Thursday, 5 December 2013

kirimkan, walau segenggam tabah

Bertabahlah duhai hati,
Tatkala kegusaran itu melanda...

Bertabahlah duhai hati,
Tatkala dirimu diuji...

Bertabahlah duhai hati,
Tatkala kamu disakiti...

Bertabahlah duhai hati,
Tatkala kebenaran diperlihatkan...

Bertabahlah duhai hati,
Tatkala nilaimu tiada lagi...

Bertabalah duhai hati,
Tatkala keindahan beransur pergi...

Bertabahlah...
Kerana hidupmu adalah untuk Allah,
Matimu jua adalah untuk Allah,
Maka segala yang kamu lalui adalah dari Allah,
Kembalinya juga kepada Allah.

Bertabahlah duhai hati...
Biarpun selaut mahu kau laungkan rasa sedihmu,
Namun tetap hanya Allah yang mendengarnya...

Nyatanya bila diluahkan...
Mungkin tidak dipeduli,
Mungkin bakal menyakiti,
Mungkin juga disalaherti,
Mungkin lansung tidak difahami.

Ya Allah...
Demi kasih Mu,
Demi sayang Mu,
Calitkanlah walau sedikit benih ketabahan ke dalam hati ini...
Agar hadir kesabaran dan rasa redha 
pada seketul daging yang bisa merosakkan seluruh jiwa ini...
Tiada daya untuk ia bertahan tanpa belas Mu...

Moga...
Biar apapun sakit yang bakal menyinggah,
Biar apapun badai yang bakal menimpa,
Biar apapun dugaan yang bakal diterima,
Hati yang bertabah dengan izin Mu ini 
mampu bertahan 
dan jasad ini mampu bangun semula selepas kejatuhan yang bakal melanda.




Tuesday, 3 December 2013

Dan ketika berduka itu..


Ketika kaki sesat tak tentu arah,
Ketika bahu melemah tiada sandaran,
Ketika hati perih tiada pengubat,

"Hasbunallah wanikmal wakil"
-Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami-

"La Tahzan, Innallaha ma'ana"
-Jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita-

"Innallaha ma'asshobirin"
-Sesungguhnya ALLAH bersama orang2 yang sabar-

Jangan pernah mengira kita sempurna dalam bersendirian, kerana ALLAH akan sentiasa ada, menjadi Petunjuk, Penenang dan Pengubat luka.



Allah, terlalu banyak yang ingin diluahkan dan dilempiaskan di medan ini. Duka yang bertimpa-timpa. Airmata yang tak henti2. Ujian demi ujian yang bertali arus seolah-olah ingin menenggelamkan diri ini terus ke dasar bumi.

Namun, walau tanpa sesiapa yang peduli atau tanpa bahu sang sahabat yang kerapkali meminjamkan pada diri ini, kehidupan tetap diteruskan dengan sepenuh hati. Diri ini tak lagi terumbang-ambing seperti sebelum2 ini. Mungkin sudah semakin sedar akan realiti sebuah kehidupan. 

Merah, ujian adalah kasih sayang Allah kepada hambaNya. Ujian adalah tanda peduli Sang Ilahi pada dirimu yang kerdil ini. Allah peduli akan deritamu. Allah peduli akan airmatamu. Allah peduli akan rintihan hatimu. Dan kerna itulah ALLAH titipkan ujian buatmu Merah. Ujian ini menguatkan lagi jati dirimu Merah. 

Tersenyumlah..

Ketawalah..

Bergembiralah..

Bersyukurlah..

Hidup ini indah wahai diri!


Wednesday, 13 November 2013

1,2,3.. Go!!!!


Assalamualaikum wbt..

Apa khabar anda2 semua? Harap2 sihat dan sejahtera selalu ek.! 

Hahahahaha, sikit punya ramah ayat intro Merah kan. Giler punya caring + happy masa menaip2 nih. Hati berbunga-bunga sambil berdondang sayang. Perhhhhhhh, dramatik sungguh!

