Tuesday, 25 March 2014

al-fatihah, MH370 & isu Mesir


Semalam hujan dengan lebatnya. Sejak 2-3 bulan nih, tak pernah langsung hujan turun lebat sampai macam tuh sekali. Alhamdulillah, pokok2 kat luar rumah mesti kembali segar bugar. Udara panas berkurangan sikit. Syukur atas nikmat yang Allah berikan ini. (^..^).

Namun, semalam juga pengumuman berkenaan MH370 yang masuk hari ke-17 menoktahkan segala spekulasi. Harapan tinggal harapan. Tragedi itu mengorbankan kesemua mereka2 yang berada di dalam pesawat itu. 

Allah, beratnya dugaanMu Tuhan.


Ada yang menjadi yatim dalam sekelip mata. Ada yang kehilangan cinta ayah. Ada yang kehilangan kasih ibu. Ada yang kehilangan senyum anak. Ada yang kehilangan datuk dan nenek. Ada yang kehilangan sanak dan saudara. Dan ada yang kehilangan keluarga dan menjadi sebatang kara.

Sungguh, bagaimana untuk mereka2 yang kehilangan ini ingin meneruskan sisa2 hidup tanpa orang2 tersayang? 

Redha..!

Tabah..!

Kuat..!

Sabar..!

Walau sebagai manusia asing pada mereka2 yang kehilangan itu, Merah juga peduli akan keadaan2 mereka. Mohon sesungguh-sungguhnya agar ahli keluarga mereka cekal menghadapi ujian Tuhan ini.

Dalam hingar-bingar kerna hujan lebat semalam, mata ini juga berdegil untuk turut berhujan dalam gelap malam. Sedih yang teramat. Ini berita duka dan tragedi yang meragut ramai jiwa2 rakyat Malaysia. Penantian dan doa2 yang tak putus2 dari semua telah membuka hijab yang terlindung dari pandangan mata. Allah..!

Dan semalam juga, hati ini bagai ditusuk berkali-kali dengan belati. Sakitnya tiada terperi. Seolah-olah diperah luka itu dek limau kasturi. Perit dan pedih sehingga teresak-esak dalam diam.

529 Ahli Ikhwanul Muslimin Dijatuhkan Hukuman Mati Di Mesir. Allah.!

Sungguh, terasa hilang upaya untuk mengulas tentang isu ini. Kekejaman yang tak pernah putus2. Seolah-olah nyawa mereka tak punya nilai dan harga.

Buat semua umat islam yang telah pergi ke 'negeri abadi', semoga tenang2 dan damai hendakNya. Insyaallah, saya juga akan ke 'sana' suatu masa nanti.

Al-Fatihah...


Monday, 24 March 2014

pergilah silam yang hitam


Andai dapat ku gapai awan
putihnya berseri,
tingginya tiada terperi,
luasnya terbentang,
saujana mata memandang.


Aku ingin melangkah.
Melangkah dan terus melangkah.
Akan aku atur satu demi satu hayunan kaki ini.
Biar datang badai duniawi.
Biar ditimpa ujian itu dan ini.

Insyaallah, kaki akan teruskan langkah ini..!!

Belajar untuk tabah.
Belajar untuk tidak rebah.
Belajar untuk bertabah dan menjadi gagah.
Belajar untuk melangkah!!

Aku tak ingin melihat sang silam itu lagi
Ianya terlalu kelam dan hitam.
Mencelakan tiap ruang dan peluang.

Langkah ini akan terus berderap.
biar ia hilang dan menjauh dari sang silam.
Biar ia lupakan setiap cerita dan kenangan.
Biar ianya terhapus dan hilang.

Pergilah sandiwara silam.
Pergilah menjauh dari hati ini..!!!!

langkah kecil menuju Ilahi


Semua orang berharap untuk peroleh kehidupan yang baik di akhirat sana.
Orang baik ker, orang jahat ker or orang separa baik n jahat.
Semua berharap untuk ke syurga.
Tak ada pulak yang mengidam-ngidam nak ke neraka.
Dan tak ada pulak yang menolak untuk ke syurga.


