Monday, 29 April 2013

sakit telinga


Assalamualaikum wbt.

Hari nih kepala berdenyut-denyut lagi. Gara2 jangkitan kuman di dalam telinga, Merah rasa macam nak pitam. Sepatutnya Merah puasa hari nih, tapi lepas lunch tadi Merah dah tak mampu nak bertahan. Last sekali Merah telan dua bijik panadol untuk kurangkan sikit rasa sakit yang menyengat nih. Sekarang pun masih berdenyut-denyut lagi kepala Merah. Perasaan nak menghentuk kepala sendiri ke dinding cukup2 memuncak saat ini. Tadi Merah cuba kuis2 dalam telinga nih dengan menggunakan tisu yang Merah gulung panjang2. Bila tarik keluar, ada kesan darah dan nanah di dalam telinga. Ya Allah, sakit sangat2!

Serius, Merah memang selalu terkena jangkitan kuman di dalam telinga. Bila Merah cakap telinga Merah sakit, family Merah akan keluarkan pelbagai statement.

"Ehhh, telinga Merah sakit balik"

"Merah berjemur kat panas ker sampai telinga Merah boleh sakit balik"

"Keluar rumah tak pakai payung ker"

"Ubat titik yang selalu Merah guna untuk titik kat dalam telinga dah habis ka?"

Merah pernah tanya doktor kenapa telinga Merah selalu kena jangkitan kuman sebab Merah pelik. Dalam setahun, hampir 20 kali Merah akan ke klinik atau hospital kerana jangkitan kuman di dalam telinga. Sebagai manusia biasa, tidakkah ini terlalu pelik untuk manusia seperti Merah. Dan kepelikan Merah itu terjawab sewaktu Merah mendapatkan rawatan di klinik panel universiti 2 tahun lalu.

Kata doktor, kulit Merah jenis kulit yang menyerap haba, tetapi bukan jenis yang membebaskan haba itu semula. Jadi, kawasan dalam telinga Merah akan menjadi terlalu kering. Lama kelamaan ia akan mengelupas dan berkudis. Kemudian pembiakan fungus atau bakteria akan terjadi di dalam telinga Merah. Oleh itu Merah sentiasa mempunya stok ubat titis di dalam peti sejuk untuk mengelakkan kawasan dalam telinga Merah menjadi terlampau kering.

Sejak hari itu, Merah memang tak pernah lupa untuk titiskan ubat tersebut di dalam telinga. Namun, sejak 2 bulan lepas, Merah berhenti menggunakan ubat tersebut sebab Merah rasa Merah dah sembuh sepenuhnya. Dan sekarang Merah terpaksa tanggung akibatnya. Rasa nak pengsan, rasa sakit, rasa pening, rasa loya dan segala rasa yang menyakitkan ini buat Merah rasa nak menangis. 

Waaaaaaaa...Waaaaaaa, sakitnya!!!!!

Thursday, 25 April 2013

sedikit jawapan tentang cinta


Assalamualaikum wbt.

Lama jugak Merah tak singgah ke sini kan? Dah ala2 rumah hantu dah belog nih. Berhabuk dan bersawang kat sini. Sebenarnya Merah sangat2 busy sekarang nih. Banyak perkara yang menuntut perhatiaan dan campur tangan Merah. Kalau dah siapkan semua pun, Merah tak tahu nak update tentang apa kat belog nih. Kalau sebelum nih Merah punya banyak benda nak tulis kat belog nih, tapi sejak dua tiga menjak nih Merah agak blurr. Jadi Merah terpaksa ketepikan belog nih. Huhuhuhu, ampun ek!

Beberapa hari yang lalu, ada sahabat yang bertanya pada Merah akan makna cinta bagi pandangan Merah. Lama jugak Merah ambil masa untuk membalas mesej dari sahabat Merah itu. Bukan kerna Merah ingin mengarang bahasa2 yang indah lagi puitis untuk sahabat Merah itu, tetapi Merah ingin menjawab soalan ini dengan sepenuh hati tanpa dipengaruhi oleh sebarang elemen.

Kenapa Merah tak nak menjawab mengikut pemahaman Merah berkenaan cinta?

Jawapannya mudah. Merah tak nak sahabat Merah merasai apa yang pernah Merah rasakan. Merah pernah tersilap di dalam memahami definisi cinta suatu masa dahulu. Kesannya Merah telah menyakiti diri Merah dan memberikan layanan yang tidak adil terhadap diri Merah.

Dan selepas beberapa ketika, Merah balas mesej sahabat Merah itu.

"Dear sahabat, cinta itu ialah untuk memastikan seseorang itu berhidup dengan elok, berhidup dengan sejahtera dan berhidup dengan bahagia walaupun di akhir nanti mereka tak dapat mengakhirinya di jinjang pelamin. Cinta itu tak semestinya berakhir dengan perkahwinan."