Sebenarnya Merah dah berhenti kerja pada 4/11 hari tuh. Waktu tuh memang rasa hilang beban kat bahu nih. Memang betoi2 rasa lega + tenang bila dah berhenti kerja nih.

Dan saat entry nih ditulis, Merah dah 3 hari bekerja. Rasa masih tak puas berfoya-foya menjadi penganggur terhormat. Namun tempoh seminggu bercuti tuh adalah saat2 yang paling ohsemm di dalam hidup Merah.

Dan sekarang hidup Merah berjalan dengan indahnya. Alhamdulillah. Syukran Ya Allah.



Thursday, 31 October 2013

''..kosong.."


Selalu saja..
Apabila kita merasa 'kosong'..
kita terus kaku di situ
Dan meratapi kekosongan itu..

Kita lupa..
'Kosong' itu hanya bersifat sementara
Bila-bila masa sahaja kita boleh mengisinya semula
Jika kita mahu.
Lihat di sekeliling kita.
Tidak ada satu tempat pun yang kosong.

Padang ada rumputnya.
Langit ada awannya.
Laut ada ombaknya.

Pasti tidak kosong.
Sungguh, pasti tidak kosong..!

Malah, akal dan hati kita pun tidak pernah kosong.
Hanya kita saja yang mengenepikan kewarasan dan imannya.


Tuesday, 29 October 2013

ALLAH KNOWS BEST!


Mungkin Allah ingin mengajar nilai syukur,
lalu ditimpakan kesusahan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati dengan sabar,
lalu diberikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri,
lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta padaNya,
lalu diberikan cinta kepada duniawi.

Tidak diberikan sesuatu itu sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah.


 Everything happen for a reason. ALLAH KNOWS BEST!

If you feel that you're very down,
Just close your eyes and say,

"This is my journey. He puts me here. Its His plan. So, I have just to carry on and trust Him. TQ Allah."

Don't despair over the event of the past for none of the events of the dunya were ever meant to remain.

If what's ahead scared you  and what's behind hurt you, then just look above, ALLAH never fails to help you.

"Past is Past"
It's okay to look back, but never hold back!

Life,
Never was easy..!

"Grow up, accept it..!"

Monday, 28 October 2013

Don't be sad : LOVE


Part of me will always LOVE you..

But it's okay, because I let you go a long time ago.

It is sad when the person who gave me the best memories become a memory..

I hope you'll have a great life..


There are things that we don't want to happen,
But have to accept.

Thing we don't want to know,
But have to learn.

And people we can't life without,
But have to let go.
 

Each night I put my head to my pillow and I try to tell myself I'm strong because I've gone one more day without you.

Have you ever been in LOVE?
 Horrible isn't it?
It makes you so vulnerable.
It opens your chest and it opens your heart.
It means that someone can get inside you,
and mess you up..!

LOVE IS PAIN..!!


I'm going to smile like nothing is wrong, 
Talk like everything is perfect,
Act like  it's all a dream,
And pretend its not hurting me..!!!

My HEART finally said : Enough is enough..!!!


I act like I don't care, but deep inside it hurts..!!

If someone you love hurt you, its okay to cry a river.
Just don't forget to build a bridge, and get over it..!

menggempur tembok sang silam


Sebenarnya hidup ini untuk apa?

Puas aku mencari ke sana sini, meneliti itu dan ini, mempersoalkan begitu dan begini. Namun aku masih tak punya jawapan yang teguh dan pasti. Jawapan yang aku cari tak juga punya penjelesan yang mampu membuatkan aku berpuas hati. Dan akhirnya aku memilih untuk bereksperimen dengan kehidupan sendiri. Meneroka bait2 silam yang dah terlalu lama aku biarkan berkeronyok dan kusam di sudut hati yang paling dalam sekali.

Mencungkil kembali luka2 yang meninggalkan parut semalam membuatkan aku nanar dan buntu. Berkali-kali aku bisikkan pada diri agar sabar meneroka sang silam itu kerna aku perlukan sebuah jawapan dan pengertian. Aku bukan ingin menyakiti diri ini, sebaliknya aku ingin tamatkan segala persoalan yang cukup2 renyah dan memaksa diri mencari jawapan2 yang konkrit bagi memuaskan kehendak hati.

