Tuesday, 5 February 2013

cerita tentang HUJAN, TRAGEDI BERDARAH & AYAM PAPRIK CAMPAK2


Tu dia tajuk yang menggelabahkan jiwa dan raga bila dibaca. Panjang benor tajuk kali nih. Seram sejuk nak menaip sebab banyak sangat nak diceritakan nih. Silap2 mau berkajang-kajang aku menaip ala2 buat karangan time SPM dedulu. Ingat lagi nostalgia zaman2 sekolah dulu. Setiap kali test atau exam subjek kegemaran iaitu Bahasa Melayu, aku memang tak mampu nak meminimakan kertas time buat karangan. Selalu angkat2 tangan minta kertas lebih. Pastu clasmates akan pandang2 sebab pelik tengok kertas exam aku. Berjela-jela aku tulis. Seingat aku, untuk paper Bahasa Melayu jer aku tak pernah lagha sebab aku memang pulun menulis habis-habisan. Kalau tetiber helikopter tentera udara terhempas tepi kelas aku pun aku tak peduli. Tengok, betapa fokusnya aku. Tapi kalau subjek2 lain, aku mula la memanjangkan leher sebab nak usha jawapan sahabat2 yang boleh dipercayai ketertinggian IQ mereka. Hehehehehe.

Tapi sumpah tau, aku selalu dapat A kalau buat karangan. Cikgu suka karangan aku sebab katanya bermutu. Yang paling penting tulisan aku begitu menambat hati cikgu sebab memang cantik dan tersusun ja. Bulat2 dan cumel2 belaka. Seingat aku, waktu form 5 dulu, tulisan aku dan BFF terohsemm aku iaitu Aina Amani Juniat paling mendapat tempat di hati cikgu. Kira tulisan yang boleh diterima dek akal la sebab majoriti bebudak kelas aku menulis ala2 mencakar jer. Kemudian bebudak kelas aku selalu jer pesan kat aku supaya buat karangan dan bukannya mengarang novel. Perhhhhhh, menusuk ke kalbu okep..

Ehhhhh, nih dah terbawak-bawak ke zaman tudung2 bulat nih. Off topik betoi la. Okep ek, kita kembali ke tajuk asal.

Semalam hujan lagi. Kali nih hujan yang betul2 menggila lagaknya. Memang kasar2 kot hujan petang semalam. Elok jer aku sampai rumah dan bukak tudung, hujan turun dengan lebatnya. Cik Kakak yang sedang menyuap nasi aku pandang dengan pandangan yang paling cumell. Semalam Cik Kakak tak bagi aku main hujan, tapi berkat sokongan Cik Adek, aku dapat main hujan. Cik Kakak yang faham maksud pandangan aku tetiber cakap camni.

'Pi la main hujan. Tapi kena tolong cuci kereta. Tak susah pun sebab nak gosok2 jer. Tak payah letak sabun pun. Just gosok2 untuk buang kesan tanah merah jer"

Yeeeehaaaa, itu adalah kebebasan yang memang aku nantikan. Masuk bilik terus pakai tudung dan pulun main hujan sungguh2 sampai menggigil-gigil. Tapi aku tak putus asa. Aku terus bermain sambil gosok sesikit kereta Cik Kakak. Dan semalam, walaupun hujan lebih lebat dari hari sebelumnya, aku TAK MENANGIS langsung. Aku tak akan menitikkan airmata di dalam hujan lagi sebab hujan itu mendamaikan. Hujan itu mengirimkan rasa tenang. Dan aku taknak merosakkan keindahan rasa sewaktu hujan dengan titisan airmata lagi.


Dalam keterujaan melampau, tiba2 Prapppppp...!!!!! Ohhhhhh, TIDAK!!!!!!! Aku telah menyebabkan nombor plat kereta Cik Kakak patah. Aku mula menggelabah. Dengan suara yang lunak, aku panggil Cik Kakak untuk menjelaskan keadaan sebenar.

'Ermmmmm, Cik Kakak, tolong amik towel jap. Rasa macam tak mau main hujan dah la.'

Nah, lain yang aku nak cakap, lain yang terkeluar. Last2 aku masuk rumah dan keringkan badan. Sambil lepak2 aku terasa nak masak Paprik Ayam. Aku keluarkan ayam dalam peti ais dan godek2 sayur yang boleh dicampak sekali bersama ayam. Sambil memotong bawang dan sayur-sayuran, aku arahkan Cik Kakak untuk memotong ayam kecik2. Tiba tiba,





Aaarrrghhhhhhhhh..!!!!!!

Aku nyaris pengsan bila kakak aku menjerit seperti pontianak yang kehilangan set habib jewelnya lalu membaling parang ke dalam singki. Dan aku nampak ada darah di jarinya. Astaga, rupanya tangan Cik Kakak terkena parang. Aku cepat2 ambil towel dan plaster lalu aku arahkan Cik Kakak pergi ke ruang tamu. Dalam hati aku rasa bersalah giler sebab suruh Cik Kakak memotong ayam. Selama nih memang jarang giler Cik Engineer tuh terlibat dalam arena masak-memasak nih. Tapi semalam aku sengaja mintak Cik Kakak tolong sebab aku boring giler memasak sorang2 kat dapur. Namun rancangan aku tuh bertukar menjadi tragedi berdarah pula. Huhuhuhuhu. Cik Kakak, maaf ek.!

Namun semangat juang aku untuk memasak tak terhenti begitu sahaja walaupun berlaku tragedi berdarah. Lepas potong semua bahan termasuk ayam, aku perasan something. Sos tiram dah habis la pulak. Kat luar hujan lebat giler. Aku mula memikir-mikir untuk mengubah menu malam tuh sedangkan tekak aku memang nak makan paprik. Tiba2 kata2 dari Encik Michael Smith menyedarkan aku.

"My secret recipe, is cooking without a recipe..."

kemudian aku campak jer semua benda dalam kuali tuh. Tumis2 cili kisar sikit, campak bawang, campak serai, campak halia dan biar sekejap. Lepas tu aku masukkan ayam dan diikuti semua sayur2 yang aku gigih potong tadi. Dalam 5 minit kemudian aku campak sos cili. kicap, sos ikan, garam dan gula sikit. Last sekali lepas tutup api aku campak daun sup + daun bawang dan tomato yang dipotong kasar sebagai hiasan. 

Dan lepas jer mandi aku terus makan nasi tanpa mempelawa Cik Kakak dan Cik Adek. Terlalu teruja nak makan sampai aku malas nak mempelawa sesaper. Perhhhhh, serius la. Sangat2 sedap. Cik Adek yang tengok aku makan penuh nikmat  terus menuju ke dapur dan memenuhkan pinggannya dengan ayam paprik. Cik Adek siap request lagi nak aku masakkan paprik lagi minggu hadapan. Hehehehehe.















Dan sampai saat ni, Cik Kakak masih tak dapat mengesan plat keretanya yang terkopak gara2 aku. Fuhhhhh, selamat! 


No comments: