Thursday, 31 January 2013

Aku adalah hambaMu yang berdosa...


Aku tahu apa yang aku lakukan itu salah.
Aku tahu bahawa itu bukan penyelesaian yang terbaik.
Namun desakan itu yang membuat aku memilih jalan itu.
Itu dosa.
Itu sudah melanggar batasan.
Mengapa memilih jalan itu duhai diri?

Aku tak punya pilihan.
Aku cuba segalanya, namun aku tak mampu terus bertahan.
Aku terpaksa.
Aku terdesak.
Aku terhimpit.

Maaf. Maaf, maaf

Moga rasa ini cepat menghilang.

Moga perasaan ini tak membelenggu lagi

Moga diri ini tak lagi merasa begitu begini

dan

Moga Dia memaafi kekhilafan diri.



Wednesday, 30 January 2013

Saya Pencinta Kucen


Cer tengok gambaq2 kucen yang sangat2 cute kat bawah nih.
Serius, kalau dapat sekor pun kat aku, memang bertuah la kucen tuh.
Aku akan jaga kucen tu bek2.. 
Jom layan gambaq2 kucen yang cute tahap gaban nih..!





































Aku bukan seorang yang RACIST..!


Mula2 aku agak takut jugak nak menulis. Takut kalau2 kena bunuh dek manusia2 yang tak boleh terima dngan apa yang aku nak cakap nih. Dulu masa aku still duduk dengan family kat kampung, aku rasa macam melebih-lebih jer 'geng2 kulit sawo matang' ni bila mengutuk 'geng2 tak berapa cerah' dan 'geng2 terlebih cerah' nih. Macam2 istilah yang berbaur ejekan dan kutukan yang dilemparkan oleh 'geng2 sawo matang' nih bagi menunjukkan kejelikan mereka terhadap dua geng yang lain tuh. Aku plak malas nak komen apa2 time tu sebab kawan2 aku yang tergolong dari dua2 kumpulan manusia tuh sangat2 okey. Aku tak dak masalah nak berurusan dengan mereka sebab mereka jugak sangat2 memahami dan menghormati antara satu sama lain.



Namun semuanya berubah sama sekali sejak aku pindah ke rumah kakak aku. Kakak aku beli rumah kat kawasan yang agak ramai 'geng2 tak berapa cerah'. Jujur aku cakap, aku tak dak masalah dengan mereka2 nih. Aku hormatkan mereka seperti mana yang aku belajar dalam subjek pendidikan islam dan sivik. Sebelah kanan rumah aku dihuni oleh 'geng2 terlebih cerah dan sebelah kiri dihuni oleh 'geng2 sawo matang'. Rumah depan aku dihuni oleh deretan rumah 'geng2 tak berapa nak cerah'. Masa time pindah rumah tuh, 'geng2 terlebih cerah' yang sebelah rumah aku ada mengadu ketidakselesaan dia dengan 'geng2 tak berapa nak cerah' nih. Sebagai jiran baru, aku just tersenyum sebab aku kenal ramai 'geng2 tak berapa cerah' yang sangat2 baik. Jadi aku malas nak menokok tambah sebab tu bukan sikap aku.

Namun sikap berbaik sangka yang aku pegang hampir 23 tahun ni musnah sama sekali pada minggu pertama aku tinggal kat situ. Mula2 aku berdepan dengan isu along. Ada sebuah family dari 'geng2 tak berapa cerah' yang berhutang dengan along dan berhutang dengan pemilik rumah sewa. Yang pasti dah berbulan diorang tak bayar sewa rumah. Setiap hari dari pukul 10 pagi sampai 11.30 pagi akan datang sebijik kereta viva depan pagar rumah 'geng2 tak berapa nak cerah' nih. Kemudian akan keluar seorang lelaki yang terpekik-pekik memanggil-manggil nama tuan rumah. Dah penat memekik, dia akan tekan hon kereta bertalu-talu. Kadang2 sampai sejam dia dok tekan hon tuh. Pastu situasi tuh akan berulang sekali lagi dari pukul 4.30-5.30 petang. Sebagai manusia yang waras, cuba korang bayangkan keadaan emosi aku sebab benda nih akan berlarutan setiap hari. Kalau bulan tuh ada 30 hari, maknanya 30 hari la jugak aku akan diganggu oleh pencemaran bunyi. Yang bestnya, rileks jer 'geng2 tak berapa cerah' tuh menyurok dalam rumah.

