Monday, 31 December 2012

2013 (^^)


Before nak taip berjela-jela tentang ketibaan 2013 nih, aku nak share satu picture yang cantik. Walaupun macam dah reput dek zaman atau ketinggalan zaman, aku nak share jugak. Tadaaaaaa..!!!



gambar nih sangat ohsem..!!


First time nampak gambar nih, aku sangat2 teruja sebab warna pink + merah. Wewitttt, nampak ladies sungguh kat situ. Terserlah jiwa kegadisan aku. Okey, sila muntah berbesen-besen dengan statement yang memualkan ini. Hohohoho. Yang penting ambil manfaat dari apa yang tertulis dalam picture tu ek.



Okeylah, stright to de point. 



1


2


3


KEBABOOOOOOOM..!!!!!





SELAMAT DATANG 2013








Bila aku flasback balik apa yang terjadi sejak dari 1 Januari 2012 hinggalah ke hari ini, 31 Disember 2012, aku akan dihimpit berbagai emosi yang aku kira sangat2 "manis" untuk dikenang kembali. Bagi menambahkan kefeelingannya, aku siap meneroka kembali gambar2 sepanjang 2012 yang aku lalui itu.




Hiking ke Taman Negara


Buat pertama kalinya sejak aku disahkan menghidap penyakit ********* , aku telah mencabar diri aku untuk berlawan dengan apa yang aku takutkan selama ini. Disebabkan itu adalah tahun terakhir aku kat universiti, classmates aku yang bersungguh-sungguh nak menjadikan cuti hujung minggu kami lebih bermakna dengan berhiking kat taman negara. Mulanya aku ragu-ragu sebab aku takut kulit aku semakin teruk sebab cahaya matahari yang terik boleh memburukkan lagi keadaan aku. Tapi bila aku fikirkan kembali, aku join jugak sebab aku memang tak pernah join mana2 aktiviti lasak yang dirancang oleh classmates aku.





Tudia geng2 classmates yang ohsem



Dan aku telah membuat keputusan yang tepat dengan melibatkan diri dalam aktiviti ni. Sungguh, aku benar2 bersuka ria dan happy walaupun esoknya kulit muka aku rosak teruk kerana berada di bawah cahaya matahari terlalu lama. Perjalanan naik bukit dan turun bukit tuh memang melelahkan aku, tapi disebabkan nak cabar diri punya hal, aku akhirnya sampai ke garisan penamat. Perhhhh, agak over di situ kan..Heheheheh. Pengalaman yang tak boleh dilupakan ialah semasa menaiki bot untuk pulang. Time tuh aku memang memalukan diri sendiri sebab terpaksa dipapah keluar dari bot kerana mengalami ketakutan yang kronik sewaktu menaiki bot. Tapi kan, dari situ aku sedar something. Ramai yang sayangkan aku.. Jangan jeles ek.





Kapten Bola Jaring


Siapa sangka yang aku mampu bermain bola jaring semula selepas bertahun lamanya aku tinggalkan arena penjaringan nih. Kalau takat jadik pemain jer aku tak la terkejut sangat, tapi aku telah terpilih untuk mengetuai pasukan bola jaring. Kenapa aku yang terpilih? Mudah sangat jawapannya. Sebab aku paling teror main bola jaring antara semua kawan2 aku. Sebenarnya kawan2 aku memang tau aku adalah pemain peringkat negeri semasa sekolah. Tapi aku berhenti main selepas kulit muka aku mengalami kerosakan yang teruk akibat terdedah dalam tempoh masa yang lama kat cahaya matahari. Jadik, aku lepaskan minat aku yang satu tuh sejak hari pertama masuk universiti lagi








Hilangnya status sebagai pelajar universiti



Bulan Julai 2012 adalah bulan akhir aku belajar kat universiti. Bulan tu jugak adalah bulan yang memang penuh perasaan sedih kat hati aku. Selepas tiga tahun bersama, akhirnya kami terpisah untuk memilih haluan hidup masing2. Time tuh memang selalu la classmates aku post ayat2 touching seperti tidak merelakan perpisahan kami. Aku yang memang sensitip melampau-lampau nih usah ditanya la. Malam dinner menjadi saksi sewaktu kami ramai2 menyanyikan lagu Salam Terakhir. Bermula dengan tangisan dari aku, semua yang lain start menangis. Tu adalah kesyahduan yang paling mengusik hati aku. Sampai bila pun aku tak akan lupa kawan2 kelas yang aku memang sempoi dan penuh dengan pelbagai ragam tu.




Lunch terakhir.. Gambar dinner ramai2 hilang..huhuuhuh


Setiap dari mereka2 di atas ni punya pelbagai karenah yang buat aku tersenyum bila aku kenang balik, ada yang kuat merajuk (aku ler tu), ada yang sensitip melampau-lampau (aku jugak tuh), ada yang sangat lemah lembut ala2 gadis melayu terakhir, ada yang ala2 nenek, ada yang happy go lucky semedang, ada yang macho, ada yang gila bola, ada yang islamik, ada yang tegas, ada yang matang dan ada pelbagai lagi ragam yang membuatkan pembelajaran tiga tahun bersama mereka terasa sangat singkat. Mereka adalah kawan2 yang terbaik yang pernah aku jumpa. Sungguh, aku rindukan meeka semua.







Cik Roomate Yang manis






Perkara yang paling menyedihkan aku ialah perpisahan dengan roomate tersayang. Dua tahun kami berkongsi bilik yang sama. Sepanjang waktu tuh, dialah tempat aku mengadu, dialah tempat aku luahkan rasa, dialah tempat aku menumpang tangis dan dialah jugak yang selalu memastikan aku kuat untuk melawan sakit aku. Dia jugak yang bisikkan kata2 semangat sewaktu insan2 lain jijik dengan penyakit aku. Dia jugak yang tak pernah jemu menjadi pendengar dan pengulas yang setia dalam setiap luahan hati aku. Bertuah dan sangat2 bersyukur kerana dia selalu ada untuk membantu aku menjadi kuat. Dia sangat2 kenal akan aku. If dia nampak aku bersedih, dia akan cepat2 sabarkan dan pujuk aku even dia sendiri tak tahu apa yang aku sedihkan. Dia tak menyoal, sebaliknya dia akn usap bahu aku tanpa bertanya sebarang soalan. Cuba korang cakap kat aku, kat mana lagi nak cari sahabat yang sebegitu rupa?




Konvokesyen



September 2012 adalah tarikh konvokesyen aku. Segala penat lelah dan airmata yang tertumpah sepanjang 3 tahun mencari ilmu terbayar rasanya. Senyuman dari Puan Mama benar2 menggembirakan hati aku. Aku masih ingat pesan dari Puan Mama waktu hari pertama menhantar aku ke universiti.


"Merah belajaq baik2. Ma tak dulu tak dak peluang untuk belajaq. Ma nak anak2 ma menjadi manusia yang berguna."


Alhamdulillah, apa yang aku capai hari nih bukan atas usaha aku sahaja, tetapi ia melibatkan usaha sama ramai pihak. Hari konvokesyen tuh merupakan hadiah dari aku untuk Puan Mama. 

Terima kasih Puan Mama kerana memanusiakan Merah!!



Insan yang nampak biasa ini adalah wanita yang sangat hebat.




Sembuh 



Kalau dulu aku selalu menangisi apa yang telah ditakdirkan oleh Tuhan kepada aku. Kemudiannya pabila aku tersedar dari kebiadapan aku, aku mula dihimpit rasa berdosa yang teramat. Lupakah aku pada janji2Nya. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tak mampu ditanggung oleh mereka. Aku mampu melalui ujian demi ujian kerana aku punya insan2 yang hebat disekeliling aku. Aku sendiri sebenarnya tak pasti bila betul2 sembuh. Teguran dari adik aku yang menyedarkan aku.


"Eh, dah tak der la kesan merah2 dekat kulit hang.!! Warna kulit hang pun dah sekata dan tak nampak kesan kudis dah."


Aku pun tergamam sebenarnya. Aku yang merupakan pemilik badan nih pun tak perasan akan keadaan diri aku. Teguran dari adik aku menyedarkan kembali yang aku telah sembuh. Tuhan sebenarnya peduli akan doa2 aku. Tuhan peduli akan doa2 dari orang2 sekeliling aku terutamanya Puan Mama yang tak putus berdoa dan menghabisksn beribu ringgit demi aku. Alhamdulillah





Pertukaran ke Mukah, Sarawak 



Kakak sulung aku yang merupakan nadi untuk kami adik-beradik bergantung harap ditukarkan ke Sarawak. Aku nampak tangisan kakak sewaktu kakak khabarkan perkara tersebut kat aku. Aku yang sememangnya sensitip nih lagi la dasat perasaannya. Macam2 perkara aku fikirkan saat tuh. Siapa nak tengok2kan kami selepas nih? Macam mana kakak nak survive sorang2 kat sana. Mampukah aku pikul tanggungjawab seperti apa yang kakak lakukan sebelum nih? Pelbagai persoalan mula menerjah. Namun bila difikirkan balik, hidup mesti diteruskan dan kakak dah berada di sana hampir 6 bulan sekarang nih.


Aku benar2 sayangkan kakak. Dia terlalu banyak berkorban. Banyak yang dia dah lakukan untuk aku. Kalau aku punya satu permintaan, aku nak mintak satu perkara sahaja. Aku nak kakak bahagia, gembira dan tersenyum sentiasa. Biarlah segala duka, derita dan airmata diserahkan kepada aku sebab kakak memang layak untuk terima semua rasa bahagia tuh. Aku takkan benarkan sesiapa pun menyakiti hati kakak dan aku akan jaga kakak baik2 sampai akhir hayat aku nanti. Insyaalalh.




Melangkah ke alam pekerjaan


Daripada seorang mahasiswa, aku bertukar status menjadi seorang pekerja. Mulanya memang aku agak terkejut sebab rupanya alam pekerjaan ni memang 100% berbeza dari alam universiti. Di sini aku mula bertatih untuk mula memikul tanggungjawab, mula bertatih untuk mengenal erti hidup dan mula bertatih untuk belajar banyak perkara2 baru. Memang alam pekerjaan nih tak seindah yang disangkakan, namun aku cuba sedaya upaya memaknakannya. Siapa sangka aku mampu bertahan dengan pekerjaan ini..!!


