Wednesday, 27 February 2013

dan RINDU pun bertamu..

Sungguh, aku benar2 rindu. Mahu sahaja aku jeritkan pada angin lalu, agar rindu ini hilang dari tangkai hati.
Hal yang manis itu adalah apabila dua orang insan saling merindui,
namun tidak berkomunikasi,
tetapi keduanya saling mendoakan di dalam sujudnya masing-masing.

bakso oh bakso!!!!


Hari ni nak share sikit tentang makanan yang wajib aku makan kalau tiba2 tersampai kat area Nibong Tebal. Hahahahaha, agak poyo kat situ sebab aku memang akan lalu ikut jalan tuh pun kalau nak balik kampung. Bagi aku, bakso yang jual kat situ memang tak boleh nak ditandingi oleh mana2 kedai sekali pun. Sekali makan, memang akan sentiasa singgah untuk makan lagi. Serius, sedap giler!

Tak percaya? 

Okeh, korang boleh pergi sendiri untuk try bakso yang aku suker sangat2 tuh dekat kedai yang aku cakap tuh. Disebabkan aku memang seorang manusia yang sangat2 lemah di dalam geografi, aku tak reti nak lukis atau nak citer tentang lokasi kedai tuh dengan terperinci. Tapi korang jangan bimbang sebab kedai bakso tuh memang mudah untuk dicari. Kedai bakso tuh terletak berdepan dengan Yawata Nibong Tebal dan kat sana korang akan nampak seorang akak yang putih ala2 cina sedang bizi berniaga bersama dua orang pembantu beliau.

Fuhhh, kecur air liur bila teringat keenakan bakso yang ditambah cili + kicap + sos. Sejak aku bawa kawan aku untuk rasa bakso tuh, setiap minggu dia ajak aku ulang-alik ke Nibong Tebal untuk makan. Yang dasatnya, sekali hadap dua mangkuk bakso dia telan. Aku pun agak muskil dengan tahap keluasan perut yang dimiliki oleh kawan aku nih.

Lagi satu, bakso kat situ kuahnya sangat berperisa dan agak pekat. Korang boleh pilih untuk makan bakso nih dengan mee kuning, koew tiau or bihun. Bahan2 pun banyak yang diletak kat dalam bakso tuh seperti tauhu kering, daging, daun sup + daun bawang dan bebola daging yang sangat2 ohsemm. Tarikan yang paling utama kat kedai tuh ialah bebola daging. Ada bebola daging yang kecil2 dan bebola daging yang besar sikit dari bola golf ditambah ke dalam bakso. Harga pulak boleh buat aku menangis-nangis sebab murah sangat iaitu RM3.00. Aku berani jamin yang korang akan menjadi pemakan bakso yang setia di gerai beliau dengan hanya sekali cuba jer!


Nih picture semalam. Cik Adek singgah membeli tiga bungkus bakso untuk makan malam. Lepas makan sampai nak habis semangkuk, baru aku teringat nak amik gambaq. Aku ngaku yang aku makan dengan lahap semalam. Huhuhuhuhu. Cer tengok bebola daging tuh. Perhhhhhh, sedap sangat!!!!



 

Tuesday, 26 February 2013

Aina Amani Juniat


Itu adalah sebaris nama milik seorang gadis yang aku cukup kagum dan sayang. Dialah sahabat. Dialah kawan. Dialah pemujuk yang tegar di kala aku tak mampu lagi bertahan dengan ujian demi ujian. Dialah juga pemberi motivasi di kala aku hampir2 lemas dengan pelbagai asakan. Dialah juga yang sentiasa ada di samping aku sewaktu tangisan aku tak mampu lagi di tahan2. Dia sangat2 penting kerna dia sahabat paling istimewa yang menghuni di hati aku.




Persahabatan yang benar2 bermula dari hati ini bertunas sewaktu kami sama2 memilih untuk bertahan memakai uniform sekolah dan berada di tingkatan 6. Kami saling menyokong kerana tika itu ramai yang memilih untuk menyambung pelajaran dan menganggap pilihan yang kami buat untuk terus berada di alam persekolahan adalah salah. Perasaan rendah diri, terhina, terasing dan hilangnya rasa yakin membuatkan ukhwah ini lebih kukuh terjalin.

Bila difikir-fikirkan balik, aku berada di kelas yang sama dengan beliau sejak di bangku sekolah rendah lagi. Lagipun kami tinggal sekampung dan rumahnya berada selang satu lorong dari rumah aku. Pabila masuk ke sekolah menengah, kami masih berada di sekolah yang sama, bezanya kami berada di kelas yang berlainan sahaja. Namun sewaktu di tingkatan 4, kami kembali berada di kelas yang sama. Sepanjang berada tingkatan 4 hingga ke tingkatan 5, dia cuma salah seorang daripada kawan sekelas aku dan hubungan kami cuma setakat itu.

Perasaan rendah diri dan perbezaan yang ketara membuatkan aku rasa tak layak untuk menjadi sahabatnya. Mana mungkin aku dapat menjadi sahabat kepada seorang pelajar yang cergas dan bijak sepertinya? Mana mungkin aku setaraf dengan kelembutan dan kesantunan yang tertanam dalam dirinya? Kami terlalu berbeza. Sejujurnya aku sangat2 hormat pada sikapnya yang begitu matang dan begitu berbeza dengan sikapku yang begitu nakal ini. Yuppp, aku mengaku yang aku ni pelajar paling nakal di sekolah, pemegang rekod demerit yang banyak, outspoken, suka ponteng kelas dan kadang2 boleh dianggap jahat!

Berbeza pula dengan Aina yang begitu sopan dan sentiasa menjadi kesayangan cikgu2 di sekolah. Aku tak jeles langsung sebab aku tahu, Aina memang manusia yang sangat2 menyenangkan semua pihak. 




Sewaktu di tingkatan 6, aku menjadi rapat dengan Aina. Kami berkongsi susah dan senang bersama-sama. Dalam tak sedar, Aina merubah aku menjadi manusia yang baru. Manusia yang cekal dan tabah. Manusia yang positif dan tegas. Dan bersama-sama Aina, aku punya kekuatan untuk mengejar cita2 bagi bergelar seorang mahasiswi.

Alhamdulillah, kami sama2 berjaya di dalam stpm. Kami sama2 mengorak langkah baru untuk ke alam yang baru. Walau terpisah dek ruang waktu namun persahabatan antara kami tetap kukuh di hati. Di tempat baru, kami bergaul dengan insan2 yang baru, namun kami tak pernah terlupa dengan jalinan yang pernah dibina ini. Kami masih saling mendoakan. Kami masih saling mengingatkan. Kami masih saling sertukar-tukar cerita. Dan kami masih ada waktu untuk saling bertemu.

