Sunday, 31 March 2013

Cerita tentang England, Abg Jamie Oliver dan Haters!





Alhamdulillah, Merah dah selamat pulang ke Malaysia. Selama seminggu bercuti di England sememangnya suatu pengalaman yang cukup2 indah. Happy giler Merah sebab dapat lari dari cuaca yang menyengat kat Malaysia nih. Walaupun cuma seminggu, namun ia merupakan pengalaman yang tak mungkin Merah lupakan. Peluang berada di negara orang nih membuatkan Merah bersungguh-sungguh meneroka bumi England nih sepuas-puas hati.

Masa kat sana, Merah tinggal dengan nenek sepupu Merah di sebuah rumah ladang yang sangat2 ohsemm. Suasana desa dan kampung di sana membuatkan Merah lupa akan lokasi Merah sebenarnya. Merah rasa macam berada di Malaysia jer. Dan yang paling ohhhsemmmnyer, rumah nenek Merah tuh berdekatan dengan vila Abang Jamie Oliver yang memang dah lama Merah admire tuh. Perhhhhhh, macam mimpi jadik realiti tuh.!




Merah tak sangka yang Abang Jamie Oliber dan wife dier Akak Jool tuh sangat ohsemm dan ramah giler. Anak-anak diorang pulak jangan citer ler. Sangat2 ceria, hyper dan asyik tersenyum dan bergelak tawa jer. Ingatkan anak2 diorang nih akan malu2 dan segan2 macam anak2 saudara Merah bila first time jumpa orang luar, tapi sangkaan Merah salah. Merah pulak yang malu2 dan segan2. Huhuhuhuhu.

Namun semua tuh cuma sekejap jer. Esoknya perasaan malu dan segan tuh hilang tiba2. Merah dan anak2 Abang Jamie tuh boleh jer main lari2 celah2 pokok epal dan anggur yang banyak di taman kat tepi rumah nenek Merah. Kadang2 rasa tak percaya dengan diri sendiri. Impian Merah untuk berjumpa mdengan Abang Jamie Oliber termakbul. Merah cuma berangan-angan nak jumpak dia dan nak minta tanda tangan jer. Tupp2 merah dapat satu pakej yang lengkap. Dapat jumpak Abang Jamie, wife dier, anank2 dier dan dapat menghabiskan cuti dengan family dia. Dan yang bonusnya ialah Merah dapat makan masakan dia. Fuhhhhh, terbaek!

-



-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-



-

Okay, nampak tak betapa menipunya cerita di atas tuh? Mesti tertanya-tanya kan kenapa Merah tetiber nak menipu pulak kan? Hahahahhha, meh Merah cerita sebab2nya.

Ada beberapa orang pm Merah dan menyatakan kebencian mereka terhadap apa yang Merah tulis. Mereka2 itu tak suka segala apa yang Merah pernah tulis selama ini. Kata mereka, tak perlulah Merah berlagak baik dan asyik meminta simpati sangat. Cuba tulis benda2 yang berfaedah sikit.

Mula2 Merah nak ignore jer komen2 tuh, tapi kalau Merah tak bagi feedback, nanti mereka2 tuh akan kecam Merah pulak kan. Mula2 Merah nak terangkan bahawa INI ADALAH BELOG MERAH! Jadi segala yang Merah tulis sememangnya berkenaan apa yang Merah rasa. Merah tak pernah meminta atau memaksa anda membaca di sini. Tak perlulah anda2 semua terlalu caring dan terlebih kasih sayang sehinggakan ingin mendermakan rasa anda itu kepada Merah. 

Merah tak pernah meminta simpati anda semua. Merah tak pernah meminta perhatian anda. Merah tak pernah mengharapkan anda menilai Merah dengan jenama yang baik2 belaka. Merah tahu bahawa anda semua memang pandai dalam arena pengklasifikasikan manusia2 nih. Namun, Merah memohon agar anda TIDAK melakukan perkara yang serupa di belog Merah ini. Belog nih cuma belog picisan jer. Kalau anda hentam sungguh2 pun, apa yang anda dapat?

Lagi satu, apa yang Merah tulis nih adalah rentetan dari pengalaman Merah. Sungguh, Merah benar2 tak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan nanti. Merah cuma menulis tentang apa yang merah rasa pada hari ini. Kalau Merah boleh merancang kehidupan Merah mengikut acuan Merah, impian bercuti ke England dan beramah mesra dengan Abang Jamie memang dah lama akan terlaksana. Nampak mudah kan kalau ianya berjalan mengikut rencana kita?