Merah sendiri sebenarnya mengambil kata2 tersebut dari ceramah2 yang Merah dengar dari Ustaz Kazim Elias. Masyaallah, betapa banyak ilmu2 yang dapat dikutip melalui ceramah2 beliau. Bahasanya mudah. Contoh yang beliau gunakan juga sejajar dengan situasi zaman sekarang. Dalam ketawa beliau sebenarnya menyelitkan banyak nasihat2 untuk renungan kita bersama. Jom muhasabah diri beramai-ramai!!!!!






Tuesday, 16 April 2013

enough is enough


I'm tired to hold on, 
but it hurts too much, 
I tried to forgive 
but it's not enough. 
Please, leave me alone. 
Enough is enough!!!!!!


Monday, 15 April 2013

kepada 'dia'



 puas aku rayu
 puas aku desak
 puas aku seru 
 
 namun,
 bayanganmu jua yang aku rindu
 wajahmu jua yang mengusik kalbu
 melalui hari-hari tanpamu
 menyesakkan dadaku
 meluluhkan jiwaku
 mengundang titis-titis airmataku

 di mana senyummu?
 di mana tawamu? 
dan
 sepi mula berlagu pilu..

 Ya Rabbul Ikram,
 sampaikanlah perasaanku ini pada dia
 doaku, moga benar
 aku dari rusuknya...





citam


Dekat opis Merah ada seekor anak kucen yang Merah panggil Citam sebab kucen tuh warna hitam dan sangat2 ohsemm. Tak silap Merah, anak kucen nih mula menjadi penunggu tetap opis nih sejak bulan lepas. Dulu masa mula2 Merah jumpak Si  Citam nih, memang daif sangat keadaan Citam. Citam tak punya sesiapa. Jadi Merah pernah seludup Citam masuk ke dalam opis dan mandikan Citam sungguh2. Merah siap bawak syampu dari rumah lagi untuk memastikan Citam betul2 bersih dan wangi.!



Dan sejak hari tuh, Citam selalu ada dekat depan pintu opis. Dia akan tunggu depan pintu tuh tanpa jemu. Setiap pagi Merah akan bawakan bekal nasi atau roti yang akan dikongsikan dengan Citam. Setiap kali Merah melihat Citam makan, Merah rasa happy sangat. Citam memang kucen yang baik sebab dia tak akan bazir2 makanan. Semua benda dia makan. Merah pernah jer bagi bihun sup kat Citam dan yang ohsemmnya Citam makan bihun sup tuh sampai habis. Sejak tuh Merah bagi macam2 makanan kat Citam bergantung dengan apa yang Merah makan.. Kalau Merah makan char koew tiau, Citam pun akan dapat habuan yang sama.

Dan Merah tergerak juga hati nak bawa Citam balik rumah dan bela Citam. Tapi Cik Kakak tak nak. Dia tak suka dengan kucen. Huhuhuhuhu. Jadi, Merah cuma pendamkan jer hasrat hati Merah. 

Minggu lepas Merah tengok Citam kurang selera makan. Citam macam tak sihat. Sepanjang hari Citam cuma tidur kat koridor depan opis nih. Masuk hari jumaat, Merah dah nekad. Merah hancurkan panadol kanak2 dan bancuh dengan susu. Kebetulan bos Merah balik awal, jadi Merah bawak Citam masuk ke dalam opis dan suapkan Citam dengan susu. Kadang2 Merah marah jugak sebab Citam tak nak telan susu tuh. Merah tak tahu Citam sakit apa, tapi Merah cuma boleh rawat macam tuh jer.

Kemudian Merah letakkan Citam kat dalam bakul yang dilapik kain dan Merah letakkan bakul tuh betul2 kat tepi meja Merah. Sepanjang hari Merah berbual-bual dengan Citam. Kadang2 nak tergelak pun ada jugak sebab tengok gaya tidur Citam yang penuh dengan kepelbagaian. Dan menjelang petang, Citam dah mula menguis-nguis kain Merah kat tepi meja. Citam dah sihat. Citam dah mula nak bermain-main.!!!!

Merah pun layankan jer Citam nih menerkam ke sana kemari. Last sekali Merah letak Citam kat atas meja dan Merah pasang macam2 lagu kat youtube sambil buat kerja Merah. Ajaib sungguh sebab Citam duduk diam2 sambil tengok skrin komputer. Cuma kadang2 Citam bergolek-golek sambil kuis2 alat tulis Merah kat atas meja nih. Part yang paling lawak ialah bila Citam terkejut sampai melompat ke bawah meja bila telefon Merah yang terletak tepi badan Citam berbunyi. Hehehehehe, harmoni giler rasa.