Terkadang aku selalu merasakan bahawa aku ini sahabat beliau yang amat2 menyusahkan dan melelahkan beliau. Merenung balik 3-4 tahun yang berlalu ini mengingatkan aku akan pelbagai kesusahan yang aku bebankan di bahu Aina. Dialah yang tak putus2  membantu aku untuk kembali teguh pabila aku jatuh. Dialah yang acapkali membisikkan kata2 semangat pabila aku semakin rapuh. Dia lebih kenal akan diri aku. Dia lebih tahu segala yang bersarang di hati aku. Dan dia manusia yang paling hampir dalam hidup aku!

Pernah sekali aku suarakan pada dia,

"Merah dah penat nak terus hidup dengan pelbagai benda yang berselirat dan menyesakkan Merah. Semua benda diletakkan di atas bahu Merah. Merah bukan manusia yang kuat untuk terus bertahan. Cukup2lah dengan semua benda yang sedang menyakiti Merah sekarang ni. Merah bukan nak lari dari masalah, Merah cuma nak lalui hidup2 yang biasa macam orang lain. Bila dah penat sangat, Merah selalu berdoa kat tuhan supaya tuhan ambil nyawa Merah bila amal Merah melebihi dosa Merah. Merah dah tak sanggup nak tempuhi liku2 hidup nih."

Pabila aku pandang wajah Aina, aku nampak ada titis2 jernih yang bergenang di tubir matanya. Dia tahu apa yang sedang aku tanggung dan aku tahu dia  benar2 peduli akan diri aku.

Sungguh, aku sayangkan dia kerana Allah. Aku cintakan dia kerana Allah. Aku sayangkan ukhwah ini kerana Allah. Beliau adalah sahabat ketika suka dan duka. Sahabat yang sentiasa memberi tanpa mengharapkan apa2. Sahabat yang mendengar segala luahan rasa tanpa menilai semula. Beliau sahabat yang terbaik aku kira. Sahabat yang Allah kirimkan untuk membantu aku menongkah benteng2 di dunia ini.

Aku pernah cuba untuk diamkan sahaja segala rasa yang memberat di jiwa namun aku gagal. Bukan aku ingin ketepikan Aina, namun aku tak ingin menjadi manusia yang begitu mementingkan diri. Aku tak ingin bebankan dia lagi. Aku tak ingin berkongsi cerita duka yang memberat di bahu ini. Aku tak ingin sahabat yang aku kasihi itu turut terbawa-bawa dengan emosi. Aku sayangkan dia. Sungguh, aku benar2 sayangkan dia!



Buat Naa, 
Moga kamu bahagia. 
Moga kamu tersenyum gembira sentiasa. 
Moga kamu beroleh apa jua yang kamu impikan.
Merah tak mampu berikan harta berjuta
Merah tak mampu kirimkan intan permata
Merah cuma insan biasa
Merah cuma hambaNya yang tak punya apa2
Namun
Merah akan sentiasa doakan Naa
Merah nak jadi kawan kamu selamanya
kerna kamu insan yang paling Merah sayang!




Monday, 25 February 2013

hijrah


Buntu, nanar dan keliru.

Adakah ini pilihan terbaik yang akan aku lakukan? 

Aku perlu berhijrah kerna bumi Penang ini terlalu banyak kisah2 duka. Bumi Penang ini penuh dengan cerita2 air mata. Biar hasil di dunia ini tak setinggi mana kerna aku sebenarnya mengejar kehidupan negeri akhirat yang abadi.

Mereka2 di sana memerlukan baktiku. Anak2 di sana dahagakan ilmu. Mereka perlu dibimbing. Mereka perlu dibelai. Mereka perlu dimanja. Kasih yang setitis cuma ini insyaallah dapat dikongsikan bersama mereka2 yang tandus akan rasa.

Saat mereka2 yang lain memilih untuk mengejar status dan pangkat yang tinggi menggunung, aku memilih untuk berbakti pada mereka2 yang tersepit dalam kehidupan yang serba menyesakkan ini. Anak2 kecil itu perlukan bimbingan. Mereka adalah bidadari2 kecil yang perlu didampingi untuk menongkah dunia yang serba mencabar ini.

Ramai yang menghalang. Bagi mereka, pabila belajar setinggi ini, aku perlu berada di puncak yang sama dengan tahap keintelektualan aku. Sungguh sempit pemikiran mereka. Sungguh rapuh prinsip yang di pegang oleh mereka. Dalam kepayahan, aku tersenyum memikirkan kecetekan pemikiran manusia2 ini.!

Dan keputusan akan digapai sedikit masa lagi. Hati Puan Mama perlu aku jaga. Restu beliau perlu aku pohon. Doakan aku agar dapat berada di sana. Insyaallah, di sana nanti aku bisa terus berdiri.

Sunday, 24 February 2013

its ok not to be ok


Nih kisah dua hari lepas.

Balik dari kerja hari jumaat tuh aku terus membizikan diri dengan perkara2 lagha. Happy aku melebih-lebih sebab esoknya aku cuti. Aku sedar yang henpon aku dah habis bateri tapi aku memilih untuk membiarkan sahaja. Aku fikir malam nanti aku masih boleh untuk charge balik. Dan aku benar2 telupa sehinggalah pagi sabtu tu pabila aku on henpon aku rasa nak pengsan.

47 missed call

21 mesej

Terduduk aku kat tepi katil bila baca salah satu dari mesej2 dalam henpon aku. Senior aku masa kat universiti dah meninggal dunia sebab kemalangan masa dalam perjalanan dari KL-Penang. Aku menangis sesungguh-sungguhnya. Dia lelaki yang baik. Sungguh, dia lelaki yang sangat2 baik.

Kemudian henpon aku berbunyi. Aku cepat2 angkat dan tangisan aku semakin menjadi bila mendengarkan cerita yang sebenar dari Abang Kareem yang merupakan kawan baik kepada arwah.

"Arwah datang Penang sebab nak jumpak Prof yang kendalikan thesis dia masa dia ambil master dulu. Dari minggu lepas dia cakap nak jumpa Merah sekejap lepas jumpak dengan Prof. Dia cakap nak terus jumpa family Merah sebab dia cakap nak kidnap Merah dari family Merah. Ana ingat dia melawak sebab dah lama kan Merah dengan dia tak berhubung."

