Saturday, 27 December 2014

untuk sahabat yang sedang diuji



Buat Sahabat yang Merah sayang seluruh jiwa dan raga:
Bertabahlah.
Cekalkan hati.
Syukuri nikmat ujian dari ilahi.

Ingatlah,
Dugaan demi dugaan ini adalah bingkisan dari Dia Yang Maha Mengasihi.

Bukankah ujian itu tanda Dia peduli.
Bukankah ujian itu mengikat hatimu untuk mencintaiNya dengan sepenuh hati.

Sahabat yang manis,
Allah tak akan menguji seseorang hambanya dengan ujian yang tak mampu tergalas oleh mereka. Kamu kuat, kamu tabah dan kamu pasti boleh menempuh ujian ini.

Sahabat, jaga ummi baik2. Genggam erat jemari beliau kerna beliau insan yang Merah sayang sangat2. 

Jaga diri. Merah sentiasa mendoakan kamu dari kejauhan ini.


Wednesday, 17 December 2014

Malaikat2 kecil di hati Ummi


Aku sangat2 suka dengan budak2. Paling buat aku excited bila budak tuh berumur 1-5 tahun. Masa tuh depa memang comei tahap gaban. Peribadi depa pun masih sesuci lebaran dan giler lurus akhlak depa. 

Waktu tuh jugak depa cepat menyerap apa2 yang orang2 sekeliling depa berkelakuan, bercakap, bertindak atau berinteraksi. Macam span. Serap ja semua benda. Jadi, sebagai orang dewasa aku selalu mengamalkan perangai2 diva atau princess bila anak2 saudara aku ada kat rumah. Kihkihkih.

Ok, tuh macam menipu ja bunyinya. !!

Selalunya anak2 saudara aku memang akan melekat macam gam dengan aku. Nak makan dengan aku, tidur dengan aku, main dengan aku dan mandi pun dengan aku. Time tuh memang mak ayah depa boleh rileks sebab anak depa memang tak akan kacau2 depa dah sebab depa akan kacau aku.

Aku ada 5 orang anak saudara dan dalam seminggu dua lagi akan masuk 6 orang. Insyaallah. Semua anak2 saudara aku panggil kat aku 'ummi'. Dan setiap seorang dari depa punya keistimewaan yang tersendiri.

Farish Haikal (7 tahun) sangat2 outspoken dan jujur. Dia suka bertanya untuk setiap sesuatu yang dia tak faham. Haikal jugak sangat2 lincah, aktif dan bertenaga. Berlainan pulak dengan adiknya Haziq Irfan (4 tahun) yang sangat2 sopan, pendiam dan manja. Haziq sukakan binatang. Kalau balik ke rumah kat kampung, reban ayam dan rumah burung adalah tempat febretnya. Tuh belum lagi kes nak dukung kucing yang ntah dari mana dia jumpa.

Hanna Safiyya (5 tahun) sangat2 behave akhlaknya. Hanna susah sikit nak senyum2 dan bercakap-cakap dengan orang yang dia tak kenal dan jarang jumpak. Dia sukakan baby dan insyaallah adiknya akan lahir tak lama lagi. Aku yakin, Hanna akan jadik kakak yang baik untuk adiknya nanti. Dan insyaallah, adiknya nanti adalah baby girl.

Hariz Afzan(2 1/2 tahun) adalah anak saudara aku yang masuk dalam kategori zaman kegemilangannya sekarang nih. Dia comel, aktif, manja dan sangat2 pandai amik hati orang2 sekeliling dia. Hariz sangat2 murah dengan senyuman dan suka menegur sesiapa sahaja yang dia nampak walau tak kenal. Adiknya Amanda Azzahra (6 bulan) pulak memang sebijik perangai abangnya. Mudah dijaga, mesra, aktif dan suka tersenyum. Walaupun masih kecil Amanda nih faham akan keadaan sekeliling dia. Kalau kita buat muka marah, dia dah nangis siap2 sebab dia ingat kita marah kat dia. Hihihi, comei.

Sungguh, aku sayang sangat kat depa. Walau aku bukan ibu kandung depa, aku sayang depa macam anak2 aku sendiri. 

Baru2 nih Hariz demam seminggu. Tiap kali malam, badan Hariz akan panas melampau-lampau. Dan kebetulan Amanda dan mamanya jugak demam. Aku ambil alih jaga Hariz. Semalaman aku tak lena. Aku riba dan jelum Hariz sepanjang malam. Bila Hariz merengek aku peluk dia kuat2 dan bila dia meronta-ronta  aku tepuk2 dia. 

Aku pandang mata Hariz dan tiba2 aku menangis. Aku tahu dia sedang sakit. Aku tahu dia sedang berada dalam keadaan yang amat tak selesa. Aku tahu semuanya. Aku cuma mampu mengusap kepalanya sambil berulang kali mengungkapkan perkataan 'ummi sayang Hariz'.




Dan aku benar2 faham isi hati seorang ibu. Allah. Indahnya perasaan itu..

Monday, 15 December 2014

Coret2 pasal Cik Merah..

Banyak benda tentang diri aku yang orang2 kat keliling aku tak paham atau tak tahu. Untuk entry kali nih, meh nak share sikit beberapa fakta tentang diri aku. Ehemmmm, ehemmmm....

1) Suka makan apa2 sahaja makanan yang ada unsur2 jagung atau laici. Perhhhh, bila fikir tentang jagung dan laici pun dah buat aku meleleh ayaq lioq.

2) Takut dengan banyak benda. Contohnya gelap, tempat yang tinggi, menaiki kenderaan, binatang yang tak dak kaki, binatang yang banyak kaki, binatang yang spesis merayap-rayap dan doktor gigi.

3) Selalu berangan-angan nak ada sebijik rumah kat Cameron Highland. Rumah tuh pulak mesti design ala2 Inggeris dan lengkap dengan taman dan buaian sebijik untuk aku berbuai-buai sambil menyanyi. Hihihihi.

4) Selalu bercakap dengan dinding atau teddy bear yang bernama Motep bila2 aku rasa sedih, down atau tension tahap giga. Actually aku start bercakap dengan dinding lepas tengok drama Dr House. Seyes, ianya berkesan untuk menghilangkan tekanan.

5) Ramai yang cakap muka aku nampak garang kalau aku tak senyum.

6) Manusia yang susah nak jatuh sayang. Tapi kalau sekali dah sayang, memang selama-lamanya akan sayang. 

7) Mudah menangis. Sensitip. Aku pernah menangis tengok citer Transformer, Chibi Maruko Chan, Sin Chan, Anne of The Green Gable, Frozen dan banyak la lagi. Aku jugak tak suka tengok National Greografi sebab aku sedih kalau tengok binatang2 tuh kebuluran atau mati. Dan aku boleh menangis 48 jam tanpa henti sebab tengok citer One Liter Of Tears. 

8) Suka tahap dewa dengan budak2. 

9) Sangat2 suka dengan hujan. Hujan selalu membuatkan mood aku tiba2 berubah jadik giler2 baik.

10) Suka memasak. Aku jenis yang suka mencabar diri untuk memasak resepi2 baru. Tapi kan, walau ramai yang cakap aku masak sedap, aku tetap tak berapa suka dengan masakan sendiri. Rasa macam tak sedap pon..!

11) Kalau ada anak lelaki, aku dah pilih dua nama yang aku nak letak iaitu Ammar Mustaqeem atau Ammar Siddiq.

12) Aku suka kucing. Suka sangat2.

13) Sangat2 alergik dengan cahaya matahari atau panas. 

14) Pernah belajar ilmu2 psikologi dan agak mahir membuat kesimpulan awal berdasarkan perwatakan dan pembawaan diri seseorang itu.