Jadi, sila mengajarkan diri anda2 semua untuk menjadi manusia beradab sikit yer. Merah memang tak minta anda semua peduli akan diri Merah. Merah tak pernah minta anda terlalu mengkaji dan meneliti segala apa yang pernah Merah tulis. Merah cuma menulis untuk menenangkan hati Merah. Merah menjadikan penulisan nih sebagai medan untuk Merah mengosongkan fikiran Merah dari segala benda yang menyerabutkan fikiran Merah. Salah ker?



Just SMILE && LAUGH
So that, the haters will hate you more.





Friday, 29 March 2013

doa buat sahabat yang jauh


Assalamualaikum wbt..

Salam pagi jumaat yang penuh dengan kesyukuran dan barakah dariNya.

Ermmmmm, tadi waktu mencuri tulang kat opis nih dengan berambu-ramba melalui facebook, Merah terbuka wall facebook kawan Merah nih. Even sekarang nih Merah tak pernah add facebook dia, tak pernah contact dia dan tak pernah bersua dengan dia, namun dia tetap Merah anggap seperti insan yang penting dalam hidup Merah. Merah selalu bisikkan pada diri bahawa dia adalah sahabat paling baik dan paling faham akan Merah. Merah sayangkan dia kerna bagi Merah dia punya persamaan yang paling banyak dengan Merah. Merah sayangkan dia.



Melalui status dia di facebook, Merah tahu betapa dia sedang berada dalam kesusahan. Ujian datang bertimpa-timpa kepada dia. Saat dia cuba bersungguh-sungguh untuk berlawan dengan fatamorgana dunia nih, dia diuji dengan pelbagai perkara yang menggugat perasaannya. Seringkali dia terjatuh pabila dia cuba untuk kekal berdiri di jalan yang diredhai ilahi ini.

Sungguh, Merah memang pernah mendendami dan memarahinya suatu ketika dahulu. Merah memang mengharapkan dia ditimpakan pelbagai balasan dari Tuhan atas perbuatannya terhadap Merah suatu ketika dahulu. Namun, ia sudah berbeza sekarang. Walau dipisahkan dek jarak dan waktu yang bertahun lamanya, ukhwah ini telah mengetepikan segala rasa yang meracuni jiwa. Dia sahabat Merah. Dia insan yang banyak mengajarkan Merah akan kehidupan ini. Dan dia pernah membahagiakan Merah!

Tiba2 Merah rasa nak telefon dia. Tiba2 Merah rasa nak bertanya khabar dia. Namun semua itu tak  akan terjadi sebab Merah takut dia masih marahkan Merah. Merah takut dia sudah lupakan persahabatan Merah dan dia. Merah takut dia dah lupakan seorang manusia bernama Merah ini. Merah sahabat yang zalim. Merah tak pernah ada tika dia berada di dalam kesusahan atau kepayahan, sedangkan suatu ketika dahulu dialah yang sentiasa ada untuk memujuk Merah tika Merah berduka atau bersedih hati.

Awak, Merah tahu bahawa Merah dah terkeluar dari list insan2 yang pernah awak sayang. Namun Merah masih mengharapkan awak menerima Merah sebagai sahabat awak. Merah sayangkan persahabatan ini. Merah sayangkan awak. Merah sangat2 peduli akan diri awak. Merah minta maaf sebab pernah mendendami awak. Tapi kan, itu kisah dulu2 awak. Merah minta maaf ek.

Merah tak punya apa2 untuk menenangkan hati awak, namun Merah cuma mampu berdoa untuk kesejahteraan awak dan family awak. Puan Mama selalu berpesan, berdoalah sebab doa adalah senjata kita yang paling ampuh. Jadi, sempena hari jumaat yang mulia dan barakah nih, Merah doakan agar segala-galanya akan menjadi baik2 belaka. Merah doakan agar awak dan family akan terlindung dari segala bahaya dan masalah yang bertimpa-timpa. Awak kena kuat tau!

Actually, awak mungkin tak akan baca apa yang Merah tulis nih. Mungkin juga seumur hidup ini awak tak akan tahu pun bahawa Merah banyak menulis tentang awak di kalam yang bisu nih. Jadi, sebab itulah Merah bebas menulis sebab Merah tahu bahawa akan tak akan baca. Heheheheh.







Thursday, 28 March 2013

menangis!


Menangislah..

Menangislah..

Menangislah..

Mungkin dengan menangis hati akan tenang!
Mungkin dengan menangis beban akan hilang!
Mungkin dengan menangis jiwa akan riang!

