Wednesday, 18 September 2013

setiap hari adalah belajar


Setiap hari adalah belajar..
Belajar dari kesalahan..
Belajar untuk tidak mengulangi..
Dan belajar untuk lebih baik..

I'm a good enough person to forgive you, but not stupid enough to trust you..!



Doaku hari ini :

Tuhan, 
beri daku kekuatan untuk segera bangkit jika jatuh, jangan Kau biarkan daku menjadi orang yang lemah.. amin


Friday, 13 September 2013


We may love the wrong person and cry for a wrong reason, but no matter how wrong things go, one thing is for sure : mistakes help us to find the right person for a good reason.




Wednesday, 11 September 2013

Belajar dari silam


Tadi belek2 handphone dengan gigihnya. Satu demi satu nota yang ditulis sejak 2-3 tahun dulu dibaca dengan penuh kusyuk. Kadang2  rasa nak tergelak pun ada jugak. Kadang2 ada jugak terselit rasa touching dan hiba yang berlebih-lebihan. Dan yang paling ajaibnya ialah bila diri sendiri tak percaya bahawa apa yang dibaca itu ditulis oleh diri sendiri.

Masa berlalu sangat2 cepat kan!

Dan silam itu cukup2 jauh untuk digapai dan dicorakkan semula mengikut adunan yang menjadi kehendak hati ini.

Ianya sudah 6 tahun berlalu.

Kalau ada anak yang umur 6 tahun, pasti anak itu sedang belajar di tadika kan..

Siapa sangka manusia yang kononnya lemah dan tak berdaya itu masih bisa berhidup dengan jayanya.

Siapa sangka manusia yang acapkali mengesat titis2 airmata itu bisa tersenyum dengan manisnya.

Siapa sangka manusia yang pernah terluka itu sedang ketawa dan berbahagia tanpa kesal akan silam yang penuh dengan segala macam perasaan yang tak dapat nak diungkapkan.!

Belajar dari silam. Insyaallah, pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik aturan2 hidup ini. Kita merancang, mereka merancang tetapi DIA adalah sebaik-baik Perancang.

Alhamdulillah, syukur sangat2 dengan ketentuan hidup sekarang ini.

Sungguh, enam tahunn yang dahulu itu adalah fasa untuk mencorakkan diri ke arah yang lebih baik dan lebih hebat daripada pelbagai segi.

Awak, saya sudah mampu berdiri sendiri tanpa terkesan dengan silam lagi..!


Tuesday, 10 September 2013

Hari istimewa untuk mereka.!


Semalam ( 09 September 2013 ) ialah hari lahir Puan Mama yang tercinta. Bila masuk jer opis terus call Puan Mama untuk wish besday. Yang hebatnya ialah bila Puan Mama cakap : Merah adalah orang ke-4 yang wish besday kat Ma. 

Perhhhhhh, laju benor Puan President, Cik Adek dan Encik Adek call Puan Mama untuk wish besday. Huhuhuhuhu, jeles dengan mereka2 sebab lebih laju dan tangkas berbanding Merah.

Merah sempat buat kad besday Puan Mama sendiri seperti tahun2 yang dulu. Memang dari dulu lagi Merah tak pernah beli kad besday, sebaliknya Merah akan buat sendiri. Hari nih Merah lupa nak bawak gambar kad besday yang Merah buat tuh, nanti2 Merah akan tunjukkan ek.!

PUAN MAMA, SELAMAT HARI LAHIR!!!!

Ma, semoga segala yang terbaik menjadi milik ma. Semoga senyuman ma terus menyinari hari2 yang mendatang walau sang hujan dan mendung terkadang menghadirkan diri. Merah doakan yang baik2 untuk ma dan Merah akan sentiasa ada untuk menggenggam erat tangan ma. Melihat kedut2 di tangan ma menyedarkan Merah akan peredaran masa dan usia. Masih terasa hangatnya tangan ma mengusap lembut rambut Merah pabila Merah berbaring manja di sisi ma.

