Thursday, 30 May 2013

suratan atau kebetulan?


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt.

Sebelum Merah nak mula bercerita secara panjang lebar, Merah nak WARNING siap2 kat sesiapa yang terbaca entry ini. Serius, ni entry yang panjang lebar dan penuh dengan nilai2 cinta yang tak berkesudahan. Selain itu juga, ini entry yang tak ilmiah langsung dan memang bosan untuk dibaca. Kalau anda semua terbuka blog nih atau ternampak entry nih, silalah buang segala keinginan anda untuk terus membaca kat sini. Nih cerita paling paling sampah yang Merah nak tulis, namun Merah terpaksa jugak untuk taipkan sebab Merah tak punya medium lain untuk luahkan semua rasa nih.

"Kenapa tak tulis kat facebook jer?" Tiba2 pertanyaan tuh terlantun dari hati nurani Merah.

Jawapan :

Ater, dalam facebook tuh berlonggok-longgok kenalan2 Merah yang sememangnya kenal Merah. Tuh tak termasuk kaum kerabat lagi tuh. Kalau tulis yang bukan2 kat FB , mau kena bahan dek family Merah berdekad-dekad. Lagipun, Merah malas nak tulis benda2 berkaitan hati dan perasaan kat FB nih. Tak der privasi okay! Rasa macam mencari perhatian pulak. Seyes, Merah tak suka!

"Takkan tak dak sorang kawan pun yang dipercayai untuk bercerita?"

Jawapan:

Merah tak suka susahkan sesiapa. Mereka2 sendiri punya masalah untuk diselesaikan. Lagipun, Merah takut akan dinilai dengan pelbagai jenama nanti. Tak semua orang kenal Merah luar dan dalam. Tak semua orang benar2 faham akan keadaan Merah.

"Habis, takkan nak telan sendiri semua perkara2 yang menyakitkan tuh?"

Jawapan:

Sebab tuh Merah aktif menulis balik. Kat sini jer tempat untuk Merah meluahkan segala rasa tanpa gusar atau risau. Kat sini adalah sumber ketenangan Merah. Kat sini jugak Merah akan jumpa rasa damai yang semakin hilang dalam diri Merah.


...........................................................................................................................................................


Minggu lepas, selepas meeting secara besar-besaran kat office nih, ada jamuan makan2 kat kedai makan sebelah office nih. Waktu Merah datang untuk makan, semua kerusi dah penuh, kecuali kerusi sebelah Haji Roslan yang merangkap pegawai dari cawangan Kuala Lumpur. Dengan slumbernya Merah duduk dan mula capai semua makanan tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Tengah bersuka hati menyuap karipap, Haji Roslan tiba2 bersuara.

"Merah, saya nak tanya sikit boleh tak? Tapi Merah janji jangan marah taau salah faham tau. Janji jangan marah tau. Janji tau."

Perhhhhh, suspen giler kot. Apa pulak Haji Roslan nak tanya nih. Merah tahu dia insan yang warak dan berilmu. Atas sebab tuh jugak Merah nebes giler nak tahu soalan dia. Kemudian, dengan wajah yang pura2 cool, Merah minta dia teruskan soalan dia.

"Ermmmmm, macam nih. Saya dapat rasakan bahawa hati dan perasaan Merah sangat2 sakit dan menderita kerna cinta. Saya dapat rasakan ada ramai individu yang sayang dan cintakan Merah, namun Merah masih mengharapkan seseoranag yang dah lama buang Merah dari hidup dia. Kenapa Merah seksa diri merah?

Okay, masa tuh karipap inti ayam tuh dah rasa macam karipap inti pasir. Terkejut sangat. Mana dia tahu semua nih? Meeting kali nih adalah perjumpaan yang pertama bagi Merah dengan Haji Roslan. Ekkkk, pelik la!

"Ehhhhh, tak der la Tuan Haji. Merah happy2 jer la. Merah mana kenal sesiapa pun kat sini. Merah tak der la nak feeling2 tak tentu pasal. Lagipun, Merah tak perfikir pun nak bercinta cintun nih. Hehehehhe, lawak la!"