 


Aku bukan 'Ainul Mardhiah'


Semalam waktu kemas2 baju dalam almari, Merah terpandang kotak2 buku yang tersusun di penjuru bilik. Rasa macam nak selongkar buku2 dalam kotak2 tuh membuak-buak di dalam diri. Sedangkan Merah tahu kotak2 tuh cuma mengandungi pelbagai buku2 yang Merah kumpul sejak 5-6 tahun dahulu. Pelbagai bahan bacaan termasuk novel yang pelbagai genre, buku2 motivasi, buku2 masakan, buku2 rujukan, komik, majalah, dan pelbagai lagi. Merah sangat2 sukakan buku dan Merah selalu pastikan yang Merah akan membeli sebuah buku setiap bulan. Perhhhhhh, memang kena la dengan hobi Merah iaitu membaca kan!

Dalam keterujaan menyelongkar khazanah di dalam kotak tuh, Merah terpandang beberapa helai kertas yang agak lusuh terselit di dalam buku sejarah semasa Merah di tingkatan enam dulu. Cepat2 Merah capai dan teliti isi kandungan kertas tersebut. Kemudian Merah terkedu. Ini kisah lama. Ini sejarah silam. Ini kenangan 5-6 tahun  dahulu. 

Apa yang tertulis di kertas lusuh itu ialah beberapa artikel dari internet berkenaan bidadari syurga yang bernama Ainul Mardhiah. Artikel2 itu Merah kumpulkan kerna 'dia' pernah menggelarkan Merah ialah Ainul Mardhiah di hatinya. Sejak itu Merah terus mengumpul artikel2 berkenaan bidadari syurga itu tanpa jemu. Merah ingin tahu akan kisah2 bidadari syurga itu dengan lebih mendalam!
 

Dengan hanya melihat helaian demi helaian kertas tersebut, Merah tiba2 tersenyum. Walau ia kenangan yang sememangnya Merah ingin tolak jauh2 dari kotak memori, namun ianya membahgiakan. Terasa masa berlalu cukup pantas. Enam tahun yang dahulu Merah merupakan manusia yang penuh imaginasi dan angan2 yang cukup berwarna-warni. Enam tahun dahulu Merah merupakan manusia yang penuh dengan semangat dan azam yang cukup tinggi. Serius, mengenang kembali setiap ragam yang dilakukan Merah enam tahun dahulu sememangnya menjentik rasa bahagia di dalam diri!

Dan di helaian terakhir kertas tersebut tertulis satu sebaris ayat yang menyentakkan hati Merah.

"..Aku wanita yang penuh noda cuma, tidaklah layak digelar sedemikian hendaknya.."
25 Februari 2006
11.09 pm

Ramai yang melihat Merah sebagai manusia yang tabah dan kuat, sedangkan Merah sendiri sering berperang dengan diri sendiri dalam menempuh hidup ini. Ramai yang kagum dengan kecekalan Merah, namun tahukah mereka akan tangisan yang penuh rasa berputus asa yang Merah lagukan. Sungguh, Merah cuma insan biasa yang kadangkala menangis, kadangkala berputus asa dan kadangkala terdetik rasa kecewa pabila apa yang direncakan tidak mengikut haluan. Masakan wanita lemah seperti Merah ini ingin menjadi seperti bidadari syurga itu. Tak mungkin sama sekali kerna Merah bukan Ainul Mardhiah!!!!!

.......................................................................................................................

Kat sini Merah nak kongsikan sedikit informasi tentang Ainul Mardhiah yang merupakan penghulu kepada semua bidadari di syurga.

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.




Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.

Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Allah.











Wednesday, 27 March 2013

wanita acuan al-quran




 
Wanita acuan Al-Quran ialah wanita

yang beriman...

Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah S.W.T

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga dengan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu...


Wanita acuan Al-Quran ialah wanita

yang menjaga tutur katanya...

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang pelindung

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh

yang bersifat jembalang...


Wanita acuan Al-Quran ialah wanita

yang menghormati kedua orang tua dan keluarganya

Yang bakal memelihara keharmonian rumahtangga

Yang akan mendidik anak-anak dan

membantu suami mendalami Islam

Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara

menunggu akhirat...


Wanita acuan Al-Quran

sentiasa bersedia untuk agamanya

Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan

mencontohi sifat Rasulullah S.A.W serta wanita sufi

yang digariskan dalam Kalamullah

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang sujudnya penuh kesyukuran dan

rahmat Allah ke atasnya...


Wanita acuan Al-Quran

tidak pernah membazirkan masa

Matanya kepenatan kerana kuat membaca

Yang suaranya lesu kerana kuat mengaji dan berzikir

Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangun subuhnya penuh kecerdasan

Kerana sehari lagi usianya bertambah

penuh kematangan....


Wanita acuan Al-Quran

sentiasa mengingati mati

Yang hidupnya di dunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan itu

perlu dibajai dan dijaga

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

bersama lelaki....