Walaupun cuma menjadi kerani dan tidak setaraf dngan kelulusan aku, sekurang-kurangnya aku tidak memilih. Mungkin rezeki aku untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi belum tercapai. Aku dah tak pedulikan sindiran dari mereka2 yang cuba menyakiti hati aku. Aku mencari rezeki yang halal dan aku tak akan terhasut langsung dengan statement2 menbunuh dari mereka2 semua. Peace..



 
  




Nih merupakan gambar pebret aku sebab dalam gambar nih aku tersenyum telus dari hati. Manis dan penuh dengan perisa.Heheheh. Semuanya memberikan senyuman yang benar2 datang dari hati mereka. Ikhlas dan telus dari hati mereka.
Aku harap tahun 2013 akan lebih baik dari tahun ni. Moga Allah SWT memberikan banyak rezeki untuk aku dan family sebab aku punya azam yang cukup tinggi. Aku nak bawak Puan Mama mengerjakan haji dan nak selesaikan pelbagai perancangan yang tergendala. Tolong doakan aku suksess ek. 


Ramai yang pasang macam2 azam, hajat, keinginan dan matlamat yang ingin dicapai sempena 2013 nanti. Aku pun sama sebenarnya, tapi aku senaraikan semuanya dalam list yang tersimpan kukuh dalam hati. Hihihihihih. Biarlah sesiapa pun tak tahu, yang penting aku akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikannya. Buat semua, lupakan segala keperitan dan kesakitan yang tertanda sepanjang 2012 nih. Semoga 2013 lebih memberikan warna yang ceria kepada semua. Insyaallah. Selamat menyanbut tahun baru untuk semua..!!!!










*Nota kaki : Actually aku pun sama macam orang2 lain bila tanya tentang azam. Azam tahun nih nak KURUS. Hahahahahha, Rasanya dah soploh tahun azam yang satu nih ada dalam list aku. Tak pernah jugak terlaksana. Agak2 bila aku nak KURUS ek???

Friday, 28 December 2012

cara2 hadapi tekanan


Ishhhhh, runsing giler la dengan hidup nih!!!!

Tension la kalau macam nih. Assignmnent bertimbun-timbun nak kena submit. Tapi masa tak cukup. Macam mana nak buat nih.!!!!

Hari-hari bergaduh. Hari2 berperang. kenapa parent aku tak macam parent orang lain. Aku bukan batu yang tak ada hati dan perasaan. Mama, Abah, tolong la berhenti bergaduh.!!!!!

Kenapa aku yang mesti berdepan dengan masalah macam nih? Apa dosa aku sampai diuji dengan ujian yang macam nih..!!!

Kalau benar dia sayangkan aku, kenapa dia mesti buat aku macam nih? Kenapa mesti curang dengan aku? Apa salah aku sampai dia layan aku camni? Tak cukup lagi ker cinta yang aku bagi selama nih?

Aku percayakan dia sebab aku ingat dia kawan baik yang akan simpan baik2 semua rahsia yang aku kongsikan kat dia. Tapi, kenapa dia tergamak mencanangkan apa yang aku ceritakan kat orang lain?

Kenapa orang yang aku sayang selalu jer pergi. Kenapa Tuhan nak rampas bahagia yang aku kecapi? Kalau macam nih, lebih baik Tuhan ambil aku sekali. Hidup dah tak bermakna untuk aku..!!!!






Persoalan2 yang kat atas tu cuma sebahagian kecil daripada apa yang sering terlintas di dalam fikiran kita sewaktu kita stress atau tertekan. Kat sini aku bukan nak cerita cara2 terbaik bagi korang semua menangani tekanan di dalam diri. Sebaliknya aku nak cerita cara2 aku berdepan dengan masalah atau tekanan dalam hidup nih. Kalau nak aku ceritakan tentang fakta atau istilah sains mengenai tekanan nih, memang tak dapatlah den nak menolong. Korang search ler kat google sendiri sebab kalau nak aku "copy" kemudian "paste" kat belog aku nih, baik aku namakan belog aku nih "jom copy paste" atau "belog Cik Google-Google".. Hahahahhaha, Macam sipot ja kan..!


Okey, sekarang kita masuk balik topik serius nih ek.


Bila aku stress atau tertekan, aku sangat2 mudah mengalirkan airmata. Kadang2 kerana sebab yang sekecil-kecil zarah pun aku boleh termenangis bila aku tengah tertekan. Contohnya time aku nak bayar kat kedai makan, tup2 ada orang potong barisan aku. Serius aku akan terasa hati dan menangis. Kalau sesapa melawak pun aku akan terasa. Yang paling buat orang2 sekeliling aku nak lempang aku ialah aku akan menangis bersungguh-sungguh time tengok movie. Walaupun cerita yang aku tengok tuh Transformer. Cissshh, melampau sangat aku nih kan!!!!


Jadi untuk mengelakkan aku terus-menerus mentensionkan semua pihak sewaktu aku stress, aku telah memilih beberapa cara untuk membantu diri aku pulih dari sebarang konflik yang mengurangkan takat kerasionalan aku.


1) Menulis


Tanyalah pada sesiapa yang kenal akan aku. Aku adalah manusia yang gemar meluahkan apa yang aku rasa melalui tulisan. Dulu aku menulis semua rasa hati aku melalui diari. Rasanya kalau aku kumpul semua diari yang aku tulis sejak aku sekolah menengah, aku boleh buat jurnal kot. Habis satu buku, aku akan beli lagi satu buku. Semua rasa yang menyakitkan akan aku luahkan kat dalam buku tuh. Sebabnya cuma satu. Memori yang pedih dan menyakitkan itu akan aku nyahkan dari ingatan aku. Aku tak nak terus menerus membiarkan sebarang perkara yang bakal menyakitkan aku itu menjadi bayang2 di dalam setiap langkah aku. Memori yang menggembirakan dan membahagiakan pula aku akan simpan kemas2 dalam ingatan aku supaya tak hilang. Motifnya cuma satu. Saat aku diuji atau tersakiti, memori2 bahagia tersebut akan membantu aku menyedari bahawa aku pernah merasa gembira dan bahagia dulu.. Heheheheh







Sampai aku belajar kat universiti pun aku terus menulis diari. Ramai yang cakap aku nih kuno, tapi aku tak kisah sebab aku lebih lega menulis di dalam diari. Aku tetap dengan pendirian aku menulis di dalam diari sehinggalah privasi aku dicerobohi. Sejak tuh aku berhenti menulis. Aku tak pandai nak kongsikan dengan sesiapa masalah aku. Jadi aku cuma banyakkan senyum dan ketawa kalau2 aku sedih. Kononnya dengan berbuat camtu, aku akan pulih. Tapi aku salah. Jadi aku mula menulis di dalam blog nih. Walaupun aku tak boleh ceritakan semuanya, tapi sekurang-kurangnya aku mampu luahkan sebahagian dari rasa yang menyakitkan aku kala aku bersedih. 


Aku sesaja tak privatekan belog nih sebab aku nak kongsikan dengan sesiapa yang baca luahan2 rasa aku. Mungkin mereka2 yang punya masalah macam aku akan cuba untuk bertabah jugak kan. Jadi, kepada sesiapa yang sedang tertekan dan rasa tak mampu nak tahan atau tak pandai berkongsi rasa kepada orang lain, aku sarankan korang tuliskan apa yang korang rasa. Walaupun aku cuma kongsikan pada kalam yang bisu nih, tapi ia melegakan sikit beban rasa yang aku tanggung.



2) Memasak


Bila aku rasa tertekan, aku mula rasa nak hempuk atau sepak jer sesiapa yang menyakiti aku. Rasa ala2 ahli gusti WWF memang memuncak-muncak di dalam sanubari aku. Masa tuh semua menda aku nampak kecik-besar kecik-besar ja. Bagi sesetengah pihak, bila berdepan dengan konflik mereka akan menghempuk atau membaling item yang paling hampir dengan mereka seperti handphone. Perhhhhh, selalunya perkara nih terjadi bila bergaduh dengan pakwe/makwe. Bayangkan handphone yang berharga ratusan atau ribuan ringgit berkecai sekelip mata. Huhuhuhuhu, sadis benor rasa.


Jadi, bila perasaan nak menghempuk tuh datang, aku memilih untuk memasak. Tuh memang terapi yang aku gunakan sejak dulu lagi. Selalunya aku akan memasak resepi baru atau resepi yang mencabar kebolehan aku. Aku akan memasak bersungguh-sungguh seolah-olah aku ni salah seorang Chef terulung kat dunia.. Tu dia, tinggi benor cita2 kan..


Daripada ini perasaan ini :









Kepada perasaan ini: 







Bila aku start memasak sahaja, segala elemen yang negatif dan menyakitkan aku mula hilang sedikit demi sedikit. Rasa seperti aku telah menelan ubat yang begitu menakjubkan sehingga mampu menyembuhkan kelukaan yang berada di sudut paling dalam sekali. Sejak tuh, aku mula memasak bila aku tertekan atau dihimpit rasa yang menyakiti aku. Dan alhamdulillah, terapi yang aku gunakan ini benar2 berkesan dan membantu aku untuk terus tersenyum.



3) Muhasabah diri


Sebagai manusia yang beragama islam, pergantungan kepada Dia adalah sesuatu yang sering dilakukan oleh kita termasuk aku sendiri. Bila aku rasakan hidup ini terlalu memenatkan dan menyeksakan untuk aku tempuhi, aku akan serahkan seluruh pengharapan dan pergantungan kepada Dia. Pernah jugak aku cuba mempertikaikan tentang takdirNya bila diuji, namun tiba satu tahap aku didedahkan dengan takdir yang menimpa aku. Time tuh aku rasa sangat kerdil dan tak mampu untuk mendongak kembali. Rupanya takdir dari Dia itu penuh dengan hikmah yang tersembunyi.




Saat kau tak mengerti maksud Tuhan, cubalah memilih untuk percaya



Kita perlu sentiasa ingat dan mengerti bahawa kita bukanlah sesiapa yang boleh memilih-milih untuk menentukan perjalanan hidup kita. Siapa kita untuk memilih begitu dan begini? 