"Maaf ek Merah sebab menyampuk dalam urusan hidup Merah. Yang pergi itu tetap pergi. Yang tinggalkan kamu itu tetap tinggalkan kamu. Kenapa mesti nak hidup dalam bayang2 dia? Dia dah buang kamu Merah. Kamu tahu kebenarannya, tapi kenapa kamu menidakkannya. Jangan seksa hati kamu lagi. Ramai yang sayangkan kamu lagi. Jangan cuma ingat dia sahaja yang mampu bahgiakan kamu. Merah kena fikir dengan rasional. Nasihat saya, balik nih muhasabah diri balik. Cuba lihat sekeliling, ada insan lain yang sangat2 sayangkan Merah!"

Kepala rasa berputar ligat. Muka rasa panas. Pipi dah merah sangat2 nih. Tekak rasa berpasir. Dan mata tiba2 bergenang air jernih.

Merah letak balik karipap kedua yang dah Merah gigit separuh. Dengan alasan untuk kira stok barang2, Merah balik ke office. Buka jer pintu office, Merah cepat2 masuk ke bilik stor barang dan kunci pintu rapat2. Dan seperti biasa, Merah cuma menangis.


......................................................................................................................................................


Hujung minggu lepas Merah bermalam di rumah sahabat baik Merah, RA. Kesempatan berada di sana Merah gunakan untuk berbual sepuas-puasnya dengan RA. Macam2 topik diselitkan di dalam perbualan kami. Ada suka, ada duka dan kadang2 mengundang tawa yang benar2 lahir dari hati kami berdua. Sungguh, Merah sayangkah ukhwah yang terbina sejak Merah di tingkatan satu lagi.

Sejujurnya, kami mula rapat setelah masing2 tamat tingkatan lima. Sejak hari itu, kami sering berkongsi pelbagai berita dan perkembangan diri masing. Persahabatan ini telah terbina cukup2 lama. Alhamdulillah, pertemuan dengan RA mengurangkan serba sedikit beban yang memberat di kepala ini. Punya sahabat yang mendamaikan seperti RA ini merupakan nikmat yang tak terhingga dari DIA yang maka kuasa. Alhamdulillah.

Berbicara secara bersemuka bersama RA membuatkan Merah lebih terbuka di dalam menjawab segala persoalan2 yang diajukan oleh RA. Dan semestinya topik hati dan perasaan sememangnya menjadi topik utama kerna kami berdua bergelut dengan situasi yang hampir sama. Dan malam itu Merah terluah sesuatu yang sememangnya sudah lama Merah simpan.

Merah rindukan 'dia'..!

Merah rindukan segala-galanya tentang 'dia'..!

Merah berharap untuk bertemu dengan 'dia'..!

Dan RA cuma memandang Merah dengan pandangan yang sukar untuk dimengertikan. Mungkin RA marah. Mungkin juga RA kecewa kerna sahabatnya masih menanti sesuatu yang tak mungkin akan dimiliki. Merah tahu betapa RA mengharapkan agar Merah berhenti memandang pada pintu yang sama dan beralih kepada pintu2 lain yang sedia terbuka untuk Merah. Harapan RA cuma satu, beliau ingin melihat Merah BAHAGIA..!


.....................................................................................................................................................


Keesokan harinya Merah pulang ke rumah kerna pada hari ahadnya Merah perlu datang ke opis untuk membuat sedikit persediaan berkenaan urusan pentadbiran. Petangnya pula abang Merah tiba2 datang ke rumah dan membawa Merah pulang ke kampung kerna bimbang Merah akan berseorangan di rumah. Dalam perjalanan pulang ke kampung, Merah cuma terdiam dan berpura-pura memejam mata bagi melindungi mata yang bengkak akibat menagis. Dan seperti biasa, sakit telinga dijadikan alasan untuk menangis kerna adik-beradik Merah sudah terbiasa dengan penyakit telinga Merah itu.

Merah cuma memandang ke luar tingkap kereta dan melihat tompok2 awan sepanjang perjalanan. Merah cuba menutup kegusaran hati Merah dengan memejamkan mata seerat-eratnya. Tiba2 berlaku sedikit kemalangan di jalan raya. Dan kemalangan tersebut menyebabkan Merah terdiam dan tak sudah2 beristifar panjang. Merah nampak 'dia' di tepi jalan. Merah nampak 'dia' di sana dengan jelasnya. Merah nampak 'dia' yang Merah rindu siang dan malam betul2 di depan mata merah. Andai ini mimpi, sesungguhnya ini mimpi terindah Merah. Andai ini realiti, sememangnya Allah mendengar rintihan hati Merah.