Dan petang jumaat tuh Merah tinggalkan Citam kat tepi pintu opis. Merah letak kotak yang dilapik dengan kain untuk bagi Citam rasa selesa. Mulanya Citam cuba nak ikut Merah balik, tapi Merah halau Citam supaya pergi jauh2. Last sekali Merah lari cepat2. Bila pandang ke belakang Merah nampak Citam cuma terdiam sambil memerhatikan Merah yang makin menjauh. Walaupun sedih, tapi Merah masih boleh tahan sebab nanti bila masuk opis Merah masih boleh jumpa dengan Citam.

Dan pagi tadi waktu masuk ke opis, Merah tak nampak Citam kat depan pintu opis macam selalu. Merah cuba cari kat opis2 sebelah, tapi Merah tak jumpa. Merah agak Citam merayau-rayau macam selalu. Masuk jer waktu makan tengah hari Merah simpankan sedikit baki makanan Merah untuk bagi kat Citam. Mungkin Citam akan balik ke opis nanti. Dalam hati Merah berdoa-doa agar Citam akan kembali seperti hari2 sebelumnya.

Tadi waktu nak buang sampah Merah terkejut bila ternampak Citam terbaring kat tepi tong sampah belakang opis Merah. Leher Citam terdapat kesan gigitan yang Merah rasa daripada anjing. Dan citam dah mati. CITAM DAH MATI!!!!!!

Merah terduduk kat tepi pintu belakang opis. Merah pandang jer muka Citam yang dihurung dek semut tuh. Kemudian Merah ambil Citam dan masukkan ke dalam plastik hitam. Merah ikat plastik tuh kuat dan Merah balut pula dengan surat khabar. Last sekali Merah masukkan ke dalam tong sampah dan Merah tutup tong sampah rapat2 agar tak ada binatang lain yang dapat menyelongkar. Sebelum masuk semula ke dalam opis, Merah pandang langit lama2. Merah cuba tahan airmata nih dari jatuh berlinang ke pipi. Merah sayangkan Citam!!!

Citam, terima kasih sebab selalu teman Merah.

#..tearsdrops..#



Sunday, 14 April 2013

tersungkur di dalam genggaman nafsu!


Tajuk entry kali nih ala2 cerekarama kan. Mendalam benor maksud yang cuba disampaikan oleh Merah kan? Hohohohohhoh, silalah korang semua jangan panik atau membuat sebarang andaian kerna apa yang korang andaikan memang tak akan tepat langsung. PEACE!!

Okay nih entry pendek jer. So, kena straight to the point.

Disebabkan Merah bercuti semalam, Merah ingat nak masak nasi lemak jer dari tengah hari sehingga ke malam. Selalunya kalau weekand memang Merah suka buat nasi lemak sebab mudah dan sesuai sangat bila mood malas mencanak-canak. Cuma masak nasi lemak, buat sambal ikan bilis, rebus telur dan potong mana2 sayur yang berkenan di hati. Mudah kan?

Awal2 pagi Merah ke pasar untuk beli sarapan untuk Merah sebab Cik Adek dan Cik Kakak kerja. Tinggal Merah sorang2 jer kat rumah. Sebelum balik Merah jalan2 untuk memerhatikan ikan2 yang mungkin berkenan di hati. Tapi semuanya macam tak mendatangkan minat. Masa nak berpatah balik, tiba2 mak cik yang selalu Merah beli ketam panggil Merah.

"Ehhhh, tak kerja hari nih ek? Nah, makcik sedekah ketam nih dekat Merah! Ni ketam kulit lembut. Tinggal dua ekor jer. Merah kan suka makan ketam, ambik ler."

Perhhhhhh, happy giler sebab ada yang baik hati bagi ketam free kat Merah. Mak cik, terima kasih!!!!

Balik ke rumah Merah terus rebus ketam tuh. Sambil tunggu ketam masak, Merah bancuh air tea. Pagi tuh Merah bersarapan dengan koew tiau goreng + Ketam rebus + tea o suam. Heavennnnn!

Selang sejam lepas tuh Merah bancuh susu suam dan masukkan 5 keping biskut oreo di dalam susu tersebut. Sambil tengok kartun kat tv, Merah menikmati susu + oreo tuh dengan penuh nikmat. Nyum, nyum, nyum!!!

