Wednesday, 30 April 2014

30 April 2014-HARI TERAKHIR DI SINI!

30 April 2014-HARI TERAKHIR DI SINI!

Pasti akan RINDU,

Pada Pn. Pengarah yg cool & bersahaja tetapi penuh dedikasi memimpin ‘keluarga besarnya’.

Pada K.Mazni yg happy go lucky, peramah & acapkali mengukirkan senyum yg mendamaikan jiwa.

Pada cerita2 K.Lia yg berbagai-bagai berkenaankehidupan & dugaan isi dunia.

Pada K.Imah yg tak putus2 menitipkan bermacam nasihat & tips2 rumahtangga bahagia.

Pada K.Ina yg selalu menjadi tempat bercerita, bermanja & berbicara akan segala perkara.

Pada Abg Faisal yg merangkap mentor & sifu yg penuh ciri2 seorang ayah yg HEBAT di mata saya.

Pada pensyarah2 yg baik, cumell, sporting & sedia memberi tunjuk ajar dengan gigih dan sabar.

Dan tak lupa pada Maksu, Makcik & Pakcik yg banyak mengajarkan tentang erti hormat & budi bahasa.

Sungguh, pasti akan rindu yg teramat pada keluarga besar KKNT yg banyak mengirimkan pengalaman2 yg penuh suka dan bahagia.

Maaf andai pernah terkasar bahasa, terguris hati sesiapa, terlingkupkan apa2 & terima ksih untuk lambakan kasih sayang yang tak terhingga banyaknya.

----------------------------------

Monday, 28 April 2014

Meet my new friend, KIMCHI

Assalamualaikum wbt.

Ini anak kucing yang bertarung selama 3 hari di dalam longkang belakang rumah Merah untuk terus hidup. Sungguh, Merah tak tahu langsung akan kewujudan anak kucing nih. Cik Adek yang jumpak dalam longkang semalam (27 April 2014)


Sekarang, Merah ada kawan baru. Sebab anak kucing nih kecil lagi, Merah kena susukan dan jaga beliau macam jaga baby. Kenalkan, kawan baru Merah, KIMCHI.

Nama saya KIMCHI.!

Saya telah jatuh cinta

Saya bukan ustazah.

Saya bukan ahli agama.

Saya bukan jenis stok2 wanita solehah lindungan kaabah.!

Saya sama seperti anda2 semua. Saya teruja dengan cerita2 korea. Saya menangis bersungguh-sungguh dengan filem2 yang sedih dan mengusik jiwa. Saya ketawa pabila mendengar kisah2 lucu dan menggelikan hati saya. Saya gemar mengumpul barang2 yang cumell dan cantik pada pandangan mata saya.

Anda dan saya sama sahaja! Jangan menilai saya!

Saya cuma an-nisa. Para pendosa yang paling banyak di neraka. Para pendosa yang acapkali terleka dan tersasar dari laluan-Nya.

Saya ingin jeritkan sahaja pada mereka2 agar mereka2 faham akan prinsip saya, agar mereka2 kenal siapa sebenarnya saya dan agar mereka2 tidak meletakkan saya pada mana2 aras yang selayaknya bagi mereka2.

Saya bukan memilih, apatah lagi ingin mengimpikan rijal yang sempurna serba serbi. Sungguh, tak terlintas langsung untuk berkeinginan sebegitu!

Benar, tudung saya labuh sedikit berbanding rakan2 sebaya yang lain. Baju saya longgar sedikit dari wanita2 moden yang berkiblatkan ikon2 fesyen. Perwatakan saya sedikit menyongsang dari hari2 silam yang saya anggapkan sebagai 'hari2 hitam' saya. Dan benar, saya lebih gemar menyimpan bicara,lebih selesa memandang setiap perkara tanpa mengomel apa2 dan lebih serasi untuk mengulit dengan pelbagai buku2 yang berbagai genre.

Ramai yang membuat telahan sendiri. Kononnya saya mencari pelengkap hidup yang alim ulama. Kononnya saya tak memandang mana2 rijal yang tidak berkopiah atau berserban, tidak berjubah, tidak berjanggut dan tidak berperwatakan seperti ustaz2 lulusan al-azhar.

