Wednesday, 13 November 2013

1,2,3.. Go!!!!


Assalamualaikum wbt..

Apa khabar anda2 semua? Harap2 sihat dan sejahtera selalu ek.! 

Hahahahaha, sikit punya ramah ayat intro Merah kan. Giler punya caring + happy masa menaip2 nih. Hati berbunga-bunga sambil berdondang sayang. Perhhhhhhh, dramatik sungguh!

Sebenarnya Merah dah berhenti kerja pada 4/11 hari tuh. Waktu tuh memang rasa hilang beban kat bahu nih. Memang betoi2 rasa lega + tenang bila dah berhenti kerja nih.

Dan saat entry nih ditulis, Merah dah 3 hari bekerja. Rasa masih tak puas berfoya-foya menjadi penganggur terhormat. Namun tempoh seminggu bercuti tuh adalah saat2 yang paling ohsemm di dalam hidup Merah.

Dan sekarang hidup Merah berjalan dengan indahnya. Alhamdulillah. Syukran Ya Allah.