Ma, andai Merah tiada, ma mesti terus tersenyum dan berbahagia seperti hari2 istimewa ma. Dan insyaallah, kalau diberikan umur yang panjang, Merah ingin memimpin erat tangan ma sambil menatap kiblat umat islam di seluruh dunia itu. Sungguh, Merah benar2 ingin bersama-sama ma ke sana.


Dan hari nih pula ( 10 September 2013 ) ialah hari lahir sahabat Merah yang paling ohsemmmm, paling cute, paling cantekk, paling baik, paling sabar, paling pemurah dengan senyuman dan paling tip top dalam segala aspek. Perhhhhhh, macam ayat  bodek mintak belanja kepci + mekdi jer bunyinyer kan..kan..kan..!

Buat saudari yang menyambut hari tua anda pada hari ini, saya ucapkan SELAMAT HARI LAHIR tau. Insyaallah, moga yang baik2 akan menjadi milik saudari. Saya di sini akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saudari. Dan yang paling utama, moga hidup saudari akan diberkati oleh Allah swt.

Cehhhhh, aku guna kata ganti nama saudari tuh untuk hang naa. Silalah kagum sambil kesat2 airmata dengan tisu ek.

Naa,
Wishing you a very happy birthday..! May your day be filled with the warm sunshine of  LOVE. And the bright colors of laughter.!


P/s : Naa, agak2 bila aku dapat timang2 baby hang????



Jangan Pandang Belakang


Assalamualaikum wbt.

Harap2 semua orang yang berada di muka bumi ini sihat2 dan baik2 sahaja hendaknya. Harap2 jugak semua orang sentiasa bahagia dan gembira di dalam kehidupan mereka.

Errrkkkkk, macam poyo jer statement Merah kan? Huhuhuhuhu

Please ler Merah, sila bertukar kepada diri kamu yang asal dan silalah kekal bersikap seperti sediakala. Usahlah mengundang sikap yang pelik2 camni ek..!

Dahhh... Dahh, kita stop mengarut dulu ek. Jom kita kembali ke laluan yang asal.

Cer awak2 semua buka tingkap or pintu rumah/opis masing2 sekarang nih. Mesti nampak pemandangan yang sama sejak minggu lepas kan. HUJAN..!! Yupppp, hujan yang tak henti2 sepanjang minggu lepas memang membuatkan Merah happy walaupun kain baju berbau masam sebab tak kena cahaya matahari. Hohohohoho, Merah tak kisah pun kalau hujan hari2. Seyes, Merah suka giler dengan hujan tahap jatuh cinta secara melampau-lampau.


Sejak dan capai umur yang sepatutnya sedang2 elok untuk menjadi seorang ibu nih, Merah cukup2 suka memandang hujan. Kalau dapat main hujan lagilah gumbira tahap tak hengat dunia. Walaupun bunyinya macam sedikit kurang warasnya, itu adalah hakikat. Dengan memandang titisan2 hujan, hati menjadi tenang. Alhamdulillah, tenang yang dicari-cari rupanya ada di sini. 

Okep, kita stop dulu bab2 hujan nih ek. Merah nak citer something sebenarnya.

Hari ahad lepas Merah kena masuk opis separuh hari. Tengah sibuk2 menulis Merah terdengar bunyi tapak kaki orang berlari-lari kat bilik belakang opis. Perhhhhhh, hari tuh cuma Merah sorang jer dalam opis. Mana ada manusia2 yang lain kat opis nih. Merah terus pasang lagu Broery Marantika yang Merah suka tuh, Biarlah Bulan Bicara tanpa sekelumit rasa insaf. Sepatutnya Merah pasang ayat2 al-quran kan, tapi disebabkan nebes tahap tak mampu berfikir dah, Merah hentam bukak lagu tuh. Please, janganlah tiru aksi Merah itu!