Siapa mereka2 untuk meletakkan pendapat sendiri dan menghebahkannya sebagai pegangan hidup saya?

Memang saya tak pernah suarakan berkenaan sang rijal pada sesiapa. Namun, itu tak bermakna hati saya kosong, tandus dan gersang dari satu bunga rasa. Saya tahu bahawa saya ini lemah dalam soal hati dan perasaan. Oleh itu, saya memilih untuk melontarkan bunga2 rasa itu pada kalam bisu ini. Biar kalam ini menjadi saksi akan cinta yang dah lama saya pendamkan jauh di sudut hati.


Benar, saya telah jatuh cinta!

Saya juga wanita biasa yang punya keinginan untuk dicintai, disayangi dan dipeduli. Itu fitrah. Itu keinginan yang lahir bersama-sama impian2 yang indah2 warnanya. Saya selesa untuk melontarkan bibit2 cinta yang membara dijiwa. Bersama-sama cinta ini saya belajar untuk menjadi kuat, saya belajar untuk menjadi tabah, saya belajar untuk berkongsi dan saya belajar untuk menjadi seperti sekarang.

Cinta itu telah mengajarkan saya untuk berani bermimpi sama ada pada siang atau malam hari.

Bertahun saya menyimpan senyum kerna kegagalan cinta pertama. Konon-kononnya saya ingin terus menunggu agar cinta pertama saya berpaling kembali pada saya. Saya abaikan insan2 terbaik di sekeliling saya, saya menidakkan teguran2 dari mereka2 yang peduli akan saya dan saya tak putus2 berdoa agar saya dapat merasai kembali cinta pertama yang telah hilang ditelan arus masa itu. 

Dan penantian yang sia2 itu meluluhkan hati saya dengan sebegitu perit sekali. Saya tak ingin menyeksa diri saya lagi!!!

Setelah melalui jalan2 liku yang sebegitu 'hitam dan kelam' itu, saya ingat saya tak akan mampu tersenyum lagi. Saya ingat saya tak akan mampu ketawa lagi. Saya ingat saya tak akan mampu jatuh cinta lagi. Dan saya ingat, saya akan terlupa untuk peduli akan insan2 yang sayangkan saya lagi.

Tapi semuanya berubah 360 darjah. Saya kembali mengulit cinta. Saya kembali membenarkan rasa cinta menghuni hati saya. Saya telah jatuh cinta..!!!

Puas sudah melihat titik2 airmata, penangan cinta pertama yang penuh nafsu dunia. Saya tak ingin menangis dan bersedih lagi.

Buat CINTA yang teramat-amat saya cinta, terima kasih atas kiriman bahagia. Terima kasih kerna membuatkan saya tersenyum dan ketawa. Terima kasih kerana mengubati hati saya yang hancur dan berkecai dimamah masa2 silam saya.

Cinta ini perlu disebarkan agar mereka2 yang seperti saya tak lagi dirundung kesedihan. Buat semua yang pemuda pemudi harapan bangsa dan agama, kembalilah kepada kehidupan bertuhan. Kembalilah membangkitkan ruh2 islam dalam perjuangan. Pada nama perjuangan dan dakwah itu ada terselit sebuat CINTA yang bakal menguatkan hati2 kamu untuk berpegang teguh pada tali-Nya. Pada CINTA itu ada harapan dan masa depan yang indah andai engkau corakkan atas nama Islam.


Tuhan, 
Kirimkan daku secarik tabah untuk daku bertahan dalam memperjuangankan Cinta-Mu. Alhamdulillah, syukur atas CINTA yang Engkau semaikan di dalam jiwa ini.!

Thursday, 24 April 2014

Tips2 Interview untuk guru ganti di PPD

Assalamualaikum wbt..

Merah pernah bagi tau bahawa Merah bercita-cita untuk meletakkan title cikgu di depan nama Merah kan?  Dan Merah pernah bagi tau yang Merah sangat2 menyintai dunia pendidikan dan insan2 yang bergelar pendidik kan?


Sebenarnya, borang permohonan guru ganti yang Merah hantar sekadar suka2 pada minggu lepas telah mendapat perhatian pihak PPD daerah Merah. Opppps, lupa nak bagi tau, PPD tuh ialah Pejabat Pendidikan Daerah. Sajer jer nak bagi tau kot2 ada yang tak dapat mencernakan maksud PPD tuh.

