Sunday, 30 June 2013

dan di saat itu..



Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..
Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..
Disaat kamu mulai tidak mencintainya..
Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya.
Disaat kamu mulai bosan dengannya..
Ingatlah saat2 terindah bersamanya..
Disaat kamu ingin menduakannya.. 
Bayangkan jika dia selalu setia..
Ingatlah saat dia jujur padamu..
Disaat kamu menyuruhnya berhenti dr menunggumu..
Ingatlah dia telah lama menunggumu tanpa syarat..
Kamu tidak pernah merasakan erti kehadiran dia untukmu, 
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
baru kamu menyadari semua arti dirinya untukmu...!!!’’

Thursday, 27 June 2013

Resepi cucur kembong yang super duper ohhsemmm


Semalam rasa free sangat2 sampai Merah rasa nak buat sesuatu untuk menghilangkan rasa lapar yang tak tertahan-tahan. Huhuhuhu, tragik giler ayat Merah kan! Jom intai2 resepi yang semudah abc nih.

Resepi Cucur Kembung

Tepung gandum 2 cawan
Gula 1 sudu besar
Yis 1/3 sudu besar
Air kosong 1 cawan

Cara-cara nak buat :

1) Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk yang besar. Kemudian kacau adunan hingga sebati. Pastikan adunan yang dikacau kental dan tidak terlalu cair.

2) Biarkan adunan seketika agar ia mengembang.

3) Goreng adunan seperti jemput2 pisang. Apabila sudah garing, angkat dan toskan. Sedap dihidangkan ketika ia masih panas.









Riang ria tak hengat dunia..!


Seminggu nih bos tak der kat opis u'oll. Hehehehehe, dah ala2 funfair dah opis nih. Semua kerja Merah siapkan cepat2 untuk membolehkan Merah bersuka ria tanpa sebarang gangguan. Meriah dan happening giler opis Merah minggu nih. Dah tiga hari berturut-turut Merah kidnap Alis dan Aieshah masuk ke dalam opis. Dah ala2 tadika perpaduan dah kat sini. Hari2 melukis, menyanyi, mewarna, bercerita dan bergelak ketawa. Serius, rasa sangat2 gumbira dan terhakis segala stress2 yang terkumpul dua tiga menjak nih.




Please, jangan menilai bakat seni Merah pabila melihat lukisan yang Merah lukis nih.! Merah sendiri rasa nak pengsan melihatkan kekakuan dan ketidaksenian tangan Merah apabila melukis. Patutlah masa Merah sekolah rendah dulu, Merah selalu dapat gred C atau D untuk subjek pendidikan seni. Buruk giler lukisan Merah.!! Dari dahulu sampailah sekarang, Merah tak nampak langsung peningkatan Merah di dalam bidang kesenian. Ohhhhhh, mencik2.!!!!!

Budak2 dua orang nih pulak memang excited + berbunga-bunga hati bila diberikan kertas dan colour pen. Berebut-rebut dua2 orang nih melukis bermacam-macam benda. Yang lawaknya, Alis dan Aieshah bersungguh-sungguh mengagumi lukisan Merah yang ala2 lukisan budak tak cukup umur tuh. Berkali-kali Alis dan Aieshah memuji-muji lukisan yang selayaknya ditongsampahkan. Heheheheh, budak2 kan. Walau lukisan macam dilukis dengan kaki, diorang menghargainya bersungguh-sungguh.

Dan tadi masa Merah ke kedai makan milik mummy Alis, Alis tunjukkan lukisan yang Merah lukis nih. Tiba2 rasa nak pengsan melampau-lampau bila tahu Alis lekatkan lukisan Merah tuh kat kaunter bayaran restoran. Yuppp, lukisan tuh dilekatkan dekat dinding restoran milik mummy Alis. Rasa malu giler wehhhh..! Bayangkan berapa ramai manusia dah yang melihat lukisan nih. Waaa...waaa....!

Dan sehingga ke tengah hari, Alis dan Aieshah masih stay kat opis untuk melukis. Cer tengok betapa bersungguh-sungguhnya mereka2 nih melukis.