Pada detik itu, Merah mula menyetujui tajuk filem hantu yang pemes dulu iaitu Jangan Pandang Belakang. Seyes, memang Merah tak berani langsung nak pandang2 belakang. Jantung pulak rasa macam nak pecah keluar dari dada macam baru jer buat larian pusing stadium 10x. Dan tengah2 nebes tak hengat dunia tuh berlaku sesuatu yang tak diduga.


Zupppppppp.....

Merah nampak ada 'benda' melintas depan meja Merah. Dan sebagai manusia yang tanpa iman yang jitu nih, Merah cukup2 terkejut sampai tertendang meja sendiri sehinggakan terjatuh dengan kerusi2 sekali. Sedar2 Merah dah terbaring di lantai dengan perasaan yang cukup kelam-kelibut. Tanpa berfikir panjang Merah tutup opis dan terus pulang ke rumah dengan perasaan yang penuh dengan pelbagai persoalan.

Dan kesannya ialah ada beberapa bahagian badan yang terkehel dan terpaksa diurut oleh tukang urut profesional. Giler tough la tukang urut yang urut Merah tuh. Rasa nak tercabut segala urat dan tulang badan nih. Huhuhuhuhu. Kamu mampu kesat2 airmata bila tukang urut tuh memulakan aksi yang cukup2 memeritkan badan Merah. Rasa macam nak mintak koma seketika sementara akak tuh sedang mengurut. Boleh tak camtu?

Dan sampai sekarang tak der sapa pun yang tahu sebab sebenar Merah jatuh dari kerusi. Merah cuma cakap Merah jatuh sendiri2. Dan kerna jawapan tuh, Cik Kakak dan Cik Adek membahan Merah siang dan malam tanpa belas kasihan. Huhuhuhuhu. Tak lupa jugak Puan President, Puan Mama dan Puan sis-in-law yang turut serta di dalam aktiviti bahan-membahan Merah nih.

Sejujurnya, merah dah rasa ada benda yang tak kena di dalam opis nih. Namun Merah diamkan sahaja sebab Merah ingat tuh mainan perasaan jer. Tup2 bila dah nampak sendiri, Merah dah mati kutu. Apa yang patut Merah buat?

Tolong..!



Friday, 6 September 2013

hangpa pernah tengok zombi tak?


Soalan luar silibus sungguh hari nih! Giler kentang betoi kan, kan!!!

Kalau semua pakat2 nak melihat rupa zombi yang selalu menjadi momokan orang, meh ler buat trip jumpak Merah. Kompom korang akan berpuas hati dengan penemuan yang cukup2 ohsem nih. Sila bawak sekali kamera atau mana2 henpon yang diyakini dapat menangkap gambar zombi tersebut dengan terang dan jelas untuk dijadikan sebagai salah satu daripada koleksi peribadi korang.

Hahahahahhaha, mesti pelik kan???

Sebenarnya macam nih. Dua malam lepas Merah mimpi something yang buat Merah merunsing sampai hari nih. Dan sejak dua malam lepas Merah memang tak boleh tidur. Ditambah dengan penyakit payah tidur malam Merah nih, memang cukup lengkap ler pakej yang Merah dapat. Muka memang dah tak macam manusia biasa dah sekarang nih. Kalau mana2 pangarah filem nak pelakon yang memegang watak hantu, eloklah kalau beliau segera menghubungi Merah. Tak payah nak make up tebal2 untuk kelihatan seperti hantu. Muka Merah sedia ada sekarang nih dah cukup seram okep.!

Waaaaaa, bila nak dapat tidur yang cukup nih!!!!

Merah dah benci melihat rupa sendiri dalam cermin. Giler seram wehhh!

Mencik...Mencik..Mencik..!!!


Thursday, 5 September 2013

One of the most touching songs ever : Ya Ummi


video

 On every morning, oh mother
I always pick the best of flowers,
Sarah perfumes the whole house
Waiting for your arrival, oh mother!