15) Suka terperuk dalam rumah, rimas dengan suasana yang hingar atau bising dan tak selesa bila berada di tempat yang sesak dan ramai orang.

16) Paling lemah bab2 menyanyi. Suara aku memang tak sedap kalau nak menyanyi-nyanyi bagai.

17) Dagu, mulut dan mata akan berkelip-kelip atau bergerak-gerak bila sedang berbohong. Aku memang selalu tertangkap kalau cuba nak menipu-nipu. Satu family dah tau simptom2 tuh.

18) Minat kat G-Dragon dari kumpulan Big Bang dengan sepenuh hati.

19) Tak suka makan buah pala, tak suka dengaq muzik yang memekakkan telinga, tak suka apa sahaja yang melibatkan nombor atau pengiraan dan suka dengaq lagu Arjuna Beta.

20) Masa kecik2 dulu, aku boleh nampak makhluk2 lain yang kebanyakan orang tak boleh nampak. Aku ingat lagi betapa terkejut beruknya bila nampak ruh si mati yang duduk di sebelah mayat yang sedang dikafankan. Sampai sekarang aku selalu jugak nampak menda2 halus nih tapi tak sekerap zaman kecik2 dulu.

21) Selalu menjadi tempat untuk mendengar masalah, memberi pendapat, berkongsi rahsia dan bercerita tentang apa2 perkara.

22) Pernah jatuh suka kat cikgu penolong kanan hal ehwal murid masa sekolah menengah.

23) Cepat lupa nama2 orang, tapi ingat rupa jer. Kalau aku sembang sungguh2 dengan seseorang tapi aku bahasakan orang tuh dengan ganti nama kamu, itu bermakna aku tak ingat nama dia.

24) Manja. Wekkkkkk

25) Perkara yang terakhir dan paling2 utama, sangat2 sayang kat Puan Mama dan bercita-cita nak jadik baik, sabar, dan 100% sama macam Puan Mama.




Sekian dulu dari saya ek..

Saturday, 13 December 2014

kau pembunuh..!!!!


Kata kau aku ini tak mengenang budi.
Aku ini sial.
Aku ini tak berguna.
Aku ini tak punya nilai di mata sesiapa.
Aku ini sampah.
Aku ini durjana.
Aku ini manusia yang sejijik-jijiknya yang pernah lahir ke dunia.

Dan pabila terpisahnya ruh dari jasad ini, nerakalah tempatku.

Pada tangan kau ada syurga dan neraka.
Pada diri kau ada segenggam kuasa untuk menjadi neraca timbangan dosa dan pahala.
Pada kau, aku manusia hina.

Kau calar2 hati aku dengan makian, cacian, hinaan, sumpah saranah dan pekikan2 yang membunuh tiap impian dan angan2 yang aku rencanakan.

Kau henyak2 jiwa aku hingga aku pernah terfikir untuk mengakhiri semua ini. Kalau tak punya secarik iman yang memujuk diri, aku tak akan bernafas di sini lagi.

Kau bunuh senyum dan tawaku. Kau bunuh apa adanya yang aku punyai. Kau pembunuh... Kau pembunuh..!!

Sungguh, sampai mati aku tak akan memaafkanmu.

Pada deraian2 airmata sepanjang usia.
Pada mimpi2 yang hitam dan kelam pabila malam.
Pada calar2 di hati yang memuntahkan darah dan nanah.
Pada seksaan emosi dan penderaan mental yang engkau berikan.

Benar, tak akan ada walau secebis maaf yang akan aku hulurkan. Biar mati, biar ianya pergi dan biar ia terkubur tanpa perlu aku ingati lagi.

Tak perlu nak aku berbicara soal tanggungjawab pada manusia egois itu. Hak aku telah lama dinafikan sejak berbelas tahun dahulu. Apa lagi yang aku cari pada manusia yang tak tahu akan hati nurani?

kisah rindu yang teramat..!!!


Sangat2 berharap doremon tuh memang wujud.
Nanti kita boleh mintak doremon pinjamkan pintu ajaib dia.

Bukan nak ke Paris.
Bukan nak ke Itali.
Bukan nak ke London.
Dan bukan nak Korea yang dah lama kita dok mengidam nak jejak kaki kat sana.

Sungguh, tak terlintas pun kat fikiran nak meneroka jauh2 dengan pintu ajaib doremon tuh.

Kita cuma nak pinjam sekejap je.!!!!

Bila bukak je pintu tuh, kita harap kita nampak dia.
Kita harap kita nampak senyum dia.
Kita harap kita nampak mata dia yang redup dan bercahaya tuh.
Kita harap kita nampak wajah tenang dia.

Kemudian, 
Kita akan pulangkan balik pintu ajaib tuh kat doremon.

Kita cuma nak tengok dia sebab kita rindu dia....

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Wednesday, 10 December 2014

Untuk mereka2 yang terluka dan kecewa karena CINTA



Jika ALLAH tak memberimu seseorang yang kamu impikan,
Semoga DIA menghadirkan seseorang
yang memimpikanmu.

Jika ALLAH tak memberimu seseorang yang kamu rindukan,
Semoga DIA menghadirkan
seseorang yang merindukanmu...

Bila ALLAH tak memberimu seseorang
yang kamu dambakan,
Semoga DIA memberimu seseorang
yang selalu mendambakanmu.

Bila ALLAH tak menyatukanmu
dengan seseorang yang kamu cintai,
Semoga DIA menghadirkan
seseorang yang mencintaimu.

Yang bukan hanya karena apa yang
ada padamu,
Tetapi apa adanya dirimu...

Sujudkan HATI dan Jiwamu...

Semoga ALLAH memberi kita yang
terbaik.

Dengan segala keindahan hati dan
ketaqwaannya.

Karena JODOH mu takkan jauh SIFAT
PERIBADINYA SEPERTIMU..


"..aku diam, aku memerhati.
aku diam, hati aku sakit.
aku diam, aku pendam.
sampai saat meletup,
aku tak marah, 
tapi aku cuma menangis.."

Sunday, 7 December 2014

pergilah duhai belahan jiwa

Selama ini aku anggap sahabat2 yang aku sayang sepenuh hatiku ini akan sentiasa ada. Aku merasakan mereka tak akan pernah jauh dari aku. Aku merasakan mereka akan sentiasa di sisi. Aku merasakan mereka akan dekat. Sungguh, aku tak pernah terfikir mereka akan menjauh.

Dan antara semua sahabat2 yang aku sayang, ada seseorang yang membatasi segala ruang. Seseorang yang benar2 aku sayang. Seseorang yang aku sangat2 peduli. Seseorang yang aku tak mungkin lupakan atau padamkan ingatan hingga aku pergi dari dunia ini. Seseorang yang berkongsi hati, jiwa, rasa, perasaan, suka, duka dan segala-galanya. Seseorang yang membuatkan aku merasai tiap apa yang terdetik di hatinya kerna sebahagian dari diriku ada padanya. Dan seseorang yang aku sayang lebih dari apanya.

Mendengar perkhabaran akan hijrahnya membuatkan aku tersentak, menangis dan sepertinya bumi seakan terhenti. Dia akan menjauh. Dia akan mula terbang dan menebarkan sayapnya ke angkasaraya. Dia telah memilih jalannya sendiri. Dia akan melalui hari2 yang mendatang tanpa pimpinan mana2 tangan kerna dia manusia hebat. Insyaallah, dia akan berjaya mengharungi apa jua yang merintangi perjalanannya kerna dia punya potensi diri. Dan dia akan berjaya, cukup2 berjaya sehinggakan semua manusia2 yang memandangnya akan merasakan apa yang pernah aku rasa sewaktu memandangnya.