Wanita acuan Al-Quran ialah wanita

yang tidak mudah terpesona

dengan buaian dunia

Kerana dia inginkan syurga

Kerana di situlah rumah impiannya

Bersama lelaki acuan Al-Quran

ganjaran dari Allah S.W.T....







* tarbiyah diri dengan pedoman Kalamullah...sebatikan Al-Quran dalam diri...hidupkannya dalam hati nurani... wanita acuan Al-Quran...jua lelaki acuan Al-Quran... menjana generasi Al-Quran... di bawah naungan redha Ilahi...
 
 
 
 

bukan tidak tega tapi terlalu cinta!


bismillahirrahmanirrahim...






Pergilah, Aku rela. Allah bersamamu.

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. 
Selama ini tangan ini yang membelainya
Selama ini hati ini yang selalu bimbangkannya
Sejak suara tangisnya yang pertama, 
sejak kulaungkan azan di telinganya,
 aku begitu mengasihinya. 
Ya, dia adalah permata hatiku
Namun, dia bukan selamanya milikku...

Rumah ini cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. 
Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. 
Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit,
 tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? 
Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan?

Maafkan aku wahai anak...
bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!

Hatiku tertanya-tanya, 
apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati? 
Sejak bertatih aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. 
Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? 
Aku jauh..
bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. 
Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. 
Itu satu hakikat.  
 
Cinta bukan bererti mengikat...
tetapi melepaskan, membebaskan.

Kau umpama anak burung yang telah bersayap, 
telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. 
Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku, kau terpaksa kulepaskan...

Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? 
Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang? 
Bukankah segalanya telah diputuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada 'si dia' -lelaki pilihannya? 
Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya sudah dimeterai?  
Namun, hati ayah...pasti ada gundah. 
Sudah pasrah, tapi diguris goyah. 
Bolak-balik hati ini wahai anak...
terlalu laju untuk dipaku. 
Tepatkah pilihanmu? Tepatkah keputusanku?

Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? 
Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?  
 
Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, 
insyaAllah pilihanmu juga baik. 
Tuhan tidak akan mengecewakanmu. 
Jodohmu telah ditentukan. 
Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!

Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. 
Apakah aku masih di hatinya bila dia bersuami nanti? 
Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala? Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...
upayaku mendidikmu bukan satu jasa. 
Itu hanya satu amanah
 
Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi...
aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. 
Diulit oleh kenangan indah musim lalu,  
ketika dia begitu manja di sisi
Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu.  
Mengadu tentang ini dan itu. 
Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah 
dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah. 
Aku rela. 
Allah bersamamu.
-doaku mengiringi setiap langkah di alam rumahtanggamu nanti-

Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya. 
Aku akan bersangka baik, 
justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya. 
Aku bersangka baik, 
insyaAllah dia dan aku akan mendapat yang terbaik.

Di situ nokhtahlah kebimbangan hati seorang ayah!


-----------------<>-----------------
 
 
 
 
By: Pahrol Mohamad Juoi
Majalah ANIS (Mac 2008)
(Safar/ Rabiulawal 1429H)
 

Tuesday, 26 March 2013

Bahagia itu, bagaimana..??


Ramai orang yang mahukan BAHAGIA. Pelbagai cara yang dilakukan oleh manusia2 di muka bumi ini demi mengejar secarik rasa bahagia. Namun, ramai juga yang masih tak puas dengan apa yang dikecapi. Kata mereka bahagia yang dicari tak sampai ke tahap yang digariskan oleh mereka. Level yang diletakkan untuk merasa bahagia terlalu tinggi untuk digapai. Oleh itu bahagia yang dicari juga semakin sukar untuk diraih kerna bahagia itu keterlaluan benar bagi pemiliknya.



Bahagia itu, bagaimana??

Ada yang merasakan bahagia itu ialah pabila mampu berbelanja ribuan, puluhan atau jutaan ringgit demi harta dunia yang sifatnya hanya sementara.

Ada yang merasakan bahagia itu ialah pabila dapat menghabiskan masa untuk melancong dari satu negara ke satu negara demi berseronok cuma.

Ada yang merasakan bahagia itu ialah pabila dikelilingi kawan2 yang sentiasa ada untuk bergelak tawa bersama-sama kita.

Ada yang merasakan bahagia itu ialah pabila memiliki pelbagai barang2 yang berjenama dengan harga yang tinggi cuma.

Ada yang merasakan bahagia itu ialah pabila kita mempunyai kekasih hati yang kononnya cantik/handsome dan jujur menyintai kita seadanya.

Andai itu bahagia, mengapa masih meminta-minta?

Betapa ramai manusia2 yang punya segala-galanya, namun masih merasakan dunia ini kosong tanpa warna. Mereka masih mencari-cari rasa bahagia kesana kemari sedangkan bahagia itu sudah ada pada mereka.