Yang ohsemmmnya, petang selasa lepas pihak sana tuh call untuk interview pada hari khamis. Menggelabah wehhh. Mau bergolek-golek nak buat persediaan untuk interview tuh. Dalam hati dah rasa berbolak-balik, sempat ker nak buat persediaan sebelum interview tuh. Tuh jawatan yang giler2 tough kot sebab ia melibatkan masa depan anak2 orang. Takkan pihak PPD nak tanya soalan ala2 melepaskan batuk di tepi tangga kot. Serius, nebes giler!!!

Dan bila memikirkan ini adalah minat dan keinginan Merah, Merah gigih menguruskan segala sijil untuk interview walaupun Merah super2 busy kat opis nih dengan macam2 benda. Dan yang lagi kroniknya, hari rabu demam pulak dan sakit kepala tahap nak hentuk kepala ke dinding. Dugaan!

Pagi tadi Merah datang opis awal 15 minit dengan harapan nak study sikit2 pasal dunia pendidikan nih. Interview pukul 10.00 pagi, jadi Merah ada masa dalam 1 jam 30 minit untuk study bila dah tolak masa perjalanan ke sana nanti. Punya la gigih Merah cari2 kat google tip2 interview dan contoh2 soalan yang selalu ditanya sewaktu interview untuk jawatan guru ganti. Last2 rasa nak marah. Tahu tak kenapa? Antara contoh yang Merah jumpak dalam Encik Google ialah soalan berkaitan:

NKRA
PIPP
falsafah pendidikan
MISI & VISI
Modal Insan
Sekolah Wawasan
Sekolah Integriti
Alat Bantu Mengajar
Nama2 Menteri

Sebagai seorang insan biasa yang punya masa tak sampai 2 jam untuk study, perlulah untuk Merah menggelabah, melolong dan hilang kerasionalan seketika. Dan bila dah rasional balik, Merah pergi beli nasi lemak + tea ais, dan mula bersarapan sambil cuba untuk menenangkan diri yang dah tak mampu nak berpura-pura ok.

Sepertinya susasana pagi khamis ini seolah-olah cuba meremuk-redamkan perasaan Merah. Time2 Merah memerlukan masa lapanglah keadaan di opis nak menjadi busy tahap pejabat wakil rakyat. Merah dah tak bolah nak menumpukan dalam apa2 isu berkaitan pendidikan. Last sekali Merah siapkan kerja2 yang urgent dan terus bertolak ke PPD.

Dan Merah bersyukur sebab tak menjadikan pengalaman2 orang lain sebagai ikutan dan menghafal perkara2 yang begitu asing bagi diri Merah. Walaupun pengalaman2 orang lain sedikit membantu, Merah sudah terlalu terdesak untuk mencari penyelesaian sendiri. Dengan menjadi diri sendiri, keadaan interview menjadi lebih mudah. Antara soalan2 yang ditanya ialah:

1) Sila kenalkan diri anda.
2) Senaraikan kekuatan anda yang dapat membantu anda menyelesaikan sebarang konflik dari pelbagai pihak iaitu pelajar, rakan sekerja atau pihak atasan anda.
3) Kenapa nak jadi guru?
4) Ramai yang tak minat dengan subjek sejarah, bagaimana anda ingin menarik minat pelajar2 untuk memberi tumpuan dalam subjek ini.

Selebihnya ialah soalan2 luar dari alam pendidikan.

1) Kenapa semua golongan wanita yang datang interview hari pakai baju warna pink? Boleh tak awak bagi pendapat awak?
2) Dah kahwin atau belum?
3) Kalau ada sesiapa yang berminat nak menjadikan awak isteri, nak kena telefon awak atau mak ayah awak dulu?
4) Awak pandai masak tak?

Dan soalan2 luar alam itu memang berjaya membuatkan Merah mengerutkan muka dan terasa bercelaru emosi. Tapi kan, walau dihadapkan dengan soalan2 yang luar silibus Merah tetap cuba juga untuk menjawab dengan jujur. Tak nak terlalu over dan tak nak terlalu merendah-rendahkan diri sendiri. Kira okep ler kan!