Aku cukup2 takut andai ada mana2 pihak yang mencalarkan hatinya yang indah itu. Tangisannya adalah tangisanku. Lukanya adalah lukaku. Airmatanya dan airmataku adalah satu. Dan jeritan hatinya adalah jeritan hatiku. Aku dan dia adalah satu.

Sahabat, aku tahu apa yang tersimpan dikalbumu, aku mengerti akan apa yang terdetik dihatimu dan aku jua memahami bicara yang kau lontarkan melalui pandangan matamu itu. Mana mungkin aku menidakkannya kerna sebahagian dari diriku ada pada kamu sahabat. Aku mengerti, aku memahami dan aku turut merasai.

Aku pasti, ada rencanaNya di sebalik hijrah dan pemergianmu ini. 

Mungkin perpisahan ini mengajar kau dan aku menjadi lebih teguh hatinya. Mungkin juga ia proses penyembuhan yang memulihkan kembali semangat juang yang telah hilang ditelan zaman. Mungkin juga ia satu peluang untuk kita menyebarkan bahagia pada insan2 lain yang terjatuh dan mengharapkan ada tangan yang dihulurkan. Dan mungkin juga ia satu kesempatan untuk kita menapak berpaksikan kaki kita sendiri kan.


Ya Allah, aku lepaskan dia pergi dengan seteguh kepercayaan di hati bahawa Engkau akan merahmati langkah sahabatku ini. Engkau akan pegang hatinya untuk kekal di landasanMu. Engkau akan menjaga sahabatku ini dalam apa jua ruang waktu. Engkau adalah sebaik-baik pengharapan dan pergantungan. Hanya padaMu tempat aku memohon dan menadah doaku.

Aduhai belahan jiwa, 
pergilah, terbanglah, berlarilah, dan nikmatilah hijrah ini sebagai satu wadah dalam kehidupan. 

Pergilah duhai belahan jiwa,
Dan pabila kau terjatuh atau terlukalah ingatlah akan sebahagian dari diriku yang ada pada dirimu. Sahabat, engkau insan hebat. Insyaallah, segala galanya akan baik2 sahaja.

Tuesday, 21 October 2014

kerna aku seorang PEJUANG




Aku ingat aku cukup2 tough dalam menjalani kehidupan sehari-harian.

Aku ingat aku tak akan tersasar atau menyimpang dari haluan yang aku rencanakan.

Aku ingat tembok2 batu, ceracak2 besi dan dinding2 konkrit yang aku bina sewaktu zaman peralihan dulu dapat menghalang anasir2 luar dari menyerang aku di setiap penjuru.

Aku benar2 ingat yang aku tak akan terkesan dengan apa2 keadaan atau situasi yang bakal menggugat secarik iman yang aku pasak sewaktu meneroka mencari jalan pulang kepada kehidupan bertuhan.

Ternyata, aku lemah dan longlai jati dirinya. Aku kalah dengan kejutan dari budaya2 yang sedikit demi sedikit membaham sifat2 suci murni yang terbentuk sewaktu peralihan zaman suatu ketika dahulu.

Mengorak langkah dari zaman mengulit buku, menghadam nota yang berkajang-kajang dan menghadap assignment yang melimpah ruah itu kepada fasa yang baru telah merubah aku. Fasa itu benar2 mengsasaukan rohani dan jasmani aku. Melangkah ke alam pekerjaan ini sedikit sebanyak sememangnya mendewasakan dan mematangkan aku. Namun, ia juga telah mengikis jatidiri manusia seperti aku.

Aku sedar, aku tak lagi punya sahabat2 seperti zaman2 dulu. Aku rindu untuk bersahabat dan berukhwah demi Allah Yang Satu.

Jika tersalah langkah, ada tangan sahabat2 yang akan memimpin aku untuk kembali ke jalan yang diredhaiNya.

Jika tersasar, ada sahabat2 yang tak jemu2 membisikkan penyelesaian untuk kekal berada di laluan.

Jika sedih, kecewa atau terluka, ada sahabat2 yang setia untuk jatuh dan bangun bersama-sama.



Sungguh, aku rindukan suasana damai yang dikelilingi ruh2 Islam di setiap ruang waktu. Walau bagaimana sibuk sekalipun mengejar waktu untuk menghadiri kelas, kuliah, persatuan, kerja2 part time atau aktiviti2 universiti demi segulung ijazah, perasaan berada di dalam "bulatan gembira" adalah perasaan yang paling indah dan menenangkan. 

Di sana aku belajar dan memahami tujuan hidup ini. Aku belajar untuk memaksa diri dan bukan lagi memanjakan diri. Aku belajar untuk menjadi tabah, kuat, cekal dan berdikari. Aku belajar untuk buang sifat2 hitam yang subur di dalam hati ini. Aku merangkak, bertatih, berjalan dan berlari bersama-sama sahabat yang ingin merubah diri ke arah yang lebih baik lagi. Bersama-sama mereka aku telah berkali-kali jatuh, terluka, tersungkur dan dicerca dengan pelbagai kata yang kadangkala membuatkan aku lemah dan tak terdaya.

Namun, tangan2 yang dihulurkan dari sahabat2 yang manis itu tak pernah menghampakan aku. Pelukan dan genggaman tangan dari sahabat2 itu menyebarkan rasa bahagia untuk aku terus menongkah liku2 dunia ini demi mencari syurga yang abadi. Berada di kalangan sahabat2 seperjuangan seperti itu telah merubah aku 360 darjah dari sang silam itu.

Dan sekarang, aku rasakan seperti semakin jauh dari laluan yang sebenar-benarnya. Aku makin jauh. Aku makin menyisihkan diri. Aku makin hilang jatidiri. Dan aku telah lama dikejutkan dengan budaya tanpa aku sedar diri!!

Allah...Allah...Allah..Allah..

Dalam keadaan seperti ini, mana ingin aku cari sahabat2 yang dapat memaut jari-jemariku dan membawa aku keluar dari kehidupan yang semakin kelam ini? Aku tak punya sahabat yang mampu meminjamkan bahu untuk aku bersandar lagi. Aku tak punya sahabat yang tega menggenggam jari-jemariku demi mengirimkan tenang. Aku semakin hilang. Hilang hingga aku sendiri merasa asing pada jasad ini.!

Bukan aku tak cuba untuk memujuk hati. Berkali-kali aku bisikkan pada diri, sabar dan belajar akan setiap ujian ilahi. Teguhkan jatidiri. Pasakkan hati dengan nilai2 murni. Tetapi aku tetap kalah kerna aku tak selamanya mampu menjadi positif dan melihat segalanya dengan pandangan berbeda sambil mengukir senyum yang indah semata-mata. Itu semua dusta!!!!!

Dan akhirnya aku memilih untuk lari.

Aku ingin berhijrah dan mencari kembali sekelumit tenang yang telah lama hilang. Jika aku masih di sini, aku mungkin akan hilang hingga tak dapat ditemui lagi. Aku perlu mencari kembali sisa2 kekuatan demi sebuah perjuangan ini. Aku tak ingin terus-menerus lari dari kenyataan atau ujian ilahi ini. Aku ingin menjadi manusia yang teguh walau acapkali dirempuh. 

Buat semua, doakan aku berjaya dalam perjuangan ini.! Mungkin aku tak akan menulis di sini untuk satu tempoh yang panjang lagi. Aku perlukan ruang untuk mencari kembali jalan pulang ke pangkuan Tuhan. Moga2 ini bukan lagi pelarian, tetapi permulaan mencantum iman kerna aku adalah seorang PEJUANG..!!




Maaf jika ada tersalah di mana2...

Friday, 26 September 2014

Bicara buat BONDA yang tercinta!

