Monday, 24 February 2014

saya tak kuat



Saya ingat saya adalah manusia yang cukup2 kuat. Saya ingat saya adalah manusia yang cukup2 gagah dan tabah. Saya ingat saya adalah manusia yang cukup2 cekal. Dan saya ingat saya adalah manusia yang mampu mengharungi apa sahaja tanpa menyerah kalah dengan sewenang-wenangnya.

Tapi saya silap!

Saya masih lemah.
Saya masih sama seperti dulu2.

Maaf,
Saya tak kuat!

Tabah yang saya genggam itu sekejap cuma. Selebihnya adalah teriakan tanpa suara yang saya lontarkan tanpa didengari oleh sesiapa. Segalanya cuma terkambus di hati saya tanpa dikhabarkan kepada sesiapa.

Sungguh, 
Saya telah lelah menunggu 'rasa' itu hilang.
Pergilah duhai rasa. Usah kau simpan sekelumit duka yang menyeksakan itu.

Berbahagialah
Tersenyumlah
Walau dirimu sedang terluka!

Friday, 14 February 2014

i know You're testing me!




kadang,
ada saat di mana aku harus menghadapi
 semua dengan sendiri,
meski hati menangis,
tak ada pilihan lain,
selain berusaha 'tegar'.
keadaan memaksaku,
harus 'kuat'
meski sebenarnya,
aku tak 'mampu'.

Friday, 7 February 2014

Merah, sanah helwah


Kisah 6 Februari 1989

Kata Puan Mama, Merah dilahirkan pada hari pertama sambutan tahun baru cina. Itu kisah 25 tahun yang lalu. Nama Merah juga dipilih dengan cukup mudah. Bukan seperti ibu bapa zaman sekarang yang cukup2 teruja + ghairah dengan nama2 bayi yang cukup2 canggih sebutannya. Nama Merah cuma dipilih berdasarkan nama anak seorang ustaz yang tinggal di kampung Puan Mama. Mudah, simple dan baik maksudnya. Alhamdulillah.

Kata Puan Mama juga, sewaktu dalam tempoh penyusuan, Merah tak akan menyusu jika berada di tempat yang sesak atau terlihat dek pandangan orang. Merah memang pemalu sehinggakan Puan Mama perlu mencari tempat yang sunyi dan terselindung bagi menyusukan Merah.

Kisah hari ini : 6 Februari 2014

Sambutan hari lahir pada tahun nih cukup2 simple. Cik Adek + Cik Kakak + Encik Adek cuma membelikan 8 potong kek yang berlainan jenis untuk Merah. Terharu sangat2 sebab dalam minggu nih jugak mereka telah berkongsi duit untuk belanja Merah makan di Seoul Garden. Alhamdulillah, rezeki yang tak putus2 untuk Merah dalam minggu nih sahaja.

Tahun nih jugak, Merah tak nak pasang niat dan impian yang banyak2 macam tahun lepas. Huhuhuhuhu. Merah cuma berharap dapat menjadi wanita yang solehah dan memperoleh keberkatan hidup dari Dia Yang Maha Esa.


Kepada Puan Mama,

Ma. terima kasih kerna melahirkan, membesarkan,mengajarkan, memberi kasih sayang, dan banyak berkorban pelbagai perkara untuk puterimu ini.

Ma,
Puterimu ini sudah 25 tahun usianya.
Puterimu ini sudah dewasa.
Puterimu ini sudah kenal akan isi dunia.

Ma,
Merah ingin menulis di medan ini seolah-olah ini ialah hari terakhir Merah bernafas di dunia ini. Merah ingin Ma tahu betapa Merah sangat2 menyintai Ma.

Kepada cinta yang benar2 Merah cinta,

Pasti sukar dan perit sangat Engkau bertarung demi melahirkan puterimu ini. Itu belum lagi ditambah saat puterimu ini di dalam kandunganmu. Pasti engkau terpaksa menanggung pelbagai rasa yang daku rasa cukup2 merenyahkanmu.

Andai disoal tentang cinta, engkaulah yang layak mendefinisikan makna cinta itu kepada isi dunia. Cinta yang engkau berikan itu tak ternilai dek intan dan pertama. Cukup2 banyak sehinggakan daku terbuai dengan asyiknya.

Pernah sekali daku bertanya,

"Ma, kenapa memberikan terlalu banyak rasa cinta. Tidak terdetik rasa takutkah andai cinta yang diberi itu tidak terbalas kelak? Bukankah memberi itu sepatutnya berpada-pada?"

Allah, dengan senyum engkau menjawab tanpa ragu.

"Ma tidak mengharapkan apa yang diberi itu dibalas kembali. Itu rasa cinta Ma kepada kamu. Andai puteriku ini tak mampu membalasnya, Ma tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya, puteriku ini telah merasai cinta yang aku hulurkan ini tanpa hijab yang terhalang."

Subhanallah, itu ayat Puan Mama yang takkan daku lupa sampai bila2!

Ma,
Merah bukan anakmu yang terbaik di dalam serba-serbi. Merah cuma anakmu yang biasa2. Tapi Ma, Merah nak Ma tahu betapa Merah sayangkan Ma. Beruntung sangat2 sebab Merah punya ibu yang hebat seperti Ma. Merah ingin bahgiakan Ma..! Merah ingin bersama-sama Ma menyelusuri hidup ini dengan penuh nikmat. Mempunyai seorang ibu seperti Ma merupakan nikmat dan anugerah yang paling berharga dari Allah untuk Merah. Merah sayang Ma sangat2!