Aduh, bahagia itu universal sifatnya. Bahagia itu bukan diukur dengan nilai wang atau harta berjuta, sebaliknya bahagia itu punya definisi yang luas dan mendalam maksudnya.

Tunjukkan,
Bahagia itu, bagaimana??

Bahagia itu ialah perasaan yang tenang yang dirasai di setiap urat nadi. Bahagia itu ialah rasa gembira sehinggakan manusia yang kaku emosinya mampu tersenyum semanis-manisnya. Bahagia itu kadang kala dikecapi bukan kerna perkara yang sebesar-besarnya, sebaliknya ia boleh terjadi kerna perkara yang sekecil-kecil cuma.

Ada yang bahagia kerna punya kucing yang cumell dan manja cuma.

Ada yang bahagia kerna melihat pelangi yang penuh dengan warna2 ceria cuma.

Ada yang bahagia kerna dapat berlari di gigi pantai dan bermain-main dengan ombak cuma.

Ada yang bahagia kerna punya sahabat yang memahami cuma.

Bahagia itu mudah sebenarnya. Ikhlaskan hati dalam segala tindak-tanduk dan bebaskan diri dari belenggu masalah yang kadang-kala terlalu sedikit cuma.

Bila diperhatikan, manusia yang selalunya meletakkan diri mereka di dalam kategori kurang berbahagia ini sebenarnya adalah manusia yang tidak bersyukur. Mereka2 ini terlalu banyak mempersoalkan tentang hakikat hidup ini. Belajarlah untuk bersyukur kerna dengan bersyukur itu, hati akan merasa bahagia. Insyaallah.








happy wedding dayz, sahabat!


Sekarang nih cuaca memang panas tahap berapi-api. Semakin hari semangat nak pasang aircond makin kuat tertanam dalam diri. Insyaallah, kalau ada rezeki lebih, hujung bulan nih memang Merah akan terjah mana2 kedai elektrik untuk pilih jenis2 aircond yang sesuai untuk pasang kat rumah. Huhuhuhuhu. Tetiber jer Merah melalut pasal cuaca yang panas kan. Dah la tak bagi salam pun, main  terjah jer kan. Huhuhuhu, sungguh kurang adab kat situ! Maaf!

Assalamualaikum wbt.

Sekarang nih dah start cuti sekolah kan. Bila namanya cuti sekolah, haruslah segala tempat dipenuhi dengan manusia yang berduyun-duyun. Janganlah korang cuba2 merancang untuk bercuti atau honeymoon kat mana2 tempat percutian yang best kat Malaysia nih. Mau tersangkut dek traffic jam selama-lama alam di dalam kereta. Paling tiptop kalau korang bercuti di hari minggu, menangis-nangis la korang dalam kereta tuh. Huhuhuhu. Kalau tempat2 percutian atau perkelahan diserbu oleh orang Merah masih boleh percaya lagi, tapi kalau kedai mamak 24 jam diserbu memang Merah tak boleh terima. Hairan la. Pakat2 bawak anak dan isteri makan kat kedai mamak tengah2 malam. Cuti2 sekolah nih, kedai mamak pun jam jugak. Ayoyo...!

Bila namanya cuti sekolah, haruslah cuti tersebut dipenuhi dengan undangan perkahwinan yang sangat2 banyak. Jadi, hari jumaat lepas Merah dah bertolak pulang ke kampung. Hari sabtu 23/03/2013 adalah majlis perkahwinan kawan baik Merah sejak di tadika lagi. Jadi motif utama Merah semestinya nak jumpak kawan2 lama yang bersungguh-sungguh nak bersidang kat rumah pengantin perempuan. Ala2 reunion la jugak sebab kat situlah Merah dapat jumpak semua kawan2 dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah.

Excited punya pasal, Merah dah plan siap2 untuk kenduri rumah kawan Merah seminggu lebih awal. Dan seperti biasa, Merah akan pergi kenduri dengan BFF Merah yang ohsemm iaitu Cik Aina. Tepat jam 2.08 petang, Merah dan CIk Aina bertolah ke rumah pengantin perempuan yang terletak bersebelahan dengan kampung Merah. Merah sendiri tak pasti akan keadaan bumi kita sekarang nih, tapi cuaca pada hari tersebut tersangatlah, teramatlah, dan terlalulah panas. Bumi kita dah terlalu uzur agaknya. Panasnya sehingga mencengkam ke tulang. Perhhhhhhh, menyengat!