Tahun nih umur Puan Mama dah genap 60 tahun. Alhamdulillah Allah masih pinjamkan Puan Mama buat kami sekeluarga. Masa birthday Puan Mama hari tuh (9 September), Merah cuma sempat bagi kad hari lahir seperti tahun2 yang lepas. Simple, tapi kad tuh Merah buat sendiri tau!


Jika berbicara soal cinta, Merah paling cintakan Puan Mama di dunia nih. Kata orang, cinta itu membuatkan manusia menangis, ketawa, bahagia, derita, rindu yang membara dan sebagainya. Dan Merah memang telah rasai itu semua kerna CINTA pada Puan Mama.

Hari nih Merah nak tulis apa yang ada di hati Merah sejak cinta itu berputik dan mendiami hati Merah.

Serius, Merah menulis di sini supaya Merah tak akan lupa akan insan yang paling banyak berkorban untuk Merah. Supaya ada generasi2 nanti yang tahu, cinta itu bukan hanya menerima semata-mata, sebaliknya cinta itu adalah memberi sepenuh hati.

PUAN MAMA

Ma,
Ma ingat tak kisah kita dulu2. Keluarga kita susah, tapi ma tak pernah merungut atau mengeluh. Merah selalu tak nak datang sekolah sebab duit belanja sikit. Lagipun kawan2 selalu ejek baju Merah buruk dan rambut Merah kerinting. Kadang2 Merah akan menangis dan cakap tak nak mandi sebab air sejuk supaya Merah tak payah pergi sekolah.

Tapi ma tak pernah marah dengan karenah Merah yang pelbagai. Pagi2 ma akan jerang air supaya Merah tak perlu mandi air kolah yang sejuk. Kemudian ma akan sikat rambut Merah dengan cermat supaya kulit kepala Merah tak sakit. Ma ingat tak lagi dengan  rambut Merah yang panjang, kerinting dan kusut tuh? Setiap pagi ma akan letak minyak kat rambut Merah dan ikat kejap2 dan kemas supaya Merah bebas belajar, berlari, bermain dan bergerak pantas tanpa perlu menguis-nguis rambut Merah.

Ma,
Ma ingat tak lagi rutin ma setiap pagi semasa Merah, Cik Kakak, Encik Abang, Cik Adek dan Encik Adek bersiap-siap nak ke sekolah? Ma akan duduk di tengah2 ruang rumah dan menggaul nasi yang diletakkan kicap dan berlaukkan sebiji telur goreng. Ma akan suap kami adik beradik berselang seli. Dan kami adik beradik akan makan sarapan pagi setiap hari dengan suapan dari ma.

Pernah suatu hari kita keputusan bekalan beras. Merah nampak ma menangis subuh tuh masa menjerang air untuk Merah mandi. Merah fikir untuk cepat2 mandi dan bersiap ke sekolah. Merah tak nak ma susah hati sebab tiada apa2 untuk disuap pada kami adik beradik pagi tuh. Tapi, ma tetap duduk di ruang tamu sambil pegang pinggan. Ma panggil Merah untuk disuap. Rupanya ada segenggam beras pulut dalam simpanan. Ma masak beras pulut tuh dan bagi kami adik beradik makan. Merah ingat lagi ayat mak time tuh.

"Nih ja yang ada untuk pagi nih. Merah makan ek."

Dan sepanjang hari Merah tahan airmata sebab Merah terfikir apa yang ma makan pagi tuh.

Ma,
Ma ingat tak lagi dengan rantai ma yang ma gadaikan kat kedai emas? Masa ma letakkan rantai tuh, jantung Merah rasa nak terhenti. Ma sanggup gadaikan barang kemas yang paling ma sayang demi kami 8 beradik. Dan Merah cuma mampu melihat sewaktu cina kedai emas tuh masukkan rantai ma dalam peti besi.

Keluar dari kedai emas tuh, ma pimpin tangan Merah sewaktu nak lintas jalan. Ma, ingat tak lagi apa yang Merah janji kat ma?

"Bila Merah besaq nanti, Merah akan beli rantai yang lagi besaq kat ma. Ma tunggu tau."

Ma,
Ma ingat tak ma pernah menangis sungguh2 bila ada saudara yang ketepikan ma. Merah ingat lagi ada saudara yang tak jemput keluarga kita ke majlis perkahwinan anaknya. Alasannya, ma ada ramai anak2. Diorang takut nanti lauk habis kalau jemput kita.

Merah ingat lagi macam mana sedihnya ma waktu tuh. Sampai hati diorang carik2 hati ma sampai macam tuh. Dan esoknya ma beli ayam seekor dan ma masak bagi kami adik beradik makan. Ma senyum je bila tengok kami adik-beradik makan penuh selera.

Ma,
Ma ingat tak waktu2 Merah dalam kesakitan. Waktu tuh Merah asyik sakit. Sakit telinga la, gusi la, gigi la, kulit la, bisul la dan macam2 sakit lagi. Setiap kali Merah mengerang sebab sakit, ma akan usap2 rambut Merah. Ma akan sentiasa di sisi Merah. Ma akan setia menemani Merah.

Masa Merah di semester 2 kat usm, Merah menghidap penyakit yang serius. Setiap hari Merah menangis. Bila sedih, Merah telefon dan menangis kat ma. Ma pujuk Merah, ma cakap Tuhan nak uji Merah. Ma beli macam2 ubat untuk Merah sembuh, ma bawa Merah jumpak doktor pakar, ustaz dari darul syifa dan bomoh2 kampung. Ma juga pesan pada bapa saudara Merah yang bakal berangkat ke Mekah.

"Nak mintak doakan satu benda ja masa hampa kat sana. Tolong doakan Merah sembuh. Tu ja."

Dan setiap malam ma akan berdoa untuk Merah. Merah tahu semua tuh. Kerana itulah Merah lawan semua tuh sebab Merah ada ma yang sayang Merah sangat2.

Ma,
Ma ingat tak masa dulu2 Merah selalu muntah bila naik kenderaan. Merah akan pening dan muntah sungguh2. Tapi ma tak pernah putus asa untuk bawak Merah ke bandar, jalan2 makan angin dan ke mana sahaja. Ma akan bawa plastik siap2 supaya bila Merah nak muntah, Merah boleh muntah dalam plastik. Ma tak pernah merasakan Merah nih menyusahkan ma.

Ada suatu ketika, ma lupa nak bawak plastik. Merah nak muntah dan ma tadahkan tangan ma supaya Merah boleh muntah. Lepas mak cuci tangan, ma akan basuhkan muka Merah dan letakkan minyak cap kapak kat seluruh kepala Merah supaya Merah rasa selesa sikit.

Ma,
Kalau Merah nak cerita, terlalu banyak yang ma lakukan demi cinta ma terhadap Merah. Sungguh, 1000 tahun pun tak akan mampu untuk Merah balas. Kadang2 Merah impikan punya personaliti seperti ma. Ma cukup baik, cukup sempurna, cukup indah akhlaknya dan cukup dalam serba serbi. Takkan Merah mampu untuk mencintai insan lain di dunia nih selain ma.

Ma,
Ma nak tau tak tentang seperkara. Bila ma cakap ma sakit atau soal mati, Merah menjadi sangat takut. Terlalu takut jika Merah kehilangan ma. Merah tahu mati itu pasti, namun Merah tak mampu nak membayangkan hidup ini tanpa ma. Pasti sunyi. Pasti sepi. Pasti kosong tak terisi.

Ma,
Selagi Merah bernafas di bumi ini, Merah akan berbakti dan menjaga ma. Merah akan pastikan tak akan ada mana2 pihak yang menyakiti atau menggores hati ma.

Ma, Merah sayang ma sangat!!

Ma, cepat2 sihat ek! Merah rindu ma sangat2. Terlalu rindu!!!!

