Wednesday, 31 July 2013

Pemilik cintaku selepas Allah & Rasul : Beliau adalah segalanya


Hati ini cukup2 sarat dengan cinta yang begitu meronta-ronta kepada Beliau. Benar, saya terlalu mencintai Beliau. Saya terlalu menyayangi Beliau. Melalui hari2 yang penuh dengan konflik dan airmata semenjak dua menjak ini benar2 menguji diri saya. Itu belum lagi ditambah dengan pelbagai masalah yang tak putus2 mengasak diri saya yang tabahnya cuma senipis kulit bawang ini. Namun, memiliki CINTA dari Beliau yang melimpah-ruah ini membuatkan saya terus bertahan dan bertabah di dalam menongkah hidup ini. Ya Allah, cinta yang Beliau berikan itu cukup2 sarat sehinggakan saya tak mampu untuk membalasnya.

Beliau sebenarnya cuma insan biasa seperti saya dan semua umat manusia yang lain. Beliau ketawa seperti saya apabila melihat atau mendengar sesuatu yang lucu. Beliau juga tersenyum seperti saya apabila dihadapkan dengan khabar2 yang baik dan gembira. Beliau juga menangis seperti saya apabila sedang bersedih dan berduka. Kesimpulannya Beliau juga memiliki hati dan perasaan yang sama seperti manusia2 yang lain di luar sana.



Sungguh, Cinta yang Beliau berikan kepada saya cukup2 sarat dan berlebih-lebihan sejak dari dahulu lagi. Namun sayangnya, kadang2 saya terlupa dan alpa akan cinta yang Beliau berikan. Melalui usia2 remaja yang penuh dengan keinginan dan hawa nafsu telah menyebabkan saya sendiri lupa akan cinta yang Beliau berikan pada saya. Desakan hati saya telah membutakan mata saya dalam menilai cinta yang sebenar-benarnya. Keinginan untuk menjadi 'normal' seperti anak2 gadis masa kini telah menjadikan saya seperti manusia yang jauh tersasar dari jalan yang sepatutnya. Dan cinta Beliau saya telah ketepikan kerna mengikut keinginan hati yang tak sudah2 meminta-minta itu dan ini.

Walau disakiti atau diketepikan oleh saya, Beliau tak pernah jauh atau menyendiri. Beliau sentiasa ada di sisi. Beliau tak jemu2 memandang insan yang Beliau cintai ini dengan pandangan yang penuh dengan cinta dan kasih.

Saya masih ingat akan kehangatan tangan Beliau yang tak henti2 mengusap rambut saya sewaktu saya berada dalam kesakitan. Tangan Beliau telah mengirimkan kekuatan kepada saya untuk bertahan dan bertarung dengan rasa sakit. Betapa hebatnya kasih dan cinta Beliau sehinggakan kesakitan yang saya alami lenyap sedikit demi sedikit dengan hanya usapan lembut dari tangan Beliau.

Sungguh, Beliau adalah manusia biasa yang sama seperti semua, tetapi Beliau tersangatlah luar biasa di dalam menitipkan cinta. Saya benar2 sudah kemaruk dengan cinta Beliau. Tak mungkin dapat saya teruskan hari2 saya ini tanpa mendengar suara Beliau. Dan saya berani katakan bahawa Beliau lebih mengenali akan diri saya ini berbanding orang2 lain. Beliau tahu akan segala-galanya tentang saya. Beliau tak pernah menyakiti atau melukai hati saya. Pada Beliau, kegembiraan dan kebahagiaan saya adalah lebih utama.

Dan mana mungkin saya mampu membukakan pintu hati saya ini untuk insan2 lain kerna cinta Beliau itu sudah tersimpan kukuh di hati. Cukuplah cinta Beliau sahaja yang tersemai di hati. Itu sudah memadai, itu sudah mencukupi untuk diri ini. Saya memang sudah tak mampu lagi untuk mencintai manusia2 lain kerna cinta Beliau cukup2 suci. Saya bangga kerna berpeluang dicintai dan mencintai oleh Beliau. Saya sangat2 bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan kepada saya ini. Alhamdulillah, syukur.!