Kemudian bila dah kenyang Merah telah mengubah menu yang dirancang. Merah cuma masak nasi putih + sambal ikan bilis. Hahahahha. Silalah kagum dengan Merah. Dan selepas masak untuk makan tengah hari, Merah mula menyelongkar peti ais dan makan macam2 tanpa rasa bersalah. Antaranya ialah:

Milo ais yang ditabur milo di bahagian atas
Buah oren
Timun
Ais krim
Sandwich (2 tingkat inti aiskrim jagung + 2 tingkat inti jem blueberry)
Nasi putih + nuget ayam + Sambal ikan bilis + telur goreng (2x)
Kek lapis sarawak
Jajan (chipster + potato)
salad (tomato + kobis purple + carrot)
keropok ikan



Dan semua makanan tuh Merah makan berulang-ulang. Giler banyak kan? Merah memang akan melantak mengikut nafsu kalau hari2 minggu dan cuti. Huhuhuhuhu, Nampaknya tak mampulah Merah untuk mendietkan diri. Impian tinggal impian. Dan petangnya pulak Merah berambu-ramba di pasar malam. Serius, bila dah dekat tengah malam, baru Merah terfikir. Kenapa makan banyak2 nih? Huhuhuhuhu.

Sekian sahaja cerita Merah yang tersungkur di dalam genggaman nafsu makan yang ala2 bawaan saka nih!!!




Thursday, 11 April 2013

Dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi


Kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hambaNya.

Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh dariNya. Semuanya berlaku kerana izin Allah Ya Rabbul Izzati. Maka kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia?

Acap kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Apabila kita gagal dalam peperikasaan kita akan bersedih. Ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah Azzawajalla.

Dalam sebuah Hadith Sahih disebutkan:
“Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun.”

Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Maka inilah hakikat sebenar nilai dan timbangan dunia ini disisi Allah. Lalu atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah kerana hal dunia semata-mata?



Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:

Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan, lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.
dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah

Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha’ dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana’ah dan sabar.

Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.


- Artikel iluvislam.com


Taman hati yang indah berseri itu,
Tak tercapai bak langit yang biru,
Kiranya bunga liar ini menumpang teduh,
Adakah akan dianggap penceroboh..?

Jika kehadiranku tidak disenangi,
Biarlah ku layu menyepi,
Mungkin waktunya ku undur diri,
Tempatku bukan di sini..





Tuesday, 9 April 2013

aduhai sahabat yang berduka!


Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.



  






Monday, 8 April 2013

ketika ALLAH menciptakan wanita




Ketika Allah menciptakan wanita,


Malaikat datang dan bertanya, 

"Mengapa begitu lama, Tuhan?"

 Tuhan menjawab, 

"Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?" 

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...


Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...


Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...
Malaikat menjawab, 


"Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"
 
"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"


"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat


Tuhan menjawab, 


"Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,

"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"


"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

 
Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...


Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...


Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, 

"Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, 

"Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa BERHARGANYA dia..






seorang wanita itu


Hidup ini kadang2 unik sangat2. Ada masanya kita rasakan seperti kita tak mampu lagi untuk mendongak dan meneruskan langkah ke hadapan. Namun, ada ketikanya kita seperti kagum akan keupayaan diri kita kerna kita sebenarnya insan yang kuat dan tabah kerna kita mampu melepasi halangan demi halangan. Melihat kembali jalan2 yang telah kita lalui mengingatkan kita akan pelbagai rasa yang telah meninggalkan bekas di hati kita. Usah merasa lelah dan payah kerna hidup ini cuma sementara. Jalan di akhirat sana sebenarnya sangat2 indah dan mendamaikan jiwa.

"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan, jangan berdukacita jika hidup ini melelahkan kerna demikianlah hidup ini diciptakan."

Membaca bait2 ayat di atas mengingatkan Merah akan sebuah ceritera tentang kisah yang lalu. Ini kisah tentang seorang gadis yang penuh dengan rasa cinta. Perjalanan kedewasaan yang ditempuh oleh gadis itu telah membawanya kepada suatu titik perubahan yang sangat2 bermakna. Dia bukan lagi gadis yang nakal seperti dahulu. Dia bukan lagi gadis yang keras hatinya seperti dahulu. Dan dia bukan lagi gadis mentah yang kononnya tahu segala isi dunia ini. Dia semakin menginjak usianya. Dan dia sudah menjadi seorang wanita dan bukan lagi gadis hingusan semata-mata.

Setelah menempuh perjalanan kedewasaan ini, banyak perkara menjadi begitu bermakna dan serius di fikirannya. Pelbagai kisah sewaktu zaman gadisnya perlu dibetulkan atau diselesaikan dengan penuh berhemah kerna sekarang bukanlah masa untuk bermain-main dengan masa depannya!

Dia sudah semakin dewasa. Dia tak mampu lagi untuk berterus-terusan tersenyum melihat kebahagiaan insan yang pernah dia cinta. Dia tak mampu lagi untuk mengikhlaskan diri dengan mengirimkan doa agar insan yang pernah dia cintai terus berbahagia. Dia sudah terlalu lama mengadun pelbagai rasa demi melihat insan yang dicintainya dapat tersenyum gembira. Sungguh, dia sudah tak mampu untuk melakukan itu semua!