Dan ayat2 seterusnya dari Abang Kareem buat aku makin sebak. Tangisan aku makin menjadi-jadi.

Lepas bercakap dengan Abang Kareem aku mula menghemburkan segala tangisan aku. Kemudian aku gagahkan diri untuk bangun dan menuju ke bilik air. Rutin setiap minggu perlu aku laksanakan. Dan pagi sabtu itu aku mengangkat takbir untuk mengerjakan sunat dhuha dengan penuh rasa payah sekali. Aku kira ini dhuha yang paling banyak menitiskan airmata.

Usai bersolat, merintih dan berdoa pada Dia, aku capai kalam berwarna orange yang terletak di tepi bantal aku. Dan lidah lancar memulakan bacaan. Yassin.......

Dari pagi hingga ke zohor, aku habiskan masa di atas sejadah cuma. Sungguh, cuma di situ sahaja kekuatanku kembali bertunas.

Dan ini cerita hari ini..

Kenapa aku mesti menangis dan begitu terasa kehilangan seorang lelaki itu.

Arwah cuma seorang senior aku semasa di universiti dulu.
Arwah cuma bekas bos di kedai baju, iaitu tempat aku aku bekerja secara part time dulu.
Arwah cuma seorang sahabat yang menghormati pendirian aku.
Arwah cuma seorang lelaki biasa.

Dan hati memang tak mampu menipu. Benar, arwah cuma salah seorang insan yang pernah hadir seketika dalam kamus hidup aku. Tapi sekarang aku sedar suatu perkara. Aku SAYANGKAN arwah. Dan sayang aku mungkin boleh ditong sampahkan sebab aku baru sedar semalam tentang hakikat hati ini.Aku dah terlalu lambat untuk sedar tentang hal ini!

Dan buat arwah yang kembali ke alam sana, moga tenang2 dan berada di kalangan orang2 yang  soleh dan solehah. Insyaallah, saya juga akan ke sana suata masa nanti.

Dan henpon yang asyik berbunyi dari semalam itu aku diamkan ia seketika. Memang aku sedang berduka, namun tak perlulah untuk aku khabarkan pada mereka. Biarlah aku sendiri kerna di sini aku tenang dalam mencari redha Ilahi.

 




Friday, 22 February 2013

Kerana setongkol jagung


Aku sangat2 suka makan jagung. Aku sendiri tak paham kenapa aku begitu lahap + obses dengan tumbuhan bernama jagung nih. Eh, jap, jap.. Tiba2 aku terfikir pulak. Jagung nih masuk dalam kategori buah-buahan atau sayur-sayuran ek? Aku rasa macam sayur-sayuran sebab aku suka masak sup sayur yang ditambah dengan setongkol dua jagung. Jadi ia perlulah berada dalam kategori sayur-sayuran kan.


Arghhhhh, malas nak fikir banyak2. Nak tahu status jagung ni, korang google ler sendiri. Aku malas nak mencari jawapan untuk persoalan tuh.

Aku mula sedar yang aku nih begitu teruja dengan jagung bila kawan2 kat universiti gelakkan aku kerna mengorder air jagung kat restoran nasi kandar. Aku masih tak boleh lupa muka blur mamak kat restoran Khalil yang bertanggungjawab menerima order dari kami time tuh. Mau menangis-nangis dia time ambil order aku tuh. Dan untuk cover rasa malu yang maha melampau, aku order ler minuman yang sangat2 klise kalau kat kedai mamak nih iaitu teh ais. Dalam hati aku rasa nak menangis sebab aku betul2 nak minum air jagung time tuh.

Aku suka makan jagung bakar, rebus atau mentah, ais krim jagung sama ada yang dalam bekas or ais krim potong, bijirin corn flakes, gula2 perisa jagung, keropok perisa jagung dan yang paling heaven adalah air jagung kat pasar malam. Secawan singgit jer, tapi rasanya memang kalah starbucks habaq hang.!

Kalau boleh bila beli kepsi or mecdi pun aku nak order air jagung time ditanya tentang perisa air yang aku nak. Tapi sebagai manusia yang matang dari sudut pandangan diri aku sendiri, aku dengan warasnya order air perisa strawberi. Kemudian aku mula berfikir-fikir. Adakah jagung telah di anak tirikan dengan strawberi? 



vs

 

Cik roomate aku kat universiti dulu selalu cakap,

"Esok2 kalau hang kawen Merah, tak payah ler pengantin lelaki susah2 nak membeli macam2 jenis buah-buahan bagai untuk hantaran. Beli jer 6-7 tongkol jagung, lepas tuh susun jer dalam raga. Nak lebih extreme, bawak jer 5-6 pasu pokok jagung yang diikat reben untuk dijadikan sebahagian daripada hantaran. Simple dan mudah kan?"

Kejam kan statement beliau. Huhuhuhu. 

Sebenarnya aku citer panjang tentang jagung nih sebab nak bagi tau something jer. Hari selasa lepas aku beli 2 tongkol jagung rebus kat pasar malam. Satu untuk aku, dan satu lagi untuk Cik Adek. Dan aku terlupa nak beli untuk Cik Kakak yang jugak menghuni rumah yang sama dengan aku. Sebab bizi dekat dapur, aku tak nampak yang Cik Kakak makan jagung rebus aku yang ohsem tuh.

Tup2 dah tinggal setengah. Memang sedih tahap petala ke lapan time tuh. Dan kerana setongkol jagung aku moody sepanjang malam. Hebat kan keobsesan aku dengan jagung. Silalah kagum dengan aku ek. Sekian.









jodoh dengan kematian


Semalam, dalam kereta umi seperti mengingatkan anak perempuannya tentang jodoh. Dimana saya bercerita dengannya, 

"Umi, ada seorang kakak ni lawaaaa sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam macam usaha dia cuba umi, tapi masih satu pun macam tak datang melamar. Dia sangat gagah tau umi." Umi hanya mampu tersenyum. Ayah juga.

Saya hairan. Kenapa?

Lalu umi kata,

"Mungkin jodohnya dengan kematian."

Terkedu. "Maksud umi? Dia dah nak meninggal?"