Beliau adalah Puan Norinah Binti Nasri aka Puan Mama.



Ma,
Coretan ini khas untuk Ma. Coretan ini bukan untuk meraih simpati atau kekaguman sesiapa, namun sebagai peringatan untuk anakmu ini. Mungkin juga coretan ini akan menjadi kalam kepada generasi2 nanti supaya mereka2 tahu akan hebatnya Ma dalam memegang amanah sebagai ibu kepada anak-anaknya. Biar mereka2 tahu bahawa Cinta seorang ibu itu mampu mengatasi segala isi dunia.

Ma,
Saat Allah memilih Ma sebagai ibu kepada anakmu ini, pasti ia adalah perancangan-Nya yang benar2 penuh dengan hikmah yang tersembunyi. Siapa mampu menduga bahawa perjalanan yang anakmu tempuhi ini begitu perit dan menduga imannya. Dan Allah telah titipkan seorang ibu yang cukup2 hebat agar anakmu ini mampu bertahan dan mencari jalan pulang ke sisi Tuhannya.

Ma,
Terkadang anakmu ini berharap agar masa tidak berlalu secepat ini. Anakmu ini masih belum puas untuk bermanja denganmu. Hingga sekarang anakmu ini masih terasa hangatnya pelukan dan kucupan bibirmu. Ianya telah mengirimkan rasa bahagia dan cinta yang cukup2 berharga. Sungguh, cinta anakmu ini kepadamu adalah kerna Allah swt.

Ma, tolong cepat sihat dan sembuh.! 

teardrops..#######


Thursday, 25 July 2013

Hlovate says,


Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ini nak kemana.

Kena merancang masa depan kalau nak senang.Tapi duit tu bukan dibuat kiblat, hanya dibuat alat.

Kalau ada kemahuan dan usaha , halangan tu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa.

Hidup tak ada cita-cita tu namanya hidup sia-sia.

Semua orang sebenarnya sama saja, tak ada beza.Tapi kehendak diri sendiri yang sebenarnya mampu buat kita jadi luar biasa.

Biarlah kerja lelah asalkan masih boleh ketawa, daripada kerja mewah tapi berendam air mata.

Sunggguhlah orang kata, nikmat yang ada takkan terasa, selagi ianya tak lenyap daripada depan mata.

Kerja memang bukan lagi dikatakan beban kalau dah tu memang benda yang kita suka lakukan.

Perasaan apabila terjaga daripada mimpi, itu namanya realiti.
Kalau kompas tersilap arah, perlu berpatah balik walaupun payah.
Benih baru nak bangkit disiram dengan air dan baja.Hati baru nak bangkit
kena siram dengan apa?
Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagi perit.
Living here for the hereafter.
Never assume.Ask
Never imitate.Create.
Complex questions only can be solved by patience.
Act dumb.You’ll learn more.
Talking is nothing.Doing is something.
Life is full of answers waiting to be discovered.
When you think you’re it bad, others’ve had it worse.
 
( Contengan Jalanan)
 
 
 


















 
 
Live Well or Live hell?
 
You Choose,
 
I Choose..

 

sila mengkhianati secara terang2


Merah punya seorang sahabat yang rapat dengan Merah sejak Merah form 1 lagi. Boleh dikatakan beliau adalah sebahagian daripada Merah. Di mana sahaja ada beliau, pasti Merah ada di sampingnya. Sejak zaman2 sekolah lagi, kami saling menyokong di antara satu sama lain. Merah bersahabat dengannya kerana Allah. Merah sayangkannya kerana Allah. Bagi Merah, beliau adalah sahabat yang Merah sanggup korbankan apa sahaja demi beliau.

Bukan Merah ingin mengungkit, tetapi Merah telah korbankan banyak benda demi beliau. Merah tak kisah kerna bagi Merah itulah pengorbanan yang perlu dibuat apabila bersahabat.