Bahagia itu ada.!
Bahagia itu miliknya.!

Dia bukan lagi gadis polos itu. Dia adalah seorang wanita. Dan dia adalah wanita yang mengejar bahagia untuk dirinya dan bukan untuk insan2 lain sebenarnya!


Friday, 5 April 2013

manisnya ukhwah itu


Wajahnya lebih jernih dari dulu.
Senyumnya lebih berperisa dan manis umpama madu.
Dan keheningan matanya 
seolah-olah membicarakan tentang sesuatu.

Allah, 
ingin aku peluk dirinya.
Ingin aku kucup dahinya.
Ingin aku lepaskan kerinduan 
bersama-sama airmata ini pada bahunya.
Dan bersama-sama dia menyelusuri ruang waktu,
mengingatkan aku akan sebuah ceritera rindu.

Allah,
Dia datang tika aku benar2 dalam kebuntuan,
Sepi, sunyi, kosong dan sendu,
bergabung menjadi satu beban 
yang tak tertanggung dek bahu.

Bersama-samanya melewati hari2 semalam,
mengingatkan aku akan sebuah cereka yang perlu dinoktahkan.

Tuhan,
Jagakan dia untuk daku
kerna dia insan kesayanganku
dan kernanya aku kekal di jalanMu.
















Thursday, 4 April 2013

dan ketika kamu bersedih, berdoalah!


WAHAI ALLAH YANG MAHA PENGASIH
SEJAHTERAKANLAH UNTUK KU ... 
YA ALLAH
SEMOGA AKU SIHAT DAN BAHAGIA
SEMOGA AKU BEBAS DARI KEMARAHAN DAN KEBENCIAN
SEMOGA AKU BEBAS DARIPADA KEMISKINAN JIWA & RAGA
SEMOGA AKU BEBAS DARIPADA PENDERITAAN JASMANI DAN ROHANI
SEMOGA AKU DAPAT MEMPERTAHANKAN KEBAHAGIAN SENDIRI




WAHAI ALLAH ... 
YANG MAHA MEMBUKA
AJARLAH KAMI YANG LEMAH UNTUK MELIHAT 
JALAN KELUAR DARI SEMUA MASALAH
BUKALAH HIJAB KAMI YANG TAK MAMPU 
MELIHAT KEBAIKKAN PADA PERISTIWA
JANGAN TUTUP UNTUK KAMI PINTU KEBAIKKAN 
YANG SELAYAKNYA KAMI DAPAT
SEKIRANYA ENGKAU MENGKEHENDAKI SESUATU TERTUTUP, 
BETAPA APA PUN SEGALA KEKUATAN
BERSATU UNTUK MEMBUKANNYA PASTI TIDAK ADA 
YANG AKAN MEMBUKANYA KECUALI DENGAN
KEKUASAAN MU YA ALLAH.
KAMI BERDIRI DI GERBANGMU 
MENGETUK PINTU MU BERTALU-TALU

YA FATTAH.....YA FATTAH.....YA FATTAH
BUKA PINTU HIJAB KAMI 
YA FATTAH
KAMI BERHARAP REDHA DAN KASIHMU
KAMI MENGHARAPKAN DIBUKAKAN 
PINTU RAHMATMU SELUAS-LUASNYA
MAKA KAMI MENZIKIRKAN ASMAMU 
BUKALAH SEGALA KEBAIKKAN UNTUK KAMI

DENGAN NAMAMU YA ALLAH, 
AL FATTAH 
WAHAI ZAT YANG MAHA PEMBUKA
KAMI BERHARAP TERBUKALAH SEMUA PINTU BAROKAH

YA RAHMAN 
YA TUHANKU
MESKIPUN AKU BELUM SEMPAT MENGUCAPKAN KESYUKURAN 
ATAS SEGALA NIKMATMU UNTUKKU
AKU REDHA AKU IKHLAS DAN AKU PASRAH
YA ALLAH 
KINI AKU MENGETUK LAGI
MENYAMPAIKAN HASRAT DAN HAJAT KU DAN LAGI
AKU MEMOHON AGAR ENGKAU YA ALLAH 
TETAP SUDI MENDENGARNYA KERANA SESUNGGUHNYA
KAULAH YANG MAHA MENDENGAR...