Lumrah hidup.
Kita mesti nak yang baik2 sahaja dalam hidup.
Dan pengakhiran jugak mesti happy ending punya.
Macam filem dan novel.
Walau masa mula2 dan pertengahan cerita sedih tahap gaban,
Last2 mesti akan ada pengakhiran yang baik punya.

Kalau sad ending, memang kompom pawagam dibakar punya.
Tak pun memang penulis2 novel tuh akan di blacklist.

Sapa yang nak ending yang buruk2 ja.
Heroin mesti bersatu dengan hero.
Keluarga yang pincang mesti bersatu balik.
Apa yang diusahakan mesti berjaya.
Orang jahat akan terima balasan.
Takpun, orang jahat akan insaf.

Tolonglah, semua itu drama jer!!!
Klise sangat!!!!!

Hidup nih bukan macam novel atau filem tuh.
Jalan cerita untuk menuju kehidupan ke syurga tuh berliku sangat2.
Banyak sangat halangan.
Banyak sangat dugaan.
Banyak sangat pengorbanan demi pengorbanan.
Dan yang pasti,
banyak sangat airmata yang perlu ditumpahkan.

Itu belum lagi dikira teriakan demi teriakan yang tak dilisankan.
Semuanya disimpan dari pandangan orang.
Selagi boleh disorokkan, sorok!
Selagi boleh dikunyah dan dihadam, telan!
Yang penting jangan susahkan orang lain.
Jangan..!!!!
Teruskan hidup demi mengejar keredhaan dari Tuhan.!

Terkadang perjalanan itu memang memenatkan.
Tersungkur itu pasti.
Jatuh dan rebah berkali-kali itu mesti.
Tercalar dan terluka itu pun satu situasi.
Itu belum lagi dikira kondisi emosi yang walang tak henti!


Sungguh,
Perjalanan menuju jannah itu perlu diteruskan.
Jangan difikirkan sangat akan 'luka-luka kecil' itu.
Abaikan calar2 di hati.
Redahkan sahaja ujian yang merintangi.
harungi segala badai yang menghalangi.

Pasti akan sampai ke 'sana'.
Pasti akan ke temu wangian firdausi.
Pasti!!!!

Ini adalah langkah kecil untuk ke 'sana'.
Dan dengan langkah ini,
Pasti perjalanan ke negeri abadi akan dikemudi dengan hati yang tak putus2 berzikir pada ilahi.

Insyaallah, moga ketemu di 'sana' nanti!!!


Wednesday, 12 March 2014

sahabat yang daku rindu


Rindu.

Rindu yang teramat pada seorang sahabat itu.

Allah, jagakan dia untuk daku. Kerna dia sahabat kesayanganku.


Sahabat,
Mungkin kamu sedang buntu.
Mungkin juga kamu sedang keliru dan kalah dengan tuntutan hati itu.
Mungkin juga keadaan persekitaranmu terlalu renyah dan perit untuk kamu hadam satu persatu.
Dan,
Mungkin juga kamu lebih selesa berselindung dan lari dari pelbagai tuntutan yang tak mampu kamu tanggung di bahu.

Sahabat,
Sungguh, hati terasa rindu.
Rindu segala-galanya tentang kamu.

Maaf andai mencalarkan sekeping hati kamu.
Maaf andai ada tutur yang membolak-balikkan ketenteraman jiwa kamu.
Maaf sahabat! Maaf!!

Sahabat, daku mohon sepenuh hati ini,
Berhenti berlari, berhenti merentasi hidup ini dengan berseorangan lagi dan berhenti menjadi kalah dalam mehnah dunia ini.

Sungguh, dunia terasa sepi tanpa kamu yang setia menemani!

Wednesday, 5 March 2014

bertabahlah duhai diri. ujian itu adalah tanda ALLAH peduli!



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt.

Wahai Jiwa Yang Tenang,

Apa khabar imanmu duhai diri? Moga2 imanmu masih kukuh dan teguh walau acapkali dirempuh. Bertahanlah. Bertabahlah. Sememangnya dugaan demi dugaan yang kamu lalui itu sebenarnya adalah pemangkin kepada kekuatanmu sayang. 