Dan pabila aku mula melihat pada silam, persoalan lain pula mula menerjah-nerjah kamar hati.

Mengapa mesti berubah?

Untuk apa perubahan itu?

Adakah perubahan itu seiring dengan kehendak hati?




Nahhhh, itu baru sedikit cuma persoalan yang dicoretkan di sini.! Hakikatnya ruang di kepala dipenuhi dengan persolan2 yang cukup2 bingit meminta jawapan2 yang pasti.

Dan sekali lagi aku perlu berbaring sambil memejamkan mata. Bukan ingin mengundang kantuk dan berpura-pura segalanya adalah baik2 belaka. Sebaliknya aku ingin menggempur benteng2 silam agar runtuh serta menggali sang silam agar tidak lagi dibenamkan tanpa nisan!

Dan sedikit demi sedikit aku mula terasa bahananya. Titik2 jernih mula mengalir tanpa hentinya. Namun aku tetap memaksa diri agar memejamkan mata ini. Aku ingin merasai segala ketakutan itu, aku ingin berdepan dengan kesakitan itu, dan aku ingin teguh memandang sang silam itu tanpa goyah. Aku tak ingin lagi menjadi manusia lemah yang acapkali berlari dari sang silam ini.

Akhirnya aku benarkan diri aku melihat kembali ketakutan yang aku sembunyikan berbelas tahun ini. Aku biarkan mata aku melihat tanpa berkedip. Aku biarkan badan aku keras tanpa longlai dan melihat silam itu dengan sepenuh hati.


Sungguh, rasa seperti mati, namun aku masih berhidup lagi. Aku bukan wanita2 sirah yang cukup2 tabah dan teguh dalam menangani masalah dan ujian di dalam kehidupan ini. Aku cuma manusia biasa yang sebenarnya lebih lemah dari mana2 manusia. Aku cuma bergantung pada raut muka yang tak mudah berubah demi menyembunyikan kelemahan dan kesakitan yang aku alami. Dengan wajah tak berriak ini, aku lebih mudah menyimpan sang silam ini dari pandangan manusia2 di sekeliling ini.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Perjalanan menuju Tuhan ini akan diteruskan. Sang silam bukan lagi bayang2 suram yang kadang kala menghilangkan jejak untuk kaki ini meneruskan langkah yang perlahan. Walau sepahit mana pun kenangan silam itu, perjalanan menuju masa depan perlu aku teruskan. Walau tak mampu melangkah dan asyik rebah, aku akan tegar untuk bertatih atau merangkak menuju Sang Pencipta.

Alhamdulillah.

Penerokaan sang silam itu menemukan aku dengan sebuah jawapan. Hidup ini adalah untuk mati. Hidup cuma untuk memungut saham di akhirat nanti. Hidup adalah sedetik cuma dan akhirat itu adalah dunia abadi.

Hidup ini cukup2 sunyi walaupun ramai insan2 yang setia menemani.

Nahhhhh, kecelaruan apakah ini?

Insyaallah, sedikit masa lagi semuanya akan terisi. Doa, doa dan doa akan sentiasa berbisik di hati. Moga2 ianya lancar dan penuh dengan hikamah yang tersembunyi. Ameen

Tuesday, 22 October 2013

I know You are there..!

Bismillahirrahmanirrahim

dunia mana pun yang kau kejarkan,
syurga mana pun yang kau mahukan,
kau tetap lari menuju Tuhan
 
 
I know You are there ALLAH
I know You See my tears
I know You Hear my prayers
I know You are Testing me.

And all I ask from You is to strengthen my Imaan
So I can handle the struggles in life and have patience.

Please keep me safe.

Ameen..

 People will hurt you. Allah will heal you

 “Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Al-Fajr: Ayat 27 – 30)

Monday, 21 October 2013

sahabat, maaf ek!


Assalamualaikum wbt.