Dan semalam, terbentang suatu hakikat yang menghenyak diri Merah. Sewaktu kawan2 dari batch sekolah Merah sibuk menjemput kawan2 yang lain untuk reunion, Merah dikejutkan dengan pengkhianatan ini. Dan kerna berita itu, Merah moody sepanjang hari. Segala yang Merah lakukan sepanjang hari serba tak menjadi. Ya Allah, kenapa mesti begini..

Ini perasaan yang paling menyakitkan hati Merah. Terima kasih sebab mengkhianati Merah. Cuma satu jer pesan Merah untuk beliau, lain kali sila khianati Merah secara terang-terangan. Tak perlu nak sembunyi2 kerna insyaallah, Merah boleh terima kalau ianya dilakukan secara berhadapan.








Wednesday, 24 July 2013

mencari jalan pulang


Bukan mudah untuk kembali ke jalan yang diredhai itu.

Dugaannya cukup banyak.

Terkadang dunia itu nampak berlebih-lebih indahnya, sedangkan akhirat itu negeri abadi. 

Tersungkur itu sudah pasti.

Memilih haluan yang salah itu juga suatu situasi.

Namun sampai bila harus begini?


“The man that decided to change on the 12th hours died at the 11th.” 

 

 

 

Tuesday, 23 July 2013

Aku ingin bebas


Sejak kebelakangan nih, ramai yang tegur.

"..Mata sembab dan bengkak.."

"..Bawah mata dah ketara nampak lebam.."

"..Selalu sangat nampak tak cukup tidur dan letih.."

Entah bagaimana untuk aku jelaskan pada mereka2 akan penyebab semua ini. Mereka2 pasti tak akan paham. Mereka2 pasti akan menyabarkan aku dengan kata2 yang mereka kira berhasil menenangkan aku. Mustahil untuk aku terus menjadi biasa dan normal seperti sediakala andai jeritan, makian dan pekikan itu masih menjadi halwa telinga aku. Segala-galanya semakin genting. Aku cuma ingin menghentikan suara2 durjana itu. Aku cuma ingin bebas dari pekikan yang menggila itu. Aku cuma ingin lari dari cacian yang acapkali melukakan sekeping hati ini.



Namun, itu adalah angan2 cuma. Suara2 itu masih ada, suara2 itu masih tega menyakiti, suara2 itu masih sedia membunuh jiwa ini dan suara2 itu makin galak untuk terus menerus menikam jantung ini. Katakan pada aku, sampai terpisah jasad dari roh kah ianya akan terhenti dan sunyi dari suara2 durjana itu?

Cukuplah, aku sudah terlalu lelah untuk bersembunyi dari realiti. Letih dan lelah untuk berpura-pura tersenyum, sedangkan jasad sedang menahan empangan mata ini dari pecah dan melimpahkan lautan duka dan derita. Aku bukanlah manusia hebat yang mampu bertahan dengan semua ini. Aku sudah terlalu tersakiti dengan semua yang terjadi sepanjang kehidupan ini. Aku ingin bebas.

Hentikan semua ini, aku ingin BEBAS..!



*Sumber : Wanita Tanpa Nama




Monday, 22 July 2013

someone like you


Never mind, I'll find someone like you 
  
I wish nothing but the best for you, too  

Don't forget me, I begged, I remember you said  

Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead  

Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead



Kehidupan sekarang mungkin nampak bosan dan suram tanpa gelak tawa dan usikan dari awak. Namun saya gembira di sini. Saya dah terbiasa dengan sepi. Saya dah terbiasa dengan tangisan sendiri yang memberikan melodi yang cukup2 menenangkan sehingga membuatkan saya bangkit untuk bertabah kembali. Saya dah tak kisah tentang bunga2 rasa itu lagi. Sepi dan kelam ini lebih bermakna kerna ia membawa saya jauh dari segala urusan jiwa yang rumit dan renyah untuk dikendalikan oleh jasad saya ini.