Contohnya, kalau memang dah sah2 tak tahu jawapan sesuatu soalan tuh, jangan nak pandai2 tunjuk ketertinggian level keyakinan diri kamu. jawab jer tak tahu, tahu cuba yakinkan penemuduga itu bahawa kamu akan belajar dan ambil tahu akan semua itu bila diberi peluang menyandang jawatan tuh.

Prepair sebijik dua lagu yang mudah untuk kamu nyanyi dan mudah untuk semua orang paham lirik dia. Jangan kamu yakin2 diri nyanyi lagu Jacklyn Victor yang memerlukan kamu menonjolkan bakat nyanyian yang melampau-lampau. Itu bukan waktu uji bakat nyanyian, tapi temuduga untuk menjadi guru ganti okep!

Merah kena nyanyi jugak tadi. Dan Merah dengan yakinnya nyanyi lagu sailormoon yang dialih ke bahasa melayu. Lantak la kalau penemuduga tuh nak muntah ker, migrain ker atau bernanah telinga dengan nyanyian Merah. Yang penting nyanyi!

Dan akhir sekali penemuduga tuh memberikan alasan2 yang kukuh akan segala soalan serta arahan yang mereka utarakan pada Merah. Antara ayat2 yang Merah ingat,

"Kalau nak jadik cikgu nih, luar dalam kena kuat. Pelajar2 nih bukan sama sikap mereka. Macam2 ragam, macam2 karenah, macam2 kelakuan! Bila pegang jer title guru tuh, awak kena jadi berani, awak kena jadi amanah dengan tugas dan awak perlu kreatif untuk tarik minat mereka. Setiap hari awak akan belajar perkara2 baru. Bagi pelajar, guru nih hebat! Sebab tuh awak perlu jadi hebat. Tak pandai menyanyi, belajar. Tak yakin nak berdepan dengan orang ramai, belajar. Tak pandai main bola jaring, belajar! Yang penting awak kena betul2 minat sebab dengan minat jer awak dapat terus mengajar dengan penuh dedikasi dan berkualiti."


Terkedu, tersentak dan tersedar dari mimpi2 indah. Itu realiti!

Insyaallah, kalau diberi peluang, Merah akan mengajar dengan bersungguh-sungguh. Merah tak akan putus asa untuk memastikan ada perkataan 'CIKGU' di depan nama Merah. 

Awak2 semua, doakan saya berjaya untuk temuduga nih ek!

Tuesday, 22 April 2014

Hijjaz-Kau Pemilik Cinta

video

Album : Janji
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com



Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....


Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...


(Harmony)
Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi(uhhhh....)


Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....


(Harmony)
Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...


Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi


Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu.... 
 Lagu ini indah liriknya. Lagu ini punya rasa yang mendalam hingga ke jiwa.

Saturday, 19 April 2014

cerita tentang langit malam itu

Merah suka mendongak pada langit.

Siang atau malam langit sentiasa cantik dan indah. Sepertinya, langit itu adalah lukisan alam paling indah yang pernah Merah lihat. Dan selalunya, langit pada malam hari itu lebih banyak mencuri tumpuan Merah. Terlalu banyak hiasan2 yang menggetarkan setiap urat nadi sewaktu Merah melihatnya. Bulan, bintang, awan dan kadang kala gerimis menjadikan langit malam cukup2 indah. Subhanallah!

Sungguh, itu hakikatnya.!!


Tenang, damai dan membuaikan hati yang berbagai.

Tanyalah pada sesiapa jua, mereka2 tahu betapa Merah cukup suka mendongak ke atas dan memandang pada langit ilahi itu.

Langit itu mengirimkan tenang pada Merah. Langit itu mengundang kegembiraan pada Merah. Dan langit itu sudah cukup untuk membuatkan senyuman Merah terukir dengan sendirinya.

Saban waktu Merah mencari-cari bintang utara (polaris) yang satu itu kerna polaris adalah bintang yang paling terang dan bercahaya di dada langit. Merah telah jatuh cinta pada Polaris itu.!

Pernah Merah ditanya akan keterujaan Merah memandang langit malam oleh roomate Merah dulu.

"Kenapa bila malam jer Merah nak bukak tingkap tengok langit? Hujan ker, ribut ker, tengah malam ker, Merah tak pernah jemu pandang langit tuh. Apa yang best sangat sampai Merah obses sangat2 dengan langit tuh?"