Oleh itu, yakinlah bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya. Aku bukanlah menulis sewenang-wenangnya, sebaliknya aku menulis berdasarkan apa yang aku lihat di dalam kehidupan aku ini. Aku yang dulu adalah manusia yang banyak mempersoalkan setiap takdir yang menimpa aku. Namun, pabila kesakitan yang aku lalui dulu dibalas dengan hikmah yang besar ertinya, aku tak akan sesekali menyoal lagi maksud hidup ini. Cukuplah, aku tak nak terus-menerus menjadi manusia yang tak tahu bersyukur..!!


Sebenarnya kita punya banyak cara untuk mengawal setiap apa yang kita fikirkan atau lakukan. Semuanya bergantung akan diri kita sendiri. Jangan sesekali membenarkan bisikan2 dari syaitan itu merosakkan keyakinan kita kepada Dia. Berjuanglah. Bertahanlah. Bertabahlah. Pilihlah untuk percaya bahawa bahagia itu pasti ada. Sandarkan kepercayaanmu kepada Dia, dan insyaallah Dia akan merancang kehidupan kamu dengan sebaik-baiknya. Percayalah, Dia adalah sebaik-baik Perancang.








Kesimpulannya, belajarlah untuk terus menjadi manusia yang kuat dan tabah pabila dilanda dugaan dan ujian. Jangan mudah putus asa dan membiarkan diri terus menerus mempersoalkan setiap apa yang tertakdir untuk kita. Aku pun bukanlah manusia yang kuat dan hebat kerana aku sendiri sedang cuba untuk menjadi manusia yang redha. Manusia yang percaya. Manusia yang lebih baik dari semalam. Insyaallah, kita cuba bersama-sama yer..!!!!



Nota kaki : Penulis bukan seorang ustazah ek.!!!!

Monday, 24 December 2012

manusia sekarang makin tak matang..!!


Lorhhhhh, macam serius bebenor tajuk nih kan. 
Hahahahahaha, aku saja pilih tajuk camnih sebab aku nak warningkan kat umat2 manusia kat luar sana supaya hentikan tindakan yang sangat2 tak matang tuh. 


Pernah tak anda berdepan dengan situasi bila bukak FB, kemudian wall atau home anda penuh dengan status-status yang menimbulkan kontroversi dan tanda tanya yang melampau. Contohnya bila kawan yang anda kenali letak status:



"..Kawan makan kawan. 
Kalau perangai bangsat macam tuh, jangan harap la aku nak hormat hang dah. Tak payah nak buat2 baik dah selepas hang mendajalkan aku.."


Okey, kalau aku la yang berdepan dengan situasi macam nih, aku akan mula start berfikir. Aku ka kawan yang dia maksudkan tuh? Apa yang aku buat sampai dia keluarkan statement macam tuh? Kawan dia yang mana plak yang buat dia macam tuh? Konflik minggu lepas tak setel lagi ker? Dan aku mula rasa nak hempuk jer lappy aku bila aku pm utk tanya, dia boleh balas camnih:


"Tak payah la Merah nak tau. Ni cerita peribadi kita. Biarlah semua nih menjadi rahsia. Kita tak nak burukkan nama baik sesaper"


Harap anda semua maklum kepanasan hati aku bila kawan aku nih balas mesej aku macam tuh. Jujur aku cakap, kalau anda betul2 nak jaga nama baek sesapa pun, fikir dulu sebelum post yang bukan2 kat FB anda. Cer bawak2 berfikir sikit. Kalau la anda post status2 macam tuh kat FB, anda memang sedang mencalarkan nama baik seseorang time tuh. kenapa aku cakap macam tuh? Okey, sila tengok contoh kat bawah nih:


Apa yang Puan Emak fikirkan :

"Kawan dia yang mana pulak buat anak kesayangan aku macam nih? Rasanya J.LO nih sebab J.LO dah lama tak datang rumah sejak raya haji tahun lepas. Ni mesti J.LO masih tak puas hati kat anak aku nih"


Apa yang Incik Ayah fikirkan :

"Anak kesayangan aku nih tak pernah secelupar tuh. Dia baik, sopan-santun dan payah sangat nak marah2 sampai keluar statement2 macam tuh. Aku agak ni mesti kes berat nih. Mesti kawan kelas dia cuba nak jatuhkan dia nih. tu yang anak aku marah sangat2 tuh."


Apa yang Cik/Encik Kawan fikirkan :

"Ehhhh, sapa pulak yang buat dia macam tuh. Dia ramai kawan baik tak silap aku. Kalau tak si Mariah Carey tuh, mesti si Britney Spears yang buat dia sampai macam tuh. Tapi kan, aku rasa dah lama tak nampak dia keluar shopping2 dengan si Raihanna dan Pink tuh. Entah2 dia ada konflik dengan depa."


Tengok, berapa banyak telahan yang orang akan buat kerana ketidakmatangan anda. Dulu masa dekat U, kawan aku pernah cakap, FB cuma untuk orang2 yang matang jer. Aku tak paham mulanya, tapi sekarang aku semakin tersedar bila aku tengok status2 FB banyak yang tersasar dari laluan. Dalam bahasa yang lebih kasar, status2 yang dibuat oleh mereka2 yang tak matang nih membuatkan aku rasa nak lempang jer sorang2. Kemudahan FB digunakan untuk menyakiti hati orang2 lain dengan perlian, kata2 kesat, meluahkan ketidak puasan hati dan sebagainya. Terfikir jugak kadang2, sedangkal itukah pemikiran manusia2 zaman sekarang?


Kadang2 bila bergaduh, mula la nak canangkan segala masalah dalam FB. Sampaikan hal2 yang melibatkan keluarga dan rumahtangga nak diseretkan kat FB dengan alasan nak dapatkan pandangan pihak lain, nak luahkan tak pandai jadi ambil keputusan nak luahkn melalui penulisan, nak bagi kesedaran kat pihak yang menyakiti hati dan yang paling utama ialah nak sakitkan balik hati orang yang kita geram tuh. Rasa nak sepak jer manusia2 yang macam nih sebab menjadikan FB sebagai medan untuk mengganyang hati dan perasaan orang lain. Tolonglah sedar sikit, bukan anda jer pengguna FB, Tapi berlonggok-longgok dan tak terkira 
banyaknya. Tak kan nak hebahkan semuanya pada dunia!!!!


Mesti ada jugak yang akan terfikir bila baca blog nih,


"Ehhh, pemilik blog nih pun sama jer. Tulis macam2 benda kat blog nih. Ingat orang tak baca ka? Ingat orang tak tahu ker?"


Sebelum aku menjawab semua persoalan tuh, aku nak tanya korang dulu, korang kenal ker aku nih sapa? Korang pernah tengok ker rupa aku? Korang pernah jumpak ker dengan aku? Kalau jawapannya TIDAK, tak perlu nak judge kematangan aku. Sebab tuh aku memilih nak luahkan segala rasa dalam blog dan bukan FB. Bukan sebab aku hipokrit atau nak lari dari masalah, tapi sebab aku tak nak orang yang kenal aku buat telahan yang bukan2. Bagi aku, menulis dalam blog lebih memberikan privasi kat aku.


Mesti semua pakat tertanya-tanya kenapa aku menulis tentang semua nih.?
Jawapannya mudah, sebab aku jugak menjadi mangsa ketidakmatangan orang. Serius, aku bukan tulis nih untuk membalas dendam atau nak menyakiti pihak yang menyakiti aku balik. Aku tulis sebab aku nak warning kat sesapa yang baca blog aku supaya hentikan tindakan yang tak matang nih. Kita tak tahu betapa ia menyakitkan bila terkena kat batang hidung sendiri. Yuppp, aku mengaku yang aku rasa sangat marah bila ada orang menyakiti aku menggunakan kata2 yang berbisa melalui FB. Rasa nak balas balik memang meluap-luap dalam hati. Tapi kalau aku balas carutan dengan carutan, aku jugak sama jer tak matang macam orang lain. So, aku memilih untuk diamkan saja. Biarlah. Mungkin itu cara mereka untuk mencari bahagia.


Oleh itu, sila gunakan kemudahan yang sedia ada nih dengan baik yer. Sila selitkan elemen yang baik2 dan penuh tatasusila dalam setiap perkara yang kita lakukan. Yang penting sekali, sila jadik MATANG.

Thursday, 20 December 2012

gelap, suram dan hitam..


Kali nih aku tak nak cakap banyak2. Tak nak taip berkajang-kajang. Just nak cakap aku rasa lost. Cuba utk bangun dan muhasabah diri, tapi tetap meraba-raba dalam gelap. Cukup2 marah dengan semua menda kat sekeliling sekarang nih. Kalau tak nak kena sembur, please jauhkan diri dari aku.




Wednesday, 19 December 2012

Mencari "SAKINAH"




Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri disini...
Merenung jauh mereka disana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
Namun,kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya...

Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya.Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta,faktor kekayaan.Walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya.

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah besar,tidur di atas katil yang empuk tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidakk nyenyak.
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk,kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita.

Ada orang yang berada dihadapannya hidangan yang hebat,lauk pauk yang bagus tetapi lidahnya tidak enak,lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya.

kata Hamka:
"lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"...

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar,ada makanan yang sedap,tentulah hidupnya bahagia dan tenang..

Belum tentu !!!

Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah swt..

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang,dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.

Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang,dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.

Jika Allah uruskan urusan kita,dan Allah serahkan diri kita kepada kita,walaupun sekelip mata,dunia boleh berbuat apa-apa,tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas,kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.Apa yang orang rasa rugi Allah memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tidak sangka tetapi Allah boleh mengwujudkan keajaiban dalam kehidupan..
Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah

Kita tengoklah dunia ini,kadang-kadang manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia,kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya.

Berapa banyak dalam hidup kita telah melalui keperitan hidup??

Cuba ingat !!

Ketika kita kena keperitan,kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya.Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik.
Ketika kita ditimpa musibah tertentu,kita kata, "Habislah aku kali ni."..
Tapi usia kita telah berjalan,kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini.

Ketika kita berkata:

"Ya Allah tolonglah aku,Ya Allah tolonglah aku,aku susah ya Allah"

Hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu,dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur diatas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah kurniakan kita daripadanya.

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka:


"Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"..
"Nun orang nak ambil tindakan kepada hang"..
"Nun orang nak ambil tindakan kepada kau"..
"Nun orang nak bertindak kepada kau"..


Kata Allah iman dia bertambah.
Bukan kita kata:
"Pasal apalah Allah benci aku?Apalah dosa aku"..