Sorilah sebab gambar tak berapa clear. Merah snap cepat2 masa diorang sedang menyibukkan diri melukis sebenarnya. Sangatlah tekun mereka berdua itu.

Sejujurnya, Merah rasa damai dengan kehadiran Alis dan Aieshah nih. Mungkin Merah sebenarnya memang suka akan budak2 dan selesa dikelilingi budak2 nih. Kadang2 Merah kidnap Ammar dan Daniel sekali untuk masuk ke dalam opis. Masa tuh memang dah ala2 rumah hantu ler opis nih. Sana menjerit, sini menjerit, situ mengusik, sini mengusik. Sekejap2 pakat bergelak ketawa, sekejap2 pakat  menangis bila diusik dan sekejap2 pakat saling mengadu bila ada yang menonjolkan sikap yang kurang baik atau berlebih-lebihan.

Selain tuh jugak, Merah selalu guide mereka2 nih dalam menyelesaikan homework. Merah tak minta sebarang upah, cuma Merah mintak diorang ajar Merah untuk mendalami bahasa mandarin. Kadang2 rasa malu giler bila Merah tersalah sebut sesuatu perkataan. Yang paling berganda malunya bila mereka berempat saling bergabung untuk gelakkan Merah. Sungguh, dengan berada bersama-sama mereka, Merah rasakan suatu perasaan damai yang tak terucap dengan kata2.



Monday, 24 June 2013

khabar duka, al-fatihah


Sejak pagi tadi cuaca sangat2 berkabus dan mendung jer. Dari tingkap office nih, Merah tengok suasana sangat2 suram dan kelam. Datang kerja pun dalam keadaan tak bersemangat dan malas yang melampau-lampau. Huhuhuhuhu. 

Tadi waktu lunch Merah baru jer makan koew tiau basah sesuap, kemudian handphone  Merah berbunyi. Ada mesej dari Cik Kakak.

"Merah, pak ndak dah meninggal tadi. Jenazah simpan pukul 6pm."

Inna Lillahi wa inna ilayhi Raji un

Tinggggg..!!!!

Sudu jatuh dari pegangan tangan. Menggigil seluruh badan. Baru semalam arwah keluar dari hospital. Merah ingat segalanya akan okep. Tupp2 meninggal dah.

Sejak kecil lagi, Merah memang cukup ramah-tamah dengan bapa2 saudara serta mak2 saudara Merah. Sebenarnya arwah adalah abang kepada Puan Mama. Puan Mama ialah anak bongsu daripada 9 orang adik beradik dan kesemua adik-beradik Puan Mama adalah lelaki.

Sungguh, Merah memang sangat2 rapat dan manja dengan arwah. Setiap kali berjumpa dengan arwah, Merah akan cepat2 bersalam dengan arwah sambil tersenyum-senyum. Dan arwah yang sememangnya cukup2 murah dengan senyuman akan membalas senyuman Merah sambil menggenggam erat tangan Merah. Dengan hanya bersalam dengan arwah, Merah dapat rasakan kasih sayang yang tak terhingga luasnya daripada arwah.

Untuk makluman semua, arwahlah yang membentuk Merah menjadi manusia yang sebegini sebenarnya. Ini kisah 4-5 tahun dahulu. Masa Merah mula2 mendapat tawaran untuk memasuki universiti, Merah rasakan impian Merah untuk bergelar mahasiswi tidak akan tercapai. Waktu itu family Merah sedang berdepan dengan masalah kewangan yang sangat2 meruncing. Setiap sen yang ada sangat2 berharga untuk tujuan yang lebih utama. Dan dengan penuh rasa sebaknya Merah katakan pada puan Mama.

"Takpalah Ma. Merah tak naklah sambung belajaq. Merah nak keja."

Walaupun sukar untuk Merah katakan, namun ayat tersebut terluncur juga dari mulut Merah.