Sungguh, saya sangat2 percaya bahawa saya akan bertemu dengan insan lain yang dapat memberikan sebuah rasa bahagia yang tak terhingga. Seseorang yang seperti awak, tetapi beliau akan bersikap lebih peduli dan lebih menghargai diri saya. Dan insan itu mungkin senyumnya sama seperti awak, bahasanya mungkin seperti awak, fizikalnya juga mungkin seperti awak, tetapi jiwanya lebih hebat dari awak. Dan insyaallah, beliau akan menyayangi dan menyintai saya lebih dari awak.


Insyaallah, bahagia itu ada untuk saya..!!!






Friday, 19 July 2013

dulu vs sekarang


Assalamualaikum wbt.

Pejam celik pejam celik, dah 10 hari kita semua berpuasa kan.! Serius, Merah rasa masa berlalu sangat2 cepat dan pantas. Terasa baru semalam Merah nangis2 sebab tak nak bangun sahur bila Puan Mama kejut. Terasa baru semalam Merah tolong Puan Mama buat kuih bahulu atau kuih loyang manis. Dan terasa baru semalam Merah dan adik beradik perempuan yang lain memilih untuk memakai baru raya yang sedondon ala2 kumpulan boria yang meletops gitu.



Realitinya, itu semua ialah kenangan sepuluh tahun dahulu agaknya. Dulu2 memang ler semua kuih majoritinya adalah hasil air tangan sendiri. Tapi sekarang, memang semua tunjuk2 jer. Selain kekangan masa, faktor tenaga jugak diambil kira. Jadi, Merah dan keluarga selalunya main beli jer mana2 kuih yang menjadi pebret atau kesukaan mana2 pihak. Kalau dulu2, baju raya memang Puan Mama yang uruskan. Daripada urusan membeli kain sehinggalah proses menjahit. Tapi sekarang kami adik beradik lebih suka untuk membeli baju yang dah siap kerna masing2 dah punya kerja dan duit masing2. 

Seyes, bukan Merah tak suka kalau2 Puan Mama yang jahitkan baju, tetapi Merah tak nak mencuri masa dan tenaga Puan Mama hanya kerana sehelai baju yang nak dipakai pada hari raya. Cukuplah pengorbanan yang Puan Mama lakukan untuk Merah. Merah tak nak bebankan Puan Mama lagi. Biarlah Puan Mama berehat-rehat sambil melakukan aktiviti2 yang digemari oleh beliau.

Ehhhhh, panjang pulak intro kali nih kan? Huhuhuhuhu.

Okep, sebenarnya Merah nak ceritakan perbezaan di antara zaman dulu2 dengan zaman sekarang. Semua point2 yang Merah nak cerita nih adalah berdasarkan pengalaman Merah sendiri. Kalau Merah renungkan kembali diri Merah yang dahulu dengan yang sekarang, banyak sangat2 perbezaan yang terdapat pada diri Merah. Kata orang, semakin dewasa seseorang itu, semakin berubah selera dan citarasanya. Jom tengok apa yang berbeza sangat tuh..!!!

Pakaian

Kalau dulu2 Merah memang sangat2 berminat dengan pakaian ala2 kebaratan gitu. Merah cukup2 suka kalau dapat pakai skrit dengan singlet sebab Merah rasa Merah cantik pakai cam tuh. Heheheheh, masa tuh budak2 lagi, jadik perasan diri itu cantik adalah wajib. Lagi pulak Merah adalah manusia yang sangat2 terpengaruh dengan citer sailormoon dan obses dengan anak patung barbie. Jadi tak hairanlah kalau Merah memang minat gaya2 macam tuh.


Tapi kalau sekarang masih mempunyai minat sebegitu, wajarlah jika Merah diberikan kaunseling untuk merawat keterujaan melampau terhadap sailormoon atau barbie doll. Huhuhuhu.