Tidak-tidak !!!

kata Quran iman mereka bertambah
kerana mereka berkata:

"Cukuplah bagi kami Allah,Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"..

Pengalaman sering mematangkan kita.

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya.
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal dia akan mengetahui tentang kejaiban bertawakal.
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb.
"Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah.."


Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat

Apabila manusia melihat dunia daripada dimensi akhirat,dia akan merasakan dunia ini sangat kecil.
Kehidupan ini sangat luas.
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Allah bawa pada hari akhirat,manusia yang paling derita dalam dunia ini.Allah akan
ambil dia,Allah masukkan dia kedalam syurga.Dia dicelupkan masuk ke dalam
syurga, kemudian dia dikeluarkan ,lalu ditanyanya..

"Wahai fulan,adakah kau pernah rasa derita dalam hidup??"

dia berkata:
"Tak!! aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"..
Hanya kerana masuk sekelip mata didalam syurga,lupa cerita derita.
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini.Segala yang nikmat,Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka,lalu Allah keluarkan dia:
"Pernahkah kau merasai nikmat hidup ini??"..
dia berkata:
"Tak!!,aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini".
 
 
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka,manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya.

Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini??

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar.
Satu hamba Allah yang patah kakinya,yang dia tidak pernah pun sebut.
(dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak)..
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki..
dia kata:

"Ya Allah bagilah balik kaki aku,sembuhkanlah balik"..

Dia tahu besarnya nikmat kaki,nikmat tangan,nikmat sihat..
Kata Hamka:

"Yang ada ini sudah harapan kita"..

Tetapi manusia..

Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa yang telah ada.

Bersyukurlah wahai diri ini..

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut,

"Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar:..
 
Ramai orang terpaksa sabar tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur.
Bila dia susah,nak kata apa?

"sabar je la,nak buat apa"...

Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti kita syukur diatas nikmat.

Al-mathurat:

"Ya Allah apa sahaja yang aku alami daripada nikmatMu daripada kurniaan daripada sesiapa dikalangan hambaMu,tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan ,bagi Engkaulah pujian,bagi Engkaulah kesyukuran".

Subhanallah...

Manusia jika dia nak bersyukur kepada Allah,tak terdaya..

surah Ibrahim:14:34


"Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah,kamu tidak mampu"..


Bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan,kita akan rasa "MasyaAllah"..hidup ini,apa yang Allah kurniakan kepada kita lebih daripada harapan kita sebenarnya.

Kalau kita ingat pada hari kita dilahirkan,tempat kita dilahirkan,sehingga tempat kita ada pada hari ini.

MasyaAllah..!!!

Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu...
 
 
 Pesanan Nabi buat umatnya

At-Taubah:9:40

"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia,ketika dia salah
seorang daripada dua.dia dan Abu Bakar(Nabi dan Abu Bakar),ketika dia
berkata kepada sahabatnya..

"Jangan bersedih,sesungguhnya Allah bersama kita"
 
 
 
 

saya sayangkan awak..


Awak, saya sayang sangat kat awak. Saya impikan pelbagai impian yang indah-indah belaka dengan awak. Waktu awak cakap awak cintakan saya, saya rasa macam tak caya. Saya rasa saya beruntung sangat sebab awak jatuh cinta dengan saya. Saya terlalu banyak kelemahan jika nak di bandingkan dengan wanita-wanita lain. Ntah la. Walaupun dah berkali-kali awak tegaskan awak memilih saya kerana saya sangat istimewa di mata awak, namun saya tetap rasa kerdil jika nak dibandingkan dengan awak. Mana taknya, awak sangat popular kat tempat awak belajar. Melalui kenalan saya yang belajar satu universiti dengan awak, awak ramai sangat peminat. Awak seorang yang baik dan mudah mesra dengan sesiapa pun. Tak hairanlah kalau awak menjadi pujaan pelajar-pelajar perempuan kat universiti termasuk kat universiti saya sekali. Awak ingat tak masa awak datang kat universiti saya untuk menyertai pertandingan pidato, cukup ramai pelajar-pelajar perempuan dari pelbagai universiti cuba menarik perhatian awak. 


Tapi saya tengok awak tak cuba mengambil kesempatan pun. Awak Cuma tersenyum bila kawan-kawan awak usik awak. Time tu terserlah lesung pipit awak kat pipi kiri awak. Awak nampak sweet sangat. Selama tiga hari awak kat universiti saya, saya Cuma pandang awak dari jauh je. Nak tegur saya malu. Apa yang paling buat saya makin jatuh cinta dengan awk ialah kemerduan suara awak masa awak melaungkan azan. Sungguh... saya benar-benar jatuh cinta dengan alunan azan yang awak laungkan. Rasa syahdu sangat sampai bergenang air mata saya time tu. Saat tu hati saya mula membisikkan sesuatu. Saya benar-benar dah jatuh cinta dengan awak.


Saya ingat lagi peristiwa yang membuatkan mimpi saya menjadi kenyataan. Awak ingat tak hari terakhir awak kat universiti tempat saya belajar? Lepas solat subuh kat masjid saya cepat-cepat bergegas nak balik asrama saya sebab subuh tu nampak macam nak hujan. Saya tak bawa payung, jadi saya kena cepat-cepat balik bilik. Tapi, belum pun setengah perjalanan saya, hujan turun lebat sangat, siap dengan angin yang kencang, guruh dan kilat lagi. Saya dah tak tentu arah time tu sebab saya takut sangat dengan bunyi guruh. Lagipun saya sedang jalan kat kawasan padang rumput, jadi saya tak dapat berteduh kat mana-mana.



Dari jauh saya nampak pondok rehat kat tepi pokok rambutan yang selalu saya lepak time petang. Saya cepatkan langkah saya sebab nk cepat-cepat sampai kat situ. Kalau boleh saya nak berteduh kat situ sampai baju saya kering. Tiba-tiba saya tersepak batu dan jatuh. Lutut dan tapak tangan saya luka sebab terkena batu yang tajam kat tepi padang tu. Saya bangun dan teruskan langkah kat pondok tu. Sampai kat pondok tu saya nangis teresak-esak sebab saya takut bunyi guruh. Lagipun lutut dan tapak tangan saya sakit sangat sebab luka. Bayangkan saya duduk sorang2 kat pondok tu. Dah la cuaca masih gelap. Saya takut sangat-sangat.


Tiba-tiba saya dengar suara orang tegur saya. Bila saya toleh belakang, rupa-rupan ya awak. Saya rasa malu sangat time tu. Saya kesat airmata saya cepat-cepat. Dari ekor mata saya, saya nampak awak tersenyum. Dalam hati saya mula terfikir macam-macam. Adakah awak akan anggap saya macam budak-budak sebab nangis? Saya termalu sendiri. Kemudian saya tengok awak seluk poket seluar awak. Awak keluarkan sapu tangan awak dan awak bagi kat saya. Awak suruh saya lap luka saya yang berdarah tu. Tak cukup dengan tu, awak bukak sweater yang awak pakai dan bagi kat saya. Baju saya yang basah menyebabkan bentuk tubuh saya terpamer. Jadi saya cepat-cepat pakai sweater awak. 


Awak memang seorang yang baik. Saya bersyukur sebab awak ada kt situ waktu tu. Sekurang-kurangnya saya tak rasa takut sangat. Lepas saya dah bersihkan luka saya awak mula sembang dngan saya. Mula-mula awak tanya nama saya, lepas tu latar belakang saya, lepas tu tentang kos yang saya ambil kat universiti dan kemudian kita sembang tentang isu-isu semasa. Dalam diam saya gembira sangat sebab saya tau macam-macam tentang awak. Setiap patah ayat yang awak bagi tau saya seolah-olah melekat dalam kotak fikiran saya. Rupanya, awak anak tunggal tapi awak ada adik beradik tiri. Awak berasal dari pantai timur. Ibu bapa awak dah bercerai dan awak tinggal dengan ibu awak yang bekerja sebagai seorang guru besar di sana.


Saya dapat rasakan awak sedih bila awak mula berbicara tentang keluarga awak. Walaupun saya bukan dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah, tapi saya faham perasaan awak. Bila hujan dah berhenti, saya cepat-cepat nak minta diri sebab saya ada hal. Saya serba salah nak bagi balik sweater dan sapu tangan awak.Mana tidaknya, sweater awak dh basah dan saputangan awak dah kotor dengan darah. Bila saya tanya kat awak, awak terus tersenyum. Awak suruh saya guna sweater tu untuk balik dan pulangkan kat awak balik suatu hari nanti. Awak minta nombor telefon saya sebab awak cakap awak nak pastikan saya pulangkan sweater adidas awak yang mahal tu. Saya tersenyum mendengar kata-kata awak.


Selang dua hari lepas kejadian tu saya terima panggilan telefon dari awak. Saya gembira sangat2. Sejak tu kita start saling berhubung. Kalau sehari saya tak dapat mesej dari awak saya rasa gelisah semacam ja. Saya suka dengan perwatakan awak. Awak nampak matang sangat. Perbezaan umur kita Cuma setahun ja. Tapi saya rasa macam 10 tahun sebab awak matang sangat. Mungkin sebab awak anak tunggal. Jadi awak mesti berdikari untuk menjaga umi awak selepas ayah awak tinggalkan umi awak. Lepas sebulan kita kenal, awak bagi tahu saya awak sukakan saya. Terkejut saya. Saya tak sangka awak pun sukakan saya. Saya memang sukakan awak. Tapi saya takut nak terima awak time tu. Saya takutkan risiko kalau saya kehilangan awak sebab saya terlalu sayangkan awak. Lepas awk yakinkan saya, saya terus terima awak. Saya cintakan awak.






Hari-hari yang saya lalui indah sangat dengan adanya awak kat sisi saya. Saya ingat lagi kata-kata awak. Awak cakap awak mahukan anak yang ramai bila kita kahwin nanti. Kemudian saya bagi tau awak yang saya harapkan anak sulung kita adalah lelaki. Saya mahukan anak lelaki sebab saya harap bila awak tak dapat imamkan solat, anak lelaki kita dapat gantikan awak. Saya juga berharap apabila saya mninggal dunia kelak, anak lelaki kita juga yang akan mengimamkan jenazah saya. Awak cakap awak nak letak nama Mustaqeem kat anak lelaki kita. Bila kita bincang2 balik, kita pilih nama Ammar Mustaqeem jika anak kita adalah lelaki dan Amna Az-Zahra jika anak kita perempuan. 