Pabila arwah tahu tahu akan keputusan Merah, arwah cukup2 marah. Kata arwah peluang cuma datang sekali sahaja. Arwah cakap budak pandai macam Merah nih perlu belajar setinggi mungkin. Dan arwah cakap, budak nakal tapi manja seperti Merah ini cukup2 manis bila tersenyum. Tanpa lokek, arwah pinjamkan rm2000 untuk Merah gunakan bagi menyambung pelajaran.

Sungguh, Merah masih ingat tiap patah perkataan yang arwah pernah tuturkan pada Merah. Banyak kenangan dan memori yang cukup2 membuatkan Merah terasa akan kehilangan arwah. Mengingatkan semua itu sahaja telah membuatkan airmata Merah mula berlinang. Cukup2 sebak. Cukup2 terharu. Segala macam rasa mula meruntun hati Merah.

Namun, sebagai manusia, Merah mestilah redha dan terima segala yang tertakdir ini dengan seadanya. Dia Maha Berkuasa untuk menghidupkan atau mematikan makhlukNya. Sebagai insan, Merah cuma mampu mendoakan kesejahteraan arwah di alam 'sana'. Moga arwah ditempatkan di dalam golongan yang berada di dalam keredhaanNya. Amin.





Sunday, 23 June 2013

saat lafaz 'sakinah'

 

 

Saat Lafaz Sakinah

Album : Halawatul Iman II
Munsyid : Far East

 
 
Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Friday, 21 June 2013

jika terasa RINDU...




"..Terkadang ada saat-saat dalam hidup ketika engkau merindukan seseorang sebegitu dalam, sehinggakan engkau ingin mengambilnya dari angan-anganmu lalu memeluknya seerat-erat mungkin.."


Petang semalam Merah rasakan suatu bunga rasa yang tak tertahan-tahan di jiwa. Pelbagai persoalan dan rasa mula berasak-asak memohon jawapannya. Dan Merah tak mampu lagi membiarkannya ia terus mengocak sekelumit tenang yang bersarang di hati.

"Bagaimana keadaan 'dia'?"

"Sihatkah?"

"Sedang bergembirakah 'dia'?"

Atau,

"Sedang berdukakah 'dia'?"

Dan tanpa rasa, Merah mendail nombor telefonnya....!

Dengan hanya mendengar sepatah kata dari 'dia', airmata tumpah tanpa sengaja. Sungguh, ini perasaan rindu rupanya. Ini rindu yang telah lama Merah humbankan jauh ke dalam sana.

Biarlah ia pergi kerna ia bukan milik Merah lagi.!

MAAFkan Merah wahai diri kerna memungkiri janji. Insyaallah, semua ini punya hikmah tersembunyi. Tenang-tenanglah wahai diri..!







Wednesday, 19 June 2013

Aku menyintaimu kerna AGAMA yang ada padamu.


Dear 'Jiwa Yang Tenang'...,

Please, LOVE someone who will bring you straight to JANNAH..!!!!


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..

kenapa nak kahwin dengan saya??


Seorang wanita telah dilamar oleh tiga orang lelaki yang sememangnya hebat dari segi agama dan akhlaknya. Ketiga-tiga lelaki tersebut mempunyai ciri-ciri yang diperlukan bagi menjadi ketua di dalam rumahtangga. Selepas pulangnya rombongan merisik daripada lelaki yang ketiga, wanita tersebut termenung di tepi jendela. Pandangannya nampak kosong dan terarah pada sebatang sungai yang mengalir lesu di hadapan biliknya. Sungguh, wanita itu cukup2 buntu untuk memilih salah seorang daripada tiga lelaki tersebut. Keputusan yang perlu dibuat cukup2 besar dan memerlukan ketelitian yang cukup2 tinggi.



Dan selepas seminggu mendiamkan diri, beliau menghantar mesej kepada ketiga-tiga orang lelaki tersebut.

"Kenapa awak memilih untuk mengahwini saya?"

Ketiga-tiga lelaki tersebut diberi masa selama sebulan untuk memikirkan jawapan yang ringkas bagi persoalan tersebut. Lelaki yang memberikan jawapan yang benar2 dapat membuatkan hati wanita tersebut berdetak akan diterima lamarannya.