Sampai jer kat rumah pengantin, Merah dan Cik Aina lepak2 dulu kat bawah pokok kelapa sebab nak sejukkan diri dulu. Rasa nak pengsan pun ada jugak sebab tengok manusia masih ramai dan tak putus2 berkumjung. Selalunya memang macam tuh. Kalau namanya kenduri sulung, memang berlonggok-longgoklah manusia yang akan menyerbu. Merah yang tengok nih pun rasa nak pitam, macam manalah tuan rumah yang bersungguh-sungguh melayan tetamu kan!

Bila dah cool sikit kami berdua terus menapak ke khemah kenduri. Salam2 dengan Puan Emak iaitu ibu pengantin perempuan yang memang Merah sangat2 kenal sebab Merah selalu berkunjung ke rumah mereka. Lepas salam2, Merah dan Cik Aina terrnampak pengantin perempuan yang sedang berbual dengan salah seorang kawan kami. Merah terus terjah ke arah pengantin perempuan dan berbual serba sedikit dengan mereka. Dalam hati pelik jugak, mana pengantin lelaki? 




Dan Merah rasa nak jer gantung diri kat kipas angin di dalam khemah tuh sebab dalam keterujaan nak jumpa pengantin perempuan, Merah telah merempuh pengantin lelaki dan Merah tak sedar langsung tindakan Merah tuh. Waaaaa, kenapa Merah nih lampi sangat!!!!!

Kemudian Merah duduk2 dengan Cik Aina disamping 2 -3 orang kawan lelaki yang hadir di dalam majlis tuh. Sentaplah jugak hati Merah sebab tak ramai kawan2 yang hadir ke majlis perkahwinan tuh. Tak dapat nak jumpak kawan2 lama Merah. Huhuhuhuhu. 

Lepas 1 jam duduk2 dan berbual dengan kawan2 yang ada di majlis tuh, Cik Aina dah bagi signal untuk mengambil makanan. Lepas ambil makanan, Merah cuma kuis2 jer lauk dalam pinggan tuh. Serius, Merah lapar giler, tapi cuaca yang panas membantukan nafsu makan Merah. Merah cuma makan 3-4 suap nasi dan akhirnya Merah terpaksa buang jer nasi dan lauk yang masih berbaki di dalam pinggan. Rasa berdosa sangat2. Kalau tahu dek Puan Mama, memang Merah akan kena syarahan non-stop sebab berperangai membazir sebegitu.

Lepas makan, Merah, Cik Aina dan kawan2 yang lain mula bergambar ala2 retis agaknya. Terasa amatlah heaven di situ kerana pelamin kosong dan tiadalah sesiapa yang akan mengganggu kami bergambar. Hahahahha. Pengantin yang busy memotong kek di luar rumah kami abaikan seketika kerana nak bergambar di pelamin punya pasal. Lepas bergambar, tunggu kawan2 yang baru datang makan dulu sebab lepas tuh nak tangkap gambar ramai2 pulak.

Tersangatlah pelik kerana pada pukul 4.00 petang, masih ramai lagi manusia yang berpusu-pusu datang ke majlis perkahwinan kawan Merah tuh. Memang berpeluh-peluh jugaklah sepanjang berada di majlis tersebut. Sangat2 kagum dengan pengantin perempuan yang bertahan dengan baju yang panas + tebal + berambu-ramba + mekap yang tebal sepanjang majlis berlangsung. Dia sangat2 sabar!

Dan bila masa menganjak ke asar,  Merah dan Cik Aina pun berkemas untuk pulang jugak. Waktu bersalam dan perpelukan dengan pengantin perempuan, beliau tetiber cakap camni;

"Merah, Maa dah kahwen ker? Maa memang dah kawen ker? Betul ker Maa dah jadik isteri orang? Rasa tak percaya la. Rasa macam tipu jer. Rasa pelik pulak."

Lama dia berada di dalam pelukan Merah. Masa seolah-olah terhenti. Merah cuba tahan airmata yang menitis ke pipi. Sebelum nih Merah okay dan tak rasa apa2 pun. Tapi tiba2 Merah rasa sebak dan syahdu. Kawan Merah dah jadi isteri orang. Dia kawan Merah yang sangat2 baik. Tutur katanya cukup lembut dan tersusun. Walaupun ramai yang rimas dengan sikapnya yang manja, namun Merah tak pernah rasakan ianya suatu kekurangan. Merah sayangkan dia seadanya.

Merah ingat lagi memori di tingkatan enam beberapa tahun dahulu. Bersama-sama dengan Merah, dia tanamkan pelbagai impian dan angan2 untuk menjadi suri kepada seorang lelaki yang cukup2 dia sayang. Segala rasa hatinya tidak lagi menjadi rahsia di antara kami. Segala-galanya dia bisikkan pada Merah. Dan benarlah, perancangan yang dia rancang cukup2 indah dan rapi. Namun siapa sangka, perancangan dari Dia Yang Maha Kuasa mengatasi perancangan manusia ini. Siapa sangka, rupanya jodoh kawan Merah itu lebih bermakna kerna lelaki itu punya pakej yang Merah kira lebih mampu untuk membahgiakan kawan Merah itu. Alhamdulillah.