Awak memang seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Awak tak pernah tinggikan suara kat saya sepanjang perhubungan kita. Awak terlalu mengambil berat akan diri saya. Saya gembira sangat sebab awak layan saya macam seorang puteri. Dalam hati saya, saya bertekad nak belajar rajin-rajin dan cari kerja secepat mungkin. Lepas tu saya nak kahwin dengan awak.

Namun, saya Cuma merancang tapi Tuhan yang menentukan. Tiba-tiba awak mula berubah sikap. Awak tak lagi macam dulu. Awak mula mengabaikan saya. Bila saya tanya awak cakap awak sibuk dengan assignment. Kadang2 awak sengaja off handphone awak bila saya kol. Saya buntu dengan perubahan sikap awak. Saya cuba selidik diri saya kalau2 saya ada buat salah. Akhir sekali saya nekad untuk pergi berjumpa awak kat universiti awak. Empat jam perjalanan menaiki bas terasa lambat sangat. Saya sengaja tak bagi tau awak sebab saya nak bagi kejutan kat awak. Sampai kat universiti tempat awak belajar saya terus pergi kat asrama awak. Tapi kawan awak cakap awak dah keluar.


Saya tunggu awak kat kafe selama dua jam. Bila saya dah nekad nak balik, saya nampak kereta awak masuk kat perkarangan asrama. Hati saya kembali berbunga. Saya terus menuju ke arah kereta awak.awak....!!!! Alangkah remuknya hati saya bila saya tengok awak bersama wanita lain. Awak terkejut dengan kedatangan saya. Awak langsung tak pandang muka saya. Time tu saya rasa bodoh sangat sebab percayakan awak. Airmata saya mula gugur satu persatu walaupun saya bisikkan pada hati saya supaya bersabar. Hati saya bertambah remuk bila wanita yang berada di sisi awak menggelar saya perempuan yang tak tahu malu kerana cuba merampas awak. Bila dia lihat awak berdiam diri, dia semakin giat menghina saya. Awak, apa dosa saya? Kenapa awak diam ja saat dia mencarik-carik maruah saya?


Lepas tu saya terus ambil bas dan balik ke kampus saya. Airmata saya tak henti-henti mengalir kerana awak. Saya rasa sedih sangat2. Saat tu semua impian yang saya tanamkan bersama-sama awak mula berlegar-legar dalam kotak fikiran saya. Semakin saya tepis, semakin kuat ingatan saya terhadap awak bertandang. Sepanjang perjalanan saya Cuma mampu menangis. Saya dah tak kisah dengan pandangan orang yag berada di sebelah saya. Yang saya tahu, saya sangat2 kecewa dengan awak. Sampai kampus saya terus menuju kat bilik saya. Saya menangis puas2. Roomate saya Eton tak putus2 memberikan semangat kat saya. Saya dah tak boleh fikir time tu. Hati saya sakit sangat. Saya rasa menyesal sebab jatuh cinta. Kalau saya tahu macam ni rasanya putus cinta, saya tak akan terima cinta awak. Apa yang lebih menyakitkan awak tak hubungi saya langsung. Awak memang dah buang saya jauh-jauh dari hidup awak. 






Akhirnya saya tertidur bertemankan airmata. Esoknya, saya demam teruk. Saya tak mampu nak bangun langsung. Airmata saya pula terlalu murah time tu. Saya cuba kuatkan diri saya untuk teruskan perjuangan saya menuntut ilmu, tapi saya tak mampu. Saya asyik ingatkan awak. Selama seminggu saya demam. Suatu hari saya dapat panggilan telefon dari rumah. Kakak saya suruh saya balik kampung. Rupa-rupanya mama saya sakit kuat. Semangat saya makin lemah. Saya di uji lagi. Dalam hati saya nekad akan lupakan awak dan akan bersemangat belajar kalau mama sembuh dari sakit. 

Alhamdulillah..mama selamat menjalani pembedahan dan semakin pulih. Akhirnya saya nekad melupakan awak. Peristiwa saya nyaris kehilangan mama menyebabkan saya semakin kuat untuk menempuhi hidup ni. Saya buang segala barang pemberian awak dan tukar nombor telefon saya. Saya benar-benar nak keluar dari bayangan awak. Alhamdulillah.. Saya tempuhi hari2 mendatang dengan cekal walaupun tanpa awak. Saya tak sangka saya mampu menjadi seorang wanita yang setabah ini. Mungkin awak tak akan percaya saya mampu tersenyum, ketawa dan gembira selepas awak remukkan hati saya. Matlamat saya Cuma satu. Saya nak capai impian saya iaitu menggenggam segulung ijazah.

Selepas 5 bulan tanpa khabar, awak tiba-tiba muncul kat asrama saya. Awak cakap awak nak kita jadi macam dulu balik. Awak cakap awak cintakan saya. Awak cakap awak nyesal tinggalkan saya kerana wanita lain. Tapi jawapan saya tetap sama. Saya tak akan terima awak selepas apa yang awak dah lakukan kat saya. Kemudian saya bangun dari kerusi dan terus pergi tanpa menoleh kat awak walaupun berkali-kali awak panggil saya. Saya tak akan percaya lagi dengan kata-kata awak. Sejak hari tu awak selalu hubungi saya. Namun saya tak pernah angkat telefon bila awak telefon saya. Hujung2 minggu awak selalu datang kat kampus saya tapi saya tak pernah keluar untuk jumpa awak. 

Saya pelik sangat tengok awak. Awak tak jemu ka??? Saya dah berkali-kali cakap yang saya tak akan terima awak kembali, tapi awak tak pernah putus asa. Saya rimas dengan awak. Suatu hari saya nekad nak berhadapan dengan awak. Saya ingat lagi reaksi muka awak saat saya cakap saya bencikan awak sepenuh hati saya dan saya tak akan terima awak kembali dalam hidup saya. Selama ni saya tak pernah cakap saya bencikan awak. Tapi hari tu saya bertekad untuk luahkannya agar awak faham saya memang bencikan awak. Sejak tu awak dah tak ganggu saya lagi. Saya gembira sangat kerana akhirnya awak sedar saya memang bencikan awak.

Suatu hari mama telefon saya dari kampung. Mama cakap ada orang merisik saya. Saya tanya pendapat mama. Mama cakap mama memang tertarik dengan lelaki yang mahukan saya menjadi suri hidupnya. Saya Cuma terdiam. Akhirnya saya minta masa tiga hari untuk memberi jawapan kepada mama. Selepas istikharah dan memohon petunjuk dari Allah saya nekad menelefon mama. Saya serahkan masa depan saya di tangan mama. Saya terima apa sahaja keputusan mama. Genap sebulan, mama cakap saya perlu balik ke kampung kerana pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang ke rumah saya. Saya tak tahu apa perasaan saya. Yang pasti saya nekad untuk menjadi isteri yang menyenangkan bakal suami saya. Saya agak gementar kerana saya tak pernah melihat bakal tunang saya. 


Apabila jari saya disarungkan cincin yang bertatahkan permata, saya mula rasa sebak. Saya sudah sah menjadi tunangan orang dalam usia 21 tahun. Wanita yang menyarungkan cincin ke jari saya tak putus2 mencium pipi saya. Dia membahasakan dirinya umi kepada saya. Melalui mama, tahulah saya bahawa umi merupakan ibu kepada tunang saya. Saya tercari-cari lelaki yang menjadi tunangan saya, namun saya hampa kerana dia tidak hadir pada hari tersebut kerana ada urusan. Tapi mama ada mengatakan gambar tunang saya ada di dalam laci bilik saya. Mama menetapkan dua tahun sebagai tempoh pertunangan kami kerana mama mahu saya tamat belajar sebelum mendirikan rumah tangga. Lagipun, kata mama tunang saya masih lagi belajar. Saya hanya mengangguk taktala mendengar perancangan mama.

Tetapi, selepas empat bulan pertunangan saya mama menggesa saya untuk berkahwin. Kata mama, sebelum mama pergi mengerjakan haji, mama ingin melihat saya mendirikan rumah tangga. Mama memang pandai melembutkan hati saya. Seperti biasa saya serahkan semua keputusan di tangan mama. Mama lah orang yang paling sibuk waktu tu. Segala persiapan saya serahkan pada mama.. Seminggu sebelum majlis perkahwinan saya, saya pulang ke kampung. Tapi, waktu saya sampai di halaman rumah saya nampak kereta awak berada di depan tangga rumah saya. Saya panik sangat. Saya takut awak merosakkan majlis perkahwinan saya. Bila saya masuk ke dalam rumah saya lihat mama berbual mesra dengan awak. 

Saat mama cakap awak adalah bakal suami saya, saya terus lari keluar rumah. Saya menangis kat tepi pokok jambu air rumah saya. Saya menyesal sebab tak teliti semasa mama suarakan hasratnya untuk menerima pinangan awak.Saya menangis sepuas-puasnya. Kemudian saya lap airmata saya bila saya sedar awak duduk di sebelah saya. Saya minta awak batalkan perkahwinan kita, tapi awak cakap awak terlalu sayangkan saya. Sampai hati awak. Awak gunakan mama untuk melembutkan hati saya. Memang...Mama terlalu gembira dengan perkahwinan saya. Saya tak sampai hati nak hancurkan kegembiraan mama. Saya terpaksa akur dengan takdir yang menimpa saya.


Menjelang hari perkahwinn kita, saya masih seperti dulu. Saya tak dapat terima awak. Saya terpaksa kerana saya sayangkan mama. Saat awak melafazkan akad, airmata saya mula bergenang. Bila saya sah menjadi isteri awak, airmata saya gugur satu persatu dan semakin lama semakin lebat. Ini bukan airmata bahagia tapi ini airmata duka. Saya semakin takut untuk memikirkan hari2 yang bakal mendatang. Saya takut.. kemudian awak masuk ke dalam kamar saya sewaktu upacara pembatalan air sembahyang. 

