn. Kali byk kekosongn, xsmpai smggu dh pggl.
Slalunya ppd akn hntaq mgajaq kt skolah yg plng hmpr dgn tmpt tggl kmu. Kiranya dlm daerah yg sma jgk.

Hrp2 jwpn sy mmbntu. Goodluck ek.

Farehah Azmi said...

Assalamualaikum cik merah.sy ingin bertanya..nak jadi guru ganti perlu result spm/stpm/diploma/ijazah yg hebat ker

Farehah Azmi said...

Assalamualaikum cik merah.sy ingin bertanya..nak jadi guru ganti perlu result spm/stpm/diploma/ijazah yg hebat ker

cik merah said...

Wassalam.
Sy rsa xjgk. Sbb ada jer kwn2 sy yg result biasa2, tp diambil bkerja sbgai guru gnti. Sbb utama ialah mereka ada kualiti. Pndai curi tumpuan pelajar. Rajin. Last skali bila dh skali mngajaq dpt plak feedbck positif dr phk skolah.

Yg pntng msa intrvw kt ppd, tnjukkn yg dri kmu layak utk mngajaq. Insyaallah, dipermudahkn.

Anonymous said...

Salam cik merah

Kita boleh mintak ke sekolah rendah atau sekolah menengah yang nak di ajar? Satu lagi untuk gaji sama ke?

Terima kasih daun keladi :)

cik merah said...

Wassalam.

Selalunya brgntung dgn subjek yg nk diajar. Kalo ada sbjek kimia, bio, fizik, ekonomi atau seangkatan dengannya mmg akn dpt skolah menengah. Tp kalo byk plak kekosongn kt skolah rendah, mmg akn dpt skolah rendah. Pasal gaji plak, smuanya brgntung dgn kelulusan. Xkisah la dpt mngajaq kt skolah rendah atau menengah.

Harap sy mnjawab soalan. Sama2 daun kari(^_^)

is wadi said...

Saya nk tanyA ape kite kene buat demo mengajar subjek ke kat dpan interviwer tu mcm mne dome tu boleh bg contoh?

cik merah said...

Msa sy intrview dlu xkena buat demo pn. Cma penemuduga akn memerhati stiap apa yg kita buat dlm blk tmuduga tuh. Cth, cara kita kenalkn dri. Suara kita ok ker x. Kdg2 dia akn provoke dgn soklan2 pns. Awk buat cool jer. Sbb diorng just nk tgk awk cpt menggelabah @ cpt naik darah. So rileks jer

Anonymous said...

SALAM...
sangat menarik post awak... sy juga tertarik utk memohon guru ganti... pertanyaan saya... dalam borang ada ruang pilihan pemohonan KGSK DAN GSTT...saudari isi ruang mana? dan apa beza gstt dgn kgsk ni? jika sememangnya graduan pendidikan boleh isi kgsk/gstt ?

cik merah said...

Wassalam..
Jika prtama kali memohon sbgai guru ganti, awk blh isi dlm ruangan gstt. Sbb xder pngalaman mngajar lg kn. Jdk isi ruangan gstt. Gstt ialah guru sandaran tak terlatih. Mksdnya, msa blajar dkt u atau kolej awk xpnh ambil bidang pndidikn. Mgkn mcm sy, bidang sosial. Kgsk plak ialah kumpulan guru sekolah kbngsaan. Selalunya ahli2 kgsk trdri dr guru yg dh brpengalamn mngajaq atau guru yg dh pencen atau bersara. Jika graduaan pndidikn, isi jer gstt. Sbb sementara nk tggu posting, awk mngajar dlu kt skkolah lain kn.sy hrp jwpn sy mmbntu. Tq

palmvilla85 said...

salam cik merah. masih ada lg GSTT? macamana nak dapatka borang GSTT.

cik merah said...

Wassalam.Setaakat ni msh ada di kwsn sy. Awk boleh pergi ke pejabat pendidikn daerah yg trdekat di tempat awak utk mengambil borang

Unknown said...

Salam merah. Nak tanya. Untuk guru ganti ni tak ada slip gaji ke? Kiranya tak boleh mohon pinjaman dan beli kereta la ye?

cik merah said...

Ppd ada bg slip gji kt sy. Tp slalunya kalo nk buat loan mmg ssh nk lps sbb gji xttp. Cuba awk try tny ppd tmpt awk. Slalunya kna mntk bru diorng bg

Anonymous said...

hi cik merah. been reading all the comments here. tq for your info :)

cik merah said...

Hai. Welcome. 😁😁

Unknown said...

Assalamualaikum akak. Nak tanya kalau kelulusan spm sahaja boleh minta guru ganti kan? Nanti dia boleh serap jadi cikgu tetap atau tak? Atau terus jadi cikgu ganti selagi ada kekosongan? Terima kasih.

cik merah said...

Wassalam.spm pn blh nk mhon guru gnti. Slalunya payah nk serap msk jdk ckgu ttp. Kita akn trus jdk guru gnti slagi ada kekosongn

Anonymous said...

Assalamualaikum merah.. Kalau guru ganti ni, selagi tak dapat sijil ijazah xboleh apply guna ijazah kan? Kene guna spm kan? Gaji tuk spm brape ye? Then seminggu tu, kene pergi sekolah hari2 atau bila jadual je?

cik merah said...

Wassalam. Yup, slagi xdpt ijazah, xblh apply gna ijazah. Lps dh konvo n dpt ijazah blh p kt ppd n bg salinan ijazah utk naikkan tgga gji degre. Utk smpm shari dibayar rm54 kalo xsilap. Jadual ikut jadual skolah mcm dlm kalendar. Kalo xdak apa2 cuti, smggu 5x kna p skolah. Mcm ckgu2 tetap yg lain.

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak, Kak still lagi ambik borang di pejabat atau boleh download di portal sahaja?

cik merah said...

Wassalam. Borang brgantng dgn ppd tmpt msng2. -ada yg kna download dan ada yg kna p amik dkt ppd sndri. Mcm tmpt akak kna amik sndri kt ppd. Better p amik sndri sbb nnt blh tny mcm2 kt kaunter. Blh tau kekksongn utk ckgu sbjek mn yg byk.

Anonymous said...

Saya dengar jadi guru sandaran ni gajinya lambat bayar. Betul ka?

cik merah said...

Plng lma ms mula2 msk keja. Bln prtma xdpt gji. Dlm 3 mggu keja utk bln kdua, bru dpt gji utk bln prtma. Kmudian gji bln kdua akn dpt slps 3 mggu keja di bln ketiga. Ehhhhh, blh fhm x nih. Belit2 plak Merah ckp nih. Huhuhu.

Slalunya kalo kta submit borng gji on time, xdak kslhn dlm borang n kerani skolh mmg terbaik buat keja, awai la sikit dpt gji. Yg pntng slalu follow up kt krani skolh n phk ppd.

Asmidar said...

ASSALAMUALAIKUM. Saya asmidar. Keje sebagai pegawai akaun. Hasrat bertukar bidang utk jadi guru ganti. Kerana masa yang dulu balik keje lewat malam.kalau bole nak jd gru ganti. Mase keje dulu pon selalu mengajar anak sedara dirumah.memang berminat utk jadi guru. Tp adakah dipertikaikan ye sbb tukar bidang. Atau cuba bg pandangan reason apa.. Lepas tu gaji guru sekolah rendah lepasan diploma sama ke gaji guru ganti sekolah mnengah sehari?.borang firstime gsst ke? Mekasih cik merah.

Asmidar said...

Bimbang plak apa pandangan interviee terhadap sy. Tukar bidang xkan nk berterus terang xdaya balik keje malam. Nampak plak kite memilih kerja. Tp dah xdaya mlm mlm stress. Yang ade pilihan guru ganti je. Jika ade pandangan moh la bincang. Mekasih semuaπŸ˜™πŸ˜™πŸ˜œπŸ˜œπŸ˜

cik merah said...

wassalam. slalunya blh jer. tp keutamaan slalunya utk yg bujang2 nih. huhuhuhu. tp xslh mncuba kn. hihi

gaji slalunya sm. xkira la ajar skolah rendah or mnengah. yg beza cma kelulusan. harap2 awak dpt pluang utk jdk ckgu ek. smoga brjya

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Azry Azhar said...

Assalam, seronok baca cerita2 pasal guru ganti kt sini, kebetulan saya memang ada cuba mohon juga untuk jadi guru ganti. Saya baru tamat pengajaian akhir tahun lepas dan konvo pun hujung tahun 2017 ini. Saya ambil jurusan TESL dan memang berminat sangat nk jadi guru sekolah. Saya dah jumpa pihak sekolah dan guru besarnya sekali untuk permohonan guru ganti di sekolah itu, sebab ada pegawai ppd kata lagi baik jumpa sekolah terus. Guru besar pun dah ambil surat permohonan dan resume saya, agak2 lama tak proses untuk pengambilan jadi guru ganti di sekolah itu ye? terima kasih banyak sebab membantu. :)

cik merah said...

wassalam. kalau mcm tuh, potensi nk dpt lg tggi sbb dh dirrct kt pihak skolah. tp amik msa jgk sbb nk kna hantar permohonan kmu ke ppd jgk. sebab gji phk ppd yg bg, bkn skolah.

slalunya dlm smiggu 2 dh dpt jwpn. tp ttp trpulang dgn kskosongn. kalo ada kosong cpt jer dpt jwpn. hopely awk ada pluang utk mnjdi guru. best sgt bla dpt mnjdk guru nih.

Azry Azhar said...

harap mcm tu laa.. sebab sy pun dah dkt sebulan tunggu sejak hantar resume kt sekolah tu.. katanya bulan 6 nanti baru ada nak guru ganti sebab ada guru nk bersalin bulan tu.. mmg nak sgt jd guru ni.. dari kecik lagi dah minat.. harap2 dpt jadi guru betul la.. sama mcm Cik Merah.. insyaAllah.. :)

cik merah said...

insyaallah. harap2 awk dpt. skang nih kn msh cuti skolah. sbb tu amik ms skit. kalo nk lg mudah, mggu dpn kol phk skolah utk tny ttg prkembngn resume awk. dan sy yakin awk akn brpluang jdk ckgu. good luck ek.

Azry Azhar said...

insyaAllah.. harap2 mcm tu la.. nanti sy akan cuba call dan tanya sekolah tu.. harap2 ada la kekosongan dan dapat sy masuk mengajar situ.. Thanks a lot sebab sudi tlg jwb2 soalan sy yeee.. :D