Monday, 26 November 2012

KERNA AKU SEORANG WANITA

incik google






terasa begitu dan begini.. AKU INGIN TERSENYUM BAHAGIA...

andai itu namanya CINTA, mengapa harus terseksa...


pernah tak anda rasa terlalu menyintai seseorang itu, tetapi anda terpaksa melepaskan dia dalam keterpaksaan. jika ya, welcome to my club.. yuppp, kita berkongsi situasi yang sama. kita berdepan dengan amukan rasa yang sama, kita menahan derita yang sama. segalanya adalah sama. anda tak keseorangan sebab saya jugak berada dalam kotak yang sama dengan anda. sungguh, saya benar2 paham apa yang anda rasakan tika ini.

sesetengah individu memilih untuk lari dari kenyataan ini. ada jugak yang menyeksa diri dengan pelbagai kerja dan aktiviti demi melupakan tuntutan hati yang tak pernah2 paham ni. saya pulak bagaimana ek?? saya memilih untuk berdiam diri. selagi terdaya saya akan tahankan rasa hati ni. saya tak reti nak story-mori dengan sesiapa hatta kawan baik saya sendiri. seyes, bila duduk sensorang mula lah air mati ni mengalir. rasa macam pelik, tapi itulah kenyataan yang saya tanggung.





kadang2 bila rasa rindu sangat2 saya akan bukak facebook dia. meneliti dari setiap aspek termasuk status, komen, gambar dan apa sahaja yang ada alam fb dia. bila hati ni mengasak saya dengan pelbagai persoalan yg meminta kerasionalan sya untuk meneliti fb dia, saya jawabkan juga soalan itu. saya cuma ingin melihat sama ada dia sedang berbahagia atau tidak. nahhhh, ini memang jawapan yang memang menipu dan tak dapat dipercayai langsung. sejujurnya saya rindukan dia. namun bila saya nampak betapa bahagianya dia, ia memberikan feedbck yg negatif untuk diri saya. knapa dia boleh berbahagia sedangkan saya di sini sangat2 menderita...  

persoalan itu semakin mengasak diri saya dari semasa ke semasa. dia boleh berbahagia tanpa saya, jadi kenapa saya nak menyeksa diri saya untuk lelaki yang tak pernah terasa akan kehilangan saya. tanpa segan silu dia memaparkan rasa bahgia di laman fb dia. saya pulak penuh dengan status n gambaq2 yg menunjukkan stress semata-mata..o0hhhhhhh, tidak...!! saya perlu berubah..

kalau itu cinta, saya tak perlu merasa terseksa, sebaliknya saya akan tersenyum dengan bahgia. saya tak akan menangis lagi kerna elemen2 yang sebegitu rupa. saya perlu bersyukur akan pelbagai nikmat dari Dia. saya dah tak nak menjadi manusia yang lupa akan kebahagiaan2 lain hanya kerana saya hilang dia. dia bukan sesiapa. rasa nak jeritkan kepada dunia ni bahawa lelaki itu bukan sesiapa. dia cuma pernah singgah seketika dalam hidup saya. kesalahan saya cuma satu, saya berikan terlalu banyak rasa cinta kepada dia, akhirnya saya yang terkecewa kerana mengharapkan balasan yang sama dari dia. Buat Si Dia, saya kirimkan doa agar kamu bahagia.. insyaallah, tak akan ada lagi airmta saya untuk awak lepas ni.moga kita akan bahagia dengan haluan hidup masing2..