Saat itu airmata Merah terus mengalir dengan lajunya. Allah mendengar doa Merah. Allah berikan kesempatan untuk Merah bertemu dengan 'dia' untuk terakhir kali ini. Walau dengan memandang wajahnya beberapa minit cuma, itu sudah memadai bagi Merah. Itu sudah cukup untuk memuaskan rasa hati Merah. 


..........................................................................................................................................................

 
Dan sekarang Merah sudah bebas dari semua rasa yang mencengkam itu. Merah telah lepaskan 'dia' di saat Merah kehilangan bayangnya sewaktu di tepi jalan dahulu.

Pergilah.....

Pergilah sejauh mungkin...

Pergilah mencari bahagiamu..

Perasaan ini telah bebas untuk sekian kalinya. Sungguh, tiada lagi rasa untuk 'dia' di hati ini. Semuanya telah jauh dibawa pergi. Semuanya telah kering dan mati. Semuanya telah pupus dan tak mungkin bercambah kembali. 

Merah ingin tersenyum selebar mungkin. Merah ingin ketawa seikhlas mungkin. Merah ingin bahagia sehabis mungkin. Merah ingin gembira selagi mungkin.

Nyawa ini cuma pinjaman kan? Jadi Merah tak ingin mensia-siakan. Merah tak ingin menjadi hambaNya yang tidak tahu bersyukur. Dia melimpahkan pelbagai nikmat untuk Merah, jadi Merah tak perlu untuk bersedih kerana sedikit rasa itu.

I'm servant of ALLAH.. Struggling for MardhatiLLah~insyaAllah.
 
"Jagalah Allah, Allah akan menjagamu" :)





Monday, 27 May 2013

Berbahgialah duhai hati yang sedang sarat dengan derita


Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI,
Dari mana kita akan belajar untuk terus BERSABAR.

Jika semua yang kita impikan segera TERJADI,
Dari mana kita akan belajar erti SABAR.

Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN,
Bagaimana kita dapat belajar erti IKHTIAR.

Jika hidup kita selalu BAHAGIA,
Bagaimana kita dapat kenal Allah lebih DEKAT.

YAKINLAH dan PERCAYA segala ketentuan-Nya
adalah yang TERBAIK untuk kita..!




Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu
yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
yang menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu.

Masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan kerna Allah tidak tahu akan derita hidupmu
retaknya hatimu
tapi mungkin itulah yang Dia mahu
kerna Dia tahu
hati yang sebeginilah lebih lunak
mudah dekat dan akrab dengan-Nya.









Sunday, 26 May 2013

Cinta itu sekelumit cuma.






If I knew missing you was going to be a part of my life, I would never have let you in.

WHY?????

Because it's hard to forget someone who gave you so much to remember..!!



You promised that you'd never leave.

WHERE ARE YOU NOW??

-There is no length of time that is too long, no distance that is too far, I LOVE YOU more than life itself-

..................................................................................................................................................

Dear 'Jiwa Yang Tenang',


"Don't be sad if Allah separates you from something or someone you love. If only we knew what His plans were for us, our hearts would melt with the warmth of His love."

*Sometimes you have to putt on a smile and pretend everything's okay. Hold back the tears and walk away!*

Be not sad, surely Allah with us (Surah At-Taubah : 40)




Sekuat mana kita setia,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita menerima dirinya,
kita tidak akan bersama dengannya.

Tetapi,
Jika Allah menulis jodoh kita dengannya,
kita tatap akan bersama dengannya.

Kerna tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah bertukar,
dan akan bertemu pada saat tepat menurut ilmu-Nya.

Tiada kebetulan melainkan semuanya telah dirancang..

Ingatlah,
Wamakarullah wallahu khoiromakirin..

Dan sebaik-baik rancangan adalah dari Allah jua.







Abah


"..There are times when strangers are like family, and family are like strangers.."  

Sangat2 terkesan dengan kata2 yang Hlovate gunakan itu di dalam novelnya yang sangat2 ohsemm iaitu Rooftop Rant. Merah percaya bahawa kadangkala kita akan alami suatu detik di mana wujudnya kasih sayang yang sangat2 mendalam dari indivivdu2 yang asing di dalam kehidupan kita. Mereka2 yang asing ini kadangkala lebih mengerti dan memahami akan diri kita berbanding dengan individu2 yang punya pertalian darah dengan kita sendiri. Mereka2 ini lebih tahu makna tangisan di wajah kita ini. Mereka2 ini lebih peduli dan tahu akan titis2 airmata yang bergenang di tubir mata kita ini. Mereka2 yang kononnya asing ini lebih tahu akan segala-galanya.