Dan Merah tersenyum pabila dihadapkan dengan soalan itu.

"Merah suka memandang langit sebab Merah rasa tenang dengan memandang langit. Bila rasa gundah, wajah rembulan yang berbagai-bagai bentuknya menghiburkan Merah. Bila Merah rasa sedih, cahaya terang dari bintang Polaris itu memadamkan cerita duka dari hati Merah. Bila Merah rasa keseorangan, langit malam yang kelam dan hitam itu ada untuk menemani Merah. Dan kerna itulah Merah telah jatuh cinta pada langit malam itu."

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Dan bila Merah rindu yang teramat pada seseorang itu, Merah akan memandang langit malam itu dengan lebih kerap dan mendalam. Merah yakin bahawa rindu di hati Merah ini akan sampai kepada pemiliknya kerna langit di dunia ini berhubung. Jadi, pabila orang yang Merah rindui itu juga memandang langit, hati kami turut berhubung kerna kami dipayungi oleh langit yang sama."

Dan kerana jawapan Merah itu, Merah dicop sebagai pemilik hati yang berbunga-bunga dan jiwang yang melampau-lampau. aiisehhhhhh.

Pernah sekali Merah diuji dengan sakit yang melampau-lampau dan menyeksakan fizikal dan mental Merah. Berkali-kali Merah bertanya pada diri, untuk apa Merah dibiarkan berhidup andai untuk merasai kesakitan dan penderitaan cuma. Merah menangis, merintih, meraung dan berteriak sepertinya tiada iman di dada.

Sedang Merah menangis itu tiba2 hujan turun dengan selebat-lebatnya. Merah mendongak pada langit malam itu dengan airmata yang masih berjuraian di tubir mata. Dan tiba2 Merah tersedar akan seperkara.

Masyaallah...

Sebagai manusia, tak salah untuk Merah menangis bagi meleraikan beban yang memberat di hati Merah. Jangan ditahan airmata itu. Jangan berpura-pura ampuh dengan ujian yang tak tertanggung itu. Jangan..!!!

Lepaskan ia pergi. Biarkan ia mengalir kerna setelah airmata itu berhenti, akan ada bibit2 kekuatan yang kamu sendiri tak akan percaya akannya.

Belajar dari alam.

Saat Merah mendongak ke langit semasa sedang menangis, takungan airmata itu menyakitkan mata Merah. Pedih dan mencucuk-cucuk di tubir mata. Dan pabila Merah menundukkan kembali kepala Merah, airmata Merah bebas mengalir dan berlinang bersama-sama kesakitan yang Merah tanggung.

Keadaan itu membuatkan Merah benar2 faham akan kehidupan bertuhan. Jika kita menyalahkan Tuhan atau mana2 pihak, kita sepertinya sedang menyakiti diri kita sendiri. Bukannya DIA tidak tahu akan derita dan bebanan yang ditanggung oleh hambaNya itu. Namun, ujian2 yang diberikan itu adalah latihan kepada diri kita untuk menjadi manusia yang lebih teguh dan ampuh jati dirinya. Practice makes perfect kan!

Dan seperti hari2 semalam, Merah masih setia memandang langit malam tanpa jemu atau bosan. Dan semakin diasak dengan rindu yang teramat, langit malam menjadi penawar yang cukup2 berkesan untuk menghilangkan sekelumit rindu itu.


Sungguh, rindu yang teramat pada insan itu. Rindu segala-galanya tentang dia. Namun, tak perlu diungkapkan dengan kata2. Bisikkan sahaja pada langit malam itu, dan moga2 bisikan rindu itu terkesan di hatinya. Insyaallah.

Dan semalam Merah masih juga memandang langit malam itu. Kelam dan hitam ruang angkasaraya itu. Hujan. Awan nampak berbalam-balam dan subhanallah, cantik.!

Pada yang insan yang dirindui itu, hidup baik2 ek! Siapa sangka bahawa perubahan yang begitu sukar untuk dilaksanakan itu semakin serasi dengan naluri. Alhamdulillah, ruh islam semakin terzahir dalam kehidupan. Merah nampak perubahan itu, dan insyaallah ramai lagi yang nampak akan perubahan itu. Langkah yang dahulunya tempang dan pincang itu semakin lancar. Dan Merah juga sedang memperbaiki diri seperti kamu. Memandang pada langit malam itu membuatkan Merah semakin kuat dan bertabah untuk terus tersenyum. Terima kasih!