Rasanya Merah dah terlukakan hati seorang sahabat kesayangan Merah tadi. Mungkin dia dah terasa hati dengan Merah. Mungkin dia dah terlalu kecik hati dengan Merah. Dan mungkin juga dia dah tak nak peduli akan hal2 Merah dah nanti. Huhuhu. Kalau dia pun dah tinggalkan Merah nanti, Merah akan hilang satu-satunya sahabat yang Merah paling peduli dan sayang. RA, MAAF!

Bukan Merah nak larikan diri. Bukan kamu ada buat salah apa2 kat Merah. Bukan Merah sengaja nak ketepikan kamu. Sungguh, Merah sayangkan kamu. Cuma sekarang Merah sedang bergelut dengan pelbagai isu yang tak sanggup Merah adukan kepada kamu seperti dulu2. Merah tak nak bebankan kamu. Merah mintak maaf!

RA, tolong jangan kecik hati ek. Kalau kamu kecik hati, xdapat dah la Merah makan mee hailam abah kamu yang super duper ohsem tuh. Huhuhuhu.




Friday, 18 October 2013

Insyaallah, all is wellz


Pada diriku yang banyak cacat celanya di sisi Tuhan,

Qalbuku merafak syukur,

Masih ada insan yang sudi menerima diri ini apa adanya.

Pada sebuah perhubungan yang dihulurkan lewat pertemuan itu,

Rindu padamu kusimpan jauh di sudut hati,

Ku alunkan dalam untaian doaku,

Untukmu kala sujudku.


Esok adalah perjuangan pertama yang akan menentukan rezeki itu milik Merah atau ianya sekadar ujian untuk menguji hati ini. Insyaallah, all is wellz. 


Monday, 14 October 2013

salam aidiladha




Terima kasih, BAHAGIA


Sekarang bukan lagi masanya untuk main2.
Semuanya perlukan pengorbanan yang cukup2 tough untuk dibuat.
Bukan lagi masa untuk mengharapkan keajaiban yang tak pernah kunjung tiba.
Bukan lagi masa untuk 'berbicara dinding' agaknya.
Bukan lagi masa untuk menyimpan harapan demi harapan.

Masa sedang berjalan.
Waktu sedang berdetik.
Memori2 lalu telah terlalu jauh ditinggalkan.

Cukuplah tujuh tahun ini menjadi buta dan tuli.
Cukup-cukuplah..!


Insyaallah, akan menempuh ke alam baru.

Berdebar usah ditanya.
Aku bukan sesiapa.
Cuma seorang manusia yang percaya pada aturanNya yang penuh rahsia.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Perjalanan baru akan bermula.
Doakan moga dipermudahkan.

Insyaallah, bahagia itu ada di sana.!

Alhamdulillah..!

Friday, 11 October 2013

Silence is girl's loudest cry


Saya berdoa dan berharap,

Suatu masa nanti,

Apabila saya melihat awak di hadapan saya,

Saya akan tersenyum tanpa terselit bunga2 rasa di jiwa,

Sama seperti saya melihat langi yang luas di angkasa itu.


Selalu,

Awak tahukan saya suka akan langit itu,

Sentiasa berubah tetapi masih di bawah Cinta Yang Satu..!

 



Monday, 7 October 2013

Hilang



Pernah kehilangan seseorang yang bererti dalam hidup kita?

Ditinggalkan jauh lebih menyakitkan daripada diputuskan. Namun lebih menyakitkan lagi ketika kita tidak mengerti bahawa kadangkala Allah izinkan kita kehilangan seseorang untuk kebaikan kita sendiri. Kehilangan akan membuat kita merasa rapuh tapi disisi lain kehilangan dapat membuat kita tegar..
p/s : Maka, mari belajar untuk mencintai kehilangan >,<


Sunday, 6 October 2013

Pura-pura itu..