Mother, I've become older
Sarah, too, grew up
Were both waiting for your arrival, oh mother!

My mother left so many years ago..
She left a pain and longing (in me)
In our house there was warmth
In our house there was love
There was kindness, there was my mother
She was the one who lit up that light!

A light that pushed away that darkness,
That gently wiped that tears,
That whispers with tender and love,
For me to work and become the best!

In  religion and in life...striving with steadfastness.
My mother was preceded me to Jannah..!



Pertama kali dengar lagu nih, Merah dah rasa ada aura2 yang akan membuatkan banjir kilat + guruh yang berdentum-dentum di dalam diri. Nak citer tentang motif Merah nak touching2, memang 4 hari 4 malam ler tak akan habis untuk Merah ulas. Ingat lagi masa mula2 Merah dengaq lagu nih minggu lepas. Time tuh Merah tengah busy tak hengat dunia sampai tak kalih kiri kanan langsung. Kalau2 gajah jatuh tepi meja pun memang Merah buat slumber badak jer agaknya.!

Tengah busy2 tuh, Merah saja klik video nih dalam youtube. Sekali keluar pulak lagu yang sememangnya menusuk hingga ke jantung. Perhhhhhh, emosi tiba2 tanpa peduli orang2 kat sekeliling. Hahahahaha, boleh pulak macam tuh kan. 

Sambil dengar2 lagu nih, teringat kat Puan Mama. Terus tepon Puan Mama konon2 nak tanya masak apa hari nih. Motip sebenarnya ialah rindu. Hahahahha, giler kentang betoi..!!!


Wednesday, 4 September 2013

Lumrah hidup, bila berada di atas tak nampak dah kita2 yang kat bawah nih!


Cehhhhhhh, emo dan psiko giler tajuk entry kiter hari nih.

Seyes, nih bukan salah satu entry kesan daripada simptom2 pms yang kerap melanda wanita2 masa kini. Ini adalah realiti tentang manusia2 sekarang nih.

Kiter cuma nak citer sikit jer hari nih.

Katakanlah kiter punya kawan yang kononnya saling peduli antara satu sama lain. Tapi hakikatnya kiter yang peduli sesangat, sedangkan beliau tak berperasaan seperti kita pun.


Bila beliau susah, beliau cari kiter.

Bila beliau bergaduh dengan adik-beradiknya, beliau cari kiter.

Bila suami beliau buat hal, beliau cari kiter.

Bila beliau rasa nak menangis sebab penat berdepan dengan dugaan demi dugaan, beliau cari kiter.

Bila suami beliau curang, beliau cari kiter.

Bila suami beliau ada perempuan simpanan, beliau cari kiter.

Bila beliau gaduh dengan manusia2 sekeliling beliau, beliau tetap akan carik kiter.

Dan kemudiaannya akan menelefon kiter tanpa mengira siang atau malam.

Beliau akan datang ke opis kiter tanpa mengira jam atau waktu.

Beliau akan terus datang kerumah kiter tanpa izin kita atau tak.
 

Dan bila beliau bahagia + gembira + syok giler, beliau akan menjadi manusia yang bongkak dan lupa. Beliau akan terus lupa pada kiter dan mula berhidup dengan sifat2 angkuh dan sombong yang ntah apa2.

Saudari, kita tak akan selamanya berada di atas. Suatu masa nanti kita akan jatuh ke bawah jua. Jangan sampai dah jatuh dan terhenyak, baru saudari akan menyesal dan teraba-raba di dalam gelap. Hidup ini penuh dengan kejutan demi kejutan. Jangan ingat bahawa bahagia dan gembira akan sentiasa mendampingi kita. Tak salah kalau sekali-sekala kita membengkokkan badan untuk melihat ke bawah saudari. Sila ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk.!

Maaf kalau bunyi entry kali nih agak kasar dan biadap.

Mohon terasa, babai..!!!