Sekarang nih Merah lebih selesa jika memakai pakaian yang lebih longgar dan labuh. Bukan sebab Merah nak berpura-pura sopan atau menjadi ustazah pilihan, tetapi perasaan malu yang menebal di dalam diri yang mengubah pemakaian Merah. Merah tak kisah memakai baju kurung atau jubah bila keluar dari ruimah. Asalkan ianya selesa dan menutup aurat, itu dah memadai bagi Merah. Kadang2 Merah slumber jer pergi ke pasar dengan mengenakan jubah ataupun memakai jubah untuk ke Jusco, Tesco, Giant atau berkelah ke tepi pantai. 

Make-up

Sewaktu bergelar seorang kanak2 suatu masa dahulu, Merah cukup sukakan alat2 make-up. Alat solek yang menjadi kegemaran Merah mestilah lipstik. Rasanya berlonggok-longgok lipstik Puan Mama yang menjadi mangsa kerakusan Merah. Kalau boleh Merah nak bibir Merah terang giler2 sebab nak nampak cantik macam retis2 kat majalah tuh. Bedak, pewarna pipi, celak dan segala jenis khazanah yang bergelar alat solek memang menjadi keterujaan buat Merah. Yang paling lawaknya, Merah tak sabar2 nak jadik dewasa sebab nak pakai alat2 solek nih selalu.

Tapi kan, bila dah menginjak usia dewasa, Merah memang anti nak bermake-up nih. Muka memang sememeh habis. Time orang lain pakat berpusu-pusu ke pasaraya dan terjah ke bahagian alat solek, Merah lebih suka ke Popular untuk membeli buku. Kalau orang lain ada alat make-up sampai satu beg, Merah cuma ada krim muka safi yang digunakan sebagai pelindung uv, bedak silky white yang jarang2 guna dan lips balm sebatang. Yang ohsemmnyer, Merah cuma guna lips balm jer waktu pergi kerja. Hahahaha.

Kasut

Merah memang sangat2 suka beli kasut. Kalau time kecik2 dulu, Merah memang suka kasut tumit tinggi. Kalau boleh Merah nak kasut tuh tinggi sangat2, baru ler nampak bergaya. Sadis kan pemikiran seorang budak seperti Merah nih. Huhuhuhuhu. Selain itu jugak, Merah sukakan kasut yang berkilat, ada bunga2, ada riben, dan warnanya mestilah terang. Dan bagi melengkapkan imaginasi seorang budak yang cantik, kasut itu perlulah berwarna merah jambu. Perhhhhhh, rasa loya pulak bila difikirkan balik.

Tapi sekarang, Merah sukakan kasut yang simple dan ringkas. Merah cuma ada sepasang kasut yang bertumit tinggi, tetapi ianya telah berada di dalam stor sejak 3 tahun yang lalu.Giler benor nak memakai kasut bertumit tinggi nih. Dengan ketinggian 167cm nih, Merah rasa macam monster pulak kalau pakai kasut tumit tinggi.

Perjalanan hidup Merah ini penuh dengan sifat2 yang sementara. Sukakan sesuatu yang cuma sementara sebenarnya. Bagi Merah, tak salah jika kita berubah menyukai sesuatu yang berlainan dari kebiasaan, asalkan ianya tak memudaratkan diri. Perubahan untuk kebaikan itu sangat-sangatlah digalakkan sebenarnya. Itu adalah lumrah di dalam kehidupan yang sementara ini.

Setiap manusia pasti punya keinginan yang bermacam-macam. Namun, setiap dari manusia itu juga pasti punya sedikit rasa di dalam diri mereka untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sejujurmnya, tak perlu untuk merasa takut atau panik dengan kritikan atau teguran sewaktu mula2 melangkah ke jalan yang lebih baik itu. Tak salah rasanya menggantikan skrit dengan jubah jika perubahan itu dapat memberikan rasa bertuhan yang mendalam di dalam diri kita kan?