Friday, 18 April 2014

Resepi Karipap Semudah ABC tapi Giler2 Sedap Tak Hingat Donia.



Sekarang nih Merah dah dapat nama baru kat opis nih. Giler glamour kot.


Mokchik Karipap.





Waaaaaaa, giler keji nickname tuh. Tak komersil langsung. Huhuhuhuhu.


Merah suka buat karipap, tapi tak berapa suka sangat nak makan. Merah buat sebab orang2 kat sekeliling Merah suka makan. Hujung minggu hari tuh, Merah telah merajinkan diri untuk membuat karipap inti ayam + kentang. Pengcahayaan agung apakah yang telah melanda Merah sehinggakan sanggup menguli sekilo tepung untuk karipap tuh!


Sebenarnya tak der apa2 rahsia yang tersembunyi pun. kalau orang lain malas buat karipap sebab merasakan ianya susah + complicated, Merah suka buat sebab bagi Merah ianya mudah + menenangkan jiwa. Memasak itu adalah salah satu daripada cara untuk buat Merah rileks.


Cakap banyak2 pun tak guna jugak kan. jom intai Resepi  Karipap Semudah ABC tapi Giler2 Sedap Tak Hingat Donia.


Bahan untuk inti :

1. Isi ayam 250 gram

2. Kentang  7-8 biji

3. Bawang besar 2 biji

4. Bawang putih 5 ulas

5. Rempah kari ayam 1 paket kecik(Merah guna jenama Mak Siti)



Cara2 :

1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dipotong kecik2

2. Bila bahan tumisan dan kekuningan, masukkan rempah dan kacau sehingga pecah minyak.

3. Masukkan secawan air. Kemudiaan masukkan kentang yang telah didadu. Gaul agar sebati dengan    rempah.

4. selepas 10 minit, masukkan isi ayam dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.

5. Gaulkan semua bahan2 di dalam kuali sehingga kentang empuk dan air tersejat.




Bahan2 untuk kulit karipap

1. Tepung Gandum 1kg

2. Majerin 1 Cawan

3. Air Masak yang sejuk (dalam peti ais okep)

4. Garam secukup rasa


Cara2 :

1. Cairkan majerin dalam periuk dengan menggunakan api yang perlahan. Letak garam sikit.

2. Tuang majerin yang telah dicairkan kedalam bekas yang berisi tepung. Ratakan majerin dengan tepung

3. Tambah air sejuk sedikit demi sedikit pada adunan tepung itu.

4. Uli adunan tersebut sehingga rata dan sebati. Bentukkan dengan acuan kalau tak reti kelim macam Merak ek!

Dan Merah goreng semua karipap2 nih bagi suku masak jer. Lepas tuh Merah frozenkan dalam peti sejuk untuk digoreng bila2 perlu. Dan hasilnya sangat2 ohsem okep!



Serius, sangat2 mudah nak buat karipap yang giler2 deboom nih. Please, cuba buat sendiri kat rumah tau. Kalau kita buat sendiri, dapat isi inti karipap banyak2 sampai terjojol perut karipap tuh. Hahahhha. Jangan membaca dan melihat je ek. Cuba tau..!!

Monday, 14 April 2014

Aku dan Tuhanku

Aku dan masa silamku
"adalah RAHSIA antara aku 
dengan Tuhanku."
Yang selalu menjadi sebutan
Di setiap doa dan sujudku.
Dan biar Tuhan menjadi saksi
Tangisan dan sesalanku dalam sembunyi.

Aku dan rasa cinta pada Adam itu
Adalah RAHSIA antara aku dengan Tuhanku
Yang selalu menjadi sebutan
Di setiap doa dan sujudku.
Dan biar Tuhan menjadi saksi
Tangisan dan cintaku dalam sembunyi.."


Wednesday, 9 April 2014

saya akan tersenyum!

Lepas nih Merah nak buat apa?

Apa perancangan untuk masa depan?

Merah tak pernah fikir untuk hidup normal macam orang lain ka?