Lepas sebulan, aku dikejutkan dengan kedatangan sebuah lori yang besar pada pukul 1.00 pagi. Aku yang baru nak tidur nih terkejut bila dengar bising2 kat luar rumah. Aku, kakak dan adik beranikan diri mengintip melalui tingkap. Rupanya jiran aku tuh pindah rumah tengah2 malam sebab aku rasa diorang lari dari along. Esoknya, aku rasa aman sangat. Aku tak dihantui oleh pencemaran bunyi lagi.

Dua bulan lepas tu, sebuah family dari kelompok 'geng2 tak berapa nak cerah' turut mengikut jejak langkah family yang pertama tadi iaitu pindah rumah tengah2 malam jugak. Kemudian dua rumah yang kosong tu diisi kembali oleh dua family dari 'geng2 tak berapa nak cerah' jugak. Kat sini aku nak senaraikan beberapa perkara yang buat aku jadi hilang sabar dengan 'geng2 tak berapa nak cerah' ni.

1) Selalu terganggu dengan salakan anjing tak kira masa. Aku tak marah anjing tu sebab aku tau tu binatang. Tapi aku marah bila tuan dia tak reti2 nak cuba cari punca anjing tu menyalak 24/7. Tuan dia boleh rileks jer. Tolong la, aku rimas okeppp.

2) Sebelah dari jalan digunakan untuk melepak start dari pukul 10 malam sampai 3-4 pagi. Aku tak kisah korang nak melepak, tapi tolonglah jangan bising. Aku perlukan tidur yang cukup. 

Kalau hujung minggu, suasana akan lebih meriah sebab 'geng2 tak berapa cerah' nih akan pasang lagu ala2 kat club malam kuat2. Bayangkan diorang bukak pintu kereta luas2 dan pasang lagu sekuat alam.

3) Esok paginya depan pagar rumah aku akan penuh sampah sarap seperti kulit2 kacang, botol air, tin air, plastik keropok, dan segala macam plastik yang menyemakkan pemandangan mata aku. Cuba korang fikir, diorang lepak depan pagar rumah diorang, tapi kenapa sampah ada depan rumah aku? Okey la, aku cuba nak positifkan diri, mungkin angin tolak kot. Tapi kan, kenapa depan rumah 'geng2 tak berapa nak cerah' tuh tak der secarik pun sampah sedangkan diorang melepak kat situ. rumah aku nampak macam tong sampah ker?

4) Mentaliti 'geng2 tak berapa nak cerah' kat rumah aku ni pelik sikit. Bayangkan anak2 diorang suka main2 tengah jalan. Kakak aku memang berbulu sungguh dengan sikap mereka2 tuh. Bayangkan korang tengah bawak kereta, tetiber ada bebudak sengaja mai terjah kat depan korang. Kakak aku bawak KERETA bukan basikal. Kalau kakak aku tak brek memang menggelupur ler budak tuh bawak kereta. Bukan sekali dua situasi ni berlaku, tapi dah banyak kali. Last sekali kakak aku terpaksa mengalah. Drive kereta ala2 mengayuh beca setiap kali masuk lorong rumah aku. Dan yang buat aku rasa ala2 angin puting beliung, Mak bebudak tuh tak pernah tegur sikap terjeh-menerjah anak2 dia tuh. Rileks jer. Auntie, kalau anak Auntie kena langgar, jangan salahkan saya dan family saya ek!

5) Segala tanaman yang boleh dimakan perlu ditanam di dalam pagar sebab diorang suka ambil tanpa kebenaran.

6) Pergaduhan antara ibu dan anak, isteri dan suami, atau sesiapa sahaja perlu dilakukan di luar rumah berhampiran pagar. Tolong ler, tak der faedah sungguh semua nih.

7) Petang2 aku memang ambil tender siram pokok bunga. Suatu hari aku tutup pili air jap sebab sakit perut dan nak pi toilet. 15 minit kemudian bila aku kembali, aku tengok semua kain yang berjemur basah kena pancut air termasuk rak kasut, dan segala benda yang berada kat garaj. Kat satu sudut garaj tuh, seorang budak sedang memegang getah air milik aku sambil bermain-main dengan gembiranya. Di luar pagarnya pula, seorang ibu tertawa berdekah-dekah melihatkan anaknya yang menari-nari sambil bermain-main air. Dan di pihak aku pula, perasaan nak membunuh akan menguasai diri kalau ia tak dibendung secepat mungkin.

8) Prinsip merosakkan barang2 orang lain dan menjaga barang2 sendiri sebaik mungkin dah tertanam di dalam diri mereka sejak sekian lama.

9) Habit untuk meletakkan kereta di depan rumah aku hingga mengganggu perjalanan keluar masuk kami kat rumah tuh semakin menjadi-jadi.




Aku cukup2 tak percaya bahawa 'geng2 tak berapa nak cerah' ni boleh melakukan pelbagai perkara luar dari kerasionalan akal manusia. Aku memang hormatkan mereka sebab aku punya kawan2 yang cukup tinggi akhlaknya dari golongan itu. Aku tak cakap semuanya biadap sebab aku yakin ramai golongan tersebut punya sekeping hati yang cukup baik. Aku jugak tak cakap yang 'geng2 kulit sawo matang' atau 'geng2 terlebih cerah' ni baik memanjang. Semua orang ada kelemahan masing2. Aku sendiri punya kelemahan2 yang mungkin aku tak sedar. Tapi aku cuba atasi semua tuh dengan belajar dari alam sekeliling.





Sekali lagi aku cakap, Aku tak RACIST. Aku cuma luahkan apa yang aku rasa. Aku cuma coretkan rasa marah aku kat sini sebab aku dah penat nak jelaskan dekat jiran2 aku tuh. Nasihat aku ibarat makan kacang, lepas makan isinya, kulitnya dibuang merata-rata. Sekian, terima kasih.

Tuesday, 29 January 2013

Listen Listen Listen..!!!


Agak dahsyat tajuk kali nih kan. Sebelum korang menghakimi atau meramal butir2 yang terkandung dalam entry nih, aku nak terangkan sikit ek. Nih bukan cerita tentang isu Bawani atau Sharifah Zohra ek. Ni kisah lain. Aku malas nak ulas debat antara mereka tuh sebab aku rasa ramai yang dah tengok video tuh. Dan ramai dah kupaskan secara terperinci tentang depa berdua dalam blog masing2. Cuma satu jer aku nak komen tentang isu tuh. Semua penonton dalam dewan tu boleh ler kalau nak disamakan dengan lalang. Bawani cakap diorang tepuk tangan. Sharifah Zohra cakap diorang tepuk tangan. Diorang sokong sapa sebenarnya? Aku konpius benor dengan penonton2 kat dalam dewan tuh.  Silap2 kalau aku ada dalam dewan time tu dan nak promote skim insuran syarikat aku pun diorang akan pulun tepuk tangan.

Lorhhhhhhhh, tadi cakap tak mau ada kena mengena dengan isu tuh. Nih dah terbagi pendapat nih. Ohhhhhhh, nih dah salah nih. Aku kena pulang ke laluan yang asal nih. Ampun yer.!

Sebenarnya aku nak citer pasal Puan Mama cikit hari ni. Sikit jer, tak banyak pun aku nak citer. Heheheheh. Sebelum tuh aku nak bagi tau yang Puan Mama sangat ohsem. Puan Mama adalah sahabat aku yang paling first class habaq hang. Memang tiptop la penggunaan bahasa utara aku. Sebenarnya memang tak dak jurang antara Puan Mama dengan kami adik-beradik, tapi tak la sampai kami lupa batas2 seorang anak. Kami memang hormatkan Puan Mama sebab Puan Mama pandai dalam semua aspek.

Pernah tak time korang kecik2 dulu mak2 korang cakap2 camni :

"Kan Mak dah habaq kat hang jangan main lompat2 kat tangga. Kan dah jatuh sampai berdarah-darah tangan. Tu la, mak dah cakap banyak kali, tapi hang tau mau dengaq."

"Sapa suruh hang pi mandi parit, kan dah kena patuk ular. Mak dah pesan banyak kali, tapi hang tak pernah nak dengaq."

"Tu ah, orang tua2 cakap tak mau dengar. Selalu sangat rasa diri sendiri betul sampai nasihat orang lain diabaikan. Belajarlah untuk mendengar bila orang bagi nasihat.'

Ataupun mak korang pernah cakap macam ni:

"Kenapa Merah tak nak dengar cakap Mama? Mama cakap betul2 nih. Merah memang anak mama yang sangat2 cute." Kemudian Merah menganggukkan kepala tanda setuju dengan statement Puan Mama lalu berlari tersenyum-senyum menuju ke biliknya. (Tolong jangan muntah ek. pleezzzz)




Sebenarnya tu antara contoh2 ayat dari kaum2 ibu bila menasihatkan anak2 mereka. Macam Puan Mama sendiri, beliau akan mengirimkan berbakul-bakul nasihat, panduan, syarahan, atau kuliah kepada kami adik-beradik pabila perlu sahaja. Contohnya apabila beliau merasakan aku memilih keputusan yang salah atau ketika beliau sedang free dan merasakan masa itu perlu di isi dengan perkara yang berfaedah. Puan Mama akan cuba membetulkan kesalahan2 aku agar aku menjadi anak beliau yang penuh dengan nilai2 keanggunan yang tinggi.

Tapi apakan daya, aku still terlupa. Aku masih jugak mengulangi kesalahan yang sama. Contohnya aku masih memegang award untuk anugerah "Anak yang paling cemerkap" sepanjang zaman. Masih tumpakan air bila time makan nasi. Masih salah aim time tuang kicap sampai kadang2 aku tuang kicap atas lantai. Masih tertepis segala benda kat keliling aku. Yang paling aku tak boleh lupa masa pi beli-belah. Puan Mama cukup risau kalau shopping area2 barang cenderahati atau barang yang mudah pecah. Pernah sekali Puan Mama pesan

"Merah, ketengah sikit jalan tu. Nanti tertepis barang2 kat rak tuh. Mahal nih, sapa nak ganti."

Dengan perasaan riaknya aku balas kata2 Puan Mama sambil menggawang-gawangkan tangan bagi meyakinkan Puan Mama bahawa aku bukan anak beliau yang sebegitu.

"Ma ni...! Merah kan.........."

Pranggggggggggg...!!!

Sekelip mata tiga buah bot yang dibuat dari kaca jatuh dah pecah kerana ditepis oleh tangan aku. Yang tragiknya, aku belum habiskan ayat aku..Huhuhuuu.

Kemudian Puan Mama dengan wajah yang cuak berkata kepada aku,

"Bila Mama cakap Merah tak nak dengar. Kan dah pecah."

Namun aku cuba jugak untuk menegakkan benang yang basah walaupun terang2 tuh adalah salah aku. Aku cuba mempertahankan diri sendiri.

"Tu la, sapa suruh mulut mama masin sangat.. Kan dah pecah.!"

"Ehhhhh, salahkan orang lain pulak. Merah yang tak dengar cakap mama kan?"

Kesimpulannya tolonglah belajar mendengar bila orang bercakap dan belajar mengaplikasikan input2 yang positif dari cakap2 orang lain. Tak susah pun untuk kita mendengar kerna dengan menjadi pendengar yang baik, mungkin kita dapat menjadi insan yang lebih berkualiti.

Monday, 28 January 2013

DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR


Siapa aku?

Siapa aku?

Siapa aku?

Acapkali aku tanyakan soalan itu kepada diri aku. Namun aku tak punya jawapan yang pasti. Semalam aku terlebih rajin untuk meneliti post2 kat facebook. Tiba2 mata terpandang satu post yang dikongsikan oleh seorang sahabat. Mula2 aku pandang endah tak endah sahaja. Namun hati ini meronta untuk membaca kerna ada sesuatu yang menyeru hati ini untuk menjadi cakna seketika.

Ini kisah seorang gadis menghadapi saat2 akhirnya sebagai anak perempuan kepada ibu dan bapanya. Dia bukan sesiapa, namun kepercayaannya yang utuh pada Dia Yang Maha esa sememangnya harus diteladani kita bersama. Walaupun aku cuma kenal dia daripada gambar dan kisahnya di blog2, paper atau fb cuma, namun aku kagumi kecekalan hatinya.

Semoga arwahyarhamah SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Buat keluarga beliau, saya ucapkan takziah dan semoga tabah menerima kehilangan ini. 

.........................................................................................................................................................

DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
-Mujahidah yang telah ke alam 'sana'-

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 



6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya








SITI HAJAR

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

Pakar diari hati : Semoga Syurga buatmu ukhti. Dirimu tinggalkan kisah yang menyentuh hati tentang 'dakwah!' :'(

credit dari blog asal : http://mujahidah2u.blogspot.com/2013/01/rentetan-pengalaman-di-hari-hari.html



Lepas baca kisah ini, aku terkesan seketika. Aku seolah-olah punya jawapan yang aku cari selama ini. Aku tak perlu lagi tercari-cari jawapan yang pasti. Bagi aku, kisah yang ditinggalkan ini bisa mengetuk hati2 yang sedang mencari arah tujuan mereka. AllahuAkhbar. 


Siapa Aku?

Aku adalah hamba Allah.

Siapa Aku?

Aku adalah hamba yang berdosa.

Siapa Aku?

Aku adalah hamba Allah yang berdosa.!


entry yg mintak kena sepak


Fuhhhh, lama benor tak update blog.
Bukan sebab aku malas.
Bukan sebab aku bizi sampai tak cukup masa.
Bukan sebab tak dak tenet.
Bukan sebab apa2 pun.
Sebenarnya aku sajer tak mau update.

Aku nak biarkan dulu blog nih.
Nak redakan something yang dok mengacau ketenangan aku nih.
Aku tak suka menulis bila aku terlampau di bawa perasaan.
So, aku pilih untuk diamkan diri.

Hari ni mai office rasa okey sikit.
Jadi boleh ler tulis sikit2 kan.

Okeylah, ini saja untuk entry kali nih.
Pandai tak aku update blog?








Nota kaki : Sila sepak aku laju2 sebab buat entry yang sebegini. hahahahhahahaha

Tuesday, 22 January 2013

Hidayah milik Allah


Sebenarnya banyak yang aku nak luahkan.
Banyak benda yang perlu aku coretkan.
Banyak beban yang perlu aku kurangkan.
Banyak rasa yang perlu aku lepaskan.

Tapi aku tak nak terus2 menjadi manusia yang suka merungut itu dan ini.
Dari aku sibuk merawat hati yang tak pernah faham nih, baik aku
belajar mentarbiahkan diri yang makin lalai nih.

Tadi aku terpandang gambar seorang student kawan kakak aku kat fb.
Aku kenal dia tahun lepas dekat politeknik tempat kakak aku mengajar.
Masa tuh dia baru masuk politeknik dan sedang dalam minggu orentasi.
Aku yang boring duduk dalam office kakak aku mula memanjangkan langkah
merayau dari satu bangunan ke satu bangunan. Bila letih aku menuju ke kafe
dan time aku nak duduk kat meja dia panggil aku duduk sekali. Aku pelik 
jugak mulanya sebab aku tak kenal dia pun.

Rupanya dia ingat aku nih student baru juga. Lorhhhhh, ada jugak kan kes
macam tuh. Kami mula berbual. Macam2 topik kami bincangkan. Aku ada
jugak bagi tips2 untuk survive bila kena berdikari nih. Aku jugak berkongsi
nasihat2 yang aku kira berguna untuk dia meningkatkan rasa kebal dalam
diri sebab dia rasa lost waktu tuh.

Aku ada jugak jumpak dia sekali waktu aku kat tahun akhir. Dia masih 
sama time tuh. Tapi tadi waktu terpandang ganbar dia kat fb aku
rasa terkejut. Dia sudah berhijrah. Dia sedang cuba mencari arah
hidup dia. Alhamdulillah, dia memilih untuk menjadi berbeza.
Dia memilih untuk menutup auratnya dengan penuh sempurna.
Dia memilih untuk menjadi wanita yang kebal jati dirinya.

Masyaallah, dia sedang mencuba untuk melangkah dengan
penghijrahannya yang aku kira terlalu berliku jalannya.

Buat adekku, sheera yazit,
Allah tahu apa yang ada di hatimu
Allah tahu apa yang sedang ditempuh olehmu
Allah ada di setiap langkahmu
Allah ada untuk menemanimu di setiap liku
Allah akan sentiasa bersamamu

Perjalanan ini takkan sentiasa berliku
perjalanan ini takkan selamanya berduri
Pasakkan iman di hati
Teguhkan azam dalam diri
Insyaaalah,
Perjalanan yang panjang ini
akan berakhir ke syurga abadi.