Kita semua sama sebenarnya. Mungkin berbeza silamnya. Mungkin berbeza pendapatnya. Mungkin berbeza pengalamannya. Mungkin berbeza penerimaannya. Tapi, kita semua pasti punya matlamat yang sama iaitu mengejar keredhaan dan ketenangan di negeri abadi. Insyaallah, kita pasti berjaya.








Maafkan saya





Saya harap saya tak lakukan kesalahan yang sama seperti kesalahan yang saya lakukan pada hari ini. Saya harap saya tak akan lakukan kesalahan yang sama ini pada masa hadapan lagi. Saya benar2 berharap yang saya tak lakukan kesalahan ini. Tapi dah terlambat untuk saya menyesalinya.




Thursday, 18 July 2013

Jika engkau merinduiku


Jika engkau merinduiku... 

berdoalah kepada Allah,

sujudlah kepada Allah 

sehinggakan engkau mengalirkan airmata.
Jika engkau merinduiku...
pandanglah al-quran, 
bukalah al-quran,
bacalah al-quran 
sehinggakan engkau terasa haus.
Jika engkau merinduiku.... 
peganglah tasbih,
berzikirlah dengan tasbih, 
genggamlah tasbih sehingga engkau terlelap.

Semoga rindumu padaku 
beralih menjadi rindumu pada ALLAH... 
 
kerana Dia yang memegang hati kita, 
Dia yang memberikan rasa yang tidak pernah kita sengajakan, 
Dia yangg mengurniakan sesuatu yang tidak pernah kita jangkakan... 
 sesungguhnya 
AKU TIDAK LAYAK DIRINDUIMU 
malah 
TIDAK LAYAK MENDAPAT LEBIH daripada PENCIPTA ENGKAU DAN AKU 
 
# Terima kasih kerana merinduiku #
 
 
 

Tuesday, 16 July 2013

Positive Outlooks




When I look back on my life, I see pain, mistakes and heart ache.

When I look in the mirror, I see strength, learned, lessons and pride in myself




Monday, 15 July 2013

aduhai sahabat, bertabahlah. Teruskan langkahmu sayang.!


Assalamualaikum wbt.

Dia sahabat yang paling Merah sayang..!

Dia sahabat yang selalu peduli akan keadaan Merah..!

Dia sahabat yang selalu ada dikala sahabat2 yang lain tak mampu berada di samping Merah..!

Dia sahabat yang Merah sayang tanpa ragu2 dengan sepenuh hati Merah..!

Dan Merah benar2 menyayangi dia kerna Allah.


Terkadang Merah rasakan bahawa Merah ini bukanlah sahabat yang terbaik kepada dia. Di saat dia sering kali memberikan itu dan ini kepada Merah, Merah cuma menerima tanpa membalas apa2 kepada dia. Merah sahabat yang tidak peka agaknya. Walaupun Merah dapat rasakan dia sedang di dalam kegalauan rasa, Merah tak juga bertanya apa2 kepada dia. Merah cuma berdiam diri cuma. Merah cuma memerhati dari kejauhan sahaja. Merah cuma membekukan hati dan membatukan diri tanpa berbuat apa2. Aduh, sahabat yang sebagaimanakah Merah ini?

Dan semalam, Merah tekadkan diri untuk menghubungi dia. Mendengar sahaja suara dia, mengundang sebak yang tak tertahan di dada. Merah rindukan dia. Merah sayangkan dia. Merah cintakan dia kerana Allah swt.

Dan seperti biasa, jawapan yang dia berikan tetap sama. Merah tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran dia dan menyebabkan dia gelisah. Merah tahu bahawa dia sedang bersedih. Merah tahu segala-galanya, namun Merah tak mampu nak mengucapkan apa2. Merah cuma tahu ketawa dan berpura-pura segalanya okey2 sahaja.