Pura-pura senyum
Pura-pura ketawa
Pura-pura bahagia
Pura-pura suka
 
Buat macam tak ada apa-apa

Tak ada derita
tak ada sengsara
tak ada tangisan
tak ada jeritan

Seolah hidup ini hanya kemanisan
disalut madu dan gula
tanpa racun dan cuka

Biar hati yang menyimpan cerita
Biar hati yang merasa sengsara
Biar hati yang remuk redam
Biar hati yang telan kepahitan

Di hadapan orang hanya tenang
di hadapan orang hanya senyuman
di hadapan orang hanya keindahan
di hadapan orang hanyalah wayang

biar mereka terhibur
biar mereka tertawa
biar mereka bahagia
biar mereka ceria
 
walau kita hanya pura-pura
biar saja
simpan cerita duka
sorok hati yang luka
tahan air mata

selindungkan gundah gulana
biar semua jadi rahsia
antara hamba dengan Yang Esa...




Wednesday, 18 September 2013

setiap hari adalah belajar


Setiap hari adalah belajar..
Belajar dari kesalahan..
Belajar untuk tidak mengulangi..
Dan belajar untuk lebih baik..

I'm a good enough person to forgive you, but not stupid enough to trust you..!



Doaku hari ini :

Tuhan, 
beri daku kekuatan untuk segera bangkit jika jatuh, jangan Kau biarkan daku menjadi orang yang lemah.. amin


Friday, 13 September 2013


We may love the wrong person and cry for a wrong reason, but no matter how wrong things go, one thing is for sure : mistakes help us to find the right person for a good reason.




Wednesday, 11 September 2013

Belajar dari silam


Tadi belek2 handphone dengan gigihnya. Satu demi satu nota yang ditulis sejak 2-3 tahun dulu dibaca dengan penuh kusyuk. Kadang2  rasa nak tergelak pun ada jugak. Kadang2 ada jugak terselit rasa touching dan hiba yang berlebih-lebihan. Dan yang paling ajaibnya ialah bila diri sendiri tak percaya bahawa apa yang dibaca itu ditulis oleh diri sendiri.

Masa berlalu sangat2 cepat kan!

Dan silam itu cukup2 jauh untuk digapai dan dicorakkan semula mengikut adunan yang menjadi kehendak hati ini.

Ianya sudah 6 tahun berlalu.

Kalau ada anak yang umur 6 tahun, pasti anak itu sedang belajar di tadika kan..

Siapa sangka manusia yang kononnya lemah dan tak berdaya itu masih bisa berhidup dengan jayanya.

Siapa sangka manusia yang acapkali mengesat titis2 airmata itu bisa tersenyum dengan manisnya.

Siapa sangka manusia yang pernah terluka itu sedang ketawa dan berbahagia tanpa kesal akan silam yang penuh dengan segala macam perasaan yang tak dapat nak diungkapkan.!

Belajar dari silam. Insyaallah, pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik aturan2 hidup ini. Kita merancang, mereka merancang tetapi DIA adalah sebaik-baik Perancang.

Alhamdulillah, syukur sangat2 dengan ketentuan hidup sekarang ini.

Sungguh, enam tahunn yang dahulu itu adalah fasa untuk mencorakkan diri ke arah yang lebih baik dan lebih hebat daripada pelbagai segi.

Awak, saya sudah mampu berdiri sendiri tanpa terkesan dengan silam lagi..!


Tuesday, 10 September 2013

Hari istimewa untuk mereka.!


Semalam ( 09 September 2013 ) ialah hari lahir Puan Mama yang tercinta. Bila masuk jer opis terus call Puan Mama untuk wish besday. Yang hebatnya ialah bila Puan Mama cakap : Merah adalah orang ke-4 yang wish besday kat Ma. 

Perhhhhhh, laju benor Puan President, Cik Adek dan Encik Adek call Puan Mama untuk wish besday. Huhuhuhuhu, jeles dengan mereka2 sebab lebih laju dan tangkas berbanding Merah.

Merah sempat buat kad besday Puan Mama sendiri seperti tahun2 yang dulu. Memang dari dulu lagi Merah tak pernah beli kad besday, sebaliknya Merah akan buat sendiri. Hari nih Merah lupa nak bawak gambar kad besday yang Merah buat tuh, nanti2 Merah akan tunjukkan ek.!