 


Tuhan,
Rahmati kehidupan ma. Kerna syurgaku ada di telapak kakinya.

Saturday, 20 September 2014

mimpi semalam : Saat Lafaz Sakinah

Suara2 jeritan riang dari Haikal, Haziq, Hanna dan Hariz semakin kuat mengasak gegendang telinga. Sekali sekala bunyi rengekan Amanda berselang seli dengan alunan zikrullah dari Puan Mama yg sedang mendodoikan Amanda. Suasana agak hingar. Masing2 kelihatan sibuk menguruskan itu dan ini kerna majlis akan berlangsung beberapa jam lagi. Jiran tetangga sudah memenuhi rumah, membantu penyediaan juadah untuk pihak lelaki selepas asar nanti barangkali. 

Sejak dari tadi aku hanya duduk dan termenung kosong memandang cermin besar di sudut paling kanan blikku ini. Walau diterjah dengan bunyi2 bising yang pelbagai di luar sana, aku masih mampu mencipta tenang dan damai yang jarang2 dapat aku gapai. Cermin besar itu aku tenung lagi entah keberapa kali. Dan akhir sekali aku lemparkan keluhan yang memberat di sanubari. 

 "Cepat bersiap. Satgi pihak lelaki dah nak mai. Majlis dah nak bermula.!" Tiba2 suara kakak kedengaran di sebalik tirai. 

 "Sat, tengah nak bersiap la ni." Aku menjawab lemah tanpa memandang pada empunya suara. 

Aku memandang sepasang persalinan indah berwarna biru muda yang tergantung bersebelahan katil. Aku bangun dan mengenakan jubah potongan longgar itu dengan cermat. Cantik. Sungguh, selama ini aku tak pernah terfikir bahawa warna biru lembut ini sesuai untuk aku. 

Beberapa orang sepupu dan rakan tiba2 menerjah masuk. Wajah mereka terselit senyuman yang cukup2 indah. Masing2 berebut rebut ingin menconteng wajah kosong aku dengan pelbagai warna dan gaya yang sesuai mengikut perkiraan mereka. Sebelum terlambat, aku cepat2 bersuara. 

"Ringkas je tau. Tak nak make up melampau lampau." 


Dan sewaktu selendang labuhku dilitupi dengan sehelai veil yang berwarna putih, jeritan dari anak saudaraku mengkhabarkan akan kedatangan pihak sana. 

Semua bersaing saingan mengintai pihak lelaki dari cermin2 tingkap. Dan aku masih lagi termenung di birai katil. Masih meneliti akan keputusanku ini. Masih cuba menjelaskan pada diri bahawa ini adalah keputusan yang terbaik. Masih cuba menjawab soalan2 yang menghenyak tangkai hati. Masih cuba membunuh keraguan yang kerap kali menyentak diri. Aduh, mengapa gelisah benar hati ini! 

Ya Allah, benarkah ini yang terbaik untuk aku? Adakah rijal itu mampu mencurahkan cinta, kasih sayang dan bimbingan untuk aku sehingga akhir hayatku. Adakah rijal itu mampu membuka jalanku ke syurgaMu. 

Pelbagai persoalan mula mengasak. Sepertinya aku ingin batalkan majlis yang akan berlangsung beberapa detik lagi. Aku makin ragu. Aku makin keliru. Tangan semakin menggeletar. Degupan jantung semakin tak keruan. Semasa dipimpin ke ruang hadapan rumah, aku mula resah. Wajan Puan Mama aku pandang sayup. Wajah2 kesayangan yang lain aku pandang silih ganti. Tangisan mungkin akan pecah di sini. Allah, aku makin tak pasti. Aku ingin lari! 

Dan tiba2 aku terpandang sang rijal itu..!! 

Dia juga mengenakan persalinan baju melayu yang sedondon seperti aku. Biru lembut itu benar2 padan dengan kulitnya. Wajahnya bersih. Cukup2 bersih sehinggakan aku terpana seketika. 

Rijal itu mengalihkan pandangannya ke arah aku. Aku melihat matanya yang redup di sebalik kaca matanya. Matanya bersinar sinar. Senyumnya amat mendamaikan. Wajahnya mengirimkan tenang. Kulitnya sedikit kemerahan, mungkin kepanasan atau mungkin juga sedang membendung debar yang kian kerap berkunjung. 

Pandangan aku dan rijal itu tiba2 bertaut. 

Aku pegun. Aku kaget. Aku terkesima. Lantas aku tertunduk malu. 

Dan dari lirik mata, aku melihat bibir rijal itu mengukirkan senyum. Senyum yang cukup2 manis dan mencairkan tembok keraguan di hati aku. 

Dengan hanya melihat senyum pada sang rijal itu, perasaan yang menggila sejak beberapa jam yang lalu hilng dengan sekelip mata. 

 Tuhan, aku ingin menyintai rijal itu hingga ke syurga. Aku ingin rijal itu menemani aku sepanjng usia. 

Damai mula menguasai ruang yang dipenuhi manusia2 yang menjadi kesayangan aku sepanjng usia 25 tahun ini. Aku lihat rijal itu menghela nafas penuh ritma sewaktu berjabat tangan dengan jurunikah. Mungkin rijal itu sedang cuba membuang resah. 

Aku pandang rijal itu dengan mata yang berkaca-kaca. Rijal itu nampak tenang. Dengan sekali lafaz, aku menjadi halal untuk dia.

 Dan hening mula terasa.. 

Aku sudah bergelar zaujah kepada rijal yang manis itu. 

Dan airmta seolah olah berpesta. Aku memandng rijal itu penuh cinta. Rasa cinta dan sayang membuak buak di dada. Allah, aku ingin hati ini terus mengalun cinta hanya untuk dia. Aku ingin menongkah alam rumahtangga bersama sama dia. 

Sungguh, aku cinta dia!! 

Usai mengerjakn solat sunat 2 rakaat, rijal itu mendepani aku. Ruang yang hingar dan sesak menjadi damai dengan tiba2. Sepertinya cuma aku dan rijal itu tika itu. Cukup2 tenang hinggakan aku leka dengan perasaan sendiri. 

Saat rijal itu aku salami, airmata makin ligat bercucuran tanpa henti. Tiada ruang untuk berkompromi. Basah tangannya bermandikan airmata. Benar, aku benar2 cinta! 

Aku melihat sisa2 airmata pada wajahnya yang hening dan bercahaya. Saat tertautnya pandangan mata, aku rasakan jantung berdegup lebih pantas dari biasa. Ingin sahaja aku letakkan telapak tanganku pada dadanya, adakah rijal itu juga mengalunkan degupn cinta yang sama. 

Dahi aku dikucup lembut. Aku pejamkan mata. Aku tahan airmata dari terus mengalir laju. Dan rijal itu membisikkan sesuatu di telinga. 

 "Abang cinta sayang dan abang terima segala kekurangan dan kelebihan sayang. Terima kasih sebab melengkapi kehidupan abang." 

 Kata2 yg dibisikkan rijal itu memecahkan kolam airmata yang ditahan tahan. Suara itu cukup2 lunak dan menggetarkan setiap urat nadi di dalam jasad ini. 

Aku rasa seperti di awang awangan. Rijal itu adalah insan yang sentiasa ada pada setiap sujud dan istikharahku. Rijal itu sentiasa ada dalam setiap tadahan doaku. Rijal itu adalah cinta zaman remajaku. Rijal itu pernah ada disetiap senyum dan tangisku. Hari ini rijal itu telah sah menjadi milik aku. Aku pandang rijal itu untuk kesekalian kali. Hati meronta-ronta ingin membisikkan cinta yang aku pendam cukup lama. 

 "Kami sayang dan cinta hampa sangat2." 