Ujian itu adalah lumrah dalam kehidupan. Walau sebagaimana ombak badai melanda, pasakkan iman di dada. Jangan lemah duhai diri. Jangan beranggapan bahawa kamu sedang bersendiri. Jangan beranggapan bahawa tiada yang sudi menemani. Jangan gusar, jangan cepat mengalah duhai diri.

Pasti kamu sendiri menjadi sangsi. Mengapakah perjalanan hidupmu ini terlalu berliku dan berduri. Pabila semakin kamu ingin mendekati-Nya, semakin banyak tujahan demi tujahan yang merintangi laluanmu. Seolah-olah ia sengaja meremukkan azam yang tertanam di dalam diri. Sehinggakan kamu acapkali menangisi setiap yang terjadi!


Allah, jangan membiarkan ujian2 itu membunuh keinginanmu untuk berada di jalan-Nya. Ketahuilah duhai diri, ujian itu adalah tanda Dia  peduli. Ujian itu adalah bukti kasih sayang  dari Ilahi. Masakan Dia bisa membiarkan kamu berlapang dada serta bersenang-lenang tanpa ujianNya?

DIA rindukan suaramu duhai diri. DIA memilihmu di antara jutaan manusia2 lain kerna DIA ingin mendengar tiap rintihan dan doamu. Betapa sayangNYa DIA akan kamu. Betapa peduliNya DIA akan kamu. Bersyukurlah duhai diri. Kamu masih bernafas dengan sendiri. Kamu masih mampu mengorak langkah dan berlari. Dan kamu masih bisa menjalani hari demi hari walau segala yang berlaku mengocak tenang di dalam diri.

Aduhai jiwa yang sarat dengan cinta,

Mengapa memilih untuk terseksa dan menderita? Andai ia cinta, mengapa perlu ada kisah2 airmata yang berjela-jela berbanding kisah2 gelak dan tawa. Cinta itu halus dan rapuh sifatnya. Jika dirimu sandarkan cinta itu tanpa pegangan iman, pasti ia musnah dan hilang dari genggamanmu sayang. Cinta pada manusia itu tidak menjamin kepada kehidupan berumahtangga kelak. Pasti akan rapuh. Pasti akan remuk. Pasti akan runtuh.

Lepaskan ia pergi dari hati. Benarkan ia terbang mencari pegangannya sendiri. Andai ia tertulis bahawa kamu tidak akan memiliki, usah ditangisi ketentuan ilahi. Pasti punya hikmah yang tersembunyi. Pasti ada rencanaNya yang lebih membahgiakan dirimu nanti. Percayalah duhai diri, bahagia itu pasti ada untuk dirimu yang tak pernah berhenti mencari.

Bukan Allah tidak tahu akan deritanya batinmu itu, sakitnya hatimu itu dan tercalarnya perasaanmu yang halus itu. Tapi sayang, kepedihan dan kesakitan itulah yang akan membawa kamu mendekati Tuhanmu. Pada DIA ada penawar segala beban dan duka. Bukankah 99 sifatNya itu sudah cukup meyakinimu untuk menyerahkan segala harapan dan keinginanmu sayang.

Bebaskan ia terbang untuk mencari arahnya sendiri sayang. Jangan berterusan menganggap dirimu telah dilukakan, sebaliknya lihatlah dari sudut pandang yang berlainan. Mungkin ini teguran dari Tuhan. Mungkin juga ini peringatan agar kamu tersedar dari mimpi yang panjang. Cinta sesama manusia itu melalaikan iman dan mengundang kemurkaan demi kemurkaan dari Tuhan. Dan teguran dariNya itu adalah bukti cinta yang sejati dari Ilahi.

Duhai diri yang tenang riaknya,

Apa mahumu? Apa keinginanmu? Apa hendakmu sayang? Luahkan, lontarkan dan tuturkan agar semuanya bisa faham. Usah dipendam segala rasa hatimu itu. Biarkan semua tahu. Biarkan semesta alam mengerti akan apa yang sebenar-benarnya tersirat di hati

Aduhai diri, andai bahagia yang dicari selama ini, bersyukurlah kerna dirimu telah ketemui. Bahagia itu tidak terletak pada sesuatu perkara sahaja. Bahagia itu universal sifatnya. Pejamkan mata duhai diri. Dan cubalah mengingati setiap senyum dan tawa yang kamu rasai semenjak kedewasaan kamu ini. Pasti cukup banyak duhai diri. Pasti!

Akhir kalam, tersenyumlah duhai diri. Tertawalah, bergembiralah, berbahagialah dan bersyukurlah untuk segala yang terjadi pada masa kini dan pada masa hadapan nanti. Walau hidup ini dirasakan terlalu sukar untuk dilalui, usah gentar duhai diri. Sang Rabbul Izzati ada menemani untuk disetiap keadaan dan situasi. Bertabahlah duhai diri.

ikhlas dari : CIk Merah


Tuesday, 4 March 2014

cerita cinta Ahmad Ammar


Semalam, masa tengah taip2 entry nih  memang rasa moody tahap gaban. Last2 perenggan tuh baru rasa cool sikit. Bukan mudah kan nak pujuk2 diri sendiri untuk jadi riang ria balik kan.!

Tapi kan, tadi Merah rasa happy tahap berjalan rasa seperti tak jejak bumi. Boleh pulak macam tuh kan. Sebenarnya buku yang Merah beli secara online dah sampai. Walau Merah agak lambat memiliki buku yang ohsemm nih, Merah tetap happy. Alhamdulillah, urusan Merah sangat2 dipermudahkan.

Ini buku yang paling mengharukan bagi Merah. Masa bukak plastik poslaju dan genggam buku nih, perasaan rasa sebak tanpa sebab. 

Ini cerita tentang manusia hebat yang telah membuka hati manusia2 kini. Walau 'dia' telah pergi ke negeri abadi, namun kisahnya terus subur untuk membajai jiwa2 yang ketandusan ruh islam yang kontang minta di isi ini.


Bukan sedikit rasa getar di hati ini.
Bukan sedikit rasa insaf dan takut yang mengalir di setiap urat nadi.
Dan bukan sedikit airmata kesedaran ini yang tumpah saat menyelusuri jalan2 dakwah yang telah beliau lalui.
Al-Fatihah buat allahyarham Ahmad Ammar..Moga tenang dan damai di ‘sana’.

Dan bagaimana pula dengan diri ini pabila dijemput ke ‘negeri abadi’?
 

Monday, 3 March 2014

berjuanglah sang pejuang!


Pernah tak mereka2 itu fikirkan akan perasaan saya sewaktu mereka2 itu memilih untuk menyakiti saya? Saya mengaku bahawa saya ini kaku riak wajahnya. Saya ini kurang menonjol emosinya. Saya ini lebih suka memendamkan segala duka dengan senyum dan tawa. Tapi, awak2 semua tak patut nak melukai perasaan saya!

Saya ada hak untuk punya nilai dan pendapat saya sendiri!

Andai saya ini menyusahkan dan membebankan anda2 semua, biarkan sahaja saya sendiri. Saya dah terbiasa begini. Saya sudah terbiasa dengan sepi. Saya sudah serasi dengan keadaan yang senyap dan sunyi sepi.!

Sungguh, sudah terlalu kerap saya dilayan begini!

Terkadang saya gemar berbicara sendiri. Menyabarkan diri melalui kata2 yang saya karang dari hati saya sendiri.

Siapa lagi yang saya mampu harapkan untuk meminjamkan secarik kekuatan dan semangat untuk saya genggam?

Mereka2 sudah hilang!!! Hilang hinggakan saya tak berharap lagi akan sebuah kepulangan.

Saya belajar untuk melangkah sendiri. Saya belajar untuk bangun kembali pabila terjatuh atau rebah di dalam perjalanan ini. Saya belajar untuk bertabah sendiri. Dan saat saya rebah dan terluka, saya menangis semahu-mahunya.

Saya mengadu pada DIA. Saya sandarkan harapan pada DIA. Moga2 saya beroleh kekuatan semula. Moga2 saya dapat menyambung perjalanan jauh yang saya sedang harungi tika ini.