PUAN MAMA, SELAMAT HARI LAHIR!!!!

Ma, semoga segala yang terbaik menjadi milik ma. Semoga senyuman ma terus menyinari hari2 yang mendatang walau sang hujan dan mendung terkadang menghadirkan diri. Merah doakan yang baik2 untuk ma dan Merah akan sentiasa ada untuk menggenggam erat tangan ma. Melihat kedut2 di tangan ma menyedarkan Merah akan peredaran masa dan usia. Masih terasa hangatnya tangan ma mengusap lembut rambut Merah pabila Merah berbaring manja di sisi ma.

Ma, andai Merah tiada, ma mesti terus tersenyum dan berbahagia seperti hari2 istimewa ma. Dan insyaallah, kalau diberikan umur yang panjang, Merah ingin memimpin erat tangan ma sambil menatap kiblat umat islam di seluruh dunia itu. Sungguh, Merah benar2 ingin bersama-sama ma ke sana.


Dan hari nih pula ( 10 September 2013 ) ialah hari lahir sahabat Merah yang paling ohsemmmm, paling cute, paling cantekk, paling baik, paling sabar, paling pemurah dengan senyuman dan paling tip top dalam segala aspek. Perhhhhhh, macam ayat  bodek mintak belanja kepci + mekdi jer bunyinyer kan..kan..kan..!

Buat saudari yang menyambut hari tua anda pada hari ini, saya ucapkan SELAMAT HARI LAHIR tau. Insyaallah, moga yang baik2 akan menjadi milik saudari. Saya di sini akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saudari. Dan yang paling utama, moga hidup saudari akan diberkati oleh Allah swt.

Cehhhhh, aku guna kata ganti nama saudari tuh untuk hang naa. Silalah kagum sambil kesat2 airmata dengan tisu ek.

Naa,
Wishing you a very happy birthday..! May your day be filled with the warm sunshine of  LOVE. And the bright colors of laughter.!


P/s : Naa, agak2 bila aku dapat timang2 baby hang????



Jangan Pandang Belakang


Assalamualaikum wbt.

Harap2 semua orang yang berada di muka bumi ini sihat2 dan baik2 sahaja hendaknya. Harap2 jugak semua orang sentiasa bahagia dan gembira di dalam kehidupan mereka.

Errrkkkkk, macam poyo jer statement Merah kan? Huhuhuhuhu

Please ler Merah, sila bertukar kepada diri kamu yang asal dan silalah kekal bersikap seperti sediakala. Usahlah mengundang sikap yang pelik2 camni ek..!

Dahhh... Dahh, kita stop mengarut dulu ek. Jom kita kembali ke laluan yang asal.

Cer awak2 semua buka tingkap or pintu rumah/opis masing2 sekarang nih. Mesti nampak pemandangan yang sama sejak minggu lepas kan. HUJAN..!! Yupppp, hujan yang tak henti2 sepanjang minggu lepas memang membuatkan Merah happy walaupun kain baju berbau masam sebab tak kena cahaya matahari. Hohohohoho, Merah tak kisah pun kalau hujan hari2. Seyes, Merah suka giler dengan hujan tahap jatuh cinta secara melampau-lampau.


Sejak dan capai umur yang sepatutnya sedang2 elok untuk menjadi seorang ibu nih, Merah cukup2 suka memandang hujan. Kalau dapat main hujan lagilah gumbira tahap tak hengat dunia. Walaupun bunyinya macam sedikit kurang warasnya, itu adalah hakikat. Dengan memandang titisan2 hujan, hati menjadi tenang. Alhamdulillah, tenang yang dicari-cari rupanya ada di sini. 

Okep, kita stop dulu bab2 hujan nih ek. Merah nak citer something sebenarnya.

Hari ahad lepas Merah kena masuk opis separuh hari. Tengah sibuk2 menulis Merah terdengar bunyi tapak kaki orang berlari-lari kat bilik belakang opis. Perhhhhhh, hari tuh cuma Merah sorang jer dalam opis. Mana ada manusia2 yang lain kat opis nih. Merah terus pasang lagu Broery Marantika yang Merah suka tuh, Biarlah Bulan Bicara tanpa sekelumit rasa insaf. Sepatutnya Merah pasang ayat2 al-quran kan, tapi disebabkan nebes tahap tak mampu berfikir dah, Merah hentam bukak lagu tuh. Please, janganlah tiru aksi Merah itu!