Namun lidah menjdi kelu dan beku. Ungkapan itu cuma dapat dibisikkan di dalam hati. Ruang tamu menjadi sempit. Pandangan menjadi kabur. Tiada lagi bunyi yang tertangkap di telinga. Segalanya nampak kosong. 

Jari jemariku masih digenggam kemas rijal itu seperti minit2 yang lalu. Walau aku kehilangan wajah rijal itu, namun aku masih merasa kehangatan jemarinya menggenggam erat jemariku. 

Pelik, aku seperti tertolak dan menjunam jatuh dari satu tempat yang cukup2 tinggi. 

Dan tiba2.. 

"Abang..!!!!!!!" 

Bunyi hujan dan guruh bersilih ganti. Aku tersedar dari mimpi yang panjang itu. Allah, ini cuma mimpi. Ini mimpi. Ini cuma mimpi..!!! 

Jantung ini masih berdegup seperti di alam mmpi. Tangan ini masih hangat seperti genggaman sang rijal dari alam mimpi tadi. Airmata masih setia merembes sperti di alam mmpi tadi. Dan perasaan ini masih sama, sama seperti tadi. 

Aku kaget. 

Rijal itu. Rijal itu masih menjadi ujian terbesar dalam kehidupan aku. Rijal itu tak pernah mampu aku usir dari mengganggu mimpi malamku.

Allah, dugaan yang sebagaimanakah ini??
 
Tuhan, ujian apakah ini? Aku hambaMu yang lemah dan tak berdaya. Jangan Kau uji aku dengan mimpi seperti ini lagi kerna aku tak akan mampu untuk terus berpura pura tidak peduli. 

Andai aku punya kuasa sakti, aku ingin hapuskan kenangan2 tentang rijal itu. Aku tak ingin untuk terus mengingati. Aku tak ingin untuk terus mencarik bahagia bersama-sama rijal itu walau dalam mimpi cuma. Sungguh, aku tak ingin lagi!

Pergilah cinta, pergilah airmata, pergilah segala duka kerna AKU CUMA INGIN BAHAGIA. 



*..mencuba untuk melupakan orang yang pernah dicintai seperti mencuba untuk mengingati orang yang tidak dikenali..* 

19 September 2014 / 3.20 am

Thursday, 4 September 2014

dunia mana pun yang kau kejarkan

Pernah mereka2 fikir tentang hati manusia macam aku nih waktu mereka buka mulut dan berbicara?

Pernah mereka2 duduk kat tempat aku. Telan segala caci maki. Hadam segala carut yang keluar dari mulut2 puaka, mulut yang tak pernah diam dari menyebarkan segala onar, fitnah atau apa sahaja yang nampak sangat2 cela di mata mereka.

Pernah mereka2 cuba berada di tempat aku. Memerah keringat, menghentak kepala dan terkial-kial memaksa idea datang untuk memastikan anak2 itu tak leka dan bosan. Semuanya bukan untuk kepentingan aku, tapi untuk anak2 yang bakal mencorakkan masa hadapan.

Sungguh, aku memang tak punya hak. Suara aku sekadar bunyi bising langau yang ditepis-tepis dan dibenci mereka. Mana engkau2 campakkan sifat2 kemanusiaan yang selalu dicanang-canang? Mana sifat belas dan prihatin yang konon-kononnya engkau2 pegang?

"..Bonda selalu berpesan, hati manusia usah dicalari, disakiti atau dicincang lumat. Tinggi mana pun pangkat dan kuasa yang kau ada, itu semua dunia semata-mata. Pabila dijemput ke daerah sana, segala-galanya tak membawa apa2.."

Benarlah, dunia ini semakin hilang keadilannya. Masing2 berlari-lari mengejar pangkat, kekayaan dan nama. Sampaikan mereka2 sanggup memijak sesiapa jua. Tak kisah jika terpaksa menzalimi. Tak kisah jika terpaksa menyakiti. Tak kisah jika terpaksa melakukan itu dan ini, asalkan apa yang dikejar itu dapat diperolehi.

Merah,
Tolong kuat! Usah bersedih dengan dunia yang sementara ini.

Monday, 1 September 2014

hati, mengapa mesti ada rindu?

"..Aku ingin menjadi yang halal untuk kamu. Aku ingin menjadi sayap kiri dalam perjuangan kamu. Aku ingin menjadi sang isteri yang sentiasa mendampingi kamu. Susah atau senang, aku ingin bersama-sama kamu. Aku ingin bercinta dengan kamu. Aku ingin menyayangi kamu. Aku ingin sentiasa ada untuk menggenggam jari jemari kamu. Aku ingin membina keluarga yang bahagia, punya anak2 yang pelbagai ragam dan melahirkan generasi2 yang celik hatinya bersama kamu.

Sungguh, aku hanya ingin menjadi sang bidadari. Bidadari yang melengkapi kehidupan kamu.

Dengan itu aku ingin menyayangi kamu. Aku ingin berada di sisi kamu. Aku ingin terus mencintai kamu. Aku ingin bersama-sama kamu sehingga ke jannah. Aku ingin menjadi tua bersama kamu. Aku ingin menjadi bongkok dan kedut bersama-sama dengan kamu. Aku ingin menggenggam jemari kami sehingga akhirnya ajal menjemput aku.."

Wednesday, 20 August 2014

saya cikgu yang positif, ecececehhh!

Sekarang nih dah masuk 4 bulan Merah menjadi seorang cikgu. Ramai yang tanya macam2 benda kat Merah;

Best ka jadik cikgu nih?
Budak2 macam mana? Nakal tak? Senonoh tak akhlak dan budi bahasa mereka? 
Kena buli tak dengan budak2 sekolah? 
Boleh masuk tak dengan budak2, cikgu2 dan semua2 umat manusia kat sekolah? 
Perlu jerit2, tempik2, pekik2 atau melolong-lolong tak bila nak handle budak2 nih? Dapat sesuaikan diri tak dengan kerja2 sampingan sebagai guru?

Sejujurnya Merah sendiri give up untuk terus bergelar seorang guru. Banyak sangat dugaan. Banyak sangat kesulitan. Jalan untuk membentuk anak2 masa kini bukan semudah abc. Perlu bersilat cekak dan gayung dulu. Perlu bertapa seminggu dalam gua dulu. Perlu bakaq kemenyan setiap malam jumaat dulu. Perlu belajaq ilmu penunduk dulu.

Perhhhh, sangat penuh ranjau kan?

Silalah bertabah. Semua tuh tipu ja! Tak perlu nak nampak teruk sangat Cik Merah oiiiii. Huhuhuhuhu.

Merah tak punya kesempatan untuk belajar menjadi seorang guru kat maktab2 perguruan atau mana2 institusi pengajiaan tinggi. Tapi Merah belajar dari pengalaman. Bergelar graduan dalam bidang Social Work sememangnya satu bonus buat Merah. Kalau dulu Merah frust tahap nak nangis sebulan dua sebab tak dapat masuk upsi. Tapi sekarang Merah sedar betapa hebatnya perancangan Allah.

Betul cakap orang2 kat sekeliling Merah. Kadang2 Allah tak bagi apa yang kita mintak, tapi Allah bagi apa yang terbaik untuk kita.

Masa kat usm dulu Merah belajar tentang cara nak berkomunikasi dengan tiap lapisan manusia, belajar tentang psikologi, sifat2 yang perlu ada dalam pekerja sosial dan macam2 lagi. Dan dengan semua ilmu2 tuh, Merah lebih mudah menyampaikan pengajaran Merah.

Paling mudah untuk jadikan sesi pengajaran berjalan lancar ialah cikgu tuh sendiri perlu jadik positif. Walau serabut atau tension tahap nak hentak kepala ke tiang, jangan babitkan budak2. Merah selalu masuk kelas sambil senyum2 walaupun kepala nih rasa tak mampu nak fikir apa2 dah. Insyaallah, all is well.