"Bukan la kakngah. Maksud umi, mungkin jodohnya yang ditetapkan oleh Allah tu sudah bertemu dengan kematian. Atau mungkin belum, tetapi hampir kepada kematian. Allah "simpan" dia. Mungkin kalau dia kawen, dan husbandnya meninggal, dia menjadi seorang perempuan yang lupa pada Allah? Sebab angah kata dia alim kan? Mungkin dia terlampau sayang dan tak boleh terima? Allah boleh je kawin kan diorang, tapi kan Allah kata, Allah kasi ujian kepada hambaNya yang mampu sahaja. Mungkin dalam soal ini, Allah tahu dia tak mampu nak tanggung. Jadi, Allah kasi dia ujian lain, dengan tak kahwin. Sekarang ni, umi nak tanya angah. Angah sanggup hilang orang yang angah sayang, ataaaau angah sanggup tak kawin, dan tak hilang sesiapa pun yang angah sayang?"

Saya diam. Tak jawab. Sudah tentu saya pilih tak kawin, dimana saya tak hilang sesiapa.

Oh, jadi sekarang saya faham, kenapa makcik umrah tu tak kawin, dan Allah tarik rasa nak kawin dekat dia. Ya, baru saya faham..

Saya baru faham juga kata-katanya tentang, "mungkin jodoh makcik dengan kematian"

Waktu tu saya fikir, memang makcik ni nak tunggu kematian. Rupanya, maksud dia lain. Oh, ya. Baru saya faham sekarang ni.

Lalu umi sambung,

"jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan umi cakap, jangan tak fikir langsung fasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada tanganNya. Menjadilah yang solehah. InshaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu.

"Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut umi. Kalau anak-anak umi meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya. Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang"

Saya diam. Betullah.

Kita ni, asyik nak jodoh jodoh, kawin kawin. Kalau dalam Luh Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya awal, maka saya punya jodoh tiada. Sebenarnya ada, cuma Allah tarik awal. Maka, takkan sepanjang hayat saya nak tunggu jodoh turun dari langit? Sedangkan "dia" yang Allah hantarkan tu sudah bertemu awal dengan PenciptaNya?

Muhasabah.

Fikir jodoh itu, haruslah selari dengan fikir akan kematian kita. Baru baru ini, kawan rumate saya meninggal, saya diam sendiri. Muda. Tak kawin. Amal? Bagaimana? Allahu~

*pukul kepala guna hammer!*

Baiklah, mari kita persiapkan diri, persiapkan amal. Untuk bertemu Allah, dan bertemu jodoh. Perispkan diri untuk menjadi yang lebih baik, tambah yang lebih hebat. Topup mana mana yang lompong. InshaAllah dalam persiapan hendak menemu Dia, sekaligus dalam menjadi baik, Allah hantarkan pula seseorang untuk berada di sisi. InshaAllah! Tapi jika takdir bahawasanya jodoh itu tiada, maka dimohon supaya redha itu mendahului, inshaAllah.













Thursday, 21 February 2013

Puteriku Sayang


Aduhai puteriku sayang!



Lagu nih untuk semua wanita2 di luar sana. Wanita2 yang sangat istimewa di hati semua. Jom tingkatkan amal dan berusaha untuk menjadi wanita yang hebat dalam menongkah onak dan cabaran di dunia ini!!!





Puteriku Sayang (Mestica Feat Munif Hijjaz)


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati


Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri


Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri


Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya



Wednesday, 20 February 2013

BAHAGIA itu PILIHAN


Duhai cik hati, apa mahumu??


Terkadang rasa macam okey jer untuk terus berhidup dengan gumbiranya. Tapi kadang2 itulah yang terkadang mengganggu secebis azam yang kononnya utuh untuk menempuh segala rintangan dalam hidup nih. Wanita nih unik kan! Sekejap2 okay yang menggunung-gunung, sekejap2 moody tahap kronik yang melampau-lampau. Perasaan yang tak pernah faham itu bolehlah kalau nak didefinisikan sebagai barah. Ia tak nampak dek pandangan mata kasar, sebaliknya ia membunuh dalam diam.!

Maaf kalau ayat2 aku berbelit-belit tahap melampau-lampau.!!! Mungkin darah seni aku sedang membuak-buak sekarang nih.

Bila perasaan aku dah ala2 nak terjun ke lembah kegelapan, aku perlu lakukan sesuatu untuk menghalang perasaan aku dari terjun tempat yang tak sepatutnya. Aku tak sanggup lagi nak lalui hari2 yang penuh rasa yang menyakitkan itu. Sekali aku masuk ke lembah kegelapan tuh, jalan keluar untuk kembali kepada kehidupan bertuhan tuh cukup payah untuk diterokai. Sungguh, aku bukan manusia yang hebat seperti yang digembar-gemburkan oleh semua!

Semalam aku berbicara panjang dengan seorang sahabat yang aku kira memahami apa yang bersarang di hati ini. Terkedu, terkesima, terdiam, dan ternoktah segala bicara. Benar2 tersentak dengan kata2 mulus dari dia. Sampai bila untuk aku terus memandang pada silam yang tak mungkin aku corakkan semula? Aku mesti belajar untuk menerima segalanya. Tak perlu dipersoalkan segala ketentuan-Nya. Aku tak mungkin memiliki jawapan dari setiap persoalan kerna Dia Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi.

Aku mesti lepaskan ia pergi walaupun igauan ngeri itu sudah sebati dalam diri. Dan sikap berpura-pura bahawa ianya bukan realiti haruslah aku kikis dari tertanam dalam diri. Mungkin kerna aku dah terbiasa mengelak dari segala memori2 yang menyeksa jiwa, sikap 'tiada apa2' sudah sebati di dalam diri. Aku gantikan tangisan dengan gelak tawa yang berpanjangan. Aku tahan airmata yang bakal berlinang dengan senyuman yang mendamaikan. Aku sangat2 hebat dalam melakonkan watak seorang wanita yang nampak sempurna di mata semua. Silalah bertepuk tangan sebagai tanda kekaguman anda terhadap aku.! 

Tersenyumlah, kehidupan ini indah sebenarnya..!!


Dan salah satu persoalan yang perlu aku tangani ialah berkenaan rasa yang tersorok di sudut hati yang terdalam sekali. Ini juga perlu untuk diselesaikan kerna ia akan merebak suatu hari nanti. Aku perlu belajar untuk memujuk hati agar belajar menerima ketentuan ilahi. Mungkin aku tak layak untuk bernaung sebagai suri di hati dia. Apa yang aku ada untuk terus bermimpi lagi? Sama ada aku tak layak mendapat secebis cinta dari dia atau sebaliknya, itu bukan persoalan utama. Yang penting aku sudah cuba dan alhamdulillah, cinta yang aku kirimkan pada dia tak terbuang begitu sahaja. Ia bertukar mnjadi rintihan dan pengharapan yang aku sandarkan pada Dia Yang Maha Kuasa.

Belajarlah untuk melupakan ceritera tentang airmata kerna bahagia itu bukanlah sukar untuk diadun sebenarnya. Bahagia dan airmata itu pilihan kita. Tak usah untuk memaksa-maksa hati agar mengusir secarik rasa yang telah lama bernaung di dasar hati. Bagi aku, biarkan ia terus bersarang di situ kerna aku dah siapkan benteng penghalang yang kukuh di dalam jiwa. Insyaallah, ia akan terkurung di sana tanpa pengetahuan sesiapa termasuk dia. Sungguh, aku sudah mampu untuk berlagak biasa andai berdepan dengan dia.

Jadi aku perlu sentiasa bersedia untuk tidak lagi memandang kepada silam yang menyakitkan itu. BAHAGIA itu kan pilihan. Jadi, andai aku bisa memilih, aku memilih bahagia itu sebagai pilihan aku. SELAMAT TINGGAL SILAMKU dan bermulalah hari2 seterusnya untuk bangkit menjadi manusia yang berbahagia hendaknya. Insyaallah



Monday, 18 February 2013

CINTA TUHAN itu nyata




Hati berkira-kira untuk menulis tentang sebuah ceritera yang aku kira terlalu mengusik jiwa. Namun pertimbangan akal membantutkan jari-jemari dari menarikan rentaknya. Bimbang andai di nilai dengan bermacam nama. Bukan ingin menonjolkan tentang kebaikan diri, jauh sekali untuk meminta simpati. Namun ceritera ini perlu dicoretkan. Biar ia menjadi bukti. Biar ia menjadi saksi. Dan kisah ini biarlah terus terbentang di sini.

Semenjak dua menjak nih, ujian hati datang berkali-kali. Puas ditepis namun ia semakin mengasak sekeping hati yang aku kira terlalu gersang dan kontang. Saban malam tidurku terganggu. Acapkali bayangan dia hadir tanpa bicara, namun kesannya bisa menghenyak jiwa ini. Puas sudah aku kikis sisa2 rasa yang menghuni jauh di sudut hati ini. Namun bayangan dia seakan mengekori.! Untuk apa ia berhidup lagi andai menyakiti diri cuma.!

Dan malam yang hening itu selalunya diisi dengan sujud yang panjang pada DIA. Segala asakan rasa yang mendatang aku tahan dengan sepenuh kekuatan yang aku ada. Semuanya kerna rasa berTuhan. Tanpa rasa tersebut, aku tak akan mampu menahan perasaan yang meminta-minta untuk dilunaskan. DIA yang tak putus2 mengirimkan kekuatan. DIA satu-satunya pengharapan yang aku ada. Dan DIA tak akan pernah mengecewakan hamba-hambaNya.

Pabila difikirkan kembali, bukan mudah untuk terus istiqamah. Bukan mudah untuk kekal berjalan di jalan yang bukan menjadi pilihan manusia2 kini. Bukan mudah untuk kekal berpaut pada Tali-Nya andai diri tak benar2 ikhlas mengerjakannya. Sungguh, aku sendiri kadang-kala dah terlalu serik untuk terus berada di jalan ini. Namun, DIA yang meletakkan aku di jalan ini untuk terus bertahan dan merasai nikmatnya kemenangan selepas peperangan. Walau bukan menggalas senjata, namun perang melawan nafsu ini aku kira terlalu hebat penangannya. 

Aku tak salahkan sesiapa kerna kelalaian aku ini. Aku bukanlah manusia yang sewenang-wenangnya menuding jari dan menyalahkan sesiapa sahaja untuk menutup keaiban diri. Aku yang memilih untuk lalai. Aku yang memilih untuk menjadi tidak peduli. Aku yang memilih untuk berterus-terusan lupa akan kehidupan berTuhan. Dan aku sendiri yang membiarkan sang laknatullah itu bersuka-ria di atas kealpaan diri.


Aku semakin sedar bahawa rintihan hati yang aku canangkan dalam enrty2 sebelum ini bukanlah kerna aku mahukan dia untuk sama2 mencorakkan impian yang telah lama musnah itu. Rupanya aku cuma mahukan BAHAGIA. Alhamdulillah, bahagia itu hadir tika sujudku yang panjang pada DIA. Bahagia itu makin terasa apabila segala rasa yang aku hamburkan pada DIA di akhiri dengan angin sakinah yang sepoi2 bahasa. 

Namun suatu hari nanti aku tetap perlu berterima kasih pada dia kerna dia merupakan salah-satu watak yang menggerakkan hatiku kepada kehidupan berteraskan agama. Tanpa bayangannya di dalam mimpi2 malamku, aku tak mungkin dapat bersujud dengan penuh pengharapan kepada DIA. Sedarlah diri ini betapa DIA sangat2 peduli akan hambaNYa yang hina ini.

Andai aku ditakdirkan untuk berdepan dengannya, aku tak ingin terus-menerus menjadi pelarian di bumi ini lagi. Untuk apa lagi untuk aku terus berlari? Walau ke hujung dunia aku bersembunyi, sezarah rasa itu masih tersimpan di lubuk hati. Ia tak mungkin mati. Ia tak mungkin kontang tak diisi kerna sezarah rasa itulah yang memupuk aku untuk menjadi manusia seperti hari ini. Dia ada di dalam hati. Dia masih hidup di setiap hela nafas ini. Dia menjana diri ini untuk lebih dekat untuk menggapai cinta Ilahi. 

Terima kasih kerna mengirimkan cinta bersama airmata. Terima kasih kerna mengajarkan saya erti sebuah rasa. Terima kasih kerna cinta yang hilang ini membuatkan saya semakin dekat dengan DIA. Saya doakan awak bahagia dan sentiasa tersenyum gembira. Tiada lagi dendam saya untuk insan yang telah menyedarkan saya akan hakikat sebuah kehidupan yang sementara. Dan maafkan saya sebab masih menyimpan secebis rasa yang tak sepatutnya saya simpan sekian lama.













Mungkin perlu berhenti mencoret di sini atau perlu mencuri waktu untuk mengutip kembali sisa2 tabah itu.!




anda tentukan sendiri tajuknya..


Hari ni aku datang opis dalam keadaan yang paling selekeh aku rasa. Bahana tidur selepas subuh, aku bangun pukul 8.48 pagi. Fuhhhhh, tersangatlah konpiden sebab tak kunci jam semasa buat keputusan untuk tidur balik lepas subuh. Tapi berkat pengalaman yang lama dalam bidang 'overdose tidur' nih, aku sampai opis tepat pukul 9.08 pagi. Hahahahahah. silalah kagum dengan bakat terpendam aku nih.

Hari nih hari isnin kan? Jadi semalam ialah hari ahad yang sepatutnya aku habiskan dengan bermalas-malasan. Tapi kan, tup2 TNB memilih hari ahad yang aku tunggu2 untuk berehat sebagai hari untuk membaiki masalah pendawaian kat area rumah aku. Start pukul 10.30 pg - 1.00 ptg aku duduk diam2 sebab cuaca giler2 panas. Mesti korang fikir yang aku masih ada masa selebihnya untuk berehat sebab elektrik cuma terputus setengah hari jer kan. Meh sini aku nak citer.

Sepanjang ketiadaan elektrik, aku cuma berbaring atas tikar getah sebab nak pastikan aku tak ada effect sangat dengan cuaca yang menyengat tuh. Mula2 semuanya okey jer. Tepat pukul 12.03 tengah hari, aku rasa something dalam mulut aku. Aku cuba menidakkannya, tapi bila aku kumur2 ada darah. Tengah berkumur-kumur tuh, hidung pun keluar darah jugak. Dan apa yang aku takutkan terjadik jugak. Aku terpaksa duduk diam2 sepanjang hari ahad yang heaven tuh sebab kepala aku pening dan semua benda nampak berpusing.

Sebenarnya aku bukannya pesakit kronik atau penghidap penyakit2 yang pelik. Cuma gusi dan hidung aku akan berdarah bila cuaca panas. Keadaan nih dah jadi pemandangan biasa dalam family aku sebab sejak 3-4 tahun yang lalu. 

Sewaktu duduk2 sambil tunggu darah keluar dari hidung, aku teringatkan Puan Mama. Walau berpuluh-puluh kali berdepan dengan keadaan berdarah tuh, Puan Mama masih akan panik seperti mula2 dulu. Puan mama akan cepat2 tuangkan air dari peti sejuk untuk aku kumur2 dan sediakan towel bersih untuk handle isu hidung berdarah nih. Aku cuma duduk2 dan Puan Mama yang akan uruskan semuanya seolah-olah aku adalah kanak2 yang tak pandai melakukan sebarang kerja.

Sepanjang 3-4 tahun nih aku sering digelar 'anak emas' Puan Mama. Aku sering menidakkan kenyataan tersebut, namun gelaran itu berterusan hingga sekarang. Mungkin aku dah terbiasa dimanjai oleh Puan Mama. Hohohohoho, sila muntah dengan statement ini okep! 

Namun Puan Mama tetap punya naluri yang sama seperti mana2 ibu di dunia ini. Beliau tahu bila mana aku sedang ketawa. Beliau tahu perasaan yang bersarang di hati aku melalui bicara atau bahasa badan aku. Beliau begitu peduli dengan setiap titis airmata yang mengalir di pipi ini. Dan percayalah, walau aku satu-satunya anak perempuan beliau yang menyambung pelajaran berdekatan dengan beliau, namun aku masih anak perempuan yang paling dibimbangi oleh beliau.

Pernah sekali aku perlu dimasukkan ke hospital kerana ubat yang aku ambil mendatangkan kesan yang teruk terhadap fungsi hati. Sedangkan aku punya ujian dan pembentangan yang penting keesokan harinya. Namun aku gagahkan untuk menandatangani borang tanggung risiko kerna aku lebih sayangkan markah ujian tersebut. Dan malam itu, Puan Mama secara tiba2 menelefon aku. Bila ditanya, Puan Mama cuma menjawab:

"Ntah la, tiba2 hati nih dok teringat Merah sangat2. Tadi masa lepas sembahyang rasa sedih sangat bila fikir tentang mati. kalau Ma meninggal nanti, sapa nak tengok2kan Merah. Ma tak bimbang dengan anak2 Ma yang lain, tapi Ma bimbangkan Merah. Merah lain. Merah paling dekat dengan Ma."

Dan malam tuh airmata aku menitis mendengarkan kata2 Puan Mama. Puan Mama cukup2 peduli akan diri aku. Sewaktu aku sakit, Puan Mama sanggup mengeluarkan wang simpanan beliau dalam jumlah yang besar untuk membayar kos rawatan aku. Pernah sekali aku menitiskan airmata kerna Puan Mama membayar harga ubat aku yang berjumlah RM500++. Aku tahu, itu duit simpanan untuk mengerjakan haji. Tapi Puan Mama gunakan tanpa berfikir sekali lagi. 

Kalau nak aku senaraikan, terlalu banyak yang Puan Mama lakukan untuk aku. Terlalu banyak sehinggakan aku takkan terbalas jasanya. Bodohlah seorang manusia seperti aku nih. Mengapa tergamak untuk merasa kecewa dengan kehidupan di dunia nih, sedangkan aku punya kasih sayang yang tak ternilai harganya dari Puan Mama. Insyaallah, doakan aku sentiasa kuat dan tabah menjalani hidup nih demi Puan Mama. Ma, Merah sayang Ma sangat2.!!!



Saturday, 16 February 2013

itu bicara dinding


Kadang2 aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Untuk apa aku menulis? Kalau untuk menagih perhatian atau simpati, rasanya itu bukan jawapan yang tepat untuk persoalan ini. Aku tak perlukan semua perhatian itu. Rasanya aku dah terlalu banyak mendapat perhatian sehinggakan aku menjadi pelarian di bumi ini. Lari dari berbagai kondisi yang menuntut secarik peduli dari diri ini. Biarlah, aku dah terbiasa menjadi bayang2 yang terlalu sukar untuk membuatkan kehadiran aku disedari oleh orang lain.

Untuk apa aku menulis? Kalau penulisan ini dijadikan sebagai medium untuk aku luahkan ketidakpuasan hati ini, itu tidak matang namanya. Aku akui, ada sesetengah entry yang aku tulis merujuk kepada perasaan marah + geram aku kepada sesetengah pihak. Namun, jika aku menulis kerana itu, semua entry yang aku tulis perlulah bergenre sebegitu lagaknya.

Bila aku fikirkan kembali, aku mula menulis kerana aku perlu lontarkan segala beban yang aku tanggung di hati ini supaya susut. Aku tak mampu untuk berterus-terusan menanggung segala bebanan yang maha memberat di hati ini tanpa aku luahkan. Aku perlukan ruang untuk aku hadam segala rasa yang menyakiti aku tika ini melalui apa jua cara. Dan seperti manusia2 lain agaknya, aku memilih untuk menulis.

Jujur aku cakap, aku bukanlah manusia yang pandai dalam bidang meluahkan isihati aku kepada sesiapa jua. Bukan aku memilih, sebaliknya aku perlu menilai dahulu keserasian seseorang itu dengan diri aku sebelum aku berani menyatakan segala rasa kepada seseorang itu. Dan sepanjang kedewasaan ini, aku cuma kenal seorang manusia sahaja yang punya keserasian yang sama dengan aku. Aku bebas untuk suarakan segala rasa kepada dia. Tangisan aku sudah menjadi halwa telinga yang biasa bagi dia. Gelak tawa aku sudah menjadi melodi yang indah aku rasa. Dan bertahun lamanya aku sandarkan segala rasa kepada dia kerna dia sangat2 istimewa.

Tapi perancangan ALLAH lebih mengatasi segala-galanya. Perhubungan yang kononnya atas dasar kesefahaman dari jiwa ini mengundang dosa sebenarnya. Aku menjadi manusia yang lalai dan alpa. Walau aku tahu garisan pemisah di antara nilai dosa dan pahala, namun perasaan sayang mengatasi segalanya.

Dan benarlah, ALLAH sayang akan aku sebenarnya. Dia pisahkan aku dengan dia kerna Dia mahu aku belajar menjadi manusia yang cekal hatinya. Manusia yang bertabah dari segala  duka. Manusia yang lebih mantap jati dirinya. Manusia yang aku sendiri tak sangka sebenarnya. Melalui hari2 mendatang tanpa dia menyedarkan aku hakikat sebuah penyesalan dan dosa. Rupanya aku terlalu banyak bergantung pada dia.

Kemudian aku mula bertatih di atas usaha sendiri. Cukup banyak airmata yang tumpah tika itu. Namun aku belajar untuk bertahan. Aku belajar untuk mengawal rasa. Aku belajar untuk berdiri di atas kakiku sendiri. Aku belajar untuk berkongsi rasa pada kalam yang bisu kerna aku tak mampu untuk berbicara pada sesiapa.

Kemuncak kepada kesedihan hati ini ialah aku belajar untuk berbicara tentang hakikat sebuah duka dan airmata. Aku hamburkan segala derita, aku lepaskan segala kesakitan yang merungkai jiwa dan aku lontarkan ia dari terus-menerus menekan jasad ini. Aku belajar untuk berbicara walau pada dinding cuma. Ya, itu 'bicara dinding' namanya.

Dinding itu masih utuh walau aku hamburkan segala rasa di sana. Itu bukan kegilaan, sebaliknya ia suatu terapi aku kira. Melalui 'bicara dinding' itu, aku dapat lepaskan sebahagian rasa yang menyeksa jiwa. Aku bebas untuk bercerita tanpa gusar akan dinilai semula. Dan rasa berTuhan yang aku kumpul sewaktu melalui fasa2 yang menyeksakan diri ini semakin nampak hasilnya. Aku bukan ingin canangkan bahawa aku aalah manusia yang baik dan sempurna di mata anda. Sebaliknya aku cuma ingin sampaikan kepada semua bahawa kita semua mampu untuk berdepan dengan pelbagai konflik. Kita semua punya kekuatan tersendiri. Terpulanglah sama ada anda mahu berubah atau kekal menyeksa diri.

Alhamdulillah, hidup semakin nampak berwarna-warni. Walau terkadang di asak dengan pelbagai rasa yang tak mampu di atasi, namun ALLAH KAN ADA. Pabila terasa hati semakin pudar bersemi, kalam bisu ini punya ceritera tersendiri. Pada kalam ini akan aku luahkan segala cerita tentang hati.

Dan buat kesekian kali, kenangan bersama dia sentiasa bersemi. Aku ingin belajar jujur pada diri. Biarlah andai rasa itu masih tersimpan kukuh di sudut hati. Aku tak punya kekuatan untuk menghalau rasa itu agar pergi. Aku tak ingin berdendam lagi. Biarlah, biarlah ia berlalu. Doaku, moga dia temui kebahagiaan yang dia cari. Aku sudah temui jawapan kepada segala persoalan berkaitan hati. Alhamdulillah, 'bicara dinding' itu berjaya membawa aku pulang kepada kehidupan yang aku cari.

ANDAI DUNIA INI TERLALU KECIL UNTUK KITA DIAMI, MOGA DI ALAM SANA KITA AKAN DISATUKAN OLEH-NYA.

Friday, 15 February 2013

"..IMAM MUDA.."


Kelahiran dia memang dinantikan oleh family aku. Bukan kerana dia adalah cucu sulung, tapi kerana nama yang dipilih untuk dia adalah milik aku dan CIk Adek. Cukup excited sewaktu menghitung hari2 terakhir dia di dalam kandungan kakak iparku. Berkali-kali aku ungkapkan pada semua, "baby yang lahir nanti akan ikut macam Merah. Cumell macam Merah." Dan setiap kali aku ulang ayat tu, seisi keluarga tertawa. Dan macam biasa aku tetap mempertahankan statement aku tuh walaupun dah terang lagi bersuluh yang aku tak terlibat langsung dalam proses kehamilan kakak ipar aku.

Dan selepas beberapa hari menyambut ulangtahun kelahiran Puan President, dia lahir dengan berat yang hampir mencecah 3kg. Seisi keluarga menyambut kelahiran MUHAMMAD HARIZ AFZAN BIN SALLEH dengan penuh kesyukuran. Kemudian bermulalah hari2 kami seisi keluarga dengan suara2 tangisan Hariz yang cukup membingitkan. Entah kenapa, Haris sangat2 suka menangis.

Kemudian, Cik Adek yang mula bengang dengan Hariz yang tak henti2 menangis mula menggelarkan beliau dengan bermacam-macam panggilan. Sampai satu ketika, Hariz terdiam dan mula terseyum pabila Cik Adek memanggilnya 'Imam Muda Hariz'. Sejak hari tu, nama gelaran tuh semakin sebati dengan Hariz.

Cuti raya cina minggu mimggu lepas, aku berkesempatan balik ke kampung dan bermain-main dengan Hariz. Hariz dah besaq. Dah babam pipi dia. Dan dah kenal semua anggota family aku. Hariz yang hampir mencecah usia 8 bulan dan pandai memanjat segala benda dalam rumah tuh.


















Perhhhhhh, cute benor dak Hariz nih. Sayangnya Hariz tak ikut rupa aku walau sikit pun. Huhuhuhu. Tapi Hariz memiliki kelemahan yang sama macam aku. Tak boleh kena cahaya matahari lama2, tak boleh panas dan jenis kulit yang merah2. Aku siap gelakkan mama dan abah si Hariz nih. Dulu depa dok kata aku nih puteri lilin celup, sekarang depa plak dok runsing dengan keadaan anak depa. Hehehhehehe.

Satu jer yang aku perasan dengan Hariz nih time balik kampung hari tuh, dia suka menepuk2 apa sahaja benda seolah-olah dia sedang bersenandung. Kalau kita berselawat, dia lagi rancak menepuk ala2 bergendang. Sedangkan dia tepuk2 bahu atau tangan aku ja. Tak pun dia tepuk apa saja benda yang berdekatan dengan dia. Jom layan video nih.


it's ok to be YOUnique


sometimes, i feel like i'm born like a LION,
having a square shaped mane.
being different than others always make me stuck.
stuck in my own principles,
stuck in a struggle of whether to compromise,
stuck in the world of 'is it possible
that the whole world is right and i'm wrong'...
i know that some of my old friends would probably say
that i represent lion in the past..hahaha,
but i don't care..
as long as i'm happy,
just go with it..!
because i'm worth it!



becoming a better person than i was yesterday
is a beautiful promise that i can make to myself.
but the most important of all,
i promise to find light in every darkness
and when it feels hopeless
i'll tell myself to try one more time & have faith.
'if you're close to ink,
you'll be in darkness
and if you're close to light you'll shine bright'
the past is behind,
only look back to learn from it
and when you're ready let's all 
move forward towards the light.

sometimes,
we really have to stop our footsteps
and give ourselves more time to do the things we wanna do.
suddenly, we'd think whether we have regrets in life.
we're afraid that it'd be too late for everything.
but guess what?
don't be afraid of the things you don't no,
confront them & tell the truth!
who knows,
it'd be a new opportunity that awaits you out there!
plus, it's never too late to say
'i'm sorry', 'thank you' & 'i love you'
to your love ones & friends!











Thursday, 14 February 2013

Pemimpin Termiskin Di Dunia!!




Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, ketika di wawancara oleh stesen Televisyen Fox (AS) tentang kehidupan peribadinya:

 "Ketika anda melihat cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?" Jawabnya: "Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya: "Ingat, kau tidak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggungjawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran."

Berikut adalah gambaran Ahmadinejad, yang membuat orang terkagum dan terkesima :

1. Saat pertama kali menduduki pejabat Presiden beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran dan menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.

2. Beliau mendapati bahawa terdapat ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menyambut tetamu VIP, lalu beliau mengeluarkan arahan untuk menutup ruang tersebut dan menyuruh pegawai istana untuk menggantikannya dengan ruang yang biasa dengan 2 kursi kayu. Walaupun nampak sederhana tetapi terlihat menakjubkan.




3. Di banyak kesempatan, beliau dikenali sebagai seorang yang suka berjenaka dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat presidennya.

4. Di bawah kepimpinannya, ketika beliau meminta menteri-menterinya untuk datang kepadanya dan menteri-menteri tersebut akan menerima sebuah dokumen yang ditandatangani yang mempunyai arahan-arahan darinya, arahan tersebut terutama sekali menekankan para menteri-menterinya untuk hidup secara sederhana dan disebutkan bahawa segala rekod peribadi mahupun ahli keluarga terdekat mereka akan diawasi, sehingga pada saat menteri-menteri tersebut keluar dari pejabatnya, mereka keluar dengan kepala menegak.


5. Langkah pertama beliau ketika itu ialah mengumumkan kekayaan dan harta benda beliau yang terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah di Teheran. Rekod banknya mempunyai baki paling minimum, dan satu-satunya wang yang masuk adalah gaji bulanannya.

6. Gajinya sebagai pensyarah di sebuah universiti hanya senilai US$ 250 (RM 750).


7. Ahmadinejad masih tinggal di rumah warisan ayahnya. Hanya itulah yang dimiliki oleh seorang presiden dari negara yang penting, baik secara strategik, ekonomi, politik, pertahanan dan pengeluaran minyak. Bahkan beliau juga dikatakan tidak mengambil gajinya, alasan beliau adalah semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.


8. Satu perkara yang membuatkan para staf di pejabat presiden kagum adalah beg yang selalu dibawa oleh beliau setiap hari selalu berisikan sarapan; roti atau roti keju yang disiapkan oleh isterinya dan beliau juga menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden.


 9. Hal lain yang beliau ubah ialah Penggunaan Jet Terbang Presiden, beliau mengubahnya menjadi pesawat kargo sehingga dapat menjimatkan duit cukai yang dibayar rakyat dan untuk dirinya, beliau hanya meminta untuk terbang dengan pesawat terbang biasa dengan kelas ekonomi.

10. Beliau kerap mengadakan pertemuan dengan menteri-menterinya untuk mendapatkan info tentang kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan, dan beliau memansuhkan protokol istana sehingga menteri-menterinya dapat masuk terus ke pejabatnya tanpa sebarang halangan. Beliau juga menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto, atau penerbitan peribadi, atau hal-hal seperti itu ketika berkunjung di berbagai tempat di negaranya.

11. Sekiranya perlu menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.

Apakah perilaku tersebut merendahkan kedudukan presiden? Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawalnya yang selalu mengikut kemanapun beliau pergi. Menurut akhbar Wifaq, gambar-gambar yang diambil oleh adiknya tersebut, kemudian dipaparkan oleh media masa di seluruh dunia, termasuk Amerika.



 
12. Sepanjang solat berjemaah, anda dapat melihat bahawa beliau tidak duduk di saf paling depan.

13. Ketika suara azan berkumandang, beliau akan terus mengerjakan solat di manapun beliau berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa.

14. Majlis perkahwinan anak lelaki beliau hanya berlangsung dalam keadaan yang amat sederhana, bahkan majlis itu tidak ubah seperti perkahwinan kaum Buruh sahaja. Berikut adalah gambar-gambar majlis perkahwinan seorang anak presiden.








Tetamu hanya dihidangkan buah-buahan dan minuman


 Hebatkan beliau......





Sumber : Copy paste!