Syukran Ya Allah..
Terima Kasih Ma...

Merah, sanah helwah!
6 Februari 2014


Wednesday, 5 February 2014

cek mek molek yang cukup2 tak MOLEK!


Sejak minggu lepas lagi tekak Merah terasa nak makan kuih cek mek molek. Tapi sebab jadual hidup Merah yang cukup2 bizi sejak kembali bekerja nih, Merah pendamkan dulu kehendak tekak nih. Kadang2 Merah intai2 jugak dekat pasar kalau2 ada yang jual kuih nih. Tapi memang hampa. Huhuhuhuhuhu. 

Dua hari lepas Merah intai2 resepi kuih nih kat encik google. Perhhhhhhh, giler mudah nak buat. Sambil pejam2 mata pun boleh buat. Tengok? Giler meninggi diri ayat Merah kat situ.

Korang tak percaya betapa mudahnya resepi nih? Nah, Merah tempek resepi nih kat sini. 

Bahan bahan
 
1. Ubi keledek oren
2. Tepung gandum
3. Sedikit gula 

1. Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.
2. Ubi yg telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Kena agak agak lah kelembutan adunannya.  Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.  
3. Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur. 
4. Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng. 
5. Angkat bila kekuningan. Awas gula panas, jadi berhati hati jika makan kuih cek mek molek semasa panas panas.
 
Selepas berkunjung dari satu kedai ke satu kedai, dapatlah 4 biji ubi keledek untuk menjayakan misi pertama Merah nih. Dan malam tadi misi membuat cek mek molek telah dilaksanakan dengan jayanya.

Tadaaaaaa...!!!!!!

Sila abaikan rupa bentuknya ek!
Bila dah siap semuanya, perasaan Kagum + Excited + Bangga + Gembira mula membelenggu perasaan Merah. First time buat tuh. 
 
Cehhhhh, tak matang sungguh kan! Menda mudah jer kan. Perlu ker Merah nak berperasaan gitu!
 
Sebab terlalu teringin nak makan, Merah goreng 2 ketul kuih nih dan simpan selebihnya dalam peti ais. Dalam hati Merah nih dah tertanam azam untuk goreng semuanya pagi esok dan makan puas2. 


Masa makan kuih dua bijik nih semalam, rasa nak menangis2 dengan syahdunya. Serius, sangat2 sedap! Kuihnya lembut sebab Merah memang tak letak tepung gandum banyak2. Air gula yang kat dalam tuh cair dengan ohsemmnya. Bila gigit jer, perhhhhhhh!!!!! Sedap sangat.

Malam tadi masuk tidur dengan hati yang berbunga-bunga. Dalam kepala dah berkira-kira. Esoknya boleh ler Merah goreng bakinya dan makan banyak2 untuk sarapan.

Dan pagi tadi rasa nak menangis sambil kesat2 airmata kat depan pintu peti ais. Gula di dalam kuih tuh mencair. Hampir semuanya pecah dan nampak ler kesan air gula kat atas dulang tuh. Bila goreng jugak, struktur kuih tuh dah jadik keras dan terbuka mulutnya.

Hampa + kecewa + sedih tak terkata

moody + kempunan
Menangis tak berlagu..!

Tuesday, 4 February 2014

Sila tersenyum dan hidup dengan gumbira


Dah lama tak bercerita kat sini kan. Mula2 nak menaip balik kat sini, Merah rasa janggal giler. Rasa macam diari hati nih bukan Merah punya. Rasa macam ala-ala menceroboh diari orang lain, dan sesuka hati menulis tentang perihal hati sendiri. Hahahahhha, sindrom apakah yang melanda diri Merah tika ini?

Pelik kan?

Lama sangat Merah abaikan belog nih. Lama sangat menyepi. Lama sangat tak menaip di sini. Lama sangat berhenti peduli akan semua benda yang terjadi.

Banyak perkara yang terjadi sebenarnya. Namun tak semua yang Merah mampu luahkan di sini. Dan dalam tak sedar, Merah dah mula memendam semua masalah dan kekusutan di dalam hati. Menulis dah tak lagi mendatangkan tenang yang Merah cari. Meluahkan segala yang terbuku di hati tak mampu lagi meringankan beban yang tersandar pada diri.

Merah, bagaimana ingin kau bertabah dan menjadi wanita hebat itu lagi?

Mulanya Merah memilih untuk lari dari segala kekusutan yang membelit diri. Konon-kononnya, dengan membawa diri jauh dari persekitaran sedia ada ini dapat membuang kesesakan di dada ini. Aduh, ceteknya fikiranmu duhai diri.!!

Tanpa ragu kamu berlari sehingga menyeberang laut china selatan sana. Kamu bawa pergi perasaan yang bercampur-baur itu tanpa sempat kamu muhasabah akan diri.

Dan akhirnya kamu tetap kehilangan rasa tenang yang semakin pudar itu.

Ketika bersedih

Ketika menangis

Ketika semuanya nampak suram dan hitam

dan ketika rasa kecewa bermaharajalela

Merah tak impikan angan2 yang penuh dengan warna2 ceria

Merah cuma ingin sendiri dan mengadu segala-galanya pada Dia cuma.

Kerna Merah ingin tersenyum dan berhidup dengan gembira!!!!!