Selain tuh jugak, Merah selalu muhasabah diri. Jangan pernah membiarkan diri Merah menjadi hakim atau juri sewenang-wenangnya. Siapa kita nak senang2 ja menilai manusia lain.

Dan last sekali Merah nak ucapkan terima kasih pada mereka2 yang banyak sokong Merah. Insyaallah, tak akan malas2 nak hupdate belog dah. Huhuhu.

Tq sebab baca tau.!

Tuesday, 19 August 2014

Bicara pada sang bulan


Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan, jangan biar siang
Biar malam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku


One night the moon whispered to me;
"If he makes you cry, why don't you leave him?

And I said;
Moon, would you ever leave your sky?

Monday, 4 August 2014

kosong-kosong yer!!!!!

Hari nih dah 8 Syawal!!!!!

Macam Merah cakap2 hari tuh, mood nak hupdate blog memang tahap kemalasan melampau. Maaf ek. Nanti2 bila dah rasa ok sikit Merah hupdate tau. Actually banyak giler benda yang Merah nak citer. Merah belanja sekeping dua gambaq hari raya kat semua bagi tebus rasa berdosa tak hupdate blog ek. Sorry.






Hari raya kali nih lebih meriah..! Seyes, happy tahap dewa. Hahahaha, metafora tahap budak darjah dua! Dalam happy2 tuh, terselit jugak rasa sedih. Kawan Merah kemalangan. Walaupun keta remuk teruk, alhamdulillah, empunya jasad tak apa2. Harap2 kawan Merah tuh ambik pengajaran dan tak drive ala2 nak bunuh diri. Huhuhhu.

Ok semua, Selamat hari raya ek!

Wednesday, 16 July 2014

cerita yang panjang lebar..



Assalamualaikum wbt..

Ehemmmmm, ehemmmmm… Uhukkkkkkk, Uhukkkkkk…. Erkkkkkkk…! Bajet tak berapa sihat ler tuh. Kantoi!!!! Hahahahaha, dah lupa akan tanah jajahan sampai bersawang belog nih. Memang terbiaq sungguh2! Bulan Mei dah ala2 penggulungan hujah gitu. Buat entry gila panjang lebar. Tapi satu tuh jer la. Yang lagi dasat, bulan Jun sunyi sepi. Tak hupdate walau sepatah perkataan langsung. Giler2 malas wehhhh! Memang nak kena ketuk pala sendiri nih!


Nih dah dekat2 pertengahan bulan Julai baru rasa nak hupdate. Tapi konsepnya masih sama macam bulan Mei punya entry kot. Memang ala2 novel bersiri kot. Berjela-jela Merah nak taip wehhh! Buat anda yang bertekad nak baca, sila tabahkan hati ek. Merah dah beri amaran, entry nih panjang!!!


Seyes, banyak benda yang jadik kat Merah. Okep, kiter citer satu-persatu ek!


Lahirnya Nur Amanda Azzahra


Tanggal 9 Jun 2014, lahirnya anak saudara Merah yang ke-5. Kalau sebelum nih Merah Cuma ada seorang anak saudara perempuan iaitu Hanna, sekarang dah jadik dua orang tau. Baby Amanda merupakan adik kepada Hariz. Masa mula2 tau kakak ipar Merah pregnant, kami sekeluarga agak risau sebab Hariz akan berumur 1 tahun 11 bulan bila Amanda lahir nanti. Menjadi abang sewaktu kecil dan masih memerlukan perhatian sememangnya suatu situasi sukar buat Hariz.

Merah yang pilih nama Azzahra tuh!!
Namun, Allah permudahkan segalanya. Walaupun Hariz memang giler2 aktif, dia tak pernah membuat sebarang tindakan yang kelihatan dapat membahayakan adiknya sewaktu adiknya pulang ke rumah. Serius, Hariz tak peduli langsung melihat seorang baby yang dibedung dan selalu dikendong oleh mamanya. Yang ohsemmmnya dia rileks jer lari2 dalam rumah tanpa terpeduli akan adiknya itu.



Dan selepas beberapa minggu Hariz mula meneroka akan adiknya itu. Terbaru, Hariz cuba mengangkat adiknya yang menangis bagi memujuk adiknya. Hariz juga akan menepuk-nepuk adiknya jika adiknya menangis. Semua itu mungkin pelajaran secara tak langsung yang Hariz belajar melalui pemerhatian dia kan. Merah percaya, Hariz akan jadik abang yang terbaik untuk adiknya nanti.!

Nah seketoi gambaq Hariz yang cute tahap nak mintak kiss pp!!!

Hari Sukan Sekolah


Sepanjang bulan Jun lepas, Merah dah jadik ala2 udang bakaq gara2 hari sukan sekolah. Memang penat + letih + lelah + pancit. Sepanjang minggu adalah hari yang sangat2 sibuk. Itu nak buat, ini nak buat, semua benda nak buat. Tugas pertama adalah uruskan perbarisan rumah kuning. Memang azab sangat2 nak cari pelajar2 yang nak join perbarisan. Semua pakat2 tak nak ambik bahagian. Masa tuh Merah dah start nak panik dan terpekik terlolong dah. Hahahahahaha, giler emosi kan!


Atas pertolongan beberapa orang pelajar, Merah dapat kumpul 40 orang pelajar yang terlibat untuk perbarisan. Lepas tuh siap ajaq kawad, potong2 kain dan kertas untuk hias budak2 nih, lukis2 sikit, gam2 sikit, dan hias2 sikit. Bila tengok budak2 pakai semua prop2 tuh, memang rasa nak nangis golek2. Depa cute giler wehhh! Masa tuh dah tak peduli dengan rupa paras sendiri yang dah tak serupa manusia akibat rentung dek panas matahari.

Geng2 pelajar yg ohsemmm!!
Dan yang lebih buat Merah rasa nak jerit2 sebab gembira, rumah kuning menang untuk perbarisan pada hari sukan tuh walaupun acara keseluruhan dapat nombor 2 je. Memang tak sangka! Masa tengok rumah biru, hijau dan merah yang giler2 dasat hiasan depa, Merah dah cuak. Ada jugak beberapa orang anak murid Merah yang luahkan rasa down, tapi Merah cepat2 pujuk depa balik. Merah pegang tangan depa dan senyum lebar2. Dan strategi Berjaya. Depa kembali tersenyum dan bersemangat. Selagi Cikgu Merah ada, cikgu tak akan biar mereka2 menjadi manusia yang cepat berputus asa.



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Balik dari hari sukan kat stadium, Merah bergegas balik ke kampung. Esoknya dah start berpuasa. Bulan Ramadhan dah menjelma. Alhamdulillah, Merah berkesempatan untuk menyambut Ramadhan sekali lagi. Dalam hati Merah doa banyak2 agar dapat berpuasa penuh tahun nih. Merah harap sangat2 badan nih sihat sejahtera dan tak meragam macam tahun lepas.



Dan harapan Cuma tinggal harapan. Setiap hari perlu istiqamah. Badan nih tak lagi memberikan kerjasama yang baik seperti dulu2. Dah tua kot! Huhuhuhuhu. Setiap hari bergelut dengan gastrik yang teruk, shaking tahap parkinson dan demam yang tak mau kebah. Nak habiskan puasa satu hari pun merangkak-rangkak. 