Teguran mama membuatkan saya sedar dari lamunan saya. Saya salam tangan awak, saya cium tangan awak. Lepas tu, awak kucup dahi saya. Belum sempat saya tundukkan wajah saya awak lap air mata saya yang masih bersisa di pipi saya. Saya Cuma terdiam walaupun hati saya memberontak. Kehadiran mama dan kawan2 saya dalam kamar tu menyebabkan saya tak mampu bersuara. Saya Cuma ikut segala arahan-arahan mereka sewaktu bergambar. Saya dapat rasakan betapa palsunya senyuman saya ketika itu. Saya geram sangat bila awak peluk saya,saya marah sangat bila awak sentuh saya dan saya benci sangat bila awak ketawa mendengar usikan kawan2 saya.

Malam tu lepas habis solat isyak berjemaah di ruang tamu, saya termenung di dapur. Saya tengok awak rancak berbual dengan abang2 saya. Time tu fikiran saya kosong sangat2. Saya alihkan pandangan saya pada peti televisyen apabila saya sedar awak curi-curi memandang wajah saya. Saya betulkan tudung yang melekap di atas kepala saya. Tepat pukul 11 malam, mama datang ke dapur. Semua orang nampak mengantuk dan mula masuk ke bilik masing2. Mama pesan pada saya yang awak minta saya bawakan air kosong kat awak. Saya tuangkan air dan bawa ke ruang hadapan, tapi awak tak ada di sana. Bila saya tanyakan pada mama, rupa-rupanya awak tunggu saya di dalam bilik. Saya melangkah ke dalam bilik dengan hati yang resah. Apabila saya masuk ke dalam bilik, awak suruh saya berwudhuk sebab awak nak kita sama2 mendirikan solat syukur. Saya akur dengan perintah awak. Malam tu saya solat berimamkan awak. Akhir sekali awak berpaling mengadap saya. Saya salam tangan awak dan cium tangan awak. Belum sempat saya bangun awak cium ubun2 saya. Saya terdiam tanpa suara.

Saya perasan awak asyik perhatikan saya sewaktu saya membuka telekung saya. Saya faham maksud pandangan mata awak. Awak hampiri saya. Awak belai rambut saya. Mata awak tak berkelip memandang saya. Awak peluk pinggang saya. Tiba-tiba saya tepis tangan awak. Kemudian airmata saya mula gugur satu persatu. Saya mula luahkan segala yang terpendam dalam hati saya kat awak. Sesungguhnya, saya tak dapat terima awak dalam hidup saya sebab saya bencikan awak. Saya perlukan masa untuk redha dengan takdir yang menimpa saya. Lepas awak dengar penjelasan saya, awak pimpin saya ke katil. Awak selimutkan saya dan suruh saya tidur. Awak, saya sedar yang malaikat akan melaknat saya sehingga ke subuh kerana saya menafikan hak awak. 

Saya benar2 rasa bersalah, namun apabila memikirkan awak gunakan cara yang salah untuk memiliki saya perasaan bersalah saya hilang macam tu jer. Saya biarkan saja awak tidur kat atas sofa di malam pertama kita. Esoknya, awak kejutkan saya untuk solat subuh berjemaah. Selepas memberi salam, awak toleh belakang dan mula berbicara dengan saya. Saya ingat lagi kata2 awak. Awak cakap awak tak akan paksa saya dan awak nak saya jaga diri saya baik2 kerana saya sudah menjadi isteri awak. Awak juga suruh saya belajar rajin2 sebab saya masih ada dua tahun sebelum menamatkan pengajian saya. Sedangkan awak sudah berada di tahun akhir. Awak juga minta saya cuba menerima awak dan belajar menyayangi awak. Saya Cuma mengiyakan segala kata2 awak. Dalam hati saya, saya tak sabar2 untuk pulang ke kampus dan bebas dari awak. Saya yakin jarak universiti kita yang jauh akan memberi saya banyak ruang untuk berjauhan dengan awak.

Selama seminggu saya biarkan awak tidur kat atas sofa tu. Saya sendiri tak faham napa saya marah sangat kat awak sampai saya perlakukan awak macam tu. Saya minta maaf awak. Saya ingat lagi, Lepas ja tamat majlis perkahwinan di sebelah pihak awak iaitu kat terengganu awak cuba macam2 cara untuk pikat saya. Saya ingat lagi kenangan hari terakhir saya kat terengganu bersama-sama awak sebelum awak hantar saya pulang ke kampus.Awak tahu saya sukakan laut. Jadi awak bawa saya jalan2 kat laut dan kat sekitar terengganu. Buat pertama kalinya sepanjang dua minggu kita sah menjadi suami isteri, bibir saya mengukirkan senyuman yang tidak lagi dibayangi dengan kepura-puraan. 

Saya benar2 enjoy bersiar-siar dengan awak dari pagi hingga ke petang. Saya seolah-olah lupa perasaan marah saya kat awak. Saya perasan jugak kadang-kadang awak cuba menggenggam tangan saya dan berjalan rapat-rapat dengan saya. Saya tak tahu apa niat awak, tapi yang pasti waktu tu saya mula menyenangi awak. Saya sendiri pelik time tu, ke mana hilangnya rasa marah saya yang membuak-buak sebelum ni kat awak? Lupakah saya pada kebisuan awak taktala maruah dan harga diri saya di carik2 di hadapan awak suatu ketika dulu? Ntah la awak. Apa yang pasti, saya dah mula menyenangi awak.

Sepanjang perjalanan pulang ke kampus, saya Cuma tidur ja. Saya letih sangat sebab seharian saya merayau sekitar terengganu. Bila dah boring tidur, saya curi2 pandang wajah awak. Saya tengok awak rileks ja bawak kereta. Saya pelik sangat, awak tak penat ka? Saya tengok kadang2 awak menyanyikan lagu yang kedengaran di corong radio, kadang2 jari2 awak mengetuk-ngetuk stereng kereta mengikut rentak lagu dan kemudiannya awak tersenyum hingga terserlah lesung pipit di pipi kiri awak. Saya perhatikan wajah awak dengan penuh keasyikan sehingga saya tak sedar awak memberhentikan kereta kat tempat rehat dan awak pula memerhatikan saya kembali. Tiba2 saya kembali ke alam nyata apabila telefon bimbit saya berdering. Terkejut saya bila saya sedar rupa-rupanya aktiviti saya mencuri-curi pandang wajah awak sudah terbongkar. Waktu tu saya rasa mcm nak jer sorokkan muka saya dalam handbag sebab saya malu sangat2. 

Untuk cover malu, saya tundukkan wajah saya dan pura2 membetulkan ikatan tali kasut saya. Jantung saya pula rasa macam nk terkeluar time tu sebab saya rasa berdebar sangat. Tiba2 awak pegang tangan saya. Kemudian awak sandarkan badan awak kat tempat duduk awak dan awak pejamkan mata. Awak... Saya takut sangat. Napa awak pegang tangan saya? Dh la kita dua orang ja dalam kereta ni. Bila saya nak bukak mulut untuk mempertikaikan tindakan awak, saya tengok awak dh lena dengan nyenyaknya. Saya tak kisah kalau awak nak lena sebab saya tahu awak penat memandu, tapi napa awak masih menggenggam tangan saya????? Akhirnya saya mengalah dan biarkan awak terus menggenggam tangan saya. Dalam samar2 tu saya nampak bibir awak mengukirkan senyuman yang paling manis pernah saya lihat sepanjang saya mengenali awak.

Esoknya, saya pura2 tertidur sewaktu kereta awak membelok ke arah asrama saya. Semalaman saya berfikir tentang hubungan kita ni. Semalam juga saya bertekad untuk menerima awak dengan seadanya dan membina hubungan ini semula. Awak, sesungguhnya saya mula redha akan takdir yang Allah tuliskan untuk saya. Saya redha menerime awak sebagai suami yang akan membimbing saya untuk mencapai kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. 

Namun saya tak tahu macam mana untuk mengkhabarkan keputusan saya ni kat awak sebab saya malu sangat. Jadi saya pura2 tidur untuk melindungi isi hati saya. Tapi awak, saya tak sangka kepura-puraan saya mencetuskan salah faham di pihak awak. Saya ingat lagi kehangatan tangan awak sewaktu menggenggam erat tangan saya semasa cuba mengejutkan saya dari tidur. Kemudian awak bisikkan kt telinga saya betapa awak sayangkan saya serta tak lupa mendoakan pada Allah agar membuka hati saya untuk menerima awak. Setiap bisikan yang awak lafazkan masih saya ingat sampai sekarang. Ya Allah, sejujurnya saya juga sayangkan awak!!

Hari2 mendatang saya lalui dengan sepi kat kampus ni. Semua benda yang saya lakukan serba tak kena. Saya rindukan awak. Awak tahu tak, bila hati saya digamit rasa rindu pada awak, Cuma pada Allah tempat saya mengadu. Saya benar2 sepi tanpa awak. Selepas sebulan tanpa khabar berita, suatu hari semasa pulang dari kuliah saya nampak kereta awak kat depan asrama saya. Saya terus menuju kat kereta awak. Masyaallah, saya terkejut sangat tengok awak. Muka awak pucat, cengkung dan saya nampak ada kesan titisan air mata kat pipi awak. Waktu tu hati saya mula diterpa pelbagai persoalan. Apa yang berlaku kt suami saya? 

Bila awak lihat saya, awak terus suruh saya masuk bilik dan kemas barang2 saya sebab awak cakap kita kena pulang ke kampung awak sekarang juga. Rupa-rupanya umi kemalangan dan berada dalam keadaan yang kronik. Patutlah awak nampak serabut. Sepanjang perjalanan pulang, awak langsung tak pandang atau berbual-bual dengan saya. Awak, saya rindukan suara awak, saya rindukan senyuman awak dan saya rindukan semuanya tentang awak. Tapi saya Cuma mampu jeritkan dalam hati saya ja sebab saya sedar tu bukan waktu yang sesuai untuk saya luahkan isi hati saya.

Sampai kt hospital doktor cakap umi berada dalam keadaan koma dan genting. Saya nampak kolam air mata awak nyaris pecah namun saya tahu awak tahan airmata awak dari gugur. Waktu tu saya dah tak mampu untuk pura2 kuat lagi sebab saya sayangkan umi. Selama sebulan kt kampus selepas perkahwinan kita, hanya umi yang selalu menjadi tempat untuk saya melepaskan rasa rindu saya kt awak. Hampir dua jam awak duduk di tepi katil umi tanpa berkelip memandang wajah umi. Awak, time tu saya bimbang sangat kat awak. Saya takut awak pulak jatuh sakit. Saya tak nak sebarang perkara buruk jadi kat awak. Last sekali saya bertekad untuk ajak awak pulang dan rehat. 