Kepada Puan Noorhashimah Binti Abd Hamid

Merah harapkan kamu bahagia sayang. Walau terlalu banyak duka yang kamu tempuh, namun bahagia tetap ada di akhirnya. Jadilah Si Isteri yang menyejukkan hati suamimu sayang. Merah doakan mahligai yang dibina ini berkekalan dan diberkati olehNya. Merah sayang kamu selamanya. Tahniah!







Thursday, 21 March 2013

kisah SPM tujuh tahun dahulu


Hari nih result SPM dah keluar kan? Sejak 2-3 hari lepas Merah tengok dekat wall facebook adek2 yang ambil spm 2012 semuanya berstatus cuak2 belaka. Semuanya pakat2 takut dan gementar dengan keputusan yang bakal diperoleh. Merah percaya, bagi yang mendapat result tak seindah yang dibayangkan, pasti mereka pakat2 menangis sebab result yang diperoleh lari dari landasannya. Bagi yang dapat result yang baik dan tak disangka-sangka pula, mesti mereka2 akan menangis jugak. Bezanya ia adalah tangisan kegembiraan.


Tadi kawan baik Merah yang paling ohsemm, Aina Amani mesej Merah. Adik beliau juga ambil result spm hari nih. Alhamdulillah resultnya sangat2 membanggakan dan termasuk di dalam kategori cemerlang, 7A 2B. Fuhhhhhh, kalau nak dibandingkan dengan result Merah yang dulu, jauh panggang dari api. Result spm Merah cukup2 makan jer. Boleh ler lepas kalau nak apply sambung belajar untuk diploma kat universiti or politeknik. Tapi rencana dan perancanganNya mengatasi segala-galanya. Terlempar di sekolah yang sama dan memegang status sebagai pelajar pra-universiti mengajar Merah pelbagai perkara. Alhamdulillah.

Masa tengah berbalas mesej2 dengan CIk Aina yang manis tuh berkenaan spm, tetiber dia hantar satu mesej yang mengingatkan Merah akan kenangan masa form 5 dulu2.

"By the way, everytime keluar result spm aku rasa nyesal dan sedih la sebab spm adalah exam yang aku langsung tak usaha. Aku hanyut. Ingat lagi kita satu kelas boleh ponteng kelas biologi sesuka hati. Main2 ja belajar. Cikgu sejarah masuk kelas kita boleh cakap cikgu tak payah mengajar la hari nih. Beraninya main2 dengan masa depan sendiri."

Kemudian Merah balas:

"Spm tu zaman paling aku tak sedar diri. Kalau nak dibandingkan aku dengan hang, aku lagi banyak buat onar kot. Asyik main jer."

Bila Merah fikir2 balik, Merah percaya akan kata2 yang Ustazah Azimah suka ulang2 masa Merah form 5 dulu.

" Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya."

Hahahahaha, motif apakah sehinggakan Merah teringat-ingat akan pepatah arab itu!


Sebenarnya Merahlah manusia yang boleh diumpamakan dengan si tukang besi tuh. Merah yang membuatkan ramai kawan2 terikut-ikut dengan sikap Merah yang main2 time belajar dulu2. Sedih sangat bila baca mesej dari Cik Aina tadi. Kalau Merah tak sama kelas dengan dia, mesti dia dapat jadi lebih fokus time belajar. Dan sudah semestinya kelas Merah dulu2 akan jadi aman damai sebab tak der manusia yang suka buat onar macam Merah nih. Buat kawan2 masa 5 Sains batch 2006 dulu, Merah mintak maaf sebab membuatkan kamu semua lalai dengan pelajaran.. Huhuhuhuhu. Rasa menyesal, tapi bak kata Puan Mama, sesal kemudian dah tak berguna.

Apa yang Merah ingat, masuk jer form 4 hingga form 5, Merah jadi makin ligat nakalnya. Ada jer yang Merah buat agar Merah tak perlu masuk kelas. Tambah2 kalo time tuh subjek math or add math. Merah sanggup jer tolong cikgu tengah2 padang dan berpanas sehari-hari demi ponteng kelas. Perkara yang paling jahat Merah buat ialah pecah masuk bilik kaunseling sebab Merah tak der port yang selamat untuk ponteng kelas. Oleh kerana Merah adalah pelajar yang rapat dengan cikgu kaunseling, Merah tahulah macam mana nak bukak pintu bilik kaunseling tuh. Hohohoho. Sila jangan tiru aksi Merah nih ek.