Selepas sebulan ketiga-tiga lelaki tersebut datang ke sebuah restoran yang dijanjikan untuk bertemu dan memberikan jawapan kepada persoalan tersebut. Selepas menunggu selama 5 minit, mereka melihat kelibat wanita tersebut di seberang jalan. Wanita tersebut kelihatan berdiri berseorangan di tepi jalan sambil memerhatikan kenderaan2 yang lalu lalang. Selepas 15 minit, wanita tersebut dijemput oleh ayahnya yang datang dari bangunan berhadapan jalan untuk menjemputnya datang ke restoran tersebut.

Setelah semuanya bersedia di dalam restoran tersebut, lelaki pertama mula memberikan jawapan untuk persoalan yang dikemukan oleh wanita tersebut.

Jawapan daripada lelaki pertama :

Saya memilih awak untuk menjadi isteri saya kerana saya yakin bahawa awak mampu menjadi sayap kiri saya untuk menyebarkan syiar islam. Saya memerlukan wanita seperti awak untuk menguatkan saya di kala saya lemah, membantu perjuangan saya pabila saya lelah dan bersama-sama saya sehingga ke akhir hayat saya.

Pabila mendengarkan jawapan daripada lelaki pertama tersebut, wanita itu cuma tertunduk dan membisu seribu bahasa. Melihatkan situasi itu, lelaki kedua terus memberikan jawapannya tanpa membuang masa lagi.




Jawapan daripada lelaki kedua :

Islam sendiri menggariskan beberapa panduan di dalam pemilihan isteri. Namun penekanan yang diberikan ialah kepada agama. Saya melihat agama yang ada di dalam diri awak dan saya yakin bahawa awak mampu menjadi isteri dan bakal ibu yang baik kepada anak2. Insyaallah, suatu hari nanti awak akan membantu saya melahirkan anak2 yang soleh dan solehah walau dihimpit dengan arus kemodenan ini.

Mendengarkan jawapan daripada lelaki kedua itu membuatkan wanita itu saling berpandangan dengan ayahnya. Ada sedikit rasa yang menjentik hati wanita tersebut. Kemudian wanita tersebut menundukkan kepalanya. Wanita tersebut menantikan jawapan daripada lelaki ketiga.

Jawapan daripada lelaki ketiga :

Saya nak kahwin dengan awak supaya saya dapat memimpin tangan awak untuk melintas jalan!

Dan wanita tersebut terpana mendengarkan jawapan tersebut.

Dan akhirnya lelaki ketiga tersebut diterima pinangannya. Lelaki ketiga yang sememangnya tak punya jawapan untuk menjelaskan sebab yang kukuh terhadap persoalan tersebut memilih jawapan itu kerna melihat wanita tersebut bersusah payah melintas jalan. Dan tanpa disangka, jawapan tersebut berjaya menarik perhatian wanita tersebut.



Moral dari kisah ini :

Sebenarnya wanita ini unik dan sukar dijangka. Kadang kala, dengan hanya sebuah jawapan yang pelik bagi pendengaran kita mendatangkan makna yang cukup besar bagi mereka. Sayangilah wanita sebaik-baiknya ek!!!!!




Tuesday, 18 June 2013

Aku cuma An-Nisaa


Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
 
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..
tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
 
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
 
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..




Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
 
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim 
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
 
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
 
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
 
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
 
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..






SUMBER : 
*Petikan dari cerpen iluvislam
Nafas Cinta Insyirah
LongBean




entry yang cukup ringkas!


Assalamualaikum wbt....

Uittttttt, lama giler Merah tak menulis kat cini kan.! Maaf tau sebab malas update blog. Huhuhuhuhu.

Kat sini Merah nak share sesuatu yang ringkas.






Nampak tak jari Merah yang berbalut tuh? Okep, meh Merah nak citer.

* 10 Jahitan
* Terkena buluh ayam percik
* 16 Jun 2013 ( 9.13 malam )


Dan sampai sekarang Merah masih trauma.! Sekian untuk update hari nih.