Alhamdulillah, walau berkali-kali saya terjatuh dan tersungkur di dalam perjalanan ini, saya tetap akan bangun dan menapak kembali. Saya tak akan mengaku kalah dengan semua halangan2 itu. Saya akan terus melangkah!!!

Sejak dari dulu2 lagi, saya punya ketakutan dan trauma yang melampau-lampau.

Saya sangat2 takutkan gelap.

Saya juga takutkan pada ketinggian.

Saya takut untuk menaiki kenderaan.

Saya takut pada kesesakan.

Saya takut pada sebuah perhubungan.

Dan yang paling meruncingkan, saya takut pada masa hadapan yang saya sendiri kabur akan keadaannya!!

Lihat, bagaimana terkongkongnya skop penglihatan saya. Saya hanya fikirkan ketakutan yang saya alami berbanding kepuasan atau kegembiraan pabila bebas dari ketakutan2 yang tak berasas itu.

Bagi saya, dengan melangkah keseorangan sewaktu melewati hari2 mendatang ini, saya mungkin akan jatuh dan rebah. Saya merasakan bahawa saya perlukan seseorang untuk melewati hari2 yang mendatang dengan lebih yakin dan bersemangat.

Saya rasakan bahawa saya perlukan seseorang untuk menggenggam tangan saya sewaktu saya merasa ragu2 akan  jalan yang saya tempuh. Saya juga merasakan bahawa yang memerlukan seseorang untuk memimpin tangan saya sewaktu saya lemah dan tak berdaya untuk melangkah lagi.

Tujuannya cuma satu!!!! Saya takut dan sentiasa takut akan pelbagai kemungkinan yang mungkin terjadi di sepanjang perjalanan saya ini.

Kerna itulah saya menjadi manusia yang tak mudah menerima sesebuah 'kehilangan'. Sadis kan!

Saya menjadi manusia yang terlalu berharap kepada manusia2 lain. Saya ketepikan potensi diri yang saya ada kerna saya tak percaya akan kekuatan yang ada pada diri saya. Yakin diri itu sudah terlalu lama saya campakkan entah ke mana.!

Sungguh, saya tak ingin menjadi manusia yang lemah itu lagi. Saya tak ingin menjadi takut dan teragak-agak lagi. Saya ingin melangkah jauh sambil menyelusuri setiap jalan yang saya pilih. Tidak kiralah sama ada jalan yang saya lalui itu terlalu selesa atau terlalu menyeksakan untuk saya. Saya tetap ingin melangkah!

Kadang2 terselit juga rasa takut2 yang mengetuk pintu hati. Tapi saya ketepikan ketakutan itu. Saya akan terus berjuang dan berlawan dengan ketakutan2 itu. 

Sebenarnya, saya tak takutkan gelap, sebaliknya saya takutkan apa yang ada disebalik kegelapan itu. Andai saya mampu melihat di dalam gelap itu, pasti saya akan tertawakan diri saya kerna tiada apa2 pun yang mengerikan disebalik kegelapan itu.

Sebenarnya, saya tidak takut pada ketinggian, sebaliknya saya takut kalau2 saya terjatuh. Tapi kan, kalau saya genggem erat2 jari saya, saya mampu melihat ke bawah walau tinggi mana pun saya berada.

Begitu juga dengan ketakutan2 yang lain. Andai saya benar2 berazam untuk menghadapi ketakutan demi ketakutan, insyaallah, segalanya akan baik2 belaka. Saya cuma perlu percaya bahawa saya tak keseorangan di dalam hal ini. DIA ada untuk menemani di setiap perjalanan saya ini.

Dan sampai detik ini, saya telah memilih untuk memaafkan mereka2 yang telah menyakiti saya itu. mungkin mereka tak sengaja. Mungkin juga mereka seperti saya yang tak sedar akan tindakan mereka. Atau mungkin juga mereka terlupa bahawa saya juga insan yang sensitif jiwanya. 

Hidup mesti diteruskan. Saya seorang pejuang..! Insyaallah, akan terus berjuang..!

 
nota hati : mencuba melupakan orag yang dicintai bagaikan mencuba mengingati orang yang tidak dikenali.