Dulu2 Merah minat sangat2 subjek Biologi sebab Merah rasakan Merah sesuai jadi doktor. Hehehehehe. Rasa nak muntah bila fikir2 balik sebab Merah cepat pening kalau nampak darah. Tergamak Merah pernah membiarkan diri Merah mengimpikan  kerjaya sebagai seorang doktor. Huhuhuhu. Tapi mood untuk belajar biologi hilang sebab cikgu biologi sangat2 tak ohsemm time tuh. Jadi, setiap kali masuk makmal Merah akan pilih meja paling belakang dan mula buat kejahatan demi kejahatan dengan kawan2. Antaranya menyanyi-nyayi, main bingo, baca majalah mangga, sembang2 or makan kacang. Dan cikgu biologi just biarkan kebiadapan kami sebab dah penat menegur. Cikgu, maafkan Merah!

Time kelas kimia pun Merah ada masalah juga. Selalu jer mendatangkan masalah dan sering berada di dalam pemerhatian cikgu kimia. Jangan salah sangka tau, Merah sering berada di dalam pemerhatian kerana sikap Merah yang tak berapa nak okep nih. Huhuhhuhu. Apa taknya, sewaktu pertama kali menjalani eksperimen, Merah nyaris menyebabkan makmal kimia sekolah terbakar. Serius, Merah tak sangka bahawa naftalena memang sejenis bahan yang cepat terbakar. Cikgu suruh didihkan setengah sudu naftalena, tapi Merah and the geng terlebih gigih. Kami letak lima sudu naftalena dan kuatkan api penunu bunsen dengan cekalnya. Tak sampai beberapa minit, semua rakan2 dalam kelas berlari keluar sebab tiba2 keluar api kat permukaan tabung uji. Nasib baik cikgu kimia ada, kalau tak memang rentung ler makmal kimia tuh. Sejak tuh Merah dipindahkan ke meja depan, bertentangan dengan cikgu kimia sebab takut peristiwa tu berulang. Huhuhuhuhu, maaf cikgu!

Tapi kan, walaupun Merah ni nakal, ada juga waktu2 tertentu yang menunjukkan kesopanan dan ketatasusilaan Merah. Kalau nak tengok sifat angel Merah, waktu subjek fiziklah Merah akan berubah menjadi bidadari yang sungguh tertib sifatnya. 

Sila jangan salah sangka tau!!

Semua ni hanya lakonan semata-mata sebab cikgu fizik sangat2 tegas dan memang punya sikap yang tak di sangka2. Waktu semua pakat2 gelak, cikgu tuh boleh jer halakan jari telunjuk kat kamu untuk minta jawapan untuk soalan kat papan hitam. Kelas fizik memang kelas yang boleh buat Merah kena heart attack. Serius, beliau cukup suka halakan jari telunjuk kat Merah untuk jawab soalan. Mau menangis-nangis Merah memandang seisi kelas dengan harapan diberikan pertolongan. Dan seperti biasa, semua pakat2 tunduk dan berpura-pura sibuk sambil menconteng ntah apa2 kat dalam buku masing2. Waaaa, kejam giler kawan2 kelas time tuh!

Dan bila fikir2 balik, Merah rindukan kenangan sewaktu zaman sekolah dulu. Waktu tuh Merah tak perlu fikir banyak perkara, tak perlu bebankan diri dengan tanggungjawab yang menimbun, tak perlu risau akan apa2 sebab semuanya diuruskan oleh Puan Mama. Tugas Merah cuma belajar time tuh. Jarang sangat Merah nak menangis atau terluka sewaktu zaman sekolah dulu kerna setiap hari penuh dengan gelak tawa dan gurau senda dari semua. 

Kata Cik Aina, sekarang kita dah menunjukkan simptom2 semakin berusia. Kita semakin peduli akan semua perkara. Kita semakin bijak menilai kembali setiap perkara. Kita tak lagi bersikap sambil lewa di dalam setiap keputusan atau pilihan. Kita lebih gemar meneliti dan membuat pertimbangan yang rasional bagi setiap keputusan yang bakal di ambil. Benar, masa mematangkan kita. Masa mengubah diri kita menjadi manusia yang kita sendiri tak sangka sebenarnya. Kenangan silam adalah pengajaran yang terbaik untuk masa depan kita kan? Alhamdulillah.

Buat adik2 yang berjaya di dalam SPM, tahniah dari akak. Buat yang tak berjaya, jangan putus asa kerna pasti ada hikmah di sebalik semuanya.


ni pic time dinner. rindu kenangan dengan kawan2 kelas.huhuhuh