Dear sahabat,

Mengapa menangis? mengapa berduka? 
jangan pernah merasakan Tuhan tak lagi endah, 
tak lagi sudi memandang dan tak lagi kasih kepada kita..
ingatlah dan pujuklah jiwa yang kosong itu, 
Allah tidak akan membebani seseorang 
melainkan sesuai dengan kemampuannya. 
Apapun yang kita hadapi dalam hidup ini 
berusahalah untuk ikhlas 
dan harus ingat bahawa kita dihadapkan 
pada situasi di mana kita dapat melaluinya 
dengan kebajikan dan kesabaran. 
memang tidak dapat dinafikan kesabaran 
dan ketabahan sangat sukar untuk dilakukan 
dan musibah itu amatlah perit dan berat untuk dipikul. 
namun semailah benih keyakinan dalam diri kita yang lemah ini. 
yakinlah Allah akan menolong jika kita teguh dalam keyakinan. 
masih ingat lagi akan bait-bait ayat cinta Allah?

 " jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. dan sesungguhnya demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu' iaitu orang-orang yang menyakini bahawa mereka akan kembali kepadaNya. " (Al-Baqarah : 45-46).

P/s : Sahabat yang saya sayang kerana Allah itu ialah Aina Amani Binti Juniat :)



Friday, 12 July 2013

Sebenarnya mereka2 itu EX saya



Dasat tak tajuk kat atas tuh. Perhhhhhh, ala2 novel 'sebenarnya saya isteri dia' pulak, tapi dalam versi lain. Hehehehhe, silalah tabahkan hati dan tenangkan diri anda2 semua ek. Sebelum Merah citer banyak2 kat sini, Merah nak anda2 semua tau bahawa saya bukan kasanovi tau. 

Jap..Jap...

Boleh ker kalau Merah tukarkan kasanova kepada kasanovi hanya kerana Merah nak gambarkan watak perempuan? Daripada kita semua dok pening2 fikir, baik kita abaikan jer kan, lagi mudah!

Sepanjang hidup Merah nih, Merah kenal ramai kawan, sahabat, teman, rakan dan seangkatan dengannya. Ada yang Merah pernah jumpak face to face, ada yang Merah kenal melalui chatting jer, ada yang Merah kenal melalui perbualan telefon dan ada yang Merah kenal melalui kenalan atas kenalan. Tapi kan, walau macam mana pun Merah kenal mereka2 ini, Merah tetap sayang mereka2 ini macam sahabat2 yang lain.

Okep, sekarang kita berbalik kepada tajuk utama ek!

Hari tuh masa jalan2 kat pasaraya Merah nampak seseorang yang Merah kenal melalui kenalan atas kenalan. Mula2 laju jer langkah nak p tegur dan bersembang sepatah dua. Baru jer nak pergi lebih dekat, Merah nampak sorang lagi insan yang Merah sangat2 kenal  sedang rancak berbual dengan dia. Melalui bahasa badan mereka, Merah tahu bahawa mereka datang berdua ke pasaraya. Masa tuh Merah rasa dikhianati. Mesti korang hairan kenapa Merah mesti rasa camtu kan?

Dulu, insan yang Merah kenal tuh ialah suami kepada sahabat Merah dan sorang lagi tuh sahabat kepada isteri si suami tuh. Merah ada dengar cerita mereka bercerai sebab orang ketiga daripada pihak si suami. Tak sangka pulak insan ketiga itu ialah rakan baik kepada sahabat Merah yang selalu sahabat Merah luahkan rasa sedih dia. Seyes, kalau nak rampas suami orang pun, agak2 ler wehhhh. 

Kemudian Cik Adek tiba2 tegur Merah.

'Ehhhh, tu bukan kawan hang ka?"

Tahu tak Merah jawab apa? Hehehhehehe

"Sebenarnya dia EX Merah la."

Selain wanita bertuah itu, ramai lagi yang telah dijadikan EX Merah kerana beberapa tingkah laku yang benar2 mengguris dan menyakiti hyati Merah. Japppp....jappp...! Mesti korang ingat yang Merah nih berlagak dan perasan bagus dalam menjalinkan hubungan kan?