YA RAZZAQ 
YANG MAHA PEMBERI REZEKI
KAU LIMPAHKAN REZEKIMU YANG BARAKAH 
BUATKU DAN SAUDARA-SAUDARAKU
AGAR KAMI DAPAT MENERUSKAN SEDEKAH AMAL JARIAH 
TERHADAP YANG MEMERLUKAN
AGAR KAMI DAPAT LIMPAHKAN KURNIA KEKAYAAN 
ZAHIR & BATIN YANG KAU AMANAHKAN
AGAR KAMI JAUH DARI KEFAKIRAN DAN KEMISKINAN 
YANG BOLEH MEMBAWA KAMI KEPADA KEKUFURAN
AGAR KAMI DAPAT MENERUSKAN HIDUP KAMI 
DALAM KELAPANGAN DAN KESENANGAN 
YANG MEMBAWAKAN JIWA KAMI KEPADA KEMAKMURAN
LALU KAMI BERJAYA MENGUASAI DIRI 
UNTUK BERJAYA SEBAGAI HAMBAMU DUNIA & AKHIRAT

MOHON KAU CELIKKAN HATI DAN NURANI KAMI 
DENGAN ILMU YANG BERMANAFAAT
RINGANKAN USAHA DAN IKTIAR KAMI, 
LIMPAHKAN KAMI CAHAYA ILMU 
YA ALLAH
AKU YANG MASIH FAKIR YA ALLAH 
AMPUNKAN AKU YA ALLAH
YA ALLAH 
LAPANGLAH DADA KAMI 
SERTA LUPAKANLAH PADA SENGSARA KAMI
SELAMATKANLAH KELUARGA KAMI 
SERTA BERILAH PENYERI DALAM IKATAN PERTALIAN 
YANG DIBINA OLEH KAMI

YA ALLAH 
SELAMATKAN PERJALANANKU 
DAN SELURUH UMAT MUHAMAD
SELAMATKANLAH KAMI KETIKA KAMI 
MELAKSANAKAN TUGASAN HIDUP KAMI
PADA SETIAP HARI-HARI KAMI
ANUGERAHKAN KAMI KEKAYAAN KEMAKMURAN 
DAN KUASA YANG MENCUKUPI DALAM
BENTUK MASA KEKUATAN DAN HARTA
AGAR BEBANAN YANG TERPIKUL MENJADI RINGAN DAN MUDAH
AGAR SEGALA JANJI DITUNAIKAN DAN SEGALA IBADAT 
MENDAPAT REDHAMU YA ALLAH

YA ALLAH 
SEKIRANYA ADA YANG TERTINGGAL 
KATA-KATA DALAM DOA KU INI
KAU TAHU APA TERKANDUNG DI DALAM ISIHATI AKU JUA
AMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSA BESAR 
DAN KECIL KU TERHADAP MU YA ALLAH
DAN KEPADA KEDUA IBU BAPA AKU, 
SAHABAT HANDAI DAN SEMUA YANG MENGENALI AKU 
SERTA SELURUH UMAT MUHAMAD 
SAMA ADA YANG MASIH HIDUP ATAU TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. 
AMPUNKAN AKU YA ALLAH 
KERANA TERLALU BANYAK YANG AKU MEMINTA-MINTA 
KERANA SESUNGGUHNYA PERGANTUNGAN KU 
IBADATKU SOLAT KU HIDUP 
DAN MATI KU HANYA PADA MU YA ALLAH

JIKA DOA HAMBA MU INI TAK PERKENAN PADA MU YA ALLAH, 
AKU TETAP REDHA DAN AKU AKAN TERUS 
MEMOHON PADAMU YA ALLAH

"YA ALLAH, 
TOLONGLAH AKU DALAM MENJALANKAN AGAMA 
YANG MERUPAKAN PELINDUNG SEGALA URUSANKU.
ELOKKANLAH URUSAN DUNIAKU 
YANG MERUPAKAN TEMPAT AKU MENCARI KEHIDUPAN.
ELOKKANLAH URUSAN AKHIRATKU 
YANG MERUPAKAN TEMPAT AKU KEMBALI.
JADIKANLAH KEHIDUPANKU INI 
SEBAGAI TAMBAHAN SEGALA KEBAIKAN BAGIKU 
DAN JADIKANLAH KEMATIANKU SEBAGAI KETENANGAN 
BAGIKU DARI SEGALA KEJAHATAN."




Wednesday, 3 April 2013

Kerjaya sebagai guru..


Masa zaman kecik2 dulu, Merah suka sangat main cikgu2. Merah akan pura2 pegang buku2 dan menggalas beg tangan milik Puan Mama seperti cikgu2 kat sekolah. Merah akan cuba sedaya upaya untuk memastikan apa yang Merah lakonkan benar2 menyerupai cikgu2 kat sekolah Merah. Dan yang pastinya, Merah tak akan lupa untuk memakai kasut tumit tinggi dan mengenakan lipstik yang terang ala2 cikgu bahasa inggeris Merah sewaktu darjah satu. Kalau sesiapa bertanya tentang cita2 Merah, Merah akan jawab doktor sebagai pilihan Merah. Uitttttt, pelik benor kan. Minat dalam dunia perguruan tetapi memilih kerjaya yang lain. Huhuhuhuhu.