Pada detik itu, Merah mula menyetujui tajuk filem hantu yang pemes dulu iaitu Jangan Pandang Belakang. Seyes, memang Merah tak berani langsung nak pandang2 belakang. Jantung pulak rasa macam nak pecah keluar dari dada macam baru jer buat larian pusing stadium 10x. Dan tengah2 nebes tak hengat dunia tuh berlaku sesuatu yang tak diduga.


Zupppppppp.....

Merah nampak ada 'benda' melintas depan meja Merah. Dan sebagai manusia yang tanpa iman yang jitu nih, Merah cukup2 terkejut sampai tertendang meja sendiri sehinggakan terjatuh dengan kerusi2 sekali. Sedar2 Merah dah terbaring di lantai dengan perasaan yang cukup kelam-kelibut. Tanpa berfikir panjang Merah tutup opis dan terus pulang ke rumah dengan perasaan yang penuh dengan pelbagai persoalan.

Dan kesannya ialah ada beberapa bahagian badan yang terkehel dan terpaksa diurut oleh tukang urut profesional. Giler tough la tukang urut yang urut Merah tuh. Rasa nak tercabut segala urat dan tulang badan nih. Huhuhuhuhu. Kamu mampu kesat2 airmata bila tukang urut tuh memulakan aksi yang cukup2 memeritkan badan Merah. Rasa macam nak mintak koma seketika sementara akak tuh sedang mengurut. Boleh tak camtu?

Dan sampai sekarang tak der sapa pun yang tahu sebab sebenar Merah jatuh dari kerusi. Merah cuma cakap Merah jatuh sendiri2. Dan kerna jawapan tuh, Cik Kakak dan Cik Adek membahan Merah siang dan malam tanpa belas kasihan. Huhuhuhuhu. Tak lupa jugak Puan President, Puan Mama dan Puan sis-in-law yang turut serta di dalam aktiviti bahan-membahan Merah nih.

Sejujurnya, merah dah rasa ada benda yang tak kena di dalam opis nih. Namun Merah diamkan sahaja sebab Merah ingat tuh mainan perasaan jer. Tup2 bila dah nampak sendiri, Merah dah mati kutu. Apa yang patut Merah buat?

Tolong..!



Friday, 6 September 2013

hangpa pernah tengok zombi tak?


Soalan luar silibus sungguh hari nih! Giler kentang betoi kan, kan!!!

Kalau semua pakat2 nak melihat rupa zombi yang selalu menjadi momokan orang, meh ler buat trip jumpak Merah. Kompom korang akan berpuas hati dengan penemuan yang cukup2 ohsem nih. Sila bawak sekali kamera atau mana2 henpon yang diyakini dapat menangkap gambar zombi tersebut dengan terang dan jelas untuk dijadikan sebagai salah satu daripada koleksi peribadi korang.

Hahahahahhaha, mesti pelik kan???

Sebenarnya macam nih. Dua malam lepas Merah mimpi something yang buat Merah merunsing sampai hari nih. Dan sejak dua malam lepas Merah memang tak boleh tidur. Ditambah dengan penyakit payah tidur malam Merah nih, memang cukup lengkap ler pakej yang Merah dapat. Muka memang dah tak macam manusia biasa dah sekarang nih. Kalau mana2 pangarah filem nak pelakon yang memegang watak hantu, eloklah kalau beliau segera menghubungi Merah. Tak payah nak make up tebal2 untuk kelihatan seperti hantu. Muka Merah sedia ada sekarang nih dah cukup seram okep.!

Waaaaaa, bila nak dapat tidur yang cukup nih!!!!

Merah dah benci melihat rupa sendiri dalam cermin. Giler seram wehhh!

Mencik...Mencik..Mencik..!!!