Sejujurnya Merah dah jemu dengan persoalan2 sebegitu serta persoalan2 lain yang Merah tak tahu jawapannya. Merah tak punya kuasa magik untuk sewenang-wenangnya meneropong ke masa hadapan. Kamu ingat dengan menuturkan perkataan abracadabra sambil menggoyang-goyangkan tongkat sakti, Merah dapat melihat masa hadapan? Tolonglah, itu semua mimpi okep!

Sebagai manusia, Merah juga takut pabila topic berkenaan masa hadapan dibincangkan. Apa akan jadi nanti merupakan soalan yang seboleh-bolehnya Merah tak mahu tahu jawapannya sekarang. Biarlah masa yang menentukan. Biarlah.

Namun, manusia itu sememangnya makhluk Tuhan yang unik dan kompleks sifatnya. Sifat ingin tahu itu sudah sebati di dalam diri mereka. Kerna itulah ramai manusia2 yang penyayang + prihatin begitu obsess dengan perancangan masa depan Merah. Saban waktu mereka2 ini akan bertanya itu dan ini berkenaan masa depan dan perancangan Merah.

Sungguh, Merah tak tahu!! Merah memang tak tahu apa2 berkenaan masa hadapan!!
Merah sekadar boleh merancang dan menetapkan itu dan ini untuk masa hadapan Merah. Tapi kan, selalunya Cuma 10% sahaja perancangan Merah menjadi kenyataan. Selebihnya adalah ujian dan dugaan yang menuntut Merah untuk mencari jalan penyelesaiaan bagi keadaan atau situasi yang tak terduga itu.

Dan sekarang Merah dah muak untuk terus bermimpi atau punya angan2 yang keterlaluan intipatinya. Bukan mengalah, sebaliknya Merah ingin memastikan hidup Merah lebih bersifat reality. Segala angan2 yang terlalu luar biasa atau luar dari kebiasaan alam manusia itu perlulah ditolak ketepi. Sekarang bukan masa untuk mengharapkan kewujudan pari2, angel atau peter pan yang dapat membawa Merah jauh dari kerakusan alam manusia nih.

Sekarang adalah masa untuk Merah menikmati kehidupan ini dengan sepenuh jiwa dan raga Merah. Rugilah kalau kehidupan yang singkat ini Merah sia-siakan dengan berdukacita dan nanar dengan mehnah dunia. Ujian dan dugaan yang Allah beri pada Merah adalah pemangkin untuk kekuatan luaran dan dalaman Merah. Dengan ujian2 ini, Merah makin kebal walau diasak dengan pelbagai ujian. Insyaallah.


Dalam beberapa hari nih, mood memang gila2 baik + happy + ceria dan ohsemm tahap overdose gitu. Ramai yang tegur dan bertanya  akan perubahan nih. Dan Merah Cuma tersenyum sambil berlalu pergi. Nampak sangat2 sombong dan angkuh di situ kan.!

Minggu nih keputusan interview dengan kementerian Kesihatan Malaysia dah keluar resultnya. Cer teka apa keputusannya!

Merah Berjaya interview itu!

Hahahahhahha, Nampak sangat penipuannya di situ. Merah gagal sebenarnya. Dan keputusan interview untuk syarikat swasta itu juga tidak menyebelahi Merah. Gagal jugak. Dan sejak hari isnin lagi gusi Merah bengkak dan berdenyut-denyut. Semalam tiba2 deman panas yang melampau-lampau menyerang Merah.
Hanya kerna beberapa perkara yang menyedihkan itu, Merah tak akan give up atau down tahap nak kelar nadi. Itu dugaan. Itu cabaran. Itu ujian. Dan itu adalah cara halus dari Tuhan untuk mengajar Merah erti kehidupan berlandaskan iman. Alhamdulillah.

Hari ini, esok atau hari2 mendatang akan Merah tempoh dengan senyuman yang paling manis yang Merah pernah ukirkan. Dan senyum ini akan tak akan hilang lagi dari bibir ini walau diasak dengan pelbagai asakan atau rempuhan. Insyaallah.

muka susah nak senyum!
Nota kaki : nanti2 kalau sesiapa ternampak Merah tersenyum-senyum, jangan panic ek! Merah tersenyum kerna Merah mengerti akan isi dunia.