Masuk sekolah menengah pun Merah tetap memilih kerjaya doktor sebagai pilihan. Berada di kelas beraliran sains semasa di tingkatan 4 membuatkan cita2 Merah untuk menjadi seorang doktor semakin terlaksana. Namun setiap kali berada di kelas biologi Merah seolah-olah di bawa ke planet yang asing dan kosong tanpa penghuni. Segala-galanya menjadi terlalu aneh dan pelik bagi Merah. Dan akhirnya Merah sedar suatu perkara, Merah sangat2 tak mampu untuk melihat darah!!!! Fobia!

Semasa mendapat result spm, Merah sengaja mengisi borang untuk melanjutkan pelajaran di maktab perguruan kerana merasakan kerjaya sebagai guru ini sangat2 ohsemm. Merah terpanggil untuk temuduga, namun rezeki tak berpihak kepada Merah. Kalau tak silap Merah, kegagalan Merah di dalam temuduga tersebut disebabkan oleh soalan berkenaan Modal Insan. Serius, Merah memang tak study dan tak prepair apa2 langsung untuk temuduga tuh. Dan kerana itulah Merah tak berjaya di dalam temuduga tersebut.

Sejak hari tuh, Merah agak kecewa kerna Merah memang dah tahu bahawa minat Merah adalah pada bidang pendidikan. Kemudian Merah teruskan langkah dengan berada di tingkatan enam kerana peluang untuk berada di dunia pendidikan lebih cerah sebenarnya. Selepas mendapat keputusan stpm, Merah dipanggil untuk ujian dan seterusnya untuk temuduga bagi membolehkan Merah berada di dunia pendidikan. Sewaktu menunggu keputusan daripada temuduga tersebut, Merah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di USM di dalam bidang Sains Sosial dan pengkhususan dalam Kerja Sosial. Merah yang sedikit teruja dengan berita tersebut menerima tawaran tersebut dan dalam masa yang sama masih mengharap untuk terjun ke dunia pendidikan. Dan siapa sangka, setelah Merah menerima tawaran tersebut, Merah tak punya ruang lagi di dalam bidang pendidikan. Rupanya tawaran yang diberikan cuma satu. Dan Merah sangat2 kecewa! Kerna kurang pengetahuan akan sistem ini, Merah telah kehilangan peluang untuk menjadi seorang pendidik!

Bergelar mahasiswa yang berada di dalam bidang yang tak pernah Merah bayangkan ini benar2 menguji hati Merah. Rasa sedih usah ditanya. Ada waktu2 tertentu yang Merah rasakan bahawa Merah begitu marah kerna berada di bidang yang jauh dari kemahuan Merah. Namun, pabila rasa marah itu m,emuncak, Merah bisikkan pada diri.

"Ehhhhh, Merah jangan la sedih tau! Mungkin Allah rencanakan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang. Merah tak tahu kan? Sabar la. Mungkin lepas belajar nanti Merah boleh mintak kpli dan teruskan langkah untuk menjadi seorang guru. Mungkin juga Allah nak gandakan ilmu yang Merah pelajari. Bukan hanya ilmu2 berkenaan pendidikan sahaja tetapi berkenaan kemanusiaan seperti yang Merah sedang pelajari sekarang."

Kadang2 hati Merah terpujuk juga. Namun sewaktu menghampiri tahun2 akhir di universiti, Merah rasakan impian untuk menjadi guru memang tak mungkin menjadi kenyataan. Kpli telah dimansuhkan. Waktu tuh Merah makin marah dengan apa yang jadi. Peluang untuk menjadi seorang guru dah tak ada.

Berbekalkan ijazah yang Merah dapat nih, Merah boleh memohon pekerjaan yang hebat di sektor2 swasta terutamanya. Namun, hati Merah masih kekal di dunia pendidikan. Merah ingin menjadi seorang pendidik. Waktu belajar dulu2, Merah sering terlibat sebagai guru untuk kanak2 orang asli, anak2 yatim atau anak2 yang keciciran di dalam pelajaran. Walaupun penat, namun Merah puas. Merah memang meminati bidang ini. Merah memang suka dengan apa yang Merah lakukan itu. Walaupun terpaksa mengorbankan hari cuti Merah dan tanpa upah waktu itu, Merah sedia melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik. Menjadi guru memang impian Merah. 




Dan di sini Merah sertakan beberapa sebab yang menjadikan kerjaya sebagai guru adalah pilihan.