Sungguh, Merah bukan ingin mengatakan bahawa orang asing adalah lebih penting berbanding keluarga kita sendiri. Namun, kadangkala individu2 yang bergelar keluarga ini sendiri yang membuka ruang kepada mereka2 yang asing ini untuk masuk ke dalam kehidupan kita. Jujur Merah katakan, kasih sayang itu sememangnya sangat dihargai oleh mana2 manusia di muka bumi ini tanpa mereka sendiri peduli dari mana sumbernya. Sama ada kasih sayang itu milik keluarga sendiri atau mereka2 yang asing ini, kita akan tetap menerimanya dengan setulus hati. Itu lumrah sebenarnya.

Pertama kali di dalam hidup Merah rasakan satu limpahan kasih sayang yang sangat besar nilainya dari seorang tua yang tak punya walau secarik pertalian darah dengan Merah. Merah sangat2 kagum dan tersentuh dengan segala yang beliau lakukan untuk Merah walaupun keupayaannya sangat2 terbatas. Merenung segenap wajahnya yang sudah berkedut seribu itu mengingatkan Merah akan segala pengorbanan yang telah beliau lakukan demi anak-anaknya. Sungguh, mereka anak2 yang bertuah kerna punya seorang ayah yang begitu sarat dengan cinta yang tak terhingga kepada anak2nya.

Merah cuma manusia asing yang singgah sebentar di dalam kehidupannya, namun beliau telah lambakkan Merah dengan sepenuh kasih sayang yang Merah tak duga sebenarnya. Dan kerna itu, Merah seolah-olah dikejutkan dengan satu rasa yang tak tergambar dek minda. Rupa-rupanya begitu rasanya kasih sayang dari seorang lelaki yang bergelar 'abah'. Kasihnya penuh dengan cinta yang tak terhitung nilainya. Pengorbanannya bukan dilakukan untuk dibalas, sebaliknya untuk memastikan anak2nya selesa di rumah yang tak semewah mana. Itu rupanya kasih dan cinta seorang 'abah' kepada anak-anaknya.

Sepanjang malam Merah tak dapat melelapkan mata kerna seorang 'abah' ini. 'Abah' yang begitu menjaga kepentingan anak-anaknya sehinggakan mengabaikan kepentingan diri sendiri. Walau sekejap cuma, namun Merah sendiri terpana dengan kasihnya pada Merah. Merah cuma sahabat kepada anak gadisnya. Merah cuma sahabat anak gadisnya yang jarang2 menjengahnya. Merah cuma orang asing yang tiba2 memilih untuk bermalam di rumahnya kerna ingin meluangkan masa yang berharga bersama-sama anak gadisnya. Namun, seorang 'abah' itu benar2 menyentuh hati dan perasaan manusia yang asing seperti Merah ini.

'Abah' sudah kehilangan isteri yang tercinta sejak 6 tahun yang lalu. Sejak itu, 'abah' menjalani kehidupan sebagai ibu dan ayah kepada anak-anaknya. Kasihnya mungkin diberikan dengan sepenuhnya kepada sahabat Merah iaitu RA yang merupakan anak bongsunya kerna dua lagi anaknya sudah berumah tangga. 'Abah' bukanlah lelaki yang nampak kuat dan gagah kerna sebelah dari kakinya tempang dan 'abah' sememang punya penyakit seperti penat dan lelah kalau tak silap Merah. 'Abah' sering sahaja diserang dengan serangan penat dan asma sehinggakan anak gadisnya iaitu RA memilih untuk berjaga setiap malam kerna takut 'abah' diserang dengan penyakit taktala RA terlena dibuai mimpi indah.

Walau dalam keterbatasan di dalam pergerakan, 'abah' tetap beruasaha untuk memastikan Merah dan RA dapat menikmati masakan dari air tangannya. Bukan pada hari itu cuma, sebaliknya 'abah' sememangnya jarang menjadikan makanan dari luar sebagai alas perut kepada keluarganya. 'Abah' sememangnya menjaga keluarga tanpa kenal erti penat dan lelah. 

Dan Merah cuma mampu menahan rasa yang bergolak di dalam hati ini sepanjang berada di rumah RA. Seorang 'abah' itu benar2 meruntun hati Merah. Setiap suapan nasi yang masuk di dalam mulut Merah mengingatkan Merah akan seorang 'abah' itu. Dalam gelak dan tawa Merah sepanjang di sana sebenarnya adalah satu lakonan untuk menahan airmata ini dari tumpah. Beruntunglah RA kerna punya seorang 'abah' yang begitu tulus mencurahkan rasa cintanya tanpa disertakan dengan sebab2 tertentu.

Demi Allah, Merah sangat sayangkan seorang 'abah' itu. Kasih yang dicurahkannya kepada Merah sememangnya begitu berharga dan tak mampu Merah balas dengan harta yang berjuta-juta. Merah tak mampu berikan apa2, namun Merah cuma mampu menadah tangan pada Dia dan memohon agar 'abah' berada di dalam jagaan-Nya. Dia adalah sebaik-baik pengharapan untuk Merah. 

Dan sehingga sekarang, Merah masih merasakan hangatnya kasih sayang 'abah' untuk Merah. 'Abah', terima kasih kerna memberi ruang dan peluang untuk Merah mengenal erti kasih dan cinta seorang 'abah'. Manusia yang begitu tandus akan kasih sayang dari seorang ayah ini akhirnya punya kesempatan jua untuk mengenal sebuah perasaan yang indah itu. Walau sekejap cuma, insyaallah perasaan ini akan Merah bawa sehingga keakhirnya. Cukuplah dengan nikmat yang Allah berikan kepada Merah ini. Alhamdulillah, Merah tidak akan tertanya-tanya lagi bagaimana rupanya kasih seorang ayah itu. Buat RA, terima kasih di atas kesempatan ini.















Monday, 20 May 2013

i'm ok


Have you ever felt so ALONE
and nothing makes sense..?

Well,
that's how I feel right now.

I  feel like I'm facing  everything
by myself.

With nothing less 
but TEARS,
and a fake smile..!





Dear 'Jiwa Yang Tenang',
Do not give up and do not be downhearted.
You shall be uppermost if you are believers.
(3:139)


Thursday, 16 May 2013

selamat hari guru!


Assalamualaikum wbt.

Mula2 sekali Merah nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua insan yang pernah mengajarkan Merah tentang segala benda yang baru bagi pandangan mata Merah. Kepada cikgu2 yang pernah mengajar Merah sejak dari tadika sehinggalah Merah darjah enam, terima kasih sebab menjadi role model yang cukup2 ohsemm bagi pandangan mata Merah. Ingat lagi dekat Cikgu Salehana yang cukup2 pandai mengajarkan subjek Bahasa Melayu sehinggakan Merah suka akan subjek tuh sampai ke hari ini.


Kalau korang nak tahu, bakat bersukan Merah juga digilap oleh Cikgu Salehana yang tak putus2 melatih Merah bermain bola baling masa sekolah rendah dulu2. Rasa macam tak percaya pulak bila Merah fikir2 balik. Iyer la, Merah menjadi kapten pasukan bola baling sejak dari darjah lima hingga ke darjah enam. Dalam usia 11 tahun, Merah perlu memimpin sebuah pasukan bola baling yang terdiri daripada kakak2 dari darjah enam. Seyes, cuak giler time tuh. Tapi kan, berkat tunjuk ajar Cikgu Salehana, Merah berani untuk memimpin pasukan Merah dengan baik. Perhhhhh, bila ingat2 balik rasa bangga plak. Heheheheh.

Masuk jer sekolah menengah, ada dua orang cikgu yang memberikan pengaruh yang cukup besar kepada diri Merah. Pertama ialah Ustazah Azimah, dan yang keduanya ialah Teacher Mashitah. Dalam banyak2 cikgu kat sekolah tuh, dua orang cikgu nih yang sentiasa Merah ingat dan sayang semenjak dari dulu, kini dan insyaallah selama-lamanya.

Seingat Merah, Ustazah Azimah memang cukup2 ditakuti oleh pelajar2 kat sekolah Merah sebab beliau cukup2 tegas berkenaan dengan disiplin murid2 nih. Dan trademark beliau yang Merah ingat sehingga hari nih ialah rotan beliau yang cukup2 berbisa tuh. Huhuhuhuhu. Kemana sahaja beliau berjalan, rotan kesayangan beliau akan sentiasa dibawa bersama. Dan sepanjang Merah belajar di sekolah menengah, rotan tersebut dah menjadi seperti bestfriend paling kamceng dengan Merah. Huhuhuhu. Dulu2 merah memang marah bila asyik kena rotan dengan Ustazah. Serius, Merah cukup2 tak puas hati dengan tindakan yang diambil oleh Ustazah untuk merotan Merah.

Tapi kan, bila masuk tingkatan 4, Merah sedar suatu perkara. Apa yang beliau lakukan sebenarnya bersebab. Beliau tak sanggup melihat Merah merosakkan masa depan Merah sendiri dengan perangai2 yang cukup2 nakal tuh. Alhamdulillah, sejak itu Merah semakin rapat dengan beliau. Serius Merah sangat2 sayangkan Ustazah Azimah. Pagi tadi Merah telefon beliau untuk ucapkan selamat hari guru, dan kata2 dari beliau membuatkan Merah terkedu.

"Saya umur dah dekat 50 tahun. Tak tahu la sempat ker tak untuk tengok Merah berbaitul muslim. Teringin nak tengok Merah bahagia. Merah adalah ex-student saya yang chubby dan paling menghiburkan hati saya."

Merah sedih bercampur bahagia bila ada seorang guru yang tak punya sebarang pertalian darah dengan Merah, tetapi begitu menyayangi dan tak pernah jemu mendoakan kebahagian Merah. Buat Ustazah Azimah, moga Uztazah sentiasa sihat dan kuat untuk mendidik anak2 bangsa supaya menjadi insan yang berguna. Merah sayangkan Ustazah kerana Allah. Sayang Ustazah banyak2..!!

Teacher Mashitah pula berlainan sikit sikapnya dengan Ustazah Azimah. Beliau cukup2 low profile dan tak pernah merotan, memukul atau menyakiti fizikal pelajar-pelajarnya. Melihat kepada wajah jernihnya sahaja membuatkan Merah cukup2 merasa tenang dan gembira sewaktu di dalam kelas beliau. Kata2 nasihat yang diucapkan oleh beliau sememangkan cukup2 menyentuh dan menjentik sekeping hati milik Merah. Kekuatan Teacher Mashitah adalah pada kata-katanya yang cukup mencengkam jiwa.

Merah ingat lagi reaksi beliau masa mula2 beliau tahu bahawa Merah adalah adik kepada seorang pelajar contoh dan menjadi kesayangan guru2 di sekolah tersebut. Rasa tak percaya, terkejut dan hairan memang jelas terpancar di wajah beliau. Dan dalam kepelikan tersebut, beliau berkata,

"It's impossible, too different attitudes"

Kadang2 lawak jugak bila Merah fikir2 balik. Menjadi manusia yang 360 darjah berbeza daripada saudara kandung sendiri sememangnya sesuatu yang mengundang pelbagai telahan dari pelbagai pihak. Heheheheh.

Selain cikgu2 kat sekolah, Merah nak ucapkan jugak selamat hari guru kepada semua individu yang banyak mengajarkan Merah bermacam-macam perkara. Contohnya.

Puan Mama yang mengajar Merah dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara.
Puan President yang selalu ajar Merah memasak.
Cik Kakak yang selalu bawak Merah jalan2 merata-rata tempat.
Cik Adik yang selalu manjakan Merah dan menggenggam erat tangan Merah sewaktu nak lintas jalan.
Encik Abang2 yang selalu ajar Merah untuk menjadi tabah.
Incik Adek yang selalu ajar Merah dengan eksperimen2 unik.
Kawan2 yang selalu ajarkan Merah cara2 untuk berdikari dan berbahagia.

Semalam ada dua orang individu special yang dapat wish secara direct sempena hari guru nih. Sungguh, mereka sangat2 special sebab mereka adalah insan yang tak jemu2 mendidik manusia yang membebankan seperti Merah ini. Merah share mesej tuh kat sini ek.

Bila aku menangis dan tak tahu bertindak seperti apa, hang sentiasa ada untuk tunjukkan aku jalan pulang. Bila aku rasa tak mampu untuk keluar dari silam yang penuh dengan warna suram, hang tega memimpin tangan ini dengan hati yang penuh dengan rasa cinta dan sayang. Bila aku semakin hilang dari laluan kehidupan, hang sentiasa berusaha untuk pastikan sahabatmu ini tak lagi kesesatan. Mana mungkin sahabatmu ini mampu bertahan tanpa dirimu yang tak pernah lelah mengajarkan itu dan ini berkenaan kehidupan.
dear sahabat,
tq untuk semua pelajaran yang diberikan.
tq kerana menjadi guru kepada seorang teman yang membebankan ini.
HAPPY TEACHER DAY..!!




Dan tak lupa juga kepada dia yang pernah mengajarkan Merah erti sebuah kebahagiaan dan pengorbanan. Insyaallah, kamu akan menjadi seorang guru yang sangat2 menenangkan pelajar2 kamu suatu hari nanti. Awak, SELAMAT HARI GURU!

Sekian.



 


Saturday, 11 May 2013

Tolong ajarkan Merah..!!


Kadang2 rasa marah sangat dengan diri sendiri.
Kenapa mudah sangat tergelincir dari jalan yang sebenar-benarnya?
Kenapa masih tak mampu nak tinggalkan semua tuh?
Kenapa mesti membiarkan bayang2 lalu mengocak hati yang dah lama sepi ini?

Merah ingin berubah.
Merah ingin bebas.
Merah ingin buang semua rasa2 itu.
Merah ingin campakkan semuanya jauh dari membelenggu Merah.

Merah memang marah..!
Merah marah sangat2.
Merah tak tahu bagaimana ingin Merah kikis satu beban rasa ini.
Merah tak mahu ia terus mengasak hati Merah.

 Awak..
Awak ajarkan Merah tentang ini semua.!
Awak bersama-sama dengan Merah selama bertahun-tahun dengan satu beban ini.
Ajarkan Merah cara untuk kikis semua ini.
Ajarkan Merah untuk bebas dari semua ini.
Ajarkan Merah untuk membersihkan noda ini.
Ajarkan Merah untuk tinggalkan bayang2 ini. 
Awak, 
ajarkan Merah untuk lupakan semua rasa yang menyeksa ini.

Dan seperti biasa,
Awak tak punya waktu untuk ajarkan merah.
Awak dah buang Merah.
Awak tak mungkin mengingati lagi semua rasa itu.
Dan awak mampu tersenyum tanpa bebanan itu.

Sungguh,
bukan harta yang Merah pinta.
Bukan cinta yang Merah pinta.
Bukan simpati yang Merah  ingini.
Merah cuma ingin bebaskan sebuah rasa ini.

TOLONG MERAH.>!!!


Thursday, 9 May 2013

surat dari anak mak yang dah tak nakal


Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...



Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...

Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih... 

Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. 

Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan takk..?? 

Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...

Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital... 

Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju...

Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...

Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...

Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...

Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...

Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...

Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...

Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.." 

Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...

Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan... 

Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas... 

Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...

Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????

Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...

Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...

Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...

Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH 

Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..




Sekian terima kasih, Yang Benar Anak mak yang dah tak degil



*Artikel nih dipetik dari I LUV ISLAM. 

Wednesday, 8 May 2013

cerita tentang sahabat dan airmata


Dekat luar opis, cuaca mendung jer sejak dari pagi tadi. Hari nih Merah tak nampak langsung jejak2 dari sang matahari. Langit gelap dan kelam jer. Sama kelam macam diri Merah sekarang nih. Sejak dari pagi tadi Merah cuba untuk menutup segala apa yang disimpan di dalam hati ini agar ianya tak terlukis di wajah Merah. Merah dah benci akan diri sendiri yang asyik2 nak menangis jer! Merah dah tak nak menangis dan merintih atas semua yang terjadi. Merah perlu kuat!

Ikutkan hati, Merah nak kongsikan segala isi hati Merah di sini. Merah benci dengan ketidakadilan yang berlaku di dalam sistem nih. Dulu Merah dah ceritakan betapa keutamaan selalunya diberikan kepada mereka2 yang punya kuasa atau pangkat. Bagi manusia2 yang selalunya berusaha menggunakan keupayaan diri sendiri ini, peluang untuk berjaya sangat2 tipis. Merah dah cuba sedaya upaya. Merah dah usaha sehabis mungkin. Bukan Merah sengaja menempah tiket untuk gagal, tetapi Merah gagal kera tiadanya ketelusan di dalam sistem ini lagi.

Kalau nak cakap Merah kecewa, Merah rasa lebih dari kecewa sekarang nih. Kalau nak cakap Merah sedih, Merah rasa lebih dari sedih sekarang nih. Serius, rasa nak jerit kuat2. Biar hilang segala rasa marah dan kecewa yang mencengkam hati ini..!!!