Hari tuh elok jer tengah cakap2 telefon dengan Puan Mama. Sembang pasal menu nak bukak puasa nanti, sembang pasal baju raya dan kuih raya dan tiba2, 1..2…3… gedebukkkkkk!!!! Pengsan dekat sejam. Giler dramatik kot! Dan sekarang ada masalah tekanan darah rendah. Memang terkejut giler kot. Pandangan mata akan jadik gelap dengan tiba2 dan automatik akan rebah tanpa sempat nak baring siap2. Sedar jer dari pengsan dah tersedia ayaq milo suam + roti jagung kat sebelah. Nak tak nak Merah makan ler jugak walaupun jam dah dekat pukul 3 petang. Hurmmmm, bila dah jadik camni baru ler rasa nak bersyukur dengan nikmat sihat yang Allah berikan.

Alhamdulillah, walau rasa sakit datang bertali arus, ada jugak hari2 yang Merah dapat fight dengan jayanya untuk berpuasa. Sebab tuh Merah cakap puasa kali nih kena istiqamah. Huhuhuhuhu, doakan Merah!


Selamat Tinggal KIMCHI


Sebelum nih Merah ada citer tentang anak kucing yang Merah jumpak dalam longkang belakang rumah Merah kan! Pertama kali melihat Kimchi, hati Merah terdetik untuk peliharanya sebagai haiwan peliharaan Merah. Serius, Kimchi kucing yang sangat baik. Setiap hari Merah pastikan Kimchi minum susu, bersihkan kotak tempat Kimchi tidur, mandikan Kimchi dan bermain-main dengan Kimchi. Merah benar2 sayangkan Kimchi.


Tiga minggu selepas Merah pelihara Kimchi, Kimchi tiba2 nampak lemah dan tak nak makan atau minum susu seperti selalu. Waktu tuh Merah berada di kampung. Malam tuh Kimchi tak bergerak langsung walaupun masih bernafas. Merah mula menangis. Masa tuh memang Merah dah tak peduli dengan family Merah yang memandang Merah dengan pelik. Merah menangis, mengongoi, dan berbicara dengan Kimchi dengan sepenuh hati. Mudah-mudahan Kimchi dapat lawan rasa sakitnya dan sihat semula. 


Dan esoknya, Kimchi pergi meninggalkan Merah. Lutut rasa lembik. Airmata selaju air paip. Seharian Merah moody. Memandang pada barang2 milik Kimchi meluluhkan lagi hati Merah. Dalam hati Merah mumujuk-mujuk diri yang degil ini. Semuanya hanya pinjaman sahaja. Adat meminjam, Merah perlu pulangkan. Alhamdulillah, masa adalah ubat terbaik yang dapat merawat rasa sedih. Pergilah Kimchi, Merah redha!

my beloved, Kimchi!
Bumi Gaza kembali berdarah. 


Saat ramai umat manusia yang bersungguh-sungguh menyokong pasukan2 pilihan mereka untuk piala dunia, saudara2 di sana pula berhempas pulas mempertahankan agama. Ada yang hilang keluarga sekelip mata. Ada yang cedera. Ada yang cacat dengan tiba2. Dan ada pula yang pulang ke pangkuan Sang Pencipta dan syahid sewaktu berperang melawan Israel laknatullah itu. Sungguh, sewaktu mula2 mendapat perkhabaran akan bumi Gaza yang diceroboh, Merah terkedu, terdiam, dan terhenyak dengan perbagai perasaan. Rasa marah meluap-luap pada anjing2 yang bongkak itu. Bagaimana Ramadhan mereka di sana?


Melihat gambar2 saudara2 di sana hasil perkongsian sahabat2 meluluhkan lagi hati Merah. Sungguh, manusia semakin hilang sifat2 kemanusiaannya. Manusia akhir zaman!




Walau tak mampu menghunus pedang atau senjata, kita masih punya senjata yang lebih ampuh dan berkuasa. Doa, doa dan doa. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, tadahkan tangan padaNya. Doakan yang baik2 mengiringi langkah saudara2 kita di sana. Doakan Saudara2 di sana tabah dalam memperjuangkan kesucian agama. Doakan agar saudara2 di sana dicekalkan hati mereka untuk melawan Israel laknatullah itu.


Allah..! Allah..! Allah..!!


Ceritera tentang hati yang berbagai rasa


6 Februari 2014 hari tuh, umur Merah genap 25 tahun. Bagi orang2 di sekeliling Merah, pada usia 25 tahun nih, Merah sepatutnya telah berkahwin dan berkeluarga. Ramai kawan2 yang sebaya dengan Merah telah mendirikan rumahtangga dan punya anak-anak di sisi mereka. Ada juga yang berada dalam alahan yang teruk kerna mengandungkan zuriat sulung mereka. Ada juga yang berada dalam pantang selepas melahirkan anak mereka. Namun ada juga yang masih berdua walau telah lama berumahtangga.


Dan Merah masih sama. Menjalani hari2 yang bersendiri tidak bererti Merah sunyi dan terdesak untuk mengikut acuan masyarakat kini. Merah percaya pada aturan Ilahi. Pasti ada hikmah yang tersendiri. Tak perlu mengejar-ngejar si soleh itu dan ini, sedangkan diri sendiri terabai dan jauh dari cinta Ilahi.


Pernah sekali kawan di sekolah bertanya akan status Merah. Dan dengan slumbernya beliau menuturkan kata2 yang membuatkan Merah tersentak dan terkedu seketika.


“Susah2 sangat, Merah kawin lah dengan abang saya. Abang saya engineer, rumah dah ada, kereta dah ada. Merah akan senang nanti sebab gaji abang saya pun banyak. Abang saya Cuma tua 6 tahun dari Merah. Tak la jauh beza sangat kan? Kalau memilih-milih sangat nanti, tua ler Merah. Hidup tak boleh terlalu memilih.”


Bayangkan, dengan tiba2 ada 7-8 pasang mata memandang Merah untuk mendengar jawapan Merah sebab suara kawan Merah tuh agak kuat. Merah rasa nak menangis. Ini soal hidup Merah!! Tak salah untuk Merah memilih sebab ini soal masa hadapan Merah. Lelaki yang bakal menjadi suami Merah akan berkongsi bantal dengan Merah, berkongsi bilik dengan Merah, berkongsi cinta dengan Merah, dan berkongsi segala-galanya dengan Merah. Merah memang akan memilih!!! Dan pilihan Merah bukannya terletak pada dunia, sebaliknya Merah akan memilih agamanya. Jika baik agamanya, insyaallah, baiklah segala-galanya.


Dalam diam Merah berfikir jawapan yang jitu untuk kawan Merah nih. Tapi tiba2 mulut Merah meluahkan jawapan yang Merah tak sangka dan tak terfikir langsung untuk berikannya.


“Merah nak kawin dengan cikgu. Merah nak bersuamikan seorang cikgu. Biar tak kaya, asal mencukupi dan bahagia..!”


Kerana jawapan Merah, suasana sekeliling menjadi sunyi sepi. Semua orang terdiam dan terkejut dengan jawapan Merah termasuk tuan punya jasad sendiri. Perhhhhhhh, mana datangnya skema jawapan tuh Merah??????



Sekarang nih Merah serahkan semuanya pada Dia. Merah merancang, orang2 sekeliling Merah merancang, tapi Dia adalah sebaik-baik Perancang kan? Jangan takut ek. Pasti ada hikmahnya!


Sebelum nak undur2 diri Merah nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN. Motif sebab wish awal? Sebab nanti memang lama ler lagi Merah nak hupdate. Hahahahhaha. Jemput mai rumah raya kedua nanti ek. Dengaq citer Cik Adek nak buat laksa. Sebarang perubahan menu akan dimaklumkan kemudian. Harap maklum. Cehhhhhhh!





p/s : Sekarang nih Merah suka dengan lagu Arjuna Beta (fynn jamal). Walau lagu nih dah lama keluaq, baru sekarang nak suka tahap obsess tahap melampau-lampau..! PEACE!!!!