1) Mintak kerja lain tak dapat. Jadi menjadi guru adalah pilihan kedua kerna
     TERPAKSA
2) Kena paksa dengan family sebab mak dengan abah ialah cikgu
3) Jadi cikgu banyak cuti ooooooo. Nanti senang nak pi makan angin!
4) Kerja mudah. 
5) Balik awal. Paling lewat pun pukul 3 petang.
6) Gaji selalu naik

Kat atas tuh ialah jawapan 90 dari 100 orang yang Merah tanya kenapa mereka memilih untuk menjadi cikgu. Sangat2 klise jawapan mereka okep. Kalau itu yang membuatkan mereka2 menjadi guru dan bukannya Merah yang mendapat title tuh, memang Merah rasa nak sekeh2 jer mereka2 tuh. Tanggungjawab guru sangat2 berat tau! Kalau sekadar nak menyekolahkan budak2 sekarang nih, orang gaji dari Indonesia pun boleh buat semua nih. Tapi tanggungjawab seorang guru ialah memanusiakan budak2 yang dah terlalu lama terbiar. Tugas nih bukan mudah!

Dan kerana itulah Merah nak menjadi seorang guru. Merah pernah menjadi budak2 sebegitu. Merah tahu apa yang mereka rasa dan Merah tahu untuk berkomunikasi dalam bahasa yang tak mungkin difahami manusia2 lain. Merah tak menganggap yang Merah ni bijak pandai, namun Merah yakin akan kemampuan Merah. Kalau di beri peluang, Merah mampu menjadi guru yang baik. Insyuaallah.

Lagi satu, Merah pernah suka dengan seorang lelaki yang bakal menjadi guru suatu ketika dahulu. Kadang2 dia berjaga sampai ke subuh untuk memastikan rancangan mengajarnya untuk keesokan harinya mendatangkan kesan yang positif kepada pelajar-pelajarnya. Kadang2 dia memaksa Merah untuk berfikir sekali dan memberikan idea2 yang bernas untuk rancangan mengajarnya. Jujur Merah cakap, Merah suka untuk tolong berfikir sekali kerna Merah memang minat dengan dunia pendidikan ini. Walaupun manusia2 di luar sana melabelkan kerjaya sebagai guru ini mudah, Merah sebenarnya terkecuali dari menyokong statement itu. Proses memanusiakan seseorang individu sukar sebenarnya. 

Dan bila korang baca statement di atas, jangan pula korang anggap Merah nak jadi guru sebab Merah pernah suka dengan lelaki yang bergelar guru tuh. Kalau rasa nak minta kena cubit dek Merah, silalah cakap macam tuh! Huhuhuhuhu!

Merah memang sangat2 meminati bidang nih. Dulu masa mula2 kerja kat opis nih, Merah rasa kosong sangat sebab kerja kat opis nih memang lari 100% dari minat Merah. Namun Merah tetap bertahan kerna Merah tak nak terlalu memilih kerja. Merah belajar untuk melakukan tugas Merah sebaik mungkin sebab Merah nak pastikan gaji yang Merah dapat tuh 100% halal. Iyer, Merah mengaku yang Merah kadang2 berfacebook atau melayari internet serancak-rancak mungkin di opis sewaktu kerja. Namun, Merah cuma buat semua tuh bila Merah dah siapkan semua kerja. Kerja diutamakan, berfacebook cuma bila berkesempatan.! Huhuhuhu.

Dan sejak sebulan dua nih, rutin kerja Merah agak2 menggembirakan Merah. Merah tak lagi rasa stress melakukan perkara2 yang lari dari minat Merah. Merah masih boleh berdamping dengan kanak2 yang boleh Merah ajarkan pelbagai perkara seperti seorang guru selayaknya. Alhamdulillah, semakin hari Merah semakin rapat dengan anak2 Kak Je dan anak kepada sahabatnya dari restoran sebelah opis nih. Alis Wardina Ng, Daniel Ng, Aishah Qistina dan Haziq sememangnya kanak2 yang cukup Merah sayang. Mereka akan datang ke opis setiap kali rehat untuk berbual dan bernyanyi pelbagai lagu yang Merah download dari youtube. Alhamdulillah, Merah masih boleh menjadi guru di sini!

Sehingga ke hari ini dan selama-lamanya, Merah tak akan berputus asa untuk menjadi seorang guru. Merah akan cuba untuk bergelar sebagai guru. Merah yakin, kalau niat dan keinginan yang kita pasangkan di dalam hati benar2 ikhlas, Allah akan membantu untuk mempermudahkan laluan Merah. Dan suatu hari nanti, Merah yakin bahawa impian Merah untuk meletakkan perkataan cikgu di depan nama Merah akan terlaksana. Insyaallah. korang semua tolong doakan Merah tau! Sekian.







P/s: Kepada pihak kementerian pendidikan, silalah ambil saya untuk menjadi seorang guru. Serius, rugi sangat kalau tak ambil saya! Saya sangat2 berkeyakinan bahawa saya mampu menjadi guru yang terbaek. Sekian, makaseh!






Tuesday, 2 April 2013