Please yer, sila berada di tempat Merah sebelum berani2 mengeluarkan statement2 sebegitu rupa ek. Sebenarnya Merah dah menjadi EX kepada rakan usrah Merah yang memfitnah Merah. Merah juga telah menjadi EX kepada seorang lelaki yang mengkhianati Merah. Selain itu, Merah telah menjadi EX kepada beberapa sahabat yang Merah kenal sejak zaman sekolah2 dulu kerana sikap mereka2 yang pentingkan diri. Merah tak berdendam dengan mereka2 ini, cuma Merah dah tak reti nak bersahabat dengan mereka2 ini. 

Buat pengetahuan awak2 semua, Merah memang kenal mereka2 itu. Bukan Merah sengaja tak nak berhubung lagi dengan mereka, SEBENARNYA MEREKA2 ITU EX SAYA

Motif ler sangat buat entry yang mintak kena sepak camni kan.!







sanah helwah Muhammad Hariz Afzan


10 JULAI 2013 ataupun 1 RAMADHAN 1434 merupakan tarikh penting untuk family Merah yang super duper ohsemm nih. Si kecil Hariz dan cecah umur 1 tahun. Sejak2 dah pandai berjalan nih, semua benda Budak Hariz nih nak panjat atau capai. Bangku, meja, televisyen, rak buku, almari dan segala benda yang ada kat rumah tuh dia nak panjat. Yang paling ohsem ialah bila Merah sedang bermain-main dengan Budak Hariz nih, kemudian Merah toleh ke kanan jap untuk ambil henpon. Dan bila Merah pandang Budak Hariz nih, dia dah panjat kusyen sambil senyum2 sampai ke telinga. Perhhhhh, memang mengundang kekaguman yang tinggi betoi Budak Hariz nih.


senyuman yang giler ohsemmm..!!

Tapi kan, bila fikir2 balik, itu sifat semulajadi seorang budak. Budak2 nih akan belajar dari pengalaman2 yang mereka pernah lalui. Bila sesuatu perbuatan yang mereka lakukan menyebabkan kesakitan kepada mereka, insyaallah, mereka tak akan mengulangi perbuatan yang sama.

Kadang2 bila Merah tak balik kampung, rasa rindu sangat2 kat Budak Hariz nih. Serius, Merah rindu nak main kejar2 dengan dia, rindu nak usik2 dia, rindu nak suap2 makanan kat dia dan rindu nak gomol2 dia yang BOLAT dan GEBU nih. Dan yang paling utama, rindu nak nyanyi2 kat dia. Merah bangga giler bila Mama Hariz nih cakap,

"Ummi jer yang pandai nyanyi dan dodoikan Hariz nih. Yang lain semuanya suara ala2 tak masuk dek akal."

Huhuhuhuhu, maaf sebab rasa riak sebentar.  Astaga.

Kepada Muhammad Hariz Afzan,

Ummi impikan segala yang terbaik akan mengiringi langkah Hariz,
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
ilmu yang berguna,
dan hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN HARIZ..!!!

UMMI SAYANG HARIZ BANYAK2..!!!







Thursday, 11 July 2013

Christina Perri - A Thousand Years



Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave?
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone?
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

[Chorus:]
 
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer



[Chorus:]
 
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer
One step closer


[Chorus:]
 
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more






Wednesday, 10 July 2013

Maafkan Merah..!




Ma, Merah minta maaf. Merah sayangkan ma. Merah sayang ma sangat2. Maaf andai Merah melukakan hati ma. Sejujurnya, segala konflik yang berlaku ini benar2 menyiat-nyiat sekeping hati Merah. Lukanya lebih pedih dan dalam. Ma, perlukah Merah terus berdiam dan melihat sahaja segala-galanya tanpa berbuat apa2? Ma, Merah dah penat bernafas di sini. Udaranya terlalu melelahkan Merah. Merah ingin pergi dari sini..! Ma, maaf.