Dan baru jer beberapa jam yang lepas, Merah telah memungkiri janji. Bukan Merah tak cuba untuk menahannya, tetapi titis2 jernih nih sahaja ubat yang paling mujarab untuk memujuk hati ini. Merah sedar sesuatu, wanita dan airmata umpama sahabat yang tak mungkin dipisahkan oleh apa jua cara.

Mulanya Merah memang kuat. Selepas menyemak keputusan temuduga, Merah terhenyak di kerusi. Merah gagal lagi..!!!!!

Dan Merah mula menyibukkan diri dengan pelbagai kerja. Merah tak nak memikirkan sangat tentang kegagalan Merah. Namun, masuk jer waktu rehat Merah ambil telefon dan terus mendail nombor sahabat Merah.

Merah : Assalamualaikum.

Sahabat : Wassalam. Ermmmm, apa cer kol tengah2 hari nih? Nak jemput kenduri kawen Merah ker hujung bulan nih?

Merah : Ehhhh, ke situ pulak. Mana ada la. Takkan la Merah nak kawen sebelum kamu. Nanti2 kamu nak kawan dengan sapa kalau Merah kawen. *ketawa*. Ntah2 kamu yang tengah planning nak kawen tahun nih. *ketawa*. 

Sahabat : Kamu okey ker Merah?

Merah : *ketawa*. Lorhhhh, kenapa tanya Merah macam tuh? Merah okey jer. Tak der apa2 la. *ketawa*. Kamu nih bimbang sangat la. Terkena simdrom pilihanraya ker? *ketawa*

Sahabat : Kamu biar betul Merah. Lain macam jer suara kamu. Kamu betul2 okey ker?

Merah : Ishhhhh, tak der apa2 la. *ketawa*

Sahabat : Kalau ada masalah bagi tahu jer. Jangan pendam sorang2. Mana tahu kalau2 boleh mengurangkan beban kamu.

Merah : *ketawa*. Kamu nih kan, suka panik tak bertempat. *ketawa*. Ehhhh, kamu tahu minggu lepas Merah jumpak budak2 yang selalu belajar quran kat masjid usm dulu. *ketawa*. Serius, Merah tak ingat langsung dah muka depa. *ketawa*. Kalau depa tak tegur Merah, memang ler Merah tak perasan langsung. Si Fakeh yang selalu nangis tuh dah pandai baca quran. *ketawa*. Kamu ingat tak budak kecik yang selalu kamu buli tuh, dia dah nak pindah ke Pahang bulan depan. Ayah dia ditugaskan kat sana pulak. *ketawa*. Ainun pulak dah pandai lilit2 tudung ala2 najwa latif. *ketawa*. Seyes, cumell giler.!!!! Dan Aqeem yang Merah paling sayang tuh dah pandai cemburu tau. * ketawa*.

Sahabat : Merah, jangan camni! Kamu okay tak nih?

Merah : *ketawa*. *ketawa*. *ketawa*. Kamu ingat tak Cikgu Hakimi yang kamu pernah admire sangat2 time kita 1st year hari tuh? Dia dah nak kawen hujung tahun nih. *ketawa*. Tak sangka jodoh dia dengan Kak Alin yang meniaga nasik lemak depan blok kamu. Ishhh, tak sangka sungguh. *ketawa*.

Dan Merah terus bercerita dengan bersungguh-sungguhnya.

Kemudian ketawa..

Ketawa..

Ketawa..

Ketawa lagi..

Lagi..

Dan lagi..

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Kemudian Merah terdiam pabila sahabat di hujung talian membisu tanpa suara. Buat seketika cuma sepi yang menguasai ruang.

Sahabat : Merah, kamu sahabat aku. Aku tahu kamu sedang bersedih. Aku tahu kamu cuba untuk bercerita, namun kamu tak mampu untuk luahkannya. Aku tahu kamu itu sahabat aku yang sebagaimana Merah. Kalau tak mampu luahkan, menangislah Merah. Jangan kamu tahan. Jangan kamu simpan semua rasa tuh sorang2. Kamu tak perlu tipu aku dengan ketawa yang bunyinya terlalu palsu tuh. Tuh semua plastik. Tuh semua sampah. 

Dan akhirnya, airmata itu gugur jua. 







*Buat sahabat, tq sebab bantu Merah untuk kembali merasa lega.