Saya tahu awak penat dan letih. Sampai kt rumah saya terus mandi dan bersihkan diri. Kemudian saya buatkan bubur nasi untuk awak. Saya gembira sangat bila saya tengok awak kembali bersemangat dan berselera menikmati bubur nasi tu. Lepas saya kemaskan semuanya, saya ingat nk berehat dalam bilik tetamu. Tapi sewaktu melintasi bilik awak, saya dengar suara awak menangis.Saya beranikan diri saya untuk masuk ke dalam bilik awak. Benar telahan saya, awak menangis kt penjuru katil awak sambil memegang gambar umi. Saya hampiri awak dan berdiri betul2 kt depan awak.

Saya nk tegur awak, tapi saya takut. Jadi saya Cuma berdiri kat depan awak sambil perhatikan awak. Tiba2 awak berdiri betul2 bertentangan dengan saya dan memeluk saya. Awak nangis semahu-mahunya kat bahu saya. Habis basah baju saya dengan airmata awak, tapi saya tak kisah sebab saya sayangkan awak. Semakin lama esakan awak semakin berkurangan dan akhirnya terhenti macam tu jer. Perlahan-lahan awak palingkan muka awak menghadap saya. Awak tenung wajah saya. saya faham maksud renungan mata awak, lantas saya bukakan ikatan tudung saya. Saya eratkan pelukan kita dan kemudian saya bisikkan kt awak saya sayangkan awak. Atas nama Allah, malam tu saya serahkan diri saya kat awak dan saya relakan diri awak mengambil hak awak yang penah saya nafikan semasa awal perkahwinan dulu.

Esoknya dan hari2 yang seterusnya saya mula menjalani kehidupan yang sempurna sebagai isteri awak. Selama dua minggu kita kt rumah awak, saya bahagia sangat. Umi pula menunjukkan perubahan yang memberangsangkan. Masuk minggu ketiga saya terpaksa pulang ke kampus sebab ada peperiksaan. Sebelum pulang saya sempat menjenguk keadaan umi. Part yang paling sedih ialah semasa mengucapkan selamat tinggal kt awak. 

Saya tak tahu kenapa saya berat sangat hati nak tinggalkan awak. Kalo tak silap saya, hampir habis sebungkus tisu yang saya gunakan untuk mengelap airmata saya. Sebelum keluar dari rumah saya peluk awak erat2. Saya lekapkan telinga saya kat dada awak. Saya nak dengar bunyi degupan jantung awak puas2 sebab lepas ni saya tak dapat nak dengar dh. Kemudian saya bisikkan kat telinga awak ayat yang ntah ke berapa kali saya bisikkan sepanjang dua minggu tersebut, saya sayangkan awak!!!! Saya tak akan lupa kata2 awak waktu tu. Awak cakap saya ialah Ainul Mardhiah yang awak kasihi dan akan terus awak kasihi selagi awak bernafas. Awak genggam kedua-dua belah tangan saya dan awak kucup tanpa henti. Awak, saya benar2 sayangkan awak!!!!









Selepas dua minggu, awak kembali ke kampus awak untuk menyelesaikan segala urusan. Awak dah habis belajar. Awak janji nak sewa rumah berdekatan kampus saya agar kita dapat tinggal bersama. Namun, masuk minggu ketiga awak batalkan janji awak atas alasan awak dapat offer kerja yang baik dekat kampus awak. Dalam kesedihan saya tetap terima keputusan awak sebab saya memikirkan tentang masa depan kita. Saya tidak bimbang tinggal berjauhan dengan awak kerana awak akan datang ke kampus saya setiap minggu untuk menghabiskan masa bersama-sama saya. 

Tapi awak, lepas bulan ketujuh awak tak lagi macam dulu. Awak seolah-olah menjauhkan diri dari saya. Awak tak jawab panggilan telefon saya dan awak tak balas email2 saya. Waktu tu saya takut sangat. Saya takut andai awak curang lagi. Setiap kali lepas solat saya tak putus2 berdoa agar Allah membantu saya mempertahankan rumah tangga saya. Awak...!!!! Ketakutan saya menjadi kenyataan bila saya terserempak awak sedang bermesra dengan teman wanita awak yang dahulu kat sebuah restoran. Saya tak sangka awak mempermainkan saya untuk kali kedua. Hampir rebah saya time tu waktu saya lihat awak kt situ. Nasib baik kawan saya Eton sempat memaut pinggang saya. Kalau tak, saya mungkin rebah ke lantai restoran tu.

Bila awak tengok saya kat situ, muka awak pucat lesi. Mungkin awak tak sangka saya akan menjejakkan kaki ke restoran yang menghidangkan masakan negeri sembilan kerana awak tahu saya memang tak serasi dengan masakan tersebut. Namun, petang tu tekak saya tiba2 nak rasa masakan minang. Awak tahu tak betapa susahnya Saya tahan airmata saya dari gugur time tu. Perlahan-lahan saya hampiri awak. Saya salam dan kucup tangan awak. Awak nampak marah dengan tindakan saya. Awak cepat2 tarik tangan awak dari genggaman tangan saya.

Awak, Salahkah tindakan saya menyalami suami saya sendiri? Napa awak buat kt saya macam ni??? Tak cukup dengan tu awak marah saya keluar dari kampus kt depan Eton dan teman wanita awak. Saya lihat teman wanita awak mengukirkan senyuman kemenangan dan apabila dia sedar saya memerhatikannya, dia cepat2 memeluk lengan awak. Awak..!!! kenapa awak lukakan saya sampai macam tu sekali. Akhirnya saya lari keluar dari restoran tu. Hati saya benar2 terguris. Inikah suami yang pernah menjanjikan masa depan yang indah dan harapan yang tinggi melangit kat saya suatu masa dahulu? Inikah suami yang suatu masa dahulu pernah membisikkan kata2 cinta kt saya?

Sampai kat bilik saya rebahkan badan saya kat atas katil. Kali ni saya benar2 terluka dengan tindakan saya. Waktu tu pelbagai persoalan mula menerjah ke dalam fikiran saya. Napa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Apa salah saya? Tak cukup lagi ka cinta yang saya curahkan untuk awak? Akhirnya saya tertidur bertemankan airmata dan persoalan2 yang menyesakkan nafas saya. 


Esoknya, saya terpaksa ponteng kuliah sebab saya benar2 tak mampu nak bangun atau menggerakkan sebarang anggota tubuh saya. Saya Cuma mampu menangis, menangis dan menangis time tu. Walaupun saya rasa kosong dan tertekan dalam menjalani hidup ni, saya tetap kuatkan semangat untuk pergi kuliah. Saya rasa hari2 yang saya lalui cam lambat sangat berjalan. Waktu tu saya bukan sedang mengejar cita2 saya untuk menggenggam segulung ijazah, sebaliknya saya sedang bertahan untuk mencapai cita2 saya. Awak, saya sendiri tak tahu sampai bila saya mampu bertahan..!!!!

Awak benar2 dh buang saya time tu. Buktinya dah sebulan awak tak hubungi saya. Awak menghilang tanpa khabar berita. Jiwa saya makin menderita kerana perbuatan awak. Tekanan yang saya hadapi menyebabkan saya semakin murung dan menjadi pendiam. Namun, selera makan saya tidak pula hilang. Saya sendiri pelik dengan keadaan diri saya. Suatu hari saya pengsan sewaktu mengikuti aktiviti berkayak. Apabila saya sedar dari pengsan, saya menangis semahu-mahunya apabila doctor mengesahkan saya hamil hampir empat bulan. Saya sendiri hairan bagaimana saya sendiri tak sedar saya sedang hamil ketika itu. Saya tenggelam punca. Segala-galanya nampak kelam pada pandangan saya. Kenapa benih awak wujud dalam kantung rahim saya taktala hati awak sudah berpaling dari saya? Bagaimana harus saya jalani kehidupan ni tanpa awak?

Semasa keluar dari klinik, saya terserempak dengan teman wanita awak. Apabila dia melihat saya, dia cepat2 menuju kat arah saya. Sesungguhnya, saya masih lemah dan terkejut dengan berita kehamilan saya. Saya benar2 lemah time tu. Tanpa rasa bersalah dia minta saya tinggalkan awak. Saya Cuma terdiam sebab saya sendiri buntu. Melihatkan kebisuan saya, dia menerkam ke arah saya dan menarik-narik tudung saya. Saya cuba pertahankan diri saya dengan bantuan Eton. Eton benar2 naik angin apabila melihat air mata saya tak henti2 mengalir. 

Dengan sekuat tenaga Eton tolak teman wanita awak agar menjauhi saya. Teman wanita awak benar2 berang. Dia tolak Eton sampai terperosok kt tepi tiang. Waktu tu saya takut sangat awak.. Teman wanita awak berjalan menghampiri saya. Saya tak mampu lari atau buat apa2 sebab saya benar2 lemah. Ntah macam mana, tiba2 saya dapat satu semangat untuk pegang perut saya kuat2 sebab saya takut dia akan menyebabkan kecederaan pada kandungan saya. Malangnya, dalam kerakusan melangkah dia tergelincir dan jatuh di hadapan saya. Saya nak tolong dia bangun tapi niat saya terhalang apabila Eton menarik tangan saya untuk cepat2 pergi dari situ. Dari kejauhan saya dengar suara dia memekik2 sambil memarahi saya.

Sewaktu kat dalam kereta, hati saya tertanam satu harapan dan kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan. Saya usap perut saya perlahan-lahan dan tiba2 saya rasai satu semangat yang tak pernah saya rasai sebelum ini.Dalam diam naluri saya mengatakan saya sedang mengandungkan bayi lelaki. Saya tak tahu mengapa, tetapi tiba2 nama ’ammar mustaqeem’ terdetik di hati saya. Awak, walaupun cinta awak dah mati untuk saya, tetapi cinta saya kat awak semakin bercambah. Ya Allah,terima kasih atas kurniaan-Mu ini..Saya tak tahu nak khabarkan berita ni kat awak atau tak. Bahagiakah awak kalau awak tahu saya sedang mengandungkan zuriat awak waktu tu?





Keesokan harinya awak datang ke asrama saya. Awak, rindunya saya kat awak.. Saya bertekad nak kongsi berita kehamilan saya kat awak. Namun, sebaik sahaja saya hampiri awak, awak tampar pipi saya sekuat hati awak. Tak cukup dengan tu, awak marah saya dan awak hamburkan kata2 kesat kat saya. Bila saya tanya napa awak marah sangat kat saya, awak cakap saya serang teman wanita awak kat klinik sampai kakinya terseliuh. Awak, semua tu fitnah..! Tangisan saya semakin menjadi-jadi tapi airmata saya tak mendatangkan kesan langsung kat awak. Awak, adakah awak lelaki yang sama yang pernah saya kenali dulu? Adakah awak lelaki yang beragama, lemah-lembut dan penyayang yang pernah saya cintai dulu? Bila saya cuba bersuara awak tolak saya sampai saya jatuh terduduk kat tepi pokok. Kemudian awak masuk dalam kereta dan pergi macam tu sahaja.

Saya Cuma mampu menangis. Masyaallah, saya terkejut sangat time tu bila saya sedar ada banyak darah kat kain saya. Perut saya sakit sangat sampai saya tak mampu berdiri. Saya capai telefon saya dan saya suruh Eton datang kat saya. Awak, waktu tu saya takut sangat kalau saya kehilangan ’aqeem’ saya. Saya tak putus2 berdoa moga ’aqeem’ saya masih kekal dalam kantung rahim saya. –Aduhai ’aqeem’ mama yang kuat, eratkanlah pegangan ’aqeem’ di dalam rahim mama. Jangan tinggalkan mama keseorangan menempuh hari2 mendatang. Kuatkanlah semangatmu wahai anak mama. Mama sayang sangat kt ’aqeem’- Akhirnya pandangan mata saya semakin kelam dan kelam.

Apabila saya sedar, saya sedang terbaring di atas katil hospital. Saya cepat2 memegang perut saya dan hati saya berbunga riang apabila saya rasakan ’aqeem’ saya masih di dalam rahim saya. Tapi, perkhabaran dari doktor benar2 menyesakkan nafas saya. Rahim saya luka teruk akibat tolakan awak manakala tulang pinggul saya pula retak. Andai saya teruskan kandungan ini, nyawa saya mungkin dalam bahaya. Saya pandang wajah Eton dan doktor silih berganti. Kemudian saya usap perut saya. Awak, waktu tu saya temui sebuah jawapan yang pasti..! Saya sanggup membahayakan nyawa saya demi ’aqeem’. Saya sangat pasti dengan keputusan saya sebab saya rasakan ’aqeem’ seolah-olah sudah sebati dalam diri saya. Buktinya, saya tak alami keguguran dan kata doktor ini merupakan satu keajaiban. Ya Allah, anak yang saya kandung ini seolah-olah mampu mendengar setiap bisikan isi hati saya..

Sejak kejadian tu saya semakin berhati-hati dalam setiap pergerakan saya. Saya juga sentiasa berdoa agar awak tak datang mencari saya di kampus. Saya takut awak mencederakan ’aqeem’ saya. Cukuplah sekali awak nyaris menyebabkan saya kehilangan ’aqeem’ saya. Saya tak nak awak bunuh ’aqeem’ saya..!! Saya Cuma ada ’aqeem’. Umi pula sudah membuang saya dari hidup umi. Entah, saya sendiri tak pasti apa yang awak ceritakan pada umi sehingga umi tidak lagi menerima saya sebagai menantu. 

Nasib baik saya masih mempunyai keluarga. Hanya kepada mereka tempat untuk saya bergantung harap. Saban hari bibir saya sentisa basah dengan alunan zikrullah dan bacaan ayat2 suci al-quran. Saya nak ’aqeem’ membesar mengikut acuan al-quran. Saya mahukan suasana persekitaran yang terbaik untuk ’aqeem’. Awak, saya dapat rasakan pergerakan kaki dan tangan ’aqeem’ sewaktu saya alunkan ayat2 al-quran. Saya dapat rasakan degupan jantung ’aqeem’ selari dengan degupan jantung saya. Semuanya sama macam degupan jantung awak. Tiap kali saya bersedih, degupan jantung ’aqeem’ akan menjadi laju dan sikunya akan menolak-nolak perut saya. Tolakan ’aqeem’ seolah-olah menyedarkan saya supaya jangan bersedih dalam menempuhi hidup ini.

Awak, sewaktu saya sedang sarat menuggu tarikh saya dijangka bersalin, saya nak sangat berjumpa awak. Saya dah telefon umi dan memohon maaf kat umi kalau2 saya pernah menyakiti hati umi. Walaupun umi seperti tidak menyenangi panggilan telefon dari saya, saya bersyukur sangat sebab saya dapat mohon maaf kat umi. Lepas tu, saya telefon awak sebab saya nk mohon maaf kat awak pulak. Tapi panggilan saya tak berjawab. Hari2 saya telefon, tapi awak tetap tak angkat. Waktu tu saya takut sangat. Andai saya ditakdirkan meninggal waktu melahirkan ’aqeem’, saya tak akan sempat memohon maaf kat awak. Saya tak akan sempat nak bagi tahu awak saya cintakan awak selamanya.

Suatu hari sewaktu berada di dalam library, saya rasakan perut saya memulas-mulas. Ya Allah, masanya sudah sampai untuk ’aqeem’ menjengah ke dunia. Dengan bantuan beberapa rakan, saya dikejarkan ke hospital. Awak, awak kt mana time tu? Saya takut sangat. Jantung saya berdebar-debar. Bibir saya pula tak putus2 mengucapkan kalimah2 suci Allah. Sampai kt hospital saya terus dimasukkan ke dalam bilik bedah sebab kandungan saya songsang. Saya suruh Eton sains borang kebenaran untuk pembedahan saya sebab mama mungkin lambat untuk sampai ke hospital. Sebelum doktor suntik saya dengan ubat pelali saya pesan berkali-kali kt eton supaya menghubungi awak. Eton mengangguk dan perlahan-lahan saya rasakan mata saya mengantuk sangat. Saya pejamkan mata saya namun saya masih dapat mendengar setiap bunyi yang kedengaran dalam bilik bedah tersebut. Akhirnya saya dah tak mampu mendengar apa-apa.



 

Apabila saya sedar, saya lihat family saya mengelilingi katil saya. Umi dan awak pun ada sekali. Saya perhatikan persekitaran bilik tersebut. Pelbagai wayar bersambung kat tubuh saya. Badan saya rasa lemah sangat. Tiba2 saya teringatkan aqeem. Saya tanya mama kat mana anak lelaki saya. Tapi mama Cuma membisu dan saya perhatikan mama mengalirkan air mata. Saya terus mendesak mama supaya tunjukkan kat mana anak lelaki saya. Tiba2 awak hampiri saya dan menggenggam erat tangan saya. Saya lihat semua orang menangis. Saya pasti sesuatu terjadi kat anak lelaki saya. 

Telahan saya tepat. Ketika tu saya meraung sepuas-puas hati saya apabila saya tahu aqeem saya meninggal dunia seminggu selepas dilahirkan. Saya pula koma dua minggu kerana tumpah darah dan mengalami komplikasi yang amat teruk. Saya tolak awak jauh2 dari saya. Saya yakin awaklah punca yang menyebabkan saya kehilangan anak lelaki saya. Jika tidak kerana tolakan awak dulu, semua ini pasti tidak akan terjadi. Awak, saya benar2 bencikan awak. Awak dah bunuh satu-satunya penyebab yang memberikan saya harapan untuk terus hidup. Saya menangis dan terus menangis sambil saya tak henti2 menyebut nama aqeem. Akhirnya saya terlelap apabila jururawat memberikan suntikan penenang kat saya.

Esoknya apabila terjaga dari tidur saya nampak mama sedang tersenyum memandang saya. Perlahan-lahan mama hampiri saya dan kucup pipi saya bertalu-talu. Mama bisikkan kat saya kata2 semangat. Akhirnya saya peluk mama erat2 sambil menghamburkan segala penderitaan saya. Saya sedih sangat kehilangan aqeem saya. Macam mana saya nak teruskan kehidupan saya tanpa aqeem? Kehilangan aqeem menyedarkan saya tentang hubungan kita. Setelah berfikir panjang saya temui satu penyelesaian. 

Awak, saya tak dapat menjadi isteri awak lagi. Saya tak mampu untuk terus mempertahankan ikatan ini. Saya dah cuba awak, tapi awak yang sia-siakan ikatan kita ni. Hati saya dah mati untuk awak. Rasa sayang saya juga dah mati untuk awak. Walaupun berkali-kali umi memujuk saya, saya tak mampu untuk meneruskan hubungan ni. Awak pula hanya terdiam tanpa kata taktala mendengar kata2 saya. Saya nampak manik2 jernih gugur dari mata awak. Napa awak nk menangis? Awak, saya yang bersama-sama arwah aqeem selama 9 bulan, saya yang rasai tumbesaran arwah aqeem dalam rahim saya. Sedangkan awak tak tahu langsung tentang kewujudan aqeem waktu tu. Akhirnya saya melangkah keluar dari wad tanpa menoleh langsung kat awak.



 

Sekarang saya Cuma mahu meneruskan cita2 saya. Saya yakin Allah rancangkan sesuatu kesusahan kt saya sekarang ni sebab Allah nk uji keimanan saya. Saya maafkan semua kesalahan awak, tapi saya benar2 tak mampu menyayangi awak kembali. Biarlah masa yang tentukan segala-galanya. Melalui umi, saya dapat tahu awak benar2 menyesal dengan tindakan awak kerana menyakiti saya. Awak semakin berubah, alhamdulillah. 

Saya pula semakin mempertingkatkan amalan saya sebab saya tahu anak lelaki saya sedang menunggu saya di syurga. Walaupun saya tak pernah berpeluang menyusukan aqeem, namun peluang yang Allah berikan untuk saya merasai keindahan semasa Aqeem membesar di dalam rahim saya merupakan nikmat yang tak mampu saya ungkapkan dengan kata2. Ya Allah, bantulah daku untuk meneruskan kehidupan ini. Pimpinlah daku agar tak terpesong dari landasan islam. Hanya pada-Mu tempat untuk daku sandarkan harapan dan kekuatan bagi meneruskan kehidupan